YABADABADOO ADVERTISEMENT

[Yabadaba-doo Advertisement] - The new Marketplace of Malaysia. - Free Post Ads all around Malaysia & WorldWide

Thursday, June 07, 2007

"HIDUP BUKAN QUE SERA SERA" : USAHA CAPAI KEPERIBADIAN UNGGUL BERGANTUNG KEPADA DIRI SENDIRI - TEMUBUAL BERSAMA PROFESOR DI-RAJA UNGKU AZIZ

Untuk menjadi seorang Melayu Unggul atau yang Terbilang, seseorang perlu mempunyai prinsip dan halatuju hidup. Halatuju hidup Pak Ungku Aziz adalah berteraskan kepada apa yang diutarakan oleh Allahyarham Pendita Za'aba iaitu: "Kalau ada keyakinan diri semua boleh tercapai." Kata Pak Ungku lagi, Segala kejayaan seseorang itu adalah terletak kepada "dirinya sendiri." Di dalam temubual ini Pak Ungku telah menyentuh tentang kehidupan remaja, bagaimana mereka menjalani hidup mereka, dan beberapa perkara yang boleh mempengaruhi hidup mereka. Ini termasuklah peranan media - elektronik, cetak dan maya - yang membentuk minda dan khayalan mereka, dan pendidikan. Ini telahpun saya tekankan dalam penulisan awal saya berjodol "Secebis Pendapat" yang memperkatakan tentang beberapa "sistem" menjana "social engineering" dalam pemerintahan negara yang perlu diberi perhatian serious dan memerlukan perubahan mengikut acuan yang berpaksikan ala-Malaysia. Akhir sekali, Pak Ungku menekankan peri pentingnya ditanamkan sifat-sifat atau nilai-nilai positif seperti "berani, jujur, amanah, berhemah, rajin, mempunyai cita-cita tinggi, dan sentiasa suka berkata benar" kepada para remaja kita yang bakal memimpin negara. Sehubungan dengan ini, maka perjumpaan yang akan membincangkan "Social Engineering" oleh mantan Perdana Menteri kita, YAB Tun Dr Mahathir Muhamad, pada 25 Mei nanti, bukan saja relevan kepada apa yang diperkatakan oleh Pak Ungku itu, malah penting dan kena pada masanya. "Social Engineering" hendaklah bermula dari awal, sepertimana kata Pak Ungku, "melentur buluh hendaklah dari rebung." Saya kira ia harus bermula dari peringkat tadika lagi, sepertimana yang dilakukan oleh orang-orang Yahudi dengan kibutsnya, orang German, orang Jepun, Korea, China, Singapura dengan "PAP Kinergatennya", dan lain-lain lagi. Sekarang, sila ikut temubual dengan Pak Ungku: Mansal Damha --------------------------------------------------------------------------------
MUKADIMAH` `Hidup bukan Que Sera, Sera'' - Usaha capai keperibadian unggul bergantung kepada diri sendiri PROF. Diraja Ungku Aziz tertawa kecil apabila dua kali diajukan pertanyaan tentang Anugerah Melayu Terbilang yang diterimanya sempena sambutan ulang tahun ke-59 UMNO, Rabu lalu. ``Saya sebenarnya takut. Secara peribadi (anugerah) ini membimbangkan saya kerana menjadi terbilang bermakna lebih tinggi daripada orang lain. ``Saya tidak fikir sesiapa saja yang berjaya suka merasakan dirinya lebih tinggi daripada orang lain, melihat semua orang lain duduk di bawah,'' kata Pak Ungku kepada wartawan NOOR AZAM SHAIRI yang menemu bualnya, petang kelmarin. Temu bual tersebut diatur untuk mencungkil pandangan beliau mengenai personaliti Melayu unggul serta usaha-usaha yang harus dilakukan untuk mencapai cita-cita itu. ``Kalau kita hendak kenal orang Melayu yang unggul dan berjaya, atau mahu mewujudkan acuan yang boleh dicontohi, kita sebenarnya bercakap tentang hal-hal yang sepatutnya ada pada orang Melayu,'' katanya. Pak Ungku menggariskan beberapa cabaran yang perlu diselesaikan dalam usaha untuk membentuk personaliti yang diharap akan dapat mengangkat martabat orang Melayu itu. Menyentuh soal pendidikan, beliau mencadangkan beberapa perubahan yang perlu dilakukan untuk melahirkan generasi masa akan datang yang unggul. Beliau menyebut juga tentang pentingnya sukan bagi melahirkan masyarakat yang sihat. Pak Ungku juga mengulangi keyakinan yang dipegangnya tentang hubung-kait antara pemakanan yang seimbang dan kecemerlangan bangsa - teori yang dipegangnya sejak membuat kajian tentang pembasmian kemiskinan pada tahun 1970-an. Disamping itu, ada satu lagi perkara penting yang dibangkitkan oleh tokoh akademik yang kuat membaca ini. Beliau menyarankan semua orang Melayu supaya membaca buku tulisan Pendeta Za'ba, Perangai Bergantung kepada Diri Sendiri. Katanya, "dalam buku itu ada amanat penting Za'ba yang menunjukkan jalan bagaimana orang Melayu boleh berjaya dan menjadi unggul," MINGGUAN: Bagaimanakah kita boleh melahirkan Melayu unggul? Apakah yang seharusnya dilakukan? UNGKU AZIZ: Kita perlu terlebih dulu memahami perjalanan hidup manusia atau apa yang disebut oleh William Shakespeare sebagai tujuh peringkat umur manusia. Ini proses hidup yang lazimnya dialami oleh setiap orang. Dalam melalui satu demi satu peringkat umur itu, cabaran yang kita hadapi ialah bagaimana hendak mengenal jalan ke arah kesempurnaan - untuk jadi berjaya dan unggul - serta memahami falsafah -falsafah yang berkaitan. Saya sebenarnya banyak terpengaruh dengan buku yang ditulis oleh Pendeta Za'ba iaitu "Perangai Bergantung kepada Diri Sendiri." Saya suka hendak mengulangi falsafah yang diungkapkan oleh Za'ba bahawa kejayaan seseorang itu bergantung kepada diri sendiri. "Semuanya datang daripada diri kita sendiri. Berapa banyak pun seseorang itu berdoa tidak ada jaminan bahawa dia akan mendapat apa yang diinginkan melainkan melalui usaha." Kalau berusaha, kemungkinan untuk dia mendapatkannya ada. MINGGUAN: Apa kaitannya falsafah Za'ba itu dengan peringkat umur manusia? UNGKU AZIZ: Mencari keunggulan adalah satu usaha. Semasa berumur sekitar 15 tahun, seseorang itu umumnya tidak begitu bertanggungjawab - ada tanggungjawab tetapi tidak banyak. Apabila meningkat dewasa tanggungjawab itu bertambah, dan beban mencari kesempurnaan juga bertambah. Masa depan seseorang apabila dewasa - apa yang akan berlaku apabila umur meningkat - bergantung kepada apa yang dilakukannya semasa remaja. Kalau pada peringkat awal sudah tidak betul, kesannya juga mudarat. Ini sesuatu yang sangat serius. Kalau sudah dewasa dan sudah menentukan hidupnya sendiri, persediaan seseorang itu untuk menghadapi hidup seharusnya sudah lengkap. Itu sebabnya saya melihat zaman remaja sebagai satu tempoh yang sangat penting dalam kita hendak membentuk peribadi yang dikatakan unggul itu.
MINGGUAN: Kenapa golongan remaja? UNGKU AZIZ: Kalau kita mahu membina personaliti unggul kita harus melihat kepada remaja. Kalau hendak melentur buluh biarlah daripada rebung. Masa depan itu ada di tangan mereka. Ini bukan satu pandangan yang klise tetapi ini realiti. Gambaran masa depan kita ialah bagaimana keadaan remaja pada hari ini. Tidak ada orang yang dewasa tanpa melalui zaman remaja. Orang banyak terlupa tentang hakikat ini. Kita tidak ada pilihan sebenarnya - bagaimana keadaan kita pada hari ini begitulah keadaannya pada masa depan. MINGGUAN: Bagaimana Pak Ungku melihat remaja hari ini? UNGKU AZIZ: Kita jangan terlalu cepat menyalahkan remaja, mengatakan mereka hanya suka melepak, pemalas dan banyak angan-angan. Kita sepatutnya cuba memeriksa bagaimanakah keadaannya menjadi remaja pada zaman ini, pada tahun 2005 ini. Ini topik kegemaran saya sejak kebelakangan ini. Saya sebenarnya banyak memikirkan hal ini: Bagaimanakah kita boleh memahami masalah utama remaja Melayu pada hari ini? Ada banyak masalah, dan masalahnya pelbagai. Tetapi pada umumnya saya rasa remaja hari ini mengalami krisis jati diri. Mereka tidak dapat menjawab dengan tegas soalan yang ditanya oleh (ahli falsafah) Socrates: ``Siapakah aku?'' Kepada saya, setiap remaja sepatutnya selalu bertanyakan soalan itu kepada diri sendiri, dan harus ada jawapan yang memuaskan hati. MINGGUAN: Kenapa soalan itu? UNGKU AZIZ: Hidup ini bukanlah seperti lagu Que Sera, Sera - apa hendak jadi biarlah terjadi. Masa depan itu terpulang kepada kita sendiri. Ini berbalik kepada falsafah Za'ba bahawa perangai bergantung kepada diri sendiri. MINGGUAN: Apakah krisis identiti yang dihadapi oleh remaja Melayu? UNGKU AZIZ: Remaja pada umumnya tidak dapat mengenal jati dirinya sendiri. Kenapa jadi begini? Ini teori saya; kalau salah, salahlah saya. Saya bertanggungjawab sepenuhnya. Saya rasa orang yang hendak mencari jati diri mesti boleh bertanya dan menjawab soalan Socrates itu. Tetapi mereka pada hari ini sukar hendak menjawab soalan itu kerana disimbah dengan pelbagai jenis identiti gantian. Inilah masalahnya. Saya minta maaf kerana terpaksa menyebut siapa yang bertanggungjawab besar dalam perkara ini...(ketawa) MINGGUAN: Media, maksudnya? UNGKU AZIZ: (Ketawa) Inilah masalah yang paling besar. Media membentuk identiti dan jati diri mereka kerana medialah yang mewujudkan, membentuk dan membina celebrity. Orang tertarik kepada celebrity dan kemudian meresap masuk ke dalam identiti yang dibina itu. Lihat saja identiti celebrity yang dibentuk oleh media, baik melalui iklan atau penyanyi, orang paling kuat, paling lemah, paling kacak dan sebagainya. Minda remaja ini diserang seperti dihujani peluru dengan pelbagai jenis identiti kecil daripada para celebrity ini. Akibatnya mereka tidak dapat membuat pilihan. Mereka tidak dapat memastikan dengan tegas dan yakin tokoh yang harus mereka ikuti. Media ini pula datang dalam pelbagai bentuk - cetak dan elektronik atau maya. Media maya ini paling efisien dan berkesan, paling merosakkan berbanding yang lain. Orang terbuai dengan media sama seperti tikus-tikus dalam cerita Pemain Seruling dari Hamlin. Inilah yang berlaku sekarang. Pemain seruling itu sekarang ialah media. Orang yang menguasai media memanipulasikan keadaan dengan membina celebrity. Celebrity itu sekarang menjadi model kecil kepada remaja sehingga mereka merasakan ``kalau dapat jadi seperti itu, cukuplah.'' Kepada golongan remaja, konsep keunggulan itu merujuk kepada model celebrity yang dilihatnya melalui media. Tetapi pada masa yang sama mereka sendiri barangkali cukup insaf bahawa mereka mungkin tidak dapat jadi seperti itu.

MINGGUAN: Insaf, kenapa? UNGKU AZIZ: Kita lihat iklan katakanlah hendak menjual rokok, misalnya. Jadi ditunjukkan lelaki pakai tali leher dan sut turun dari kereta mewah masuk ke hotel dan ada perempuan cantik menunggunya. Dia kemudian menghisap rokok jenama yang diiklankan itu. Remaja yang melihat iklan ini tadi cuma tinggal hisap rokok saja. Dia tidak dapat apa-apa, tidak ada kereta mewah, tidak ada perempuan cantik dan tidak ada tali leher. Ini satu tragedi. Kita umpan remaja yang mencari model dengan gambaran imej seperti itu. Imej itu bukan realiti, dan ia mengelirukan remaja yang masih mencari-cari identiti. Mereka tidak dapat menangkap makna identiti dan jati diri. Jati dirinya lemah kerana ia dibentuk daripada imej-imej yang bukan realiti. Remaja tertawan kepada imej-imej itu kerana ia membuatkan mereka rasa seronok dan menarik. Tetapi semuanya hanya angan-angan. Ini sama seperti cerita usahawan yang berangan-angan macam Mat Jenin - suatu hari nanti mahu ada pejabat, ada setiausaha cantik dan sebagainya. MINGGUAN: Apa salahnya berangan-angan? UNGKU AZIZ: Angan-angan ini memuaskan diri dalam jangka masa pendek tetapi kalau terlalu berangan-angan mereka boleh terjerumus terlibat dengan dadah. Statistik menunjukkan majoriti yang terlibat dengan dadah ialah Melayu. Tidak cukup dengan fantasi di rumah mereka berkhayal melalui dadah. Saya tahu bukan semua remaja terlibat tetapi sebahagian besarnya ialah mereka yang berangan-angan ini. Saya fikir nisbah lelaki yang hidup dalam angan-angan jauh lebih besar berbanding wanita, boleh dikatakan dua pertiga. Majoriti remaja wanita lebih stabil, kurang angan-angan dan ada imej yang jelas tentang matlamat hidup masa depan. Itu sebabnya sekitar 70 peratus pelajar di universiti hari ini ialah wanita. Ini bukti bahawa jati diri gantian ini mempengaruhi lebih ramai lelaki berbanding wanita. Malah kalau kita kaji, remaja lelaki Melayu jugalah yang paling banyak di pusat permainan video. Remaja wanita tidak banyak yang bermain permainan video kerana mereka realist. Mereka ada cita-cita dan mahukan kebebasan. Mereka tahu kalau ada kerja, mereka ada kebebasan. Cita-cita mereka realistik. Krisis identiti ini lebih bahaya di kalangan lelaki berbanding wanita. Kalau kita hendak membina Melayu yang unggul kita perlu mengukuhkan jati diri terutamanya di kalangan remaja lelaki. Kita harus ada keseimbangan kuasa dalam masyarakat antara lelaki dan wanita. MINGGUAN: Bagaimana hendak membentuk jati diri yang betul di kalangan remaja? UNGKU AZIZ: Kita mesti berbalik kepada pendidikan kerana ia menentukan masa depan. Kalau tidak rajin belajar, mereka akan banyak berpoya-poya, hidup berangan-angan dan duduk melepak. Ini semua fenomena sosial yang melemahkan remaja Melayu. Kita perlu mengubahnya dengan segera tetapi ia tidak mudah. Kita juga harus menanam hidup yang lebih berdisiplin. Kenapa misalnya di Jepun dan Switzerland, orang tahu berbaris tetapi di sini semua orang berebut-rebut hendak ke depan? Tidak ada disiplin sosial. Kita juga harus menanam sifat jujur dan amanah. Kalau jumpa dompet di tengah jalan kita pulangkan. Tetapi dalam masyarakat kita orang yang buat begitu adalah golongan yang terkecuali. Ia tidak normal, dan apabila berlaku ia jadi bahan berita. Malah orang merasakan kalau jumpa dompet di tengah jalan itu rezeki. Konsep rezekinya pun sudah salah. Kesedaran tentang nilai-nilai murni ini mesti dibina dari awal. Pada fikiran saya, pergerakan pengakap di sekolah dulu boleh menanam nilai-nilai ini. Sekarang ia sudah dipolitikkan.

MINGGUAN: Apa lagi yang perlu kita tanam kepada remaja? UNGKU AZIZ: Sifat kesetiaan dan patriotisme. Kepada saya, remaja yang dipanggil tetapi tidak pergi ke Program Latihan Khidmat Negara itu dalam jati dirinya tidak ada nilai patriotisme. Kita tidak boleh melihatnya sebagai hero. Kalau patriotik, apabila dipanggil dia mesti pergi. Itu satu tanggungjawab. Remaja juga harus berani buat apa saja, bersedia pada bila-bila masa. Ini sifat yang kepada saya harus ada tidak kira pada semua orang yang mahu berjaya. Kalau hendak membina remaja yang unggul apabila dewasa kita kena pastikan mereka ada nilai-nilai ini - berdisiplin, berani, jujur, amanah dan patriotisme. Ini boleh kita buat melalui pendidikan tetapi kena fokus. MINGGUAN: Apakah kita perlu mengetengahkan model-model baru kepada remaja? UNGKU AZIZ: Barangkali model itu ada tetapi kita simpan dalam almari (ketawa). Kita kena keluarkannya dari almari dan gilap sedikit. Kalau kita melihat tempoh 100 tahun yang lalu, saya fikir model itu banyak. Malah dalam sejarah juga ada tokoh-tokoh yang boleh dijadikan model, Hang Tuah misalnya. Dia mungkin tidak pernah wujud tetapi sifat-sifatnya boleh kita baca dalam Hikayat Hang Tuah. Dia perkasa, suka menuntut ilmu dan belajar banyak bahasa. Dia juga setia; baik atau buruk kesetiaannya itu, usah ditanya. Sifat-sifat terpuji daripada model-model inilah yang akan membina realiti, melahirkan remaja yang akan jadi pemimpin masa depan yang memberikan harapan kepada bangsa. Kita tidak akan melahirkan manusia unggul dengan bercakap-cakap saja. MINGGUAN:Apakah yang tidak harus ada pada orang Melayu untuk menjadi unggul? UNGKU AZIZ: Harus tahu membezakan antara realiti dan fantasi. Orang muda hari ini lebih cenderung kepada angan-angan kerana pengaruh media yang saya sebutkan tadi, terutamanya media elektronik. MINGGUAN: Usaha ini banyak bergantung kepada media? UNGKU AZIZ: Ya, kerana media ada hubungan langsung dengan kelompok ini. Pada masa yang sama perlu juga ada peranan ibu bapa dan guru. Semua pihak bertanggungjawab. Kita tidak boleh sapu rata salahkan media saja - kononnya kalau baik media, semuanya akan baik. Tidak begitu? Para pemimpin juga ada peranannya. Suka atau tidak suka, mereka adalah model yang unggul; seharusnya begitulah. Kalau orang mahu berjaya mereka harus membetulkan diri sendiri. Jangan jadi seperti Enron dan WorldCom yang melahirkan tokoh-tokoh korporat berjaya tetapi mengerjakan duit orang beratus bilion. Itu bukan model yang baik. MINGGUAN: Apa yang boleh dilakukan oleh ibu bapa? UNGKU AZIZ: Berikan perhatian kepada pemakanan anak-anak mereka. Masalah kritikal orang Melayu sejak berpuluh tahun lalu ialah umumnya saiz badan mereka kecil. Mengikut teori saya, 90 peratus masalah ini berpunca daripada makanan. Kalau kita lihat orang yang masuk tentera atau yang keluarganya berpendapatan tinggi yang mendapat makanan lebih baik, saiz tubuh mereka lebih besar, tinggi dan lebih sihat. Masalah saiz kecil ini boleh ditangani pada zaman awal praremaja, semasa kanak-kanak. Tujuh tahun pertama dalam hidup manusia adalah tempoh pembesaran fizikal yang penting. Kalau tidak dapat makanan yang seimbang ketika itu, pembesarannya akan terganggu. Kalau mahu jadi bangsa yang unggul orang Melayu mesti bersaiz lebih besar. MINGGUAN: Apa hubung kaitnya? UNGKU AZIZ: Cuba kita lihat di sekeliling kita. Orang yang berjaya biasanya tubuh mereka besar dan tinggi, bahu mereka lebar. Ini semua datang daripada pemakanan yang baik. Pemakanan bukan saja mempengaruhi saiz badan tetapi lebih penting pembinaan otak. Otak mereka lebih cekap seperti bateri yang sudah dicas dengan baik. Otak kita ini seperti bateri. Kita charge otak dengan makanan yang berzat dan seimbang. Kita harus melakukannya dari sekolah rendah.

MINGGUAN: Bagaimana? UNGKU AZIZ: Kita harus mula menyusun program makanan yang lebih baik dan menyeluruh untuk sekolah-sekolah. Sekarang kita buat tetapi tidak di semua sekolah dan tidak teratur. Kenapa tidak kita mula menyediakan makan tengah hari yang seimbang dengan lebih sistematik, sehari sekali di sekolah? Kanak-kanak yang membesar harus makan paling kurang sebiji telur seminggu. Tetapi ia tidak berlaku kerana sesetengah orang Melayu tidak mampu. Apatah lagi sekarang ini harga telur dan makanan keseluruhannya sudah naik. Tetapi saya percaya usaha ini boleh dilakukan oleh kerajaan. Kalau kita percaya bahawa remaja adalah harapan masa depan, kita harus mula membina mereka sejak peringkat praremaja lagi. Kita harus menjaga anak harapan bangsa ini sejak dari kecil lagi. MINGGUAN: Apa lagi selain menjaga makanan? UNGKU AZIZ: Jaga kesihatan dengan bersukan. Kita boleh melahirkan manusia unggul melalui sukan. Kita harus galakkan orang menjadikan sukan sebagai satu cara hidup. Tetapi sekarang sudah terbalik - kita cari juara, beri duit dan jadikan mereka celebrity. Ini melampau. Kita tidak harus sampai ke tahap itu. Melalui sukan orang akan jadi lebih sihat, kuat dan aktif. Kita galakkan orang bersukan bukan untuk menang tetapi semata-mata untuk bersukan. Apa salahnya kita galakkan bersukan untuk suka-suka. Kalau mahu mencari keunggulan kita harus juga melihat kepada aspek sukan kerana ia ada kaitan dengan kesihatan. MINGGUAN: Pak Ungku sudah membincangkan tentang perubahan sikap, pemakanan dan kesihatan. Bagaimana dengan pendidikan? UNGKU AZIZ: Apabila sampai kepada satu peringkat golongan remaja akan mula matang fikirannya. Mereka mula berfikir. Kita harus ada satu sistem yang lebih baik untuk mengajar orang berfikir. Kepada saya, salah satu kelemahan sistem pelajaran kita pada hari ini ialah ia tidak mengajar orang berfikir. Para pemimpin kita selalu bercakap tentang masyarakat inovatif dan kreatif. Tetapi bagaimana mahu melahirkan masyarakat seperti itu kalau mereka tidak diajar untuk inovatif dan kreatif? Ia perlu diasuh dan dipupuk dari awal. MINGGUAN: Apakah sistem pendidikan kita membantu pembentukan bangsa unggul? UNGKU AZIZ: Saya fikir ada banyak kekurangan dan kelemahannya. Ini hakikat yang perlu saya suarakan. Kalau ada menteri-menteri yang hendak marah dengan kenyataan ini, tidak mengapa. Saya pun sudah 83 tahun (ketawa), tidak kisah apa-apa lagi. Saya hanya menyuarakan pandangan, bukan untuk mengenakan sesiapa. Kita harus memikirkan hala yang hendak kita tuju, dan menyusun langkahnya dari situ. Selepas itu jangan ditukar-tukar separuh jalan. MINGGUAN: Apakah yang menghalang orang Melayu untuk menjadi unggul? UNGKU AZIZ: Ini terpulang kepada diri masing-masing, berbalik kepada apa yang saya petik daripada Za'ba di awal tadi. Saya sudah sebut sebelum ini, dan saya hendak ulang lagi: Buku Za'ba itu adalah bacaan wajib untuk semua orang Melayu. Secara ringkas, apa yang dikatakan oleh Za'ba dalam bukunya itu ialah kalau ada keyakinan kita boleh melakukan apa saja. Kita boleh menjadi unggul tetapi usaha itu bergantung kepada diri kita sendiri. Malah apa yang disebut oleh Za'ba itu adalah falsafah yang digali daripada ajaran al-Quran. Itulah yang harus kita tekankan kepada remaja hari ini. Ini soal mahu atau tidak mahu, mahu lebih atau mahu kurang - pilihan masing-masing. Tetapi kalau pemikirannya terkongkong oleh model-model kecil yang dibentuk oleh media, mereka akan sukar membuat pilihan kerana tidak boleh berfikir. Mereka hendak bergembira saja tetapi hidup ini bukan bergembira sepanjang masa. Ini masalahnya. Orang selalu bercakap tentang sifat-sifat negatif Melayu - malas dan suka buang masa, misalnya - sehingga menimbulkan rasa rendah diri untuk mereka maju. MINGGUAN: Apa pandangan Pak Ungku dalam hal ini? UNGKU AZIZ: Sifat malas itu ada kaitannya dengan kemiskinan dalam masyarakat. Dari segi ekonominya, kemiskinan menyebabkan orang tidak ada tenaga kerana tidak mendapat pemakanan yang baik. Rasa rendah diri pula sifat yang sudah lama ada dalam jiwa orang Melayu. Ini soal budaya. Tetapi orang yang menjadi berjaya adalah mereka yang mampu mengeluarkan diri daripada kepungan budaya itu - kepungan budaya yang ada dalam minda. Ia boleh diatasi, bergantung kepada diri sendiri. Tidak ada yang mustahil. Tidak ada apa-apa yang menghalang orang Melayu untuk menjadi unggul. MINGGUAN: Pak Ungku pernah sebut sesetengah orang Melayu yang berjaya daripada Dasar Ekonomi Baru ibarat kacang lupakan kulit; tidak membantu anak bangsa lain berjaya sama. Tidakkah mereka boleh menjadi pemangkin pembinaan Melayu unggul ini? UNGKU AZIZ: Ini bukan soal boleh; tetapi itulah yang sepatutnya. Siapa lagi kalau bukan mereka? MINGGUAN: Pak Ungku telah mengupas tentang zaman remaja yang cukup kritikal dalam pembinaan sahsiah bangsa. Pak Ungku semasa remaja bagaimana? UNGKU AZIZ: Zaman saya remaja sekitar tahun 1930-an dan 1940-an dulu adalah satu zaman yang sama sekali berlainan, zaman perang. Tetapi saya bekerja kuat kerana yakin bahawa kejayaan adalah dengan memiliki ijazah. Jadi saya belajar bersungguh-sungguh. Arwah ayah tidak banyak mempengaruhi saya, tidak banyak meninggalkan nasihat. Dia hidup dalam dunianya sendiri tetapi dari semasa ke semasa kami berbincang juga. Dia banyak meninggalkan saya dengan dunia saya sendiri. Tetapi ada satu perkara yang dia tekankan: Kalau tidak berjaya dalam pelajaran kamu tidak akan jadi sesiapa. Dia nasihatkan bahawa dalam apa keadaan saya mesti belajar kerana kejayaan itu datang daripada usaha kita belajar. Ini tidak ada galang-gantinya. Dia menanam dalam dada saya bahawa kejayaan akan datang dengan belajar bersungguh-sungguh. Jadi semasa di English College, Johor Bahru saya belajar bersungguh-sungguh. Selepas ayah meninggal pada tahun 1939, saya jadi anak yatim piatu. Ibu meninggal semasa saya umur 4 tahun. Semasa itu pun saya tidak suka pergi kepada ahli keluarga untuk minta bantuan. Apabila bapa saudara saya (Datuk Onn Jaafar) jadi Menteri Besar Johor pun saya tidak rasa saya perlu minta kerja, sokongan atau duit daripada dia. Saya pernah jadi kerani semasa menunggu keputusan peperiksaan. Apa yang saya buat itu adalah sebahagian daripada usaha untuk berjaya, pemikiran yang sudah tertanam dalam diri saya. Saya tidak kisah jadi kerani untuk cari duit supaya dapat belajar. Saya tidak pernah segan macam kebanyakan graduan yang menganggur sekarang. Saya fikir sikap inilah yang harus ada pada setiap orang muda yang mahu berjaya.

MINGGUAN: Sikap terhadap pelajaran? UNGKU AZIZ: Ya, sudah semestinya. Sebelum Perang Dunia Kedua saya sudah masuk ke Raffles College tetapi kemudian terganggu apabila Jepun datang. Tetapi semasa itu pun saya terus belajar juga. Saya ke Universiti Waseda di Jepun, sempat belajar dua tahun. Orang perang atau tidak perang, saya belajar juga. Apabila semua universiti di Jepun ditutup saya balik semula ke Johor dan berkhidmat sekejap dengan kerajaan negeri. Apabila Raffles College buka semula saya sambung belajar sampai lulus. Kepada saya jentera dalam mindalah yang menggerakkan saya untuk berjaya. Kemahuan untuk berjaya itu harus ada dalam minda terlebih dulu. Soal hendak jadi kaya tidak pernah terlintas dalam fikiran saya. MINGGUAN: Apakah antara perkara penting yang Pak Ungku belajar yang membentuk diri Pak Ungku sampai ke tahap ini? UNGKU AZIZ: Satu perkara yang saya belajar semasa di Jepun ialah sifat samurai: Kalau dicabar, tarik pedang dan lawan. Kalau menang, menanglah; kalau kalah, mati. Habis cerita. Saya fikir orang yang hendak jadi unggul ini perlu ada semangat seperti itu - pantang dicabar. Tidak tahu takut, tidak kenal undur. Semangat samurai ini kepada saya ialah sifat perkasa. Dalam falsafah al-Ghazali pun ada disebut bahawa sifat orang yang berjaya ialah mereka yang berani. MINGGUAN: Boleh Pak Ungku namakan Melayu unggul yang boleh dicontohi? UNGKU AZIZ: Susah bagi saya hendak menamakannya tetapi orang itu harus ada ciri-ciri yang kita bincangkan tadi. Dia harus berani, jujur, amanah, berkata benar, berhemah, bekerja keras dan semangat tinggi. Dia mesti bersungguh-sungguh bak kata pepatah genggam bara api biar jadi abu. Kita jangan jadi bangsa hangat-hangat tahi ayam. Dan keunggulan mereka itu tentunya akan diukur dari segi kejayaan, baik dalam bidang apa sekalipun. MINGGUAN: Sekarang ini orang melihat kepada Pak Ungku? UNGKU AZIZ: (Ketawa) Saya tidak berani. Lihatlah diri saya ini. Saya begini saja. Saya tidak suka pakai tali leher dan saya makan simple saja. Ini bukan saya buat-buat; saya memang begini. Ini memang saya. Susah untuk orang jadi macam saya. Saya tidak fikir orang boleh meniru cara saya. Tetapi kalau dedikasi saya - dedikasi ini perkataan yang besar - terhadap pendidikan, barangkali, ya. Saya fikir orang boleh tiru sifat-sifat baik yang mereka fikir ada pada saya.

Kebangkitan islam

TOKOH KATALIS KEBANGKITAN ISLAM : SALAHUDDIN AL-AYUBI

Baru-baru ini, industri filem barat telah berjaya memaparkan sebuah filem bertajuk "The Kingdom of Heaven" lakonan Orlando Bloom. Sekalipun telah mendapat kritikan dahsyat daripada sebahagian besar masyarakat barat, filem yang telah berjaya di peringkat "Box Office" ini merupakan satu-satunya filem yang telah mengimbangi kedudukan Islam di tengah-tengah konflik Israel-Palestin dan kekeliruan di kalangan masyarakat antarabangsa mengenai Islam. Filem tersebut juga telah membuat generasi muda Melayu terpegun dengan kehebatan dan kemulian Salahuddin Al-Ayubi sebagai salah seorang tokoh Kebangkitan Islam. Salahuddin Sebagai Tokoh Katalis Kebangkitan Islam Salahuddin dibesarkan sama seperti anak-anak orang Kurdis biasa. Pendidikannya juga seperti orang lain, belajar ilmu-ilmu sains di samping seni peperangan dan mempertahankan diri. Tiada seorangpun yang menyangka sebelum ia menguasai Mesir dan menentang tentera Salib bahawa anak Kurdis ini suatu hari nanti akan merampas kembali Palestin dan menjadi pembela akidah Islamiah yang hebat. Dan tiada siapa yang menyangka pencapaiannya demikian hebat sehingga menjadi contoh dalam memerangi kekufuran hingga ke hari ini. Stanley Lane Poole (1914) seorang penulis Barat menyifatkan Salahuddin sebagai anak seorang governor yang memilliki kelebihan daripada orang lain tetapi tidak menunjukkan satupun tanda-tanda ia akan menjadi orang hebat pada masa depan. Akan tetapi ia menunjukkan akhlak yang mulia. Walau bagaimanapun Allah telah mentakdirkannya untuk menjadi pemimpin besar pada zamannya dan Allah telah menyediakan dan memudahkan jalan-jalannya untuk menjadi pemimpin agung itu. Ketika ia menjadi tentera Al-Malik Nuruddin, Sultan Aleppo, ia diperintahkan untuk pergi ke Mesir. Pada masa itu Mesir diperintah oleh sebuah kerajaan Syi'ah yang tidak bernaung di bawah khalifah. Bahauddin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah menulis bahawa Salahuddin sangat berat dan memaksa diri untuk pergi ke Mesir bagaikan orang yang hendak di bawa ke tempat pembunuhan (Bahauddin, 1234). Tetapi itulah sebenarnya apa yang dimaksudkan dengan firman Allah, "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu" (Al-Baqarah:216) Pertukaran Hidup Salahuddin Al-Ayubi Ketika Salahuddin menguasai Mesir, ia tiba-tiba berubah. Ia yakin bahawa Allah telah mempertanggung-jawabkan kepadanya satu tugas yang amat berat yang tak mungkin dapat dilaksanakan jika ia tidak bersungguh-sungguh. Bahauddin telah menuliskan dalam catatannya bahwa Salahuddin sebaik-baik sahaja ia menjadi pemerintah Mesir. Dunia dan kesenangannya telah lenyap dari pandangan matanya. Dengan hati yang rendah dan syukur kepada Allah ia telah menolak godaan-godaan dunia dan segala kesenangannya (Bahauddin,1234). Bahkan Stanley Lane Poole(1914) telah menuliskan bahwa Salahuddin mengubah cara hidupnya kepada yang lebih keras. Ia bertambah wara' dan menjalani hidup yang lebih berdisiplin dan sederhana. Ia mengenepikan corak hidup senang dan memilih corak hidup "Spartan" yang menjadi contoh kepada tenteranya. Ia menumpukan seluruh tenaganya untuk satu tujuan yaitu untuk membina kekuasaan Islam yang cukup kuat untuk menghalau orang kafir dari tanah air Islam. Salahuddin pernah berkata, "Ketika Allah menganugerahkan aku bumi Mesir, aku yakin Dia juga bermaksud Palestin untukku. Ini menyebabkan ia memenangkan perjuangan Islam. Sehubungan dengan ia telah menyerahkan dirinya untuk jalan jihad. Semangat Jihad Salahuddin Al-Ayubi Fikiran Salahuddin sentiasa tertumpu kepada jihad di jalan Allah. Bahauddin telah mencatatkan bahawa semangat Salahuddin yang berkobar-kobar untuk berjihad menentang tentera Salib telah menyebabkan jihad menjadi tajuk perbincangan yang paling digemarinya. Ia sentiasa meluangkan seluruh tenaganya untuk memperkuat pasukan tenteranya, mencari mujahid-mujahid dan senjata untuk tujuan berjihad. Jika ada sesiapa yang bercakap kepadanya berkenaan jihad ia akan memberikan sepenuh perhatian. Sehubungan dengan ini ia lebih banyak di dalam khemah perang daripada duduk di istana bersama sanak keluarga. Siapa sahaja yang menggalakkannya berjihad akan mendapat kepercayaannya. Siapa sahaja yang memerhatikannya akan dapat melihat apabila ia telah memulakan jihat melawan tentera salib ia akan menumpahkan seluruh perhatiannya kepada persiapan perang dan menaikkan semangat tenteranya. Dalam medan peperangan ia bagaikan seorang ibu yang garang kehilangan anak tunggal akibat dibunuh oleh tangan jahat. Ia akan bergerak dari satu hujung medan peperangan ke hujung yang lain untuk mengingatkan tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah semata-mata. Ia juga akan pergi ke seluruh pelusuk tanah air dengan mata yang berlinang mengajak manusia supaya bangkit membela Islam. Ketika ia mengepung Acre ia hanya minum, itupun selepas dipaksa oleh doktor peribadinya tanpa makan. Doktor itu berkata bahawa Salahuddin hanya makan beberapa suap makanan semenjak hari Jumaat hingga Isnin kerana ia tidak mahu perhatiannya kepada peperangan terganggu. (Bahauddin, 1234) Peperangan Salib di Hittin Satu siri peperangan yang sengit telah berlaku antara tentera Salahuddin dengan tentera Salib di kawasan Tiberias di kaki bukit Hittin. Akhirnya pada 24 Rabiul-Akhir, 583 H, tentera Salib telah kalah. Dalam peperangan ini Raja Kristian yang memerintah Palestin telah dapat di tawan beserta adiknya Reginald dari Chatillon. Pembesar-pembesar lain yang dapat ditawan ialah Joscelin dari Courtenay, Humphrey dari Toron dan beberapa orang ternama yang lain. Ramai juga tentera-tentera Salib berpangkat tinggi telah tertawan. Stanley Lane-Poole menceritakan bahwa dapat dilihat seorang tentera Islam telah membawa 30 orang tentera Kristian yang ditawannya sendiri diikat dengan tali khemah. Mayat-mayat tentera Kristian bertimbun-timbun seperti batu di atas batu di antara salib-salib yang patah, potongan tangan dan kaki dan kepala-kepala manusia berguling seperti buah tembikai. Dianggarkan 30,000 tentera Kristian telah mati dalam peperangan ini. Setahun selepas peperangan, timbunan tulang dapat dilihat memutih dari jauh. Kecintaan Salahuddin Al-Ayubi kepada Islam Peperangan Hittin telah menyerlahkan kecintaan Salahuddin kepada Islam. Stanley Lane-Poole menulis bahawa Salahuddin berkhemah di medan peperangan semasa peperanggan Hittin. Pada satu ketika setelah khemahnya didirikan diperintahkannya tawanan perang dibawa ke hadapannya. Maka dibawalah Raja Palestin dan Reginald dari Chatillon masuk ke khemahnya. Dipersilakan sang Raja duduk di dekatnya. Kemudian ia bangun pergi ke hadapan Reginald lalu berkata, "Dua kali aku telah bersumpah untuk membunuhnya. Pertama ketika ia bersumpah akan melanggar dua kota suci dan kedua ketika ia menyerang jamaah haji. Ketahuilah aku akan menuntut bela Muhammad SAW atasnya". Lalu ia menghunuskan pedangnya dan memenggal kepala Reginald. Mayatnya kemudian dibawa keluar oleh pengawal dari khemah. Raja Palestin apabila melihat adiknya dipancung, ia mengeletar kerana menyangka gilirannya akan tiba. Tetapi Salahuddin menjamin tidak akan mengapa-apakannya sambil berkata, "Bukanlah kelaziman seorang raja membunuh raja yang lain, tetapi orang itu telah melanggar segala batas-batas, jadi terjadilah apa yang telah terjadi". Tindakan Salahuddin adalah disebabkan kebiadaban Reginald kepada Islam dan Nabi Muhammad SAW. Bahauddin bin Shaddad, penasihat kepercayaan Salahuddin mencatatkan bila jamaah haji dari Palestin diserang dicederakan tanpa belas kasihan oleh Reginald, di antara tawanannya merayu supaya mereka dikasihani. Tetapi Reginald dengan angkuhnya mengatakan, "Mintalah kepada Nabi kamu, Muhammad, untuk menyelematkan kamu". Ketika ia mendengar berita ini ia telah berjanji akan membunuh Reginald dengan tangannya sendiri apabila ia dapat menangkapnya. Salahuddin Menawan Baitul Muqaddis Kemenangan peperangan Hittin telah membuka jalan mudah kepada Salahuddin untuk menawan Baitul Muqaddis. Bahauddin telah mencatatkan bahawa Salahuddin sangat-sangat berhajat untuk menawan baitul Muqaddis hinggakan bukitpun akan mengecut dari bebanan yang dibawa di dalam hatinya. Pada hari jumaat, 27 Rajab, 583H, iaitu pada hari Isra' Mi'raj, Salahuddin telah memasuki banda suci tempat Rasulullah SAW naik ke langit. Dalam catatan Bahauddin ia menyatakan inilah kemenangan atas kemenangan. Ramai orang yang terdiri dari ulama, pembesar-pembesar, peniaga dan orang-orang biasa datang merayakan gembira kemenangan ini. Kemudiannya ramai lagi orang datang dari pantai dan hampir semua ulama-ulama dari Mesir dan Syria datang untuk mengucapkan tahniah kepada Salahuddin. Boleh dikatakan hampir semua pembesar-pembesar datang. Laungan "Allahhu Akbar" dan "Tiada tuhan melainkan Allah" telah memenuhi langit. Selepas 90 tahun kini sembahyang Jumaat telah diadakan semula di Baitul Muqaddid. Salib yang terpampang di 'Dome of Rock' telah diturunkan. Betapa hebatnya peristiwa ini tidak dapat digambarkan. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa hebatnya hari itu. Salahuddin Yang Penyayang Sifat penyayang dan belas kasihan Salahuddin semasa peperangan ini sangat jauh berbeda daripada kekejaman musuh Kristiannya. Ahli sejarah Kristian pun mengakui hal ini. Lane-Poole mengesahkan bahwa kebaikan hati Salahuddin telah mencegahnya daripada membalas dendam. Ia telah menuliskan yang Salahuddin telah menunjukkan ketiggian akhlaknya ketika orang-orang Kristian menyerah kalah. Tenteranya sangat bertanggung jawab, menjaga peraturan di setiap jalan, mencegah segala bentuk kekerasan hinggakan tiada kedengaran orang-orang Kristian diperlakukan tidak baik. Semua jalan keluar-masuk ke Baitul Muqaddis ditangannya dan seorang yang amanah telah dilantik di pintu Nabi Daud untuk menerima wang tebusan daripada orang-orang Kristian yang ditawan. Lane-Poole juga telah menuliskan bahawa Salahuddin telah mengatakan kepada pegawainya, "Adikku telah membuat infak, Padri besar pun telah benderma. Sekarang giliranku pula". Lalu ia memerintahkan pegawainya mewartakan di jalan-jalan Jerusalem bahawa sesiapa yang tidak mampu membayar tebusan boleh dibebaskan. Maka begitu ramailah orang berpusu-pusu keluar dari pintu St. Lazarus dari pagi hingga ke malam. Ini merupakan sedekah Salahuddin kepada orang miskin tanpa menghitung bilangan mereka. Selanjutnya Lane-Poole menuliskan bagaimana pula tindak-tanduk tentera Kristian ketika menawan Baitul Muqaddis kali pertama pada tahun 1099. Telah tercatat dalam sejarah bahawa ketika Godfrey dan Tancred menunggang kuda di jalan-jalan Jerusalem jalan-jalan itu 'tersumbat' dengan mayat-mayat, orang-orang Islam yang tidak bersenjata disiksa, dibakar dan dipanah dari jarak dekat di atas bumbung dan menara rumah-rumah ibadah. Darah yang membasahi bumi yang mengalir dari pembunuhan orang-orang Islam secara beramai-ramai telah mencermarkan kesucian gereja di mana sebelumnya kasih sayang sentiasa diajarkan. Maka sangat bernasip baik orang-orang Kristian apabila mereka dilayan dengan baik oleh Salahuddin. Lane-Poole juga menuliskan, jika hanya penaklukan Jerusalem sahaja yang diketahui mengenai Salahuddin, maka ia sudah cukup membuktikan dialah seorang penakluk yang paling penyantun dan baik hati di zamannya bahkan mungkin di sepanjang zaman. Perang Salib Ketiga Perang Salib pertama ialah kejatuhan Palestin kepada orang-orang Kristian pada tahun 1099 (490H) manakala yang kedua telah dimenangi oleh Salahuddin dalam peperangan Hittin pada tahun 583H (1187M) di mana beberapa hari kemudian ia telah menawan Baitul Muqaddis tanpa perlawanan. Kekalahan tentera Kristian ini telah menggegarkan seluruh dunia Kristian. Maka bantuan dari Eropah telah dicurahkan ke bumi Palestin. Hampir semua raja dan panglima perang dari dunia Kristian seperti Fredrick Barbossa raja Jerman, Richard The Lion raja England, Philips Augustus raja Perancis, Leopold dari Austria, Duke of Burgundy dan Count of Flanders telah bersekutu menyerang Salahuddin yang hanya dibantu oleh beberapa pembesarnya dan saudara maranya serta tenteranya untuk mempertahankan kehormatan Islam. Berkat pertolongan Allah mereka tidak dapat dikalahkan oleh tentera bersekutu yang besar itu. Peperangan ini berlanjutan selama 5 tahun hingga menyebabkan kedua belah pihak menjadi lesu dan jemu. Akhirnya kedua belah pihak bersetuju untuk memuat perjanjian di Ramla pada tahun 588H. Perjanjian ini mengakui Salahuddin adalah pengusa Palestin seluruhnya kecuali bandar Acra diletakkan di bawah pemerintahan Kristian. Maka berakhirlah peperangan Salib ketiga. Lane-Poole telah mencatatkan perjanjian ini sebagai berakhirnya Perang Suci yang telah berlajutan selama 5 tahun. Sebelum kemenangan besar Hittin pada bulan Julai, 1187 M, tiada satu inci pun tanah Palestin di dalam tangan orang-orang Islam. Selepas Perjanjian Ramla pada bulan September, 1192 M, keseluruhannya menjadi milik mereka kecuali satu jalur kecil dari Tyre ke Jaffa. Salahuddin tidak ada rasa malu apapun dengan perjanjian ini walaupun sebahagian kecil tanah Palestin masih di tangan orang-orang Kristian. Atas seruan Pope, seluruh dunia Kristian telah mengangkat senjata. Raja England, Perancis, Sicily dan Austria serta Duke of Burgundy, Count of Flanders dan beratus-ratus lagi pembesar-pembesar telah bersekutu membantu Raja dan Putra Mahkota Palestin untuk mengembalikan kerajaan Jerusalem kepada pemerintahan Kristian. Walau bagaimanapun ada raja yang mati dan ada yang balik dan sebahagian pembesar-pembesar Kristian telah terkubur di Tanah Suci itu, tetapi Tanah Suci itu masih di dalam tangan Salahuddin. Selanjutnya Lane-Poole mencatatkan, seluruh kekuatan dunia Kritian yang telah ditumpukan dalam peperangan Salib ketiga tidak mengoyangkan kekuatan Salahuddin. Tenteranya mungkin telah jemu dengan peperangan yang menyusahkan itu tetapi mereka tidak pernah undur apabila diseru untuk menjualkan jiwa raga mereka di jalan Tuhan. Tenteranya yang berada jauh di lembah Tigirs di Iraq mengeluh dengan tugas yang tidak henti-henti, tetapi ketaatan meraka yang tidak pernah berbelah bagi. Bahkan dalam peperangan Arsuf, tenteranya dari Mosil (sebuah tempat di Iraq) telah menunjukkan ketangkasan yang hebat. Dalam peperangan ini, Salahuddin memang boleh memberikan kepercayaan kepada tentra-tenteranya dari Mesir, Mesopotamia, Syria, Kurds, Turkmans, tanah Arab dan bahkan orang-orang Islam dari mana-mana sahaja. Walaupun mereka berlainan bangsa dan kaum tetapi Salahuddin telah dapat menyatukan mereka di atas jalan Tuhan dari pada mula peperangan pada tahun 1187 hinggalah berakhirnya pada tahun 1192. Lane-Poole juga menuliskan dalam peperangan ini Salahuddin sentiasa syura. Ia mempunyai majlis syura (musyawarah)yang membuat keputusan-keputusan ketenteraan. Kadang-kadang majlis ini membatalkan keputusan Salahuddin sendiri. Dalam majlis ini tiada siapa yang mempunyai suara lebih berat tiada siapa yang lebih mempengaruhi fikiran Salahuddin. Semuanya sama sahaja. Dalam majlis itu ada adiknya, anak-anaknya, anak saudaranya, sahabat-sahabat lamanya, pembesar-pembesar tentera, kadi, bendahari dan setiausaha. Semuanya mempunyai sumbangan yang sama banyak dalam membuat keputusan. Pendeknya semuanya menyumbang dalam kepakaran masing-masing. Walau apa pun perbincangan dan perdebatan dalam majlis itu, mereka memberikan ketaatan mereka kepada Salahuddin. Kematian Salahuddin Al-Ayubi Pada hari Rabu, 27 Safar, 589H, pulanglah Salahuddin ke rahmatullah selepas berhempas pulas mengembalikan tanah air Islam pada usia 57 tahun. Bahauddin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah menulis mengenai hari-hari terakhir Salahuddin. Pada malam 27 Safar, 12 hari selepas ia jatuh sakit, ia telah menjadi sangat lemah. Syeikh Abu Ja'afar seorang yang wara' telah diminta menemani Salahuddin di Istana supaya jika ia nazak, bacaan Qur'an dan syahadah boleh diperdengarkan kepadanya. Memang pada malam itu telah nampak tanda-tanda berakhirnya hayat Salahuddin. Syeikh Abu Jaafar telah duduk di tepi katilnya semenjak 3 hari yang lepas membacakan Qur'an. Dalam masa ini Salahuddin selalu pingsan dan sedar sebentar. Apabila Syeikh Au Jaafar membacakan ayat, "Dialah Allah, tiada tuhan melainkan Dia, Yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata" (Al-Hasyr: 22), Salahuddin membuka matanya sambil senyum, mukanya berseri dan denga nada yang gembira ia berkata, "Memang benar". Selepas ia mengucapkan kata-kata itu rohnya pun kembali ke rahmatullah. Masa ini ialah sebelum subuh, 27 Safar. Seterusnya Bahauddin menceritakan Salahuddin tidak meninggalkan harta kecuali satu dinar dan 47 dirham ketika ia wafat. Tiada rumah-rumah, barang-barang, tanah, kebun dan harta-harta lain yang ditinggalkannya. Bahkan harta yang ditinggalkannya tidak cukup untuk upah pengkebumiannya. Keluarganya terpaksa meminjam wang untuk menanggung upah pengkebumian ini. Bahkan kain kafan pun diberikan oleh seorang menterinya. Salahuddin yang Wara' Bahauddin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah mencatatkan berkenaan kewarakan Salahuddin. Satu hari ia berkata bahawa ia telah lama tidak pergi sembahyang berjemaah. Ia memang suka sembahyang berjemaah, bahkan ketika sakitnya ia akan memaksa dirinya berdiri di belakang imam. Disebabkan sembahyang adalah ibadah utama yang diasaskan oleh Rasulullah SAW, ia sentiasa mengerjakan sembahyang sunnat malam. Jika disebabkan hal tertentu ia tidak dapat sembahyang mala, ia akan menunaikannya ketika hampir subuh. Bahauddin melihatnya sentiasa sembahyang di belakang imam ketika sakitnya, kecuali tiga terakhir di mana ia telah tersangat lemah dan selalu pengsan. Tetapi ia tidak pernah tinggal sembahyang fardhu. Ia tidak pernah membayar zakat kerana ia tidak mempunyai harta yang cukup nisab. Ia sangat murah hati dan akan menyedekahkah apa yang ada padanya kepada fakir miskin dan kepada yang memerlukan hinggakan ketika wafatnya ia hanya memiliki 47 dirham wang perak dan satu dinar wang emas. Ia tidak meninggalkan harta. Bahauddin juga mencatatkan bahawa Salahuddin tidak pernah meninggalkan puasa Ramadhan kecuali hanya sekali apabila dinasihatkan oleh Kadi Fadhil. Ketika sakitnya pun ia berpuasa sehinggalah doktor menasihat kannya dengan keras supaya berbuka. Lalu ia berbuka dengan hati yang berat sambil berkata, "Aku tak tahu bila ajal akan menemuiku". Maka segera ia membayar fidyah. Dalam catatan Bahauddin juga menunjukkan Salahuddin teringin sangat menunaikan haji ke Mekah tetapi ia tidak pernah berkesempatan. Pada tahun kewatannya, keinginannya menunaikan haji telah menjadi-jadi tetapi ditakdirkan. Ia sangat gemar mendengar bacaan Al-Qur'an. Dalam medan peperangan ia acap kali duduk mendegar bacaan Qur'an para pengawal yang dilawatnya sehingga 3 atau 4 juzu' semalam. Ia mendengar dengan sepenuh hati dan perhatian sehingga air matanya membasahi dagunya. Ia juga gemar mendengar bacaan hadis Rasulullah saw. Ia akan memerintahkan orang-orang yang bersamanya duduk apabila hadis dibacakan. Apabila ulama hadis datang ke bandar, ia akan pergi mendengar kuliahnya. Kadang kadang ia sendiri membacakan hadis dengan mata yang berlinang. Dalam peperangan kadang-kadang ia berhenti di antara musuh-musuh yang datang untuk mendengarkan hadis-hadis dibacakan kepadanya. Salahuddin sangat yakin dan percaya kepada pertolongan Allah. Ia biasa meletakkan segala harapan nya kepada Allah terutama ketika dalam kesusahan. Pada satu ketika ia berada di Jerusalem yang pada masa itu seolah-olah tidak dapat bertahan lagi daripada kepungan tentera bersekutu Kristian. Walaupun keadaan sangat terdesak ia enggan untuk meninggalkan kota suci itu. Malam itu adalah malam Jumaat musim sejuk. Bahaauddin mencatatkan, "Hanya aku dan Salahuddin sahaja pada masa itu. Ia menghabis kan masa malam itu dengan bersembahyang dan munajat. Pada tengah malam saya minta supaya ia berehat tetapi jawabnya, "Ku fikir kau mengantuk. Pergilah tidur sejenak". Bila hampir subuh akupun bangun dan pergi mendapatkannya. Aku dapati ia sedang membasuh tangannya. "Aku tidak tidur semalam" katanya. Selepas sembahyang subuh aku berkata kepadanya, "Kau kena munajat kepada Allah memohon pertolongan-Nya". Lalu ia bertanya, "Apa yang perlu ku lakukan?" Aku menjawab, Hari ini hari Jumaat. Engkau mandilah sebelum pergi ke masjid Aqsa. Keluarkanlah infaq dengan senyap-senyap. Apabila kau tiba di masjid, sembahyanglah dua rakaat selepas azan di tempat Rasulullah SAW pernah sembahyang sebelum mi'raj dahulu. Aku pernah membaca hadis doa yang dibuat di tempat itu adalah mustajab. Oleh itu kau bermunajadlah kepada Allah dengan ucapan "Ya Tuhanku, aku telah kehabisan segala bekalanku. Kini aku mohon pertolongan-Mu. Aku menyerahkan diriku kepada-Mu. Aku yakin hanya Engkau sahaja yang boleh menolongku dalam keadaan yang genting ini" Aku mengatakan kepadanya, "Aku sangat berharap Allah akan mengkabulkan doamu". Lalu Salahuddin melakukan apa yang ku usulkan. Aku berada di sebelahnya ketika dahinya mencecah bumi sambil menangis hingga air matanya mambasahi janggutnya dan menitik ke tempat sembahyang. Aku tidak tahu apa yang didoakannya tetapi aku melihat tanda-tanda doanya dikabulkan sebelum hari itu berakhir. Perbalahan berlaku di antara musuh-musuh yang menatijahkan berita baik bagi kami beberapa hari kemudian. Akhirnya mereka membuka khemah-khemah mereka dan berangkat ke Ramla pada hari Isnin pagi" Tingkah-laku Salahuddin Al-Ayubi Siapa yang rapat dengannya mengatakan ia adalah seorang Islam yang taat kepada Allah, sangat peka kepada keadilan, pemurah, lembut hati, sabar dan tekun. Bahauddin bin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah mencatatkan ia telah memberikan masa untuk rakyat dua kali seminggu, iaitu pada hari Isnin dan Selasa. Pada masa ini ia disertai oleh pembesar-pembesar negara, ulama dan kadi. Semua orang boleh berjumpa dengannya. Ia sendiri akan membacakan aduan yang diterimanya dan mengucapkan untuk dituliskan oleh juru tulis tindakan yang perlu diambil dan terus ditandatanganinya pada masa itu juga. Ia tidak pernah membenarkan orang meninggalkannya selagi ia belum menyempurnakan hajat orang itu. Dalam masa yang sama ia sentiasa bertasbih kepada Allah. Jika ada orang membuat aduan, ia akan mendegarkan dengan teliti dan kemudian memberikan keputusannya. Suatu hari seorang lelaki telah membuat aduan berkenaan Taqiuddin, anak saudaranya sendiri. Dengan segera ia memanggil anak saudaranya itu dan meminta penjelasan. Dalam ketika yang lain ada orang yang membuat tuduhan kepada Salahuddin sendiri. Yang memerlukan penyiasatan. Walaupun tuduhan orang itu didapati tidak berasas, ia telah menghadiahkan orang itu sehelai jubah dan beberapa pemberian yang lain. Ia adalah seorang yang mulia dan baik hati, lemah lembut, penyabar dan sangat benci kepada ketidakadilan. Ia sentiasa mengabaikan kesilapan-kesilapan pembantu-pembantu dan khadam-khadamnya. Jika mereka melakukan kesilapan yang memanaskan hatinya, ia tidak pernah menyebabkan kemarahannya menjatuhkan air muka mereka. Pada suatu ketika ia pernah meminta air minum, tetapi entah apa sebabnya air itu tidak diberikan kepadanya. Ia meminta sehingga lima kali lalu berkata, "Aku hampir mati kehausan". Ia kemudian meminum air yang dibawakan kepadanya tanpa menunjukkan kemarahan. Dalam ketika yang lain ia hendak mandi selepas mengalami sakit yang agak lama. Didapatinya air yang disediakan agak panas, lalu ia meminta air sejuk. Sebanyak dua kali khadamnya menyebabkan air sejuk terpercik kepadanya. Disebabkan ia belum benar-benar sihat, ia merasa kesejukan tetapi ia hanya berkata kepada khadamnya, "Katakan sajalah kalau kau tak suka kepadaku". Lalu khadam itu cepat-cepat minta maaf dan Salahuddin terus memaafkannya. Bahauddin juga telah mencatatkan beberapa peristiwa yang menunjukkan sifat pemurah dan baik hati Salahuddin. Kadang-kadang kawasan yang baru ditawannya pun diberikannya kepada pengikutnya. Satu ketika ia telah berjaya menawan bandar 'Amad. Lalu seorang perwira tentera, Qurrah Arslan, menyatakan keinginannya untuk memerintah bandar itu. Dengan senang hati ia memberikannya. Bahkan dalam beberapa ketika ia menjualkan hartanya semata-mata untuk membeli hadiah. Melihat betapa pemurahnya Salahuddin, bendaharinya selalu merahsiakan baki wang simpanan untuk digunakan semasa kecemasan. Jika ia tahu, ia akan menyedekahkan khazanah negara sehingga habis. Salahuddin pernah mengatakan ada orang baginya wang dan debu sama sahaja. "Aku tahu", kata Bahauddin, "Ia mengatakan dirinya". Salahuddin tidak pernah membiarkan tetamunya meninggalkannya tanpa hadiah atau sebarang bentuk pemberian tanda penghargaan, walaupun tamunya itu seorang kafir. Raja Saida pernah melawat Salahuddin dan ia menyambutnya dengan tangat terbuka, melayannya dengan hormat dan mengambil kesempatan menerangkan Islam. Bahkan Salahuddin sentiasa mengirimkan ais dan buah-buahan kepada Richard the Lion, musuh ketatnya, ketika Raja inggeris itu sakit. Hatinya memang sangat lembut hingga ia sangat mudah terkesan apabila melihat orang dalam kesusahan dan kesedihan. Suatu hari seorang perempuan Kristian datang mengadu kehilangan bayinya. Perempuan itu menangis dan meraung di depan Salahuddin sambil menceritakan bayinya dicuri dari khemahnya. Perempuan itu seterusnya mengatakan ia telah dimaklumkan hanya Salahuddin sahaja yang boleh mendapatkan bayi itu kembali. Hatinya tersentuh mendengar cerita perempuan itu lalu iapun turut menangis. Ia segera memerintahkan pegawai-pegawainya mencari bayi itu di pasar hamba-sahaya. Tidak lama kemudian bayi itu telah dapat dibawa kembali lalu dengan rasa gembira mendoakan kesejahteraan Salahuddin. Bahauddin juga mencatatkan Salahuddin sangat kasihan belas kepada anak-anak yatim. Bila ia terjumpa anak-anak yatim ia akan menguruskan supaya ada orang menjadi penjaga anak itu. Kadang-kadang ia sendiri yang akan menjaga dan membesarkan anak yatim yang ditemuinya. Ia juga sangat kasihan melihat orang tua atau yang kurang upaya dan akan memberikan penjagaan yang khas kepada mereka apabila ia bertemu dengan orang sedemikian. Kesungguhan dan Semangat Sallahuddin Al-Ayubi Ketika mengepung bandar Acre, Bahauddin mencatatkan bahawa Salahuddin mengidap sakit berat yang menyebabkan beliau sangat susah untuk bangun. Meskipun demikian, ia keluar menunggang kudanya untuk memeriksa angkatan tenteranya. Bahauddin bertanya kepadanya bagaimana ia boleh menahan sakitnya. Maka Salahuddin menjawab, "Penyakit akan meninggalkanku apabila kamu menunggang kuda". Dalam ketika yang lain ia sebenarnya dalam keadaan yang lemah akibat sakit tetapi pergi memburu musuh sepanjang malam. "Apabila ia sakit", kata Bahauddin, Aku dan doktor akan bersamanya sepanjang malam. Ia tidak dapat tidur akibat menahan sakit, tetapi apabila pagi menjelang, ia akan menunggang kuda untuk melawan musuh. Ia menghantar anak-anaknya ke medan perang sebelum memerintahkan orang lain berbuat demikian. Aku dan doktornya bersamanya sepanjang hari menunggang kuda sehinggalah musuh berundur apabila senja menjelang. Ia hanya akan kembali ke khemah selepas memberikan arahan untuk kawalan keselamatan pada waktu malam". Dalam kesungguhan, semangat dan ketahanan rasanya tiada siapa yang boleh menandingi Salahuddin. Kadang-kadang ia sediri pergi ke kawasan perkhemahan tentera musuh bersama perisik-perisiknya sekali bahkan dua kali sehari. Ketika berperang ia sendiri akan pergi merempuh celah-celah tentera musuh yang sedang mara. Ia sentiasa mengadakan pemeriksaan ke atas setiap tenteranya dan memberikan arahan kepada panglima-panglima tenteranya. Bahauddin ada mencatatkan satu kisah yang menunjukkan betapa beraninya Salahuddin. Salahuddin diberitahu bahawa ia selalu mendengar bacaan hadis pada masa lapang bukannya ketika perang. Apabila mendengar perkara ini ia segera mengarahkan supaya hadis-hadis dibacakan kepadanya ketika peperangan sedang berkecamuk dengan sengitnya. Salahuddin tidak pernah gentar dengan ramainya tentera Salib yang datang untuk menentangnya. Dalam bebeerapa ketika, tentera Salib berjumah sehingga 600,000 orang, tetapi Salahuddin menghadapinya dengan tentera yang jauh lebih sedikit. Berkat pertolongan Allah ia menang, membunuh ramai musuh dan membawa ramai tawanan. Ketika mengepung Acre, pada satu petang lebih dari 70 kapal tentera musuh beserta senjata berat mendarat pada satu petang. Boleh dikatakan semua orang merasa gentar kecuali Salahuddin. Dalam satu peperangan yang sengit semasa kepungan ini, serangan mendadak besar-besaran dari musuh telah menyebabkan tentera Islam kalang kabut. Tentera musuh telah merempuh khemah-khemat tentera Islam bahkan telah sampai ke khamah Salahuddin dan mencabut benderanya. Tetapi Salahuddin bertahan dengan teguhnya dan berjaya mengatur tenteranya kembali sehingga ia berjaya membalikkan kekalahan menjadi kemenangan. Musuh telah kalah teruk dan berundur meninggalkan lebih kurang 7,000 mayat-mayat. Bahauddin ada mencatatkan betapa besarnya cita-cita Salahuddin. Suatu hari Salahuddin pernah berkata kepadanya, "Aku hendak beri tahu padamu apa yang ada dalam hatiku. Apabila Allah mentakdirkan seluruh tanah suci ini di bawah kekuasaanku, aku akan serahkan tanah-tanah kekuasaanku ini kepada anak-anakku, ku berikan arahan-arahanku yang terakhir lalu ku ucapkan selamat tinggal. Aku akan belayar untuk menaklukkan pulau-pulau dan tanah-tanah. Aku tak akan meletakkan senjata ku selagi masih ada orang-orang kafir di atas muka bumi atau jika ajalku sampai. Salahuddin Al-Ayubi Sebagai Ulama Salahuddin memiliki asas pengetahuan agama yang kukuh. Ia juga mengetahui setiap suku-suku kaum Arab dan adat-adat mereka. Bahkan ia mengetahui sifat-sifat kuda Arab walaupun ia sebenarnya orang Kurd. Ia sangat gemar mengumpulkan pengetahuan dan maklumat dari kawan-kawannya dan utusan-utusannya yang sentiasa berjalan dari satu penjuru ke satu penjuru negerinya. Di samping Qur'an ia juga banyak menghafal syair-syair Arab. Lane-Poole juga ada menuliskan bahawa Salahuddin berpengetahuan yang dalam dan gemar untuk mendalami lagi bidang-bidang akidah, ilmu hadis serta sanad-sanad dan perawi-perawinya, syariah dan usul figh dan juga tafsir Qur'an.

Rujukan : Bahauddin bin Shaddad. 1234M,632H.Al-Nawadir-I-Sultania: Sirat Salahuddin (Bin Nawadir-I-Sultania). Mesir (diterbitkan 1317h):31,32-33, 7,155 Poole S. L. 1914. Saladin. New York: 72, 99
Dipetik : Biografi Salahuddin Al-Ayyubi oleh Abul Hassan Ali Nadwai Judul Asli : Saviors of Islamic Spirit.

Tuesday, June 05, 2007

kuasa mahkamah syariah sebenar...


AKHIRNYA penantian yang sungguh lama sudah berakhir! Mahkamah Persekutuan dalam keputusan majoriti 2-1 menolak permohonan Lina Joy@ Azlina Jailani bagi memadam perkataan Islam dalam kad pengenalannya. Perayu dalam petisyennya menamakan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sebagai ‘penghalang’ bagi beliau keluar daripada agama Islam. Sebenarnya, syarat yang dikeluarkan oleh JPN adalah mengikut prosedur kerana, kalau seseorang yang beragama Islam mahu keluar daripada agama Islam, platformnya ialah di Mahkamah Syariah. JPN tidak menafikan hak individu untuk menganuti apa-apa agama termasuk untuk keluar daripada agama Islam tetapi ia hendaklah mengikut saluran yang betul.
Memandangkan bidang kuasa masuk dan keluar Islam terletak secara eksklusif di bawah Mahkamah Syariah, sudah tentulah Lina Joy seharusnya memohon perisytiharan keluar daripada agama Islam di Mahkamah Syariah. Beliau tidak boleh sama sekali mengambil ‘jalan mudah’ dengan mengetepikan kuasa sebenar yang ada pada Mahkamah Syariah.
Memang benar, sehingga sekarang Wilayah Persekutuan masih belum mempunyai peruntukan untuk keluar daripada agam Islam, tetapi beliau tidak pernah memfailkan permohonan tersebut. Mungkin dengan keputusan ini, ada suara-suara yang mengatakan bahawa tiada hak kebebasan beragama bagi orang Islam di Malaysia. Jawapannya tidak tepat. Sama seperti di Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah, hak kebebasan beragama bersifat tidak mutlak. Terdapat pelbagai sekatan-sekatan demi menjaga kesejahteraan awam.
Sebenarnya, keputusan Mahkamah Persekutuan pada hari ini tidak berbeza dengan keputusan-keputusan sebelum ini. Mahkamah Sivil tidak pernah melarang seseorang untuk keluar daripada agama Islam. Ini dapat dilihat dalam kes Soon Singh (1999) di mana Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa Mahkamah Sivil tidak mempunyai bidang kuasa dalam permohonan murtad. Mahkamah Syariah sahaja yang diberi kuasa untuk menentukan sama ada seseorang itu masih beragama Islam atau sebaliknya. Maka, syarat yang dikenakan oleh JPN menepati kehendak Perlembagaan di bawah Jadual Kesembilan Senarai Negeri - Senarai II yang memberi kuasa kepada Mahkamah Syariah bidang kuasa yang tersenarai.
Kemungkinan ada pihak yang mengatakan bahawa hak kebebasan beragama tidak terpakai ke atas orang Islam. Perspektif ini juga adalah salah. Di Malaysia, setiap individu bebas menganut dan mengamal ajaran agamanya kecuali pengembangan agama bukan Islam kepada orang Islam (Perkara 11 (1) dan 11 (4)). Mengikut Perlembagaan dan juga keputusan kes-kes sebelum ini, Mahkamah Sivil tidak pernah menafikan hak seseorang untuk keluar daripada agama Islam. Ia perlu mengikut saluran yang betul, yakni permohonan di Mahkamah Syariah.
Sebab-sebab
Persoalannya, di manakah remedi bagi Lina Joy? Dalam kajian saya, Negeri Sembilan merupakan satu-satunya negeri yang memperuntukkan prosedur untuk keluar daripada agama Islam. Tetapi pemohon hendaklah melalui satu sesi kaunseling bagi tempoh sehingga setahun. Tujuan kaunseling adalah untuk mengenal pasti sebab-sebab pemohon mahu keluar daripada agama Islam. Kalau pendidikan agama Islamnya cetek, maka tugas mereka adalah memberi tunjuk ajar supaya dia memahami agama Islam. Tetapi seandainya, setelah melalui sesi kaunseling tersebut, dan pemohon masih berdegil untuk keluar dari agama Islam, maka itulah pilihannya. Maka dengan rasa berat hati, mahkamah akan membuat perisytiharan bahawa individu tersebut bukan lagi seorang Islam.
Timbul masalah selepas perisytiharan tersebut. Kalau pemohon seorang Melayu, apakah beliau masih dianggap sebagai seorang Melayu? Ini kerana mengikut Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan, Melayu ertinya seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu dan menurut adat istiadat Melayu. Maka apabila seseorang yang beragama keluar daripada agama Islam, maka mengikut definisi ini, beliau tidak boleh lagi dipanggil sebagai seorang Melayu.
Kesimpulannya, keputusan yang penuh bersejarah ini akan melengkapkan pindaan Perlembagaan pada tahun 1988 terhadap Perkara 121 (1A) di mana Mahkamah Syariah merupakan platform sebenar dalam menentukan agama Islam seseorang. Adalah tidak tepat mengatakan bahawa Mahkamah Syariah tidak pernah meluluskan permohonan keluar daripada agama Islam. Di Negeri Sembilan, terdapat tiga pemohon berjaya murtad pada tahun 2006 (sehingga Ogos), lima pada tahun 2005 dan 84 dari tahun 1994 hingga 2003.

– DR. MOHAMED AZAM MOHAMED ADIL,
Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam,
Universiti Teknologi Mara.

European Scientist converts to islam



Prof. Milan from Czech Republic ... converted to islam after reading the holy Quran

PRAGUE, March 13 (IslamOnline.net) -- In their search for spirituality, many Czechs are reverting to Islam, forming a new small but vibrant Muslim community in one of the least religious countries in Europe, according to an online report.

Radio Free Europe said Friday, March 12, that Islam was introduced to Czechs by immigrants from Muslim countries who come to live and study in this Central European country.

Vladimir Sanka, the head of the Islamic Center, based in the Czech capital, Prague, is one of several hundred new reverts to Islam throughout the country and one of some 20,000 Muslims nationwide.

The long ago predominantly atheist and Roman Catholic country came in touch with Islam only 15 years ago after the end of communist rule, the Radio said.

Sanka, 40, was born into an atheistic family and received, like all Czechs, an atheistic education at school and in university.

Nine years ago, he reverted to Islam. In 1995, Sanka became the head of the Islamic Center and an imam in Prague's only mosque.

Sanka related his spiritual journey to Islam as a long and painful one to find Allah in a materially-oriented society.

"Everything was oriented here in our society to [material things] and activities. I was missing spiritual, something spiritual. I found God. I believe that God exists. He created the universe and is above everything and brings justice and so on. People who do something bad, it doesn't mean that there will be no punishment," Sanka said.

Why Islam?

"For me, Islam is very simple, very clear, practical and presents a logical way for daily life," Sanka added to the Radio.

Ondrej Mashatov, a 26-year-old Czech, reverted to Islam in 1998 after a long spiritual quest.

"I was atheist almost all my life, but when I reached the age of 17, I started to look for some, maybe, spiritual way of my life. And through many, many experiences - I spent several years in a very strict Catholic monastery in France -- [found it]. So, I am coming from this background. And then I visited Egypt, and Arabic culture started to be somehow more clear [to me]," Mashatov said.

Mashatov says his spiritual journey was a shallow one until he met an Arab woman, who later became his wife.

"On my way through these spiritual experiments, I met my wife, a girl from the Arab world, and I reverted to Islam," says Mashatov.

Both Mashatov and Sanka say they feel safe as Muslims in the Czech Republic.

Last year, a discussion on role of Islam in Western society was held in Prague to talk on the status of Islam in contemporary society at Prague's Charles University.

The discussion was organized by Czech Association for International Affairs, an academic discussion group, which discussed the fast growing Muslim community in Czech.

Learn more about islam:

http://www.islamreligion.com/

http://www.islam-guide.com/

http://www.sultan.org/

http://www.miraclesofthequran.com/

Today the fastest growing religion in the World is Islam..spreading through the Sword of intellect and Wisdom .

http://www.islamicweb.com/begin/resul...

in islam before we believe we have to get the Evidence of the religion to be committed without any doubt and to live contently.

Muslims don`t look islam as a normal religion, but as a whole system of Life, which gives all answers about this life and hereafter.

many people don`t think how they came to this life and what is waiting them after death. they just do not want to think about their death although they must meet it.......

The followers of other religions have no decisive proof for their belief, therefore they believe in their religions emotionally or through imitation. Some of them think that you just have to have faith without clear proof. However when it comes to normal things in life people apply a lot of thought such as buying a car, house, choosing a University course or which bank to join, so how can it be that when it comes to the most important questions about life; which define the purpose of our lives that we should just have 'faith' without being convinced absolutely.

It is therefore vital for a Muslim to believe in the existence of Allah (swt) without any doubt whatsoever and to believe in the Prophethood of Muhammad (saw) and that the Qur'an is the final revelation sent by Allah (swt) to humanity. Islam is unlike all the other religions as it has a decisive proof that convinces the mind. (more) (less)

Who has Divine Promise of Salvation, Christian or Muslim?


Who has the One True God, the God of Abraham promised salvation to? Is it the Jews, Christians or the Muslims? Must watch!!

Evidence Islam is Truth: The Earth’s Atmosphere

baca lah..baca lah..baca lah.

Modern science has discovered facts about the atmosphere mentioned in the Quran over 1400 years ago.

“By the sky which returns.” (Quran 86:11)

“[He] who made for you the earth a bed [spread out] and the sky a ceiling…” (Quran 2:22)

In the first verse God swears by the sky[1] and its function of ‘returning’ without specifying what it ‘returns.’ In Islamic doctrine, a divine oath signifies the magnitude of importance of a special relation to the Creator, and manifests His majesty and the supreme Truth in a special way.

The second verse describes the Divine Act that made the sky a ‘ceiling’ for the dwellers of earth.

Let us see what modern atmospheric science has to say about the role and function of the sky.

The atmosphere is a word which denotes all the air surrounding the earth, from the ground all the way up to the edge from which space starts. The atmosphere is composed of several layers, each defined because of the various phenomena which occur within the layer.
This image shows the average temperature profile through the Earth’s atmosphere. Temperatures in the thermosphere are very sensitive to solar activity and can vary from 500°C to 1500°C.

Rain, for one, is ‘returned’ to Earth by the clouds in the atmosphere. Explaining the hydrologic cycle, Encyclopedia Britannica writes:

“Water evaporates from both the aquatic and terrestrial environments as it is heated by the Sun’s energy. The rates of evaporation and precipitation depend on solar energy, as do the patterns of circulation of moisture in the air and currents in the ocean. Evaporation exceeds precipitation over the oceans, and this water vapor is transported by the wind over land, where it returns to the land through precipitation.”[2]

Not only does the atmosphere return what was on the surface back to the surface, but it reflects back into space that which might damage the flora and fauna the earth sustains, such as excessive radiant heat. In the 1990’s, collaborations between NASA, the European Space Agency (ESA), and the Institute of Space and Astronautical Science (ISAS) of Japan resulted in the International Solar-Terrestrial Physics (ISTP) Science Initiative. Polar, Wind and Geotail are a part of this initiative, combining resources and scientific communities to obtain coordinated, simultaneous investigations of the Sun-Earth space environment over an extended period of time. They have an excellent explanation of how the atmosphere returns solar heat to space.[3]

Besides ‘returning’ rain, heat and radio waves, the atmosphere protects us like a ceiling above our heads by filtering out deadly cosmic rays, powerful ultraviolet (UV) radiation from the Sun, and even meteorites on collision course with Earth.[4]

Pennsylvania State Public Broadcasting tells us:

“The sunlight that we can see represents one group of wavelengths, visible light. Other wavelengths emitted by the sun include x-rays and ultraviolet radiation. X-rays and some ultraviolet light waves are absorbed high in Earth’s atmosphere. They heat the thin layer of gas there to very high temperatures. Ultraviolet light waves are the rays that can cause sunburn. Most ultraviolet light waves are absorbed by a thicker layer of gas closer to Earth called the ozone layer. By soaking up the deadly ultraviolet and x-rays, the atmosphere acts as a protective shield around the planet. Like a giant thermal blanket, the atmosphere also keeps temperatures from getting too hot or too cold. In addition, the atmosphere also protects us from constant bombardment by meteoroids, bits of rock and dust that travel at high speeds throughout the solar system. The falling stars we see at night are not stars at all; they are actually meteoroids burning up in our atmosphere due to the extreme heating they undergo.”[5]
This is an image of Earth’s polar stratospheric clouds. These clouds are involved in the creation of Earth’s ozone hole.

Encyclopedia Britannica, describing the role of Stratosphere, tells us about its protective role in absorbing dangerous ultraviolet radiation:

“In the upper stratospheric regions, absorption of ultraviolet light from the Sun breaks down oxygen molecules; recombination of oxygen atoms with O2 molecules into ozone (O3) creates the ozone layer, which shields the lower ecosphere from harmful short-wavelength radiation…More disturbing, however, is the discovery of a growing depletion of ozone over temperate latitudes, where a large percentage of the world’s population resides, since the ozone layer serves as a shield against ultraviolet radiation, which has been found to cause skin cancer.”[6]

The mesosphere is the layer in which many meteors burn up while entering the Earth’s atmosphere. Imagine a baseball zipping along at 30,000 miles per hour. That’s how big and fast many meteors are. When they plow through the atmosphere, meteors are heated to more than 3000 degrees Fahrenheit, and they glow. A meteor compresses air in front of it. The air heats up, in turn heating the meteor.[7]

This is an image which shows the Earth and its atmosphere. The mesosphere would be the dark blue edge located on the far top of the image underneath the back.

Earth is surrounded by a magnetic force field - a bubble in space called “the magnetosphere” tens of thousands of miles wide. The magnetosphere acts as a shield that protects us from solar storms. However, according to new observations from NASA’s IMAGE spacecraft and the joint NASA/European Space Agency Cluster satellites, immense cracks sometimes develop in Earth’s magnetosphere and remain open for hours. This allows the solar wind to gush through and power stormy space weather. Fortunately, these cracks do not expose Earth’s surface to the solar wind. Our atmosphere protects us, even when our magnetic field does not.[8]

An artist’s rendition of NASA’s IMAGE satellite flying through a ‘crack’ in Earth’s magnetic field.

How would it be possible for a fourteenth century desert dweller to describe the sky in a manner so precise that only recent scientific discoveries have confirmed it? The only way is if he received revelation from the Creator of the sky.
------------------------------------------------------------------------------------------------
Footnotes:
[1]Al-Samaa’, the Arabic word translated here as ‘sky’ includes earth’s atmosphere as indicated by the verse 2:164.

[2] ”Biosphere.” Encyclopedia Britannica from Encyclopedia Britannica Premium Service.(http://www.britannica.com/eb/article?tocId=70872)

[3] (http://www-spof.gsfc.nasa.gov/stargaze/Sweather1.htm)

[4] Atmospheric, Climate & Environment Information Programme of the Manchester Metropolitan University at (http://www.ace.mmu.ac.uk/eae/Atmosphere/atmosphere.html)

[5] (http://www.witn.psu.edu/articles/article.phtml?article_id=255&show_id=44)

[6] “Earth.” Encyclopedia Britannica from Encyclopedia Britannica Premium Service.(http://www.britannica.com/eb/article?tocId=54196)

[7] (http://www.space.com/scienceastronomy/solarsystem/meteors-ez.html)

[8] (http://www.firstscience.com/SITE/ARTICLES/magnetosphere.asp)

Monday, June 04, 2007

Sunday, June 03, 2007

Ilmu kalam azimat kemodenan

SekularISme terzahir apabila golongan gereja tidak bersetuju dengan pengaruh fahaman falsafah sains pada masa itu.
Justeru, ramai tokoh dipenjara. Dengan berlakunya keadaan ini, maka pemisahan antara agama dengan sains mula terjadi dan kini sekularisme menghantui umat Islam.
Dalam hal ini, mampukah ilmu Kalam menangani kepesatan sains yang semakin hilang punca ? Jawabnya, mampu. Ilmu kalam Sunni sebenarnya mengambil jalan tengah antara pemaknaan wahyu dengan bantuan hujahan akal.
Inilah prinsip yang dapat diambil daripada pengalaman Ilmu Kalam Sunni. Sebagai penjituan, kitab seperti Asas al-Taqdis karya al-Imam Fakhrurrazi dan Iidhah ul-Dalil oleh Ibnu Jamaah boleh dijadikan contoh prinsip yang saya ketengahkan.
Manakala penjelajahan wahyu terhadap alam semesta dapat ditinjau daripada pengalaman hujahan gabungan akal dengan syariah atau yang lebih dikenali dengan pendekatan falsafah Isyraqi.
Sebenarnya kepesatan sains mencabar minda umat Islam dari segi penganalisisan maklumat serta pengkreatifan daripadanya. Memandangkan dunia mengalami globalisasi maka untuk menyekat pengaruhnya sama sekali semakin sukar.
Oleh itu, tiada jalan lain cuma pakar-pakar Muslim wajar menggemblengkan tenaga untuk memberitahu kepalsuan sebahagian konsep sains.
Dalam era kemajuan teknologi maklumat, pascamodenisme sedang mengisi ruang minda sebahagian penduduk bumi dengan pelbagai pendekatan skeptisisme.
Racunnya boleh merentap segala konsep, prinsip serta kaedah yang diakui oleh umat Islam berabad-abad lamanya. Akhirnya, umat Islam kehilangan tempat pergantungan pegangan. Sebagai contoh, kalau kita dihanyutkan air maka sudah tentu sesiapa yang mengalami situasi demikian akan mencari tempat bergantung sama ada dahan kayu atau tali yang dicampakkan oleh penyelamat atau juga berharap sesiapa yang menolongnya.
Begitu juga, andainya pascamodenisme tidak diterangkan kepalsuannya maka sudah tentu umat Islam akan sentiasa tiada tempat untuk umat Islam berpaut.
Al-Quran sudah tentu menyatakan bahawa ia adalah Kalamullah yang menjadi petunjuk, rahmat dan mengandungi semua perkara. Memang al-Quran tidak akan diubah sama sekali kerana Allah akan memelihara.
Namun rakaman kebahasaan sudah semakin dikelirukan. Syaikh Muhammad al-Ghazali sendiri mengakui bahasa Arab kini sedangkan mengalami proses serangan budaya luar. Sebagai contoh, perkataan akhlak dulunya merangkumi seluruh kegiatan manusia termasuk persoalan iman, Islam dan ihsan seperti tajuk kitab Makarim al-Akhlaq karya al-Khara'iti yang mana zamannya masih hampir dengan zaman Rasulullah s.a.w. tetapi kini ia telah disempitkan hanya meliputi adab-adab dan etika dan moral sahaja.
Begitu juga, perkataan iktisad dahulunya dimaksudkan dengan kesederhanaan kini bermakna ekonomi. Al-Quran sering menggunakan nilai estetika seperti kiasan, tamsil ibarat dan sebagainya sudah tidak dipraktikkan dalam teks-teks tesis cuma digunakan sebagai penyeri sahaja.
Tetapi al-Quran menggunakannya untuk diambil perhatian.
(Kesusasteraan Bangsa-Bangsa Islam: Sebuah Bunga Rampai oleh Dr. M. Bukhari Lubis, terbitan Karisma Publications Sdn. Bhd.)
Sebagai contoh, kalimah yang baik ibarat pokok yang kukuh akarnya. Ulama salaf dan khalaf menyatakan kalimah yang baik ialah tauhid.
Maka ulama balaghah pula menggunakan akal yang waras untuk mengambil dari sudut mana ayat berkenaan mengajar dan mendidik kita. Maka diambil dari sudut asas yang kukuh kerana akar penting untuk merealitikan agar pokok tetap teguh sekalipun ditiup angin yang kencang. Dalam balaghah, ini dinamakan aspek wajh syabah.
Secara tidak langsung ayat ini menerangkan dari sudut akidah dan dari sudut sains malah estetika.
Masyarakat kini lebih cenderung untuk menggunakan gaya bahasa yang bermakna langsung. Sepanjang penelitian saya, didapati kecenderungan untuk bersains telah menyebabkan penggunaan bahasa pun menyajikan bentuk makna langsung dan semakin kurang menyemangati rentak atau lenggok al-Quran.
Akibatnya, umat Islam semakin kurang mengetahui rentak al-Quran dalam menangani persoalan semasa sama ada yang melibatkan soal abstrak atau tidak.
Sekalipun ramai yang mengagumi Dr. Maurice Bucaille tentang penyelidikan antara al-Quran dan sains tetapi beliau tidak mampu mengambil maklumat secara teguh daripada kesusasteraan al-Quran, cuma diperhatikan ayat yang memberi makna langsung.

* MOHD. ZAIDI ABDULLAH ialah Penyelidik di Pondok Lubuk Tapah, Pasir Mas, Kelantan.

Melayu hilang saintis berilmu...


DATUK Mohd. Ghazali Abdul Rahman lahir di Tanjung Malim pada 16 Mei 1938. Beliau membesar di situ kerana ayahnya mengajar di Sultan Idris Training College (SITC). Ghazali kemudian belajar di Sekolah Jalan Batu dan Victoria Institution di Kuala Lumpur. Ayahnya yang kemudian menjadi Ketua Penterjemah di Dewan Bahasa dan Pustaka membiayai pengajiannya sehingga peringkat kedoktoran dalam bidang biokimia. Beliau bahkan dianggap sebagai anak Melayu pertama berkelulusan PhD. dalam bidang biokimia dan dengan kelulusan itu beliau menyertai Universiti Malaya (UM) dan mengajar di Fakulti Perubatan.
Apabila Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ditubuhkan pada tahun 1970, beliau menjadi Dekan Fakulti Sains yang pertama. Pada masa itu kebanyakan orang tidak yakin dengan keupayaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar ilmu peringkat tinggi terutama dalam bidang sains dan teknologi. Bahkan orang Melayu tidak diyakini dapat menceburi bidang sains dan teknologi. Semasa menjadi pensyarah di UM, beliau sendiri melihat dengan prihatin akan nasib 18 daripada 22 pelajar Melayu Fakulti Sains di universiti itu yang gagal dan dibuang pada tahun pertama pengajian. Maka, Ghazali bersama rakan-rakan lain pada Julai 1968 telah menyuarakan dengan lantang akan keperluan sebuah universiti ‘kebangsaan’. Maka tertubuhlah Jawatankuasa Penaja Universiti Kebangsaan pada 25 Ogos 1968. Kerajaan mengumumkan persetujuan menubuhkan Universiti Kebangsaan pada 7 September 1968.
Sumbangan
Satu lagi sumbangan besar beliau ialah memperkenalkan program matrikulasi pertama di UKM pada tahun 1974. Dengan ini, pelajar Melayu yang cemerlang khususnya dari luar bandar diberi tempat melanjutkan pengajian tinggi ke UKM khususnya bagi pelbagai bidang sains dan teknologi.
Beliau menjadi Timbalan Naib Canselor UKM antara 1975-1982 dan beberapa kali memangku jawatan Naib Canselor. Semasa menjadi Dekan Fakulti Sains, beliau telah mengasaskan program akademik yang liberal, luas dan berpandangan jauh. Gugusan sains kemudiannya telah berkembang pesat selain beliau juga turut memainkan peranan dalam menubuhkan Fakulti Perubatan yang menggunakan bahasa Melayu, selain bahasa Inggeris dalam pengajarannya.
Bagi melahirkan siswazah yang berilmu dan seimbang, beliau juga telah memulakan penawaran kursus Tamadun Islam dan Kenegaraan Malaysia dan kursus Sejarah dan Falsafah Sains yang diwajibkan kepada semua pelajar. Dan ini juga penting dalam menyemai perasaan saling memahami di kalangan pelajar berbilang agama. Pada hari ini, usaha beliau telah berkembang lebih besar dan kini wujud Pusat Pengajian Umum di UKM yang menawarkan pelbagai kursus yang dapat mengimbangkan bidang pengkhususan pelajar dengan pelbagai bidang sains liberal.
Pada April 1982, beliau dilantik menjadi Pengarah Pusat Penyelidikan Atom Tun Ismail (Puspati) dan tidak lama kemudian pada Mei 1982 beliau dipinjamkan ke Kementerian Sains Teknologi dan Alam Sekitar sebagai Ketua Pengarah, Unit Tenaga Nuklear sehingga 1993. Selepas bersara beliau dilantik menjadi ahli dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
Semasa menjadi Ketua Pengarah Unit Tenaga Nuklear, beliau memperkenalkan konsep korporat di pusat penyelidikan itu. Dengan ini, pelbagai teknologi dapat dipindahkan daripada Unit Tenaga Nuklear kepada pelbagai sektor industri di Malaysia. Antara yang dapat dimanfaat oleh sektor industri ialah teknologi sterialisasi sinaran pemprosesan alur elektron dan pengujian tanpa musnah.
Maka jelaslah bahawa Ghazali adalah salah seorang ahli sains Melayu yang telah mendapat inspirasi dan mempunyai keyakinan dan komitmen bagi melaksanakan program latihan tenaga manusia yang memenuhi keperluan negara.
Jumaat lalu Allahyarham pulang ke rahmatullah selepas menabur bakti dan jasa memupuk kesedaran kepada bangsa Melayu mengenai pentingnya menguasai ilmu dalam bidang sains.

- ROOSFA HASHIM ialah pensyarah Pusat Pengajian Umum, Universiti Kebangsaan Malaysia.

tidak akan berlaku kiamat...

"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang-umat Islam berperang dengan orang-orang Yahudi (di sebuah tempat). Orang-umat Islam akan membunuh mereka beramai-ramai sehinggakan apabila mereka bersembunyi di sebalik batu dan pokok, tiba-tiba pokok-pokok dan batu-batu itu bersuara menjerit memanggil umat Islam agar membunuh orang-orang Yahudi itu, kecuali pokok 'Gharqad', kerana ia adalah pokok Yahudi".

Can't find what are you looking for? Try Google search!

Google