YABADABADOO ADVERTISEMENT

[Yabadaba-doo Advertisement] - The new Marketplace of Malaysia. - Free Post Ads all around Malaysia & WorldWide

Sunday, March 28, 2010

Baitulmuqaddis

Baitulmuqaddis, juga dieja sebagai Baitulmaqdis (tulisan Arab/Jawi: بيت المقدس) atau Jerusalem (bahasa Ibrani: יְרוּשָׁלַיִם (audio) Yerushaláyim, bahasa Arab: القدس atau أورسالم (audio) al-Quds atau, Ūrsālim;[ii] lihat juga nama-nama Baitulmuqaddis) ialah sebuah kota lama yang terletak di Timur Tengah. Baitulmuqaddis memainkan peranan penting bagi agama Islam, Kristian, dan Yahudi. Ia merupakan kota paling suci bagi agama Kristian dan Yahudi dan tempat ketiga paling suci dalam Islam.

Baitulmuqaddis ialah sebuah kota yang kaya dengan tamadun dan budaya. "Kota Lama" Baitulmuqaddis (juga dikenali sebagai Baitulmuqaddis Timur') dikelilingi dengan tembok yang dibina sejak kurun ke-15 lagi. Kota lama ini terbahagi kepada empat kawasan: Islam, Kristian, Yahudi, dan Armenia.

Kedudukan kota ini hangat diperkatakan. Perjanjian yang ditandatangani pada tahun 1949 di antara Israel dan Jordan menyebabkan kota ini terbahagi kepada dua. Baitulmuqaddis Barat menjadi milik Israel manakala Baitulmuqaddis Timur (Kota Lama) menjadi milik Jordan. Sejak kemenangan Israel pada perang tahun 1967, Israel menguasai kesuluruhan kota tersebut dan menuntut hak kedaulatan undang-undang terhadap Baitulmuqaddis. Israel juga menjadikan Baitulmuqaddis sebagai ibu negara tetapi pengisytiharan ini tidak diiktiraf oleh masyarakat sedunia. Palestin juga menuntut supaya kesuluruhan Baitulmuqaddis ataupun sebahagian daripadanya yakni Baitulmuqaddis Timur menjadi ibu negaranya.

Sejarah

Sejarah Baitulmuqaddis boleh dikategorikan kepada lima tahap;

Zaman Silam


Kedudukan Baitulmuqaddis di Timur Tengah. Kota ini menjadi rebutan setelah dirampas oleh Israel.

Menurut orientalis Barat, Baitulmuqaddis mula menjadi tumpuan selepas Nabi Daud a.s. menakluk Baitulmuqaddis daripada masyarakat yang bernama Jebusite. Nabi Daud a.s. kemudiannya dikatakan mula mengembangkan kota ini dan menjadikannya ibu kota kerajaannya. Baitulmuqaddis kemudian dikatakan diperintah oleh Nabi Sulaiman a.s.. Mengikut ahli sejarah Yahudi, Nabi Sulaiman a.s. telah membina sebuah kuil yang diberi nama Kuil Sulaiman.

Tidak lama kemudian tentera Babylon mula menguasai Baitulmuqaddis daripada orang Yahudi. Nebuchadnezzar II, raja Babylon kemudiannya menakluk Baitulmuqaddis dan memusnahkan Kuil Sulaiman. Dia kemudiannya menghalau orang Yahudi daripada Baitulmuqaddis. Selepas beberapa dekad, tentera Parsi menakluk Babylon. Cyrus II, raja Parsi membenarkan orang Yahudi kembali ke Baitulmuqaddis dan membina semula kuil mereka. Kuil Kedua kemudiannya dibina oleh Herod Si Agung tetapi selepas kematiannya, kota ini jatuh ke tangan Rom.

Pemerintahan Rom

Semasa pemerintahan Rom, masyarakat Yahudi di Baitulmuqaddis memberontak. Akibatnya tentera Rom mematahkan pemberontakan tersebut dan memusnahkan Kuil Kedua orang Yahudi. Yang tinggal hanyalah sebahagian daripada kuil itu yang dikenali sebagai Tembok Barat.


Seni Bina Rom di Baitulmuqaddis.

Selepas pemberontakan tersebut, orang Yahudi dibenarkan tinggal di situ tetapi dalam jumlah yang kecil. Pada kurun kedua, Maharaja Rom memerintahkan supaya Baitulmuqaddis dibina semula dan membina sebuah kuil orang Rom di situ sambil menghalang kegiatan keagamaan orang Yahudi. Orang Yahudi kembali memberontak tetapi berjaya dipatahkan tentera Rom. Baitulmuqaddis dinamakan semula menjadi Aelia Capitolina.

Orang Yahudi dilarang memasuki Baitulmuqaddis. Selama 150 tahun selepas itu, kota ini menjadi tidak penting bagi kerajaan Rom. Namun demikian, Maharaja Byzantine iaitu Constantine I membina Baitulmuqaddis sebagai pusat keagamaan Kristian dengan membina Gereja Makam Suci pada tahun 335 masihi. Orang Yahudi tetap tidak dibenarkan memasuki Baitulmuqaddis kecuali semasa pemerintahan singkat Empayar Parsi pada tahun 614 hingga tahun 629.

Zaman Pemerintahan Islam


Peta Baitulmuqaddis pada tahun 958-1052 menurut seorang ahli geografi Arab, al-Muqaddasi.

Walaupun Al-Quran tidak menyebut mengenai nama "Baitulmuqaddis" tetapi hadith ada menyebut mengenainya. Menurut hadith sahih, adalah di Baitulmuqaddis Nabi Muhammad s.a.w. naik ke syurga semasa peristiwa Israk Mikraj. Kota itu kemudiannya ditawan oleh angkatan tentera Islam pada tahun 638 Masihi. Saidina Umar Al-Khatab secara peribadi pergi ke Baitulmuqaddis untuk menerima penyerahan Baitulmuqaddis kepada kerajaan Islam. Beliau seterusnya ditawarkan bersembahyang di dalam Gereja Makam Suci tetapi menolaknya dan sebaliknya meminta supaya dibawa ke Masjidil Aqsa Al Haram Al Sharif. Beliau mendapati tempat itu terlalu kotor dan mengarahkan supaya pembersihan dijalankan. Beliau kemudiannya membina sebuah masjid kayu di tempat yang sekarang merupakan kompleks bangunan Masjid Al Aqsa.


Pemandangan Udara Al-Haram Al-Sharif, dengan Qubbat As-Sakhrah di tengah, Tembok Barat dan Masjid Al Aqsa di bawah.

Enam tahun kemudian, Qubbat As-Sakhrah dibina. Struktur ini terdiri daripada sebuah batu yang dikatakan tempat Nabi Muhammad s.a.w. berdiri sebelum naik ke syurga semasa peristiwa Israk Mikraj. Perlu diingatkan bahawa kubah yang bersalut emas dan berbentuk oktagon ini tidak sama seperti Masjid Al Aqsa di sebelahnya yang dibina tidak lama kemudian. Semasa pemerintahan awal Islam, terutamanya semasa pemerintahan kerajaan Ummaiyyah (650-750) dan kerajaan Abbasiyyah (750-969), kota Baitulmuqaddis berkembang. Ramai orang berpendapat Baitulmuqaddis pada ketika itu merupakan tanah yang paling subur di Palestin.


Pemandangan kaum wanita Muslim Baitulmuqaddis di Al Haram Al Sharif berlatar belakangkan Qubbah Al Sakhrah

Pemerintahan awal Islam juga mewujudkan sebuah tolenrasi di antara kaum. Namun semasa pemerintahan Al-Hakim Amr Allah, seorang khalifah kerajaan Fatimiyyah, beliau mengarahkan supaya semua gereja dan rumah ibadat bukan Islam dimusnahkan. Hal ini menyebabkan berlakunya Perang Salib. Pada tahun 1099, tentera Kristian Eropah menakluk Baitulmuqaddis. Mereka kemudiannya membunuh kesemua penduduk bukan Kristian yakni Muslim dan Yahudi.


Gambaran Pelukis mengenai Salahuddin Al-Ayubbi pejuang umat Islam yang membebaskan Baitulmuqaddis daripada tentera Salib.

Baitulmuqaddis kemudian dijadikan ibu kota Kerajaan Jerusalem. Kerajaan ini kekal sehingga tahun 1291; Baitulmuqaddis sendiri ditawan oleh Salahuddin Al Ayubi pada tahun 1187. Salahuddin juga membenarkan semua orang beribadat di Baitulmuqaddis tidak kira sama ada Kristian, Muslim atau Yahudi. Pada tahun 1243, Baitulmuqaddis jatuh kembali ke tangan orang Kristian sebelum jatuh kembali ke tangan orang Islam pada tahun berikutnya.

Pada tahun 1517, Baitulmuqaddis ditawan oleh Empayar Turki Uthmaniyyah. Sulaiman al-Qanuni membina semula tembok Baitulmuqaddis yang dapat kita lihat sehingga ke hari ini.

Mandat British


Peta Baitulmuqaddis pada tahun 1947 semasa Pentadbiran Mandat British.

British berjaya menewaskan Empayar Turki Uthmaniyyah semasa Perang Dunia I. Dengan kemenangan mereka itu, tentera British di Mesir memasuki Baitulmuqaddis pada 11 Disember 1917. Pihak British kemudiannya membina rumah-rumah baru di sini dan menyebabkan Baitulmuqaddis berkembang sehingga luar daripada temboknya. Pemerintahan British menandakan bermulanya suasana kelam kabut di sini. Pendatang-pendatang Yahudi yang mendapat perhatian daripada kerajaan British menyebabkan orang Islam amnya dan orang Arab khususnya mendapat layanan yang tidak adil. Keganasan ini terus meningkat sepanjang tahun 1930-an dan 1940-an.

Pada 29 November 1947, Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) meluluskan satu pelan untuk memisahkan Pentadbiran Mandat British di Palestin kepada dua buah negeri: satu untuk orang Yahudi, satu untuk orang Arab. Hal ini mengakibatkan berlaku pemberontakan di Baitulmuqaddis yang kemudiannya menyebabkan Perang Arab-Israel 1948 berlaku selepas pemerintahan Mandat British berakhir.

Baitulmuqaddis dan konflik Arab-Israel

Semasa Perang Arab-Israel 1948, Baitulmuqaddis terbahagi kepada dua. Bahagian baratnya yang meliputi bandar baru menjadi sebahagian daripada Israel manakala Bahagian timurnya termasuklah kota lama Baitulmuqaddis menjadi milik Jordan.

PBB mencadangkan supaya Baitulmuqaddis berada di bawah pentadbiran antarabangsa. Walau bagaimanapun, pada 23 Januari 1950, Parlimen Israel meluluskan satu resolusi untuk menjadikan Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel. Baitulmuqaddis Timur kemudiannya ditawan oleh tentera Israel dalam Perang Enam Hari pada tahun 1967.

Walaupun Israel membenarkan penganut agama di Baitulmuqaddis akses ke tempat suci mereka, terdapat banyak kerisauan mengenai beberapa serangan ke atas Masjid Al-Aqsa seperti kebakaran pada tahun 1969 yang disebabkan oleh seorang pelancong Australia yang gila. Status Baitulmuqaddis Timur tetap menjadi satu isu yang kontroversi.

Status semasa

Menurut satu pelan PBB, Baitulmuqaddis sepatutnya menjadi sebuah bandaraya antarabangsa dan bukan sebahagian daripada negeri orang Arab ataupun negeri orang Yahudi. Sempena Perang Arab-Israel 1948, Baitulmuqaddis Barat diduduki oleh Israel manakala Baitulmuqaddis Timur menjadi milik Jordan.


Peta Baitulmuqaddis sekarang dan yang terkni.

Pada tahun 1967, semasa Perang Enam Hari, Israel menawan Baitulmuqaddis Timur dan mula mengambil langkah untuk menyatukan Baitulmuqaddis di bawah penguasaan Israel. Pada tahun 1988 Jordan menarik balik semua tuntutannya ke atas Tebing Barat (termasuklah Baitulmuqaddis) bagi menyokong Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO).

Kedudukan Baitulmuqaddis masih lagi tidak terjawab.

Baitulmuqaddis dan Islam


Al Haram Al Sharif di Baitulmaqdis, tempat ketiga paling suci dalam Islam

Bagi Muslim, Baitulmuqaddis ialah tempat ketiga paling suci dalam Islam. Apabila kembali ke sejarah Baitulmuqaddis kita dapat melihat bahawa kota ini mengalami kesengsaraan sebelum kedatangan Islam. Apabila orang Islam menakluk kota ini barulah kota ini mencapai ketenangan dan keamanan. Ramai pedagang-pedagang Arab berdagang di sini termasuklah dari Makkah dan Madinah. Kota ini juga menjadi kiblat pertama umat Islam sebelum beralih ke Makkah. Apabila tentera Salib menguasai kota ini semua penduduk kota ini yang bukan beragama Katolik Rom dibunuh dengan kejam.

Selepas Salahuddin Al-Ayubbi menawan kota ini kembali, Baitulmuqaddis kembali ke zaman kegemilangannya. Orang Islam, Kristian, dan Yahudi dapat beribadat tanpa sebarang gangguan.

Sunday, February 28, 2010

Constantinople

Constantinople atau Konstantinopel (Bahasa Greek: Κωνσταντινούπολις, Constantinopolis, atau Πόλις, Polis) merupakan nama lama bagi Istanbul. Bandar ini pernah dikuasai dan mejadi pusat pemerintahan empayar Rom dan Byzantine sebelum ditawan oleh kerajaan Turki Uthmaniyyah. Bandar ini pernah dikenali sebagai Byzantium tetapi dinamakan semula sempena Maharaja Constantine I yang membina semula dan membangunkannya pada 330 M. Ia dinamakan semula kepada nama sekarang Istanbul pada 1930 [1][2] sebagai sebahagian dari pembaharuan Atatürk untuk Turki.

Semasa zaman Empayar Byzantine, bandar ini mengalami kemajuan dan kemakmuran dan merupakan pusat keagamaan Kristian Ortodoks. Constantinople masih lagi merupakan pusat pentadbiran Gereja Kristian Ortodoks sehingga hari ini. Dalam pemerintahan Maharaja Justinian I, bangunan agung Hagia Sophia dibina.

Pada 1453, Sultan Muhammad al-Fatih telah menyerang dan berjaya menawan Constantinople. Sultan Muhammad telah membina semula bandar ini, yang kemudiannya menjadi pusat pentadbiran kerajaan Turki Uthmaniyyah dari 1453 hingga 1922.

Monday, November 19, 2007

KATA IBU...

Masih ku ingat kata-kata ibusambil memberi wang dan berpesan Sayang,'Pergilah ke kedai Pak Mamat beli sekati gula dan sekati tepung kalau tiada pergi ke kedai Maniamkalau tiada jua belilah di kedai Ah Chong'.

Sambil berlari girang dicelah-celah pepohon nyiur yang melambai indah dengan sarang-sarang tempua berhayunan bagaikan buaianaku membeli gula dan tepung di kedai Pak Mamat bertahun-tahun begitu sesekali aku ke kedai Maniam dan Ah Chong.

Kata Ibu:'Beli dikedai Pak Mamat kita dapat berkat Pak Mamat membayar zakat kalau beli di kedai Maniam dan Ah Chong siapa menanggung dosa kalau mereka jadi kaya raya wang tadi dibina patung-patung dewa kita terheret percuma masuk nerakahanya sedikit yang masuk syurga selainnya masuk neraka kerana subahat membina Muruga dan dewa'.

Kata Ibu:'Kalau mereka menjadi kaya raya nanti mereka menjadi ceti diberi Melayu pinjamnya wang habis dilelongnya tanah warisan kerana Melayu tak mampu bayar hutang'.

Kata Ibu:'Kalau mereka kaya raya habis dibelinya tanah dan bendang padi naik harga kerana Melayu hanya jadi kuli bukan tuan kilang bukan kita punyakedai juga bukan kita punya tengok tu minum kopi pun kata mereka sedap dikedai Cina'.

Kata Ibu:'Kalau mereka kaya raya habis dibelinya pekan dan kampung kita nantinya tinggal dipinggir sungai bakau dan berumah di bukit bukau tapi kini sungai juga dibeli dijadikan kolam udang bukit juga dibeli dibina kondo mewah Melayu mahu tinggal di mana dalam hutan belantara?'.

Kata Ibu:'Tanamlah kucai kita dapat berkat kerana makan sayur yang tidak subahat kucai di kedai Cina disiram najis babi kalau kita tanam kucai kita gemukkan kucai dengan tahi kambing

Kata Ibu:Jangan makan tokua kalau tak tahu siapa pembuatnya jangan makan mi kalau Ah Chai yang membuatnya kalau makan makanan subahat hati hilang sinarnya kerana memakan makanan subahat hati dipenuhi bintik - bintik hitam penuh noda dan dosa hati akhirnya mati kita nantinya semakin renggang dari kekasih tuhan kita nantinya menjauhkan diri yang Maha Pencipta dosa kita berganda-ganda lalu tuhan turunkan bala'..

Itulah, bila ibu berkata rupanya benar-benar belaka. Fikir-fikirkan...

Aliran Syiah mengagung-agungkan Saidina Ali?

SOALAN:Apakah yang dimaksudkan dengan Syiah? Kenapa ia bukan tergolong dalam Ahli Sunah wal Jamaah?

JAWAPAN:Syiah atau Shi’a merujuk kepada satu aliran dalam Islam yang mengagungkan Ali bin Abi Thalib dan keturunannya. Golongan ini berpendapat Ali patut menjadi khalifah pertama selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.
Golongan ini merupakan golongan yang kedua terbesar dalam Islam selepas Sunah. Menurut terminologi (istilah) syarak, Syiah bermaksud: “Sesiapa yang mengangkat kepimpinan Ali radiallahu ‘anhu serta memberi taat setia kepada kepimpinannya dan anak- anaknya.” (Husien al-Zahabiy:al-Tafsir wa al-Mufassirun, jld:2, hlm:5).
Dan apabila disebut si fulan itu Syiah, maka dia menganut atau berfahaman Syiah. Mereka terkeluar dari golongan Ahli Sunah wal Jamaah kerana ajaran dalam mazhab banyak perbezaannya dengan ajaran Ahli Sunah wal Jamaah.
Di antara pegangan mereka ialah: Rukun iman Syiah berbeza dengan rukun iman Ahli Sunah wal Jamaah kerana rukun iman Syiah hanya lima perkara iaitu: Beriman kepada keEsaan Allah, beriman kepada Keadilan, beriman kepada Kenabian, beriman kepada Imam, beriman kepada Hari Kiamat.
Apabila kita melihat kepada rukun iman aliran mazhab Syiah adalah berbeza dengan mazhab Ahli Sunah wal Jamaah. Ini menunjukkan pemahaman mereka di antaranya ialah beriman kepada keadilan dan beriman kepada Imam.
Golongan ini mendakwa Ali r.a adalah lebih utama menjadi khalifah selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. Golongan ini juga menuduh Abu Bakar, Umar dan Othman merampas jawatan yang layak bagi Ali r.a. malahan sahabat-sahabat Nabi s.a.w. yang besar ini telah ditakfirkan (mengkafirkan), perkara ini boleh didapati dalam karya-karya ulama Syiah , di antaranya ialah Abu Ja’far berkata yang bermaksud: “Semua manusia (kaum muslimin Ahli Sunah wal Jamaah) menjadi Ahli Jahiliah kecuali empat orang, Ali, Miqdad, Salman dan Abu Dzar.” (Baqir al-Majlisi, Tafsir al-Safi, jld:1, hlm:389 )
Dalam pada itu, Muhammad bin Ya’kob al-Kulaini menyifatkan Abu Bakar, Umar dan Uthman telah terkeluar dari kalangan orang yang beriman lantaran tidak melantik Ali sebagai khalifah setelah Rasulullah s.a.w wafat. (al-Kulaini, al-Usul min al-Kafi, jld:1, hlm: 488)
Malah al-Kulaini mengkafirkan seluruh penduduk Mekah dan Madinah. Menurut Kulaini, penduduk Madinah lebih buruk dari penduduk Mekah dan penduduk Mekah telah kufur kepada Allah dengan terang-terang. (al-Kulaini, al-Usul min al-Kafi, jld:1, hlm: 488)
Imamah
Al-Kulaini juga menetapkan dalam kitabnya al-Kafi: “Sesiapa yang tidak beriman kepada Imam Dua Belas, maka dia adalah kafir walaupun dia keturunan Ali atau Fatimah.” (al-Kulaini, al-Usul min al-Kafi, jld:1, hlm: 372)
Adapun rukun iman mereka berkaitan dengan Imam ataupun pentingnya soal Imamah. Kaum Syiah memandang soal Imamah termasuk keyakinan asas. Mereka mengkafirkan orang yang tidak mengakui keimanan dan memandang orang yang mengakuinya sebagai Muslim.
Soal Imamah dianggap mempunyai kaitan langsung dengan soal-soal keimanan, seperti beriman kepada Allah dan beriman kepada Rasul-Nya.
Hal ini diriwayatkan oleh Al- Kulaini di dalam Al Kafiy, bahawa Abul Hasan Al ‘Atthar berkata: “Aku mendengar Abu ‘Abdullah mengatakan: Hendaklah kamu sertakan para penerima wasiat dengan para Rasul dalam hal taat.” (al-Kulaini, Al Kafiy, Jilid I hal. 186 )
Al Kulaini mengemukakan sebuah riwayat yang lebih terang dan lebih tegas lagi mengenai hal itu. Beliau berkata: “Aku mendengar Abu ‘Abdullah menegaskan: Kamilah yang ditetapkan Allah supaya wajib ditaati. Kemaafan tidak akan diperoleh kecuali dengan mengenal kami, dan orang yang tidak mengenal kami, tidak memperoleh maaf. Siapa yang mengenal kami, ia mukmin dan siapa yang mengingkari kami, ia kafir. Sedangkan orang yang tidak mengenal dan tidak mengingkari kami, ia sesat selagi ia tidak kembali kepada hidayat Allah yang telah menetapkan orang wajib taat kepada kami.” (al-Kulaini, Al Kafiy, Jilid I, hal. 187)
Al-Kulaini juga mengemukakan sebuah riwayat berasal dari Jabir yang mengatakan: “Aku mendengar Abu Ja’far a.s. berkata:
Orang yang mengenal Allah dan menyembah-Nya hanyalah orang yang mengenal Allah dan mengenal Imam-Nya dari kalangan kami Ahlul Bait. Sesiapa yang tidak mengenal Allah dan tidak mengenal Imam dari kalangan kami Ahlul Bait, sesungguhnya orang itu menyembah selain Allah. Itu merupakan kesesatan.” (al-Kulaini, Al Kafiy,, jld:1,hal. 181. I).
Imam al-Ghazali dalam bukunya Mustazhiri menentang keras Syiah ghulat kerana ia mengandungi pengajaran Batiniah. Imam Ja’far as-Sadiq as pula menyatakan Syiah ghulat tidak boleh dikahwini dan diadakan sebarang urusan keagamaan kerana akidah mereka bertentangan dengan al-Quran dan hadis.
Syiah al-Zaidiyyah juga dikira aliran fahaman syiah yang hampir kepada mazhab Ahli Sunah wal Jamaah.
Justeru, berdasarkan pegangan serta pemahaman yang dapat dipetik menggambarkan mazhab Syiah tidak tergolong dalam ajaran Ahli Sunah wal Jamaah.

teka teki jap..

Ahmad miskin. Die takde duit. Die nak beli baju yang berharga rm50. Die pinjam kat kawan A rm25 dan die pinjam kat kawan B rm25 so die pegi la nak beli baju tu. masa die pegi. die tgk baju tu sale. harga turun. baju tu skarang berharga rm45. die bayar then die dapat baki rm5. die bagi kawan A rm1 dan die bagi kawan B rm1. die tinggal rm3. die hutang kawan A rm24 dan die hutang kawan B rm24. so die hutang rm48. die ade rm3 skarang. rm48+rm3= rm51 kenapa boleh ade rm51? sedangkan die pinjam rm50.?

Can't find what are you looking for? Try Google search!

Google