YABADABADOO ADVERTISEMENT

[Yabadaba-doo Advertisement] - The new Marketplace of Malaysia. - Free Post Ads all around Malaysia & WorldWide

Friday, February 02, 2007

Fakta tentang Israel...

Fakta tentang Keganasan Negara Israel
BEBERAPA FAKTA TENTANG PENGHAPUSAN KAUM YANG DILAKUKAN OLEH REJIM ZIONIS ISRAEL
Pada tahun 1948, beribu-ribu orang Palestin telah melarikan diri atau dipaksa untuk meninggal kampung halaman merela oleh Pasukan Pengganas Israel semasa perang yang di ikuti dengan pengisthiyaran Negara Haram Israel. Ramai pelarian ini kemudian menetap di Lebanon.

Pada tahun 1968, Komando Pengganas Israel telah meletupkan 13 kapal terbang di Lapangan Terbang Beirut.
Pada April 1973, Pasukan Elit Israel, termasuk seorang yang kini dikenali sebagai Ehud Barak telah menyamar sebagai perempuan yang kemudian memasuki Flat di kawasan Beirut dan menembak mati 3 orang Palestin.
Pada bulan Mac 1978, Israel telah menyerang posisi PLO di selatan Lebanon dan telah menduduki kawasan selebar 10km di sempadan Lebanon. Seramai 1,500 orang telah terbunuh yang kebanyakannya terdiri daripada penduduk Lebanon dan Palestin.
Pada tahun 1978, Resolusi 425 Majlis Keselamatan PBB mengarahkan Israel untuk keluar daripada Lebanon. Mereka ENGKAR ! Israel tidak pernah sekalipun merujuk pada mana-mana Resolusi PBB yang tidak selari dengan kepentingan kegiatan haram mereka.
Pada tahun 1981, Israel melancarkan serangan udara ke atas Beirut dan membunuh beratus-ratus orang awam.
Pada bulan Julai 1982, Israel menceroboh kawasan Lebanon dengan alasan untuk menjejaki gerila Palestin. Ketika itu, Ariel Sharon yang menjadi Menteri Pertahanan berjanji akan berundur selepas 40km (25 batu) tetapi akhirnya telah mengelilingi kawasan Beirut, 40 km ke utara. Kira-kira 20,000 orang telah terbunuh, kebanyakannya orang-orang Palestin dan Lebanon selepas pengeboman oleh Pengganas Zionis Israel.
Pada bulan September 1982, pasukan Israel menawan barat Beirut dan telah melakukan pembunuhan di Kem Pelarian Sabra dan Shatila dan menyembelih lebih1,500 pelarian yang tidak bersalah.
Pada tahun 1985, Israel diwaktu itu dibawah Perdana Menteri Shimon Peres telah menarik kembali pasukannya daripada Lebanon dan membina zon mereka sebesar 15km lebar di selatan Lebanon bagi mengelakkan daripada serangan daripada sempadan! Rejim Pengganas Israel kemudiannya telah menerima tentangan tidak henti-henti daripada Pasukan Hizbullah.
Pada bulan Februari 1992, dalam satu lagi tindakan ganas mereka telah menggunakan helikopter untuk menembak roket ke arah kereta yang dinaiki oleh pimpinan Lebanon. Sheikh Abbas Musawi yang mengakibatkan beliau, isterinya dan anaknya terbunuh. Israel kemudiannya telah menawan dua buah perkampungan di utara kawasan itu.
Pada bulan Julai 1993, Israel telah melancarkan satu operasi yang menggunakan udara, artileri dan kekuatan laut yang mengakibatkan seramai 130 orang awam Lebanon telah terbunuh dan 300,000 lagi terpaksa meninggalkan kampung halaman mereka.
Pada 11hb April 1996, Israel melancarkan Operasi Kemarahan. Mereka telah melancarkan lebih 14,000 bom dan 1,500 serangan udara terhadap orang awam yang tidak berdosa yang mengakibatkan 300 orang terbunuh yang kebanyakannya terdiri daripada wanita dan kanak-kanak (termasuk 102 orang pelarian yang berada di dalam pengkalan PBB di selatan). Beribu-ribu lagi tercedera. Mereka telah merosakkan dan memusnahkan lebih daripada 50 perkampungan-perkampungan dan bandar-bandar dan menyebabkan 500,000 orang awam kehilangan tempat teduh mereka.
Keganasan dan serangan Regim Zionis Israel terus menerus dilakukan setiap hari ke atas orang-orang yang tidak berdosa di kawasan Palestin, selatan Lebanon dan lain-lain tempat.

Apa yang tidak diketahui oleh Kristian tentang Israel

(What Christians don't know about Israel)
Oleh: Grace Halsell
Yahudi di Amerika yang bersimpati kepada Israel sudahpun menguasai jawatan utama di semua tahap pentadbiran kerajaan (AS), di mana keputusan penting diambil untuk menguasai Timur Tengah. Dengan hal demikian, apakah ada sebarang harapan bahawa dasar AS itu akan berubah? Presiden Amerika dan juga kebanyakan ahli Kongres Amerika menyokong Israel berasaskan alasan yang mereka sedia faham. Yahudi Amerika yang menyokong Israel memberikan sumbangan yang besar kepada tabung kempen politik mereka.
Jawapan kepada usaha mendapatkan dasar mengenai Timur Tengah yang adil mungkin ada di tempat lain - di kalangan mereka yang menyokong Israel tetapi tidak sedar kenapa sebabnya. Inilah kumpulan yang datang daripada majoriti Amerika yang besar. Mereka ini ikhlas dan berfikiran waras dan beragama Kristian yang dapat merasakan kemesraan kepada Israel dan Zionisma oleh sebab perasaan atavistik (tabiat yang muncul semula selepas menghilang untuk beberapa keturunan), yang dalam banyak hal bermula sejak zaman kanak-kanak mereka.
Saya adalah salah seorang manusia jenis ini. Saya dibesarkan dengan didodoikan cerita yang penuh metos, banyak andaiannya dan menguatkan semangat untuk mencintai Israel. Semua ini berlaku sebelum munculnya satu entiti politik yang mempunyai nama yang serupa di atas peta. Saya pernah menghadiri kelas di Kuliah Ahad dan menyaksikan seorang jurulatih menurunkan tabir di jendela sebelum membuka gulungan peta yang menunjukkan Tanah Suci. Saya dilunakkan oleh pelbagai kisah lama mengenai satu bangsa yang terpilih yang telah bermati-matian mempertahankan hak mereka terhadap musuh yang ganas yang 'tidak merupakan pilihan' mereka.
Di awal usia dua puluhan, saya mula menjelajah dunia, hidup sebagai seorang penulis. Saya mula menumpukan kepada hal ehwal Timur Tengah hanya pada penghujung kerjaya saya. Saya memang kurang pengetahun akan wilayah itu dan kebanyakan pengetahuan saya mengenainya adalah sama dengan apa yang dipelajari pada Kelas hari Ahad dulu.
Seperti kebanyakan penganut Kristian Amerika, saya menerima hakikatnya betapa sebuah negara moden yang dicipta pada tahun 1948 adalah tanah air kepada orang Yahudi yang telah didera oleh pemerintahan Nazi dan menjadi lambang tapak semangat dan metos Israel yang saya dengar sejak kecil dulu.
Pada 1979, ketika saya mula-mula menjejakkan kaki di Jerusalem, saya telah merancang menulis mengenai tiga agama keesaan yang hebat di dunia tanpa mengaitkan tulisan itu dengan politik. 'Kamu tidak mahu kaitkan politik?', tanya seorang Palestin sambil memegang pipia 'hugah' di Kota Tembok Meratap (Old Walled City). 'Kami makan politik, pagi, tengahari dan malam!'
Lama-lama barulah saya sedar, bahawa politik itu ialah mengenai tanah, dan kumpulan yang turut menuntut tanah itu: puak pribumi Palestin yang telah menghuni tempat itu selama 2,000 tahun dan kaum Yahudi yang mula muncul di bumi yang sama secara besar-besaran selepas Perang Dunia Kedua. Dengan bergerak bebas di kalangan masyarakat Yahudi Israel, Palestin Kristian dan Islam, saya dapat melihat, mendengar, menghidu dan mengalami segala taktik polis negara Israel yang mengganas terhadap masyarakat Palestin.
Kajian saya itu menghasilkan sebuah buku bertajuk 'Journey to Jerusalem' (Perjalanan ke Jerusalem). Perjalanan itu bukan sahaja menyeronokkan saya dengan pengalaman mengenai Israel, tetapi saya menjadi lebih mengerti sambil menanam perasaan sedih terhadap apa yang berlaku di negara sendiri.
Saya menyebut fahaman yang menyedihkan itu kerana saya mula melihat betapa dalam percaturan politik Timur Tengah, kami rakyatnya tidak ada kuasa membuat keputusan, kerana para penyokong Israel yang membuat segala keputusan itu. Seperti kebanyakan rakyat Amerika, saya telah terfikir betapa media AS mempunyai 'kebebasan' untuk menerbitkan setiap berita secara terbuka.
Pada akhir 1970-an, ketika mula-mula tiba di Jerusalem, saya tidakpun sedar bagaimana para editor (pengarang) mengkategorikan 'berita' berdasarkan siapa yang melakukan apa kepada siapa. Ketika mula-mula menjejakkan kaki ke bumi Palestin-Israel, saya telah menemubual berdozen pemuda Palestin. Setiap seoang antara empat menceritakan kisah mereka dizalimi.
Polis Israel telah datang pada malam hari, merentap dan mengejutkan mereka dari tidur dan menyungkup kepala mereka dengan kain penutup. Mereka disumbat dalam penjara secara berasingan, dan dihujani dengan bunyi bising yang membengitkan telinga, menggantung mereka dengan kaki ke atas dan ada yang mengalami azab apabila kemaluan mereka dicemari. Saya tidak pernah mendengar cerita semacam itu di akhbar AS. Apakah itu semua bukan bahan berita? Sudah tentu, fikir saya yang masih mentah itu, para editor AS tidak lagi mengetahui apa yang sebenarnya telah berlaku.
Ketika saya pergi ke Washington, DC, saya telah menyerahkan sepucuk surat kepada Frank Mankiewicz, yang ketika itu merupakan ketua seranta stesen radio WETA. Saya menjelaskan kisah temubual yang dirakamkan itu di mana pemuda Palestin telah didera dengan azabnya. Saya telah menyerahkan pita rakaman itu kepadanya. Saya tidakpun menerima sebarang jawapan, walaupun telah membuat beberapa panggilan telefon mengenainya.
Akhirnya saya disambungkan kepada seorang Ms. Cohen, yang menjawab betapa surat itu telah tersalah letak. Sayapun menulis lagi. Inilah yang kemudiannya memberi kesedaran kepada saya: kalaulah yang didera dengan azabnya itu pemuda yahudi, kisah itu tentu sudah dianggap sebagai berita. Tetapi, rakaman temubual dengan Arab yang telah didera boleh 'hilang' di WETA.
Ketika mengusahakan agar buku saya 'Journey to Jerusalem' diterbitkan, saya telah mendapat satu pengalaman yang hebat. Bill Griffin, yang telah menandatangani satu perjanjian dengan saya bagi pihak MacMillan Publishing Company, adalah seorang bekas padri Roman Katholic. Dia telah berjanji bahawa tidak ada orang lain kecuali dirinya yang akan menyunting buku saya itu. Saya telah membuat banyak kajian untuk menulis buku itu, dengan melakukan banyak perjalanan ke Israel dan Palestin, dan kerap bertemu Griffith, sambil menunjukkan contoh bab buku itu. 'Hebat,' jawabnya apabila melihat bahan tulisan itu.
Pada tarikh buku sepatutnya siap, saya telah pergi ke pejabat MacMillan. Ketika melaporkan kehadiran saya di meja penyambut tetamu, saya nampak Griffin di ruang dalam pejabat, sambil membersihkan meja tulisnya. Setiausahanya Margie muncul menyambut ketibaan saya. Sambil mengalirkan airmata, dia berbisik mengajak saya menemaninya di bilik tandas. Apabila kami berduaan, dia memberitahu secara berahsia, 'Dia baru dipecat.' Margie memberitahu bahawa sebab pemecatan ialah kerana dia telah bersetuju menerima sebuah buku yang bersimpati dengan Palestin. Kerana itu, Griffin tidak mempunyai masa untuk menemui saya.
Kemudian, saya telah berjumpa dengan seorang pegawai MacMillan, William Curry. 'Saya telah diarahkan menghantar manuskrip anda kepada Kedutaaan Israel, kalau-kalau mereka dapat mengesan sebarang kesilapan,' katanya.
Mereka tidak berpuashati dan bertanya 'Apakah buku itu akan diterbitkan??'Saya tanya mereka apakah ada kesilapan dalam buku itu? 'Tidak,' kata mereka. 'Buku ini tidak boleh diterbitkan, kerana ia berunsur anti-Israel.' Di sebalik pelbagai cara untuk menyulitkan, buku itu diterbitkan juga. Setelah muncul pada 1980, saya telah dipelawa untuk berucap di beberapa majlis tajaan gereja. Masyarakat Kristian kerap terkejut mendengarnya. Ketika itu, memang tidak banyak kisah menceritakan perampasan tanah oleh Israel, kemusnahan rumah kediaman orang Palestin, penangkapan rambang dan penderaan yang dilakukan keatas masyarakat Palestin.
Setiap kali saya bercakap mengenai kesengsaraan ini, saya kerap terdengar soalan yang sama, 'Bagaimanakah saya tidak tahu perkara ini, dulu?' Ataupun ada seseorang yang akan bertanyua, 'Saya tidak pernah membaca semua kisah ini di muka akhbar.' Kepada hadirin gereja itu saya telah menceritakan pengalaman saya sendiri, betapa saya telah membaca banyak surat milik AS mengenai sebuah negara yang kecil. Saya telah mengingatkan mereka betapa saya tidak pernah melihat begitu ramai wartawan di bandaraya lain seperti Beijing, Moscow, London, Tokyo, Paris. Saya bertanya, kenapakah sebuah negara kecil yang mempunyai penduduk pada 1980 berjumlah hanya empat juta manusia menarik lebih ramai wartawan berbading China yang mempunyai penduduk seramai satu bilion manusia?
Saya mengaitkan soalan ini dengan kajian saya di The New York Times, The Wall Street Journal, The Washigton Post dan kebanyakan media cetak di negara saya (Amerika) yang dimiliki ataupun dipengaruhi oleh Yahudi yang bersimpati dengan Israel. Saya telah membuat rumusan, disebabkan perkara itu mefeka menghantar sebanyak mungkin wartawan untuk membuat liputan di Israel dan menulisnya daripada kaca mata orang Israel sahaja.
Saya juga mengharungi banyak pengalaman sehingga timbul satu kesedaran bahawa saya akan mudah kehilangan persahabatan seorang Yahudi, seandainya saya mengkritik negara Yahudi. Saya bebas mengkritik Peranchis, England, Russia dan juga Amerika Syarikat. Saya juga bebas menulis mengenai setiap aspek kehidupan di Amerika; Tetapi, saya tidak bebas menulis mengenai negara yahudi. Saya telah kehilangan ramai kawan Yahudi selepas 'Journey to Jerusalem' diterbitkan.Saya merasa hiba dengan kehilangan kawan-kawan itu.
Pada 1960-an dan 1970-an, sebelum pergi ke Timur Tengah, saya telah menulis mengenai nasib masyarakat kulit hitam dalam sebuah buku berjudul 'Soul Sister', dan nasib masyarakat American Indians dalam sebuah buku bertajuk 'Bessie Yellowhair', dan kisah bermasalah yang dihadapi oleh pekerja pendatang haram daripada Mexico. Semua buku ini telah menarik perhatian seorang 'ibu' kepada The New York Times, Mrs. Arthur Hays Sulzberger.
Akhbar itu telah dimulakan oleh bapanya. Kemudian, suami beliau mengambil-alih dan di tahun-tahun saya mengenalinya, anak lelaki beliau yang menjadi penerbit. Dia telah mempelawa saya menghadiri majlis makan tengah hari dan makan malam di apartmennya yang sungguh indah di Fifth Avenue (New York). Ada juga beberapa ketika, saya menjadi tetamu hujung minggu di rumahnya di Greenwich, Connecticut.
Mrs. Sulzberger memang mempunyai fikiran yang terbuka dan telah memuji usaha saya menyuarakan nasib mereka yang malang, sehingga beliau pernah menulis satu surat khas untuk saya, 'Anda merupakan seorang wanita yang sungguh mempersonakan saya.' Saya tidak pernah sedar bagaimana setelah dipuji melangit tinggi, satu hari saya telah dikecam kerana mengikut pandanganya, saya telah menulis untuk membela masyarakat malang, secara 'tersilap orang'.
Ketika itu saya menjadi tetamu hujung minggu di kediamannya di Connecticut dan dia sedang membaca buku saya 'Journey to Jerusalem' yang dibalut kulitnya. Ketika saya mahu pulang, dia menyerahkan buku itu semula kepada saya dengan wajah yang tidak ceria:: 'Sayang, anda telah terlupa menulis mengenai Holokus?' Dia berpendapat kejadian yang dilakukan oleh Nazi Jerman terhadap orang Yahudi beberapa dekad terdahulu seharusnya melenyapkan sebarang kritikan terhadap negara Yahudi. Beliau mampu menumpukan perhatian kepada peristiwa holokus Yahudi tetapi enggan menumpukan perhatian kepada holokus masyarakat Palestin masakini. Saya sedar, secara merasakan keperitannya betapa persahabatan kami sudah samapi ke penghujungnya. Iphegene Sulzberger telah mempelawa saya ke rumahnya bukan sahaja untuk bertemu kawan-kawannya yang terkenal, tetapi telah mencadangkan betapa The Times memerlukan artikel tulisan saya. Saya telah menulis beberapa artikel mengenai pelbagai bidang termasuk masyarakat kulit hitam Amerika, Dayak Amerika, dan pekerja pendatang haram. Sejak Mrs. Sulzberger dan beberapa pegawai tinggi Yahudi di 'The Times' menyanjungi usaha saya membantu masyarakat yang tertekan itu, dikotominya semakin ketara: kebanyakan Yahudi Amerika yang liberal memihak kepada masyarakat yang tertekan itu kecuali satu sahaja: orang Palestin.
Betapa mudahnya pembentuk pemikiran Yahudi ini cuba menghapuskan masyarakat Palestin, agar mereka tidak dikenali ataupun sengaja mahu menonjolkan mereka sebagai masyarakat 'pengganas'.
Yang menyeronokkan saya, Iphigene Sulzberger pernah berbual dengan saya mengenai kehebatan bapa beliau, Adolph S. Ochs. Beliau memberitahu betapa bapanya bukanlah tergolong kepada masyarakat peneroka Zionis. Malahan bapanya tidak menyenangi penubuhan sebuah negara Yahudi.
Kerana itu semakin ramai Yahudi Amerika yang menjadi mangsa kepada pergerakan Zionisme, satu gerakan nasionalisme yang bertukar rupa menjadi satu agama. Ketika semua peraturan etika kesemua agama yang besar di dunia termasuk ajaran Nabi Musa a.s., Nabi Muhammad (saw) dan Nabi Isa a.s. memberi penekanan kepada ajaran bahawa setiap manusia itu adalah serupa dan setaraf darjatnya, kumpulan Zionis yang militan telah mengambil pendirian betapa pembunuhan ke atas orang bukan-Yahudi adalah dibenarkan.
Masyarakat Israel hari ini, mengikut penjelasan seorang Yahudi yang anti-Zionis bernama Israel Shahak, 'tidak merujuk kepada etika keadilan dalam menilai agama mereka. Mereka tidak mahu menerima-pakai 'Old Testament' (Kitab Asal) danapa yang tersirat di dalamnya. Sebaliknya agamawan yahudi merujuk kepada Kitab Talmud. Mereka menganggapnya sebagai hukum yang menyerupai Kitab Injil. Dalam Talmud seorang Yahudi diajar membunuh seorang bukan-Yahudi tanpa takut akan kesalahannya?.
Di dalam ajaran Kristian, terdapat perbezaan dalam pengajaran Talmud itu. Tuhan mengarahkan agar yang luka diberi rawatan dan yang tertekan diberi bantuan.
Masalahnya sekarang sehingga membahayakan setiap Yahudi Amerika yang beragama Kristian, Israel sudah dijadikan sebagai satu ikon. Kerana itu kita terperangkap dalam satu jerat merestui apa juga gelagat Israel, termasuk pembunuhan yang dikatakan mendapat restu dari Tuhan.
Kini saya tidak lagi berseorangan dalam usaha menggembleng beberapa kumpulan gereja AS melancarkan pelbagai program menyokong hak asasi orang Palestin. Usaha yang baik ini adalah disebabkan sebahagiannya kepada pertalian bersejarah dengan tanah kelahiran Nabi Isa dan sebahagian yang lain itu kepada beberapa isu berkaitan dengan pembayaran cukai pendapatan kita yang sekian lama membiayai kerajaan Israel dan mengizinkan segala tingkah laku mereka mencabuli hak asasi manusia.
Walaupun Israel dan penyokong setia Yahudi sedar bahawa presiden mereka dan juga sebilangan besar anggota Kongres sudah masuk perangkap, mereka amat runsing kepada akar umbi Amerika yang merupakan penganut agama Kristian dan yang prihatin kepada asas keadilan.
Setakat ini, kebanyakan Kristian, tidak sedar apa bendanya yang mereka tidak faham mengenai Israel. Minda mereka telah diputar-belit oleh penyokong Yahudi di negara mereka sendiri dan apabila mereka pergi ke tanah kelahiran Nabi Isa, kebanyakan mereka melancong dengan tajaan Israel. Oleh sebab itu adalah tidak mungkin seorang Kristian dapat bertemu muka dengan seorang Palestin untuk mengetahui apa sebanya berlaku konflik Yahudi-Palestin itu.
Semua ini semakin berubah secara perlahan. Namun, perubahan itu sudah menyakitkan hati orang Yahudi. Sebagai contoh, para perwakilan yang menghadiri persidangan Christian Sabeel di Baitulmaqdis pada awal tahun ini, telah mengadu betapa mereka telah diganggu oleh Pasukan Keselamatan Israel di Lapangan Terbang Tel Aviv.
'Mereka menanya kami,' kata seorang perwakilan, 'Kenapakah anda menggunakan syarikat pelancong Palestin? Kenapa tidak gunakan agensi Israel? ' Soal-siasat itu begitu menyeluruh dan liar sehinggakan pemimpin Sabeel terpaksa membuka satu sessi khas untuk memberi penerangan kepada para perwakilan cara menangani segala kekecohan itu.
Jelas, mengikut pendapat seorang perwakilan, 'Israel mempunyai satu dasar melunturkan niat kita menziarahi Tanah Suci kecuali dengan tajaan mereka. Mereka tidak mahu warga Kristian memahami apa yang tidak pernah mereka ketahui mengenai Israel.'
Tamat: Grace-Halsell, ialah seorang wartawan yang berpangkalan di Wahington DC. Beliau juga merupakan penulis 'Journey to Jerusalem' dan 'Prophecy and Politics'.

Thursday, February 01, 2007

pewaris???

Membina generasi pewaris yang bertaraf tinggi

Oleh: ABU BAKAR YANG

DI saat kita mengharungi pergelutan zaman yang semakin pantas berubah dan menjurus ke arah kehidupan kebendaan yang begitu dahsyat, kita tidak seharusnya lalai dalam memberikan asuhan dan bimbingan sewajarnya kepada generasi muda.
Menyedia dan mencorakkan daya fikir serta mengasuh mereka dengan kefahaman Islam yang betul adalah satu keperluan yang mesti dilakukan kerana ia ternyata dapat memberikan kesan mendalam kepada golongan ini.
Hal ini berdasarkan kepada keupayaan golongan muda untuk mencerap dengan mudah apa sahaja bentuk pendidikan yang diberikan sama ada yang baik ataupun sebaliknya.
Oleh itu bentuk pendidikan yang bakal diserapkan ke dalam akal fikiran golongan ini perlulah sesuatu yang berupaya membentuk pemikiran yang sihat dan mampu menyediakan mereka sebagai pelapis bumi Malaysia ini.
Usaha ini juga pastinya menjadi matlamat untuk mewujudkan satu generasi yang cintakan ilmu yang seterusnya melahirkan golongan pemikir dan juga pewaris kepimpinan yang bertaraf tinggi. Cita-cita yang sebegini pastinya suatu yang sukar untuk dicapai terutamanya dalam suasana kehidupan masa kini yang begitu mencabar, namun ia bukanlah suatu yang mustahil.
Sebenarnya hasrat untuk memiliki dan melahirkan generasi yang hebat bukanlah perkara baru, malah ia pernah disuarakan oleh Sayidina Umar Al- Khattab suatu ketika dahulu.
Pernah ketika bersama-sama dengan para sahabat yang lain Umar bertanya kepada para sahabatnya apakah yang diinginkan oleh mereka. Lalu antara mereka ada yang bercita-cita untuk memiliki sejumlah harta yang banyak, dan dengan harta itu dapat mereka sedekah dan belanjakan pada jalan Allah. Namun keinginan Umar jauh berbeza daripada para sahabatnya, apabila beliau mengatakan: “Aku inginkan sekumpulan manusia yang hebat seperti Abu Ubaydah Al-Jarrah, Muaz Ibn Jabal dan Salim Maula Abi Hudhaifah untuk membantu aku mendaulatkan agama Allah.”
Ternyata apa yang diungkapkan oleh Umar ini merupakan satu pengertian besar tentang pentingnya membina generasi yang bertaraf mulia untuk memikul dan melaksanakan impian dan cita-cita umat Islam. Lembaran sejarah juga telah memperlihatkan kepada kita bagaimana baginda Rasulullah s.a.w. sendiri dalam rangka usahanya menjayakan risalah Islam telah melaksanakan usaha pembinaan satu kelompok manusia yang menjadi teras utama sebagai benteng dan tulang belakang, pembentukan umat yang baru.
Kelompok manusia inilah yang dinamakan oleh Syed Qutb sebagai ‘generasi al-Quran yang unik’, iaitu kelompok teras yang mulia dan telah menjayakan segala bentuk perancangan yang dibuat oleh baginda Rasulullah s.a.w.
Golongan teras bertaraf mulia ini telah melalui pendidikan dan penghayatan nilai-nilai dinamik al-Quran yang ditampil dan diterjemahkan dalam setiap ciri kehidupan Rasulullah s.a.w. sebagai pendidik serta pembimbing kepada generasi al-Quran yang unik ini.
Sebagai pemimpin dan juga pendidik kepada pengikutnya, Rasulullah s.a.w. berupaya mengenali setiap potensi yang ada pada setiap diri pengikutnya, dan potensi ini digilap dan diasuh secukupnya oleh Baginda sehingga daripada generasi inilah lahirnya peribadi-peribadi agung yang masih sesuai untuk diteladani hingga ke hari ini.
Di bawah pimpinan Rasulullah s.a.w. semua orang mendapat peluang untuk mengembangkan potensi masing-masing, termasuk mereka yang pernah memusuhi Baginda sebelum memeluk Islam seperti Khalid Al-Walid dan Umar Al-Khattab sendiri. Tidak ada di kalangan umat Islam yang dianaktirikan atau amalan diskriminasi dipraktikkan, malah setiap pengikut Rasulullah s.a.w. dianggap sebagai ‘aset’ yang sangat bernilai.
Suasana kepimpinan Rasulullah s.a.w. juga memperlihatkan kepentingan amalan budaya baik yang menyeluruh dan meluas di dalam masyarakat Islam ketika itu kerana taraf kebaikan tidak mengenal rupa paras, warna kulit, bangsa, umur atau keturunan.
Begitulah juga hasrat dan cita-cita kita hari ini untuk melihat lahirnya golongan muda Islam yang bertaraf mulia memimpin masyarakat masa kini. Di Malaysia, jumlah penduduk yang boleh disenaraikan sebagai golongan muda membentuk lebih 40 peratus daripada penduduk negara. Ini merupakan satu jumlah yang besar. Sekiranya separuh daripada jumlah ini dapat berperanan sebagai golongan yang bertaraf baik, itu sudah memadai untuk Malaysia menjadi sebuah negara yang cukup kuat di persada antarabangsa. Namun dengan jumlah yang ramai tetapi tanpa taraf kemuliaan yang diharapkan tidak akan membawa kita ke mana-mana. Bahkan kita telah diingatkan oleh Allah s.w.t. bahawa yang baik dan mulia itu tidak sama dengan yang buruk walaupun yang buruk itu kelihatan banyak, sebagaimana firman-Nya dalam surah Al- Maidah, ayat 100.
Justeru, pembinaan golongan muda yang bertaraf tinggi yang akan mewarisi tanah air ini sewajarnya diberi perhatian utama dalam agenda pembangunan negara. Pembangunan modal insan seperti mana yang diuar-uarkan kebelakangan ini oleh pemerintah mestilah diberikan perhatian yang wajar dan kesungguhan yang tinggi.
Tanpa kesungguhan yang jitu maka tidak mungkin keinginan kita untuk melihat golongan pewaris yang kuat dan berkemampuan lahir untuk menghadapi cabaran hari depan. Kejayaan membina masa depan yang cemerlang, gemilang dan terbilang lebih banyak bergantung kepada keupayaan generasi masa kini membina kecemerlangan generasi pewaris tersebut.
Maka dengan itu, langkah-langkah dan usaha pembinaan generasi pewaris ini perlulah diberi perhatian dengan lebih gigih lagi terutamanya melengkapkan mereka dengan ilmu-ilmu yang betul dan sesuai dengan perkembangan zaman. Kewujudan generasi ilmuwan yang mulia dengan kekuatan daya saing yang tinggi sudah pasti akan menghasilkan kesan yang baik dalam pembentukan generasi pewaris.

Can't find what are you looking for? Try Google search!

Google