YABADABADOO ADVERTISEMENT

[Yabadaba-doo Advertisement] - The new Marketplace of Malaysia. - Free Post Ads all around Malaysia & WorldWide

Wednesday, May 30, 2007

Remaja dan hukum syarak

FAKTOR syarak dalam kehidupan Islam bermaksud memberikan batasan dan pedoman supaya jalur kehidupan berada dalam batasnya. Jalur syarak juga mentertibkan insan supaya terus berada dalam fitrah. Kehidupan yang fitrah adalah kehidupan yang serasi dan syarak dan ia membawa barakah. Keyakinan manusia kepada faktor yang nyata dengan pedoman faktor yang ghaib akan membimbing manusia ke jalan hidup yang sebenarnya.
Agama mengaturkan kehidupan yang baik untuk manusia. Syarak adalah sendi utama mempedoman manusia jalan yang di redhai atau sebaliknya. Faktor manusia tidaklah mutlak untuk memberikan kawalan dan pedoman. Faktor Ilahi menunjukkan pedoman yang terbaik untuk manusia. Menjadi manusia yang hidup berteraskan syarak menjadikannya hamba yang sentiasa patuh, akur, taat dan tunduk kepada-Nya. Kepatuhan dan ketaatan kepada manusia dan peraturan ada batasnya. Kepatuhan dan ketaatan kepada Allah adalah telus kepada-Nya dan tidak ada hijab yang menghalangnya. Walaupun apa yang kita lakukan manusia lain mungkin tidak mengetahui tetapi di sisi Allah ia diketahui.
Untuk menjadi seorang remaja Islam yang baik dan beriman mematuhi faktor syarak adalah suatu tuntutan dan kewajipan. Faham tentang batas dosa dan pahala, tahu tentang batas halal dan haram, mengerti tentang situasi fasad dan mungkar, maklum tentang wajib dan harus memberikan remaja pedoman yang terbaik dalam hidup. Menjadi remaja menyebabkan banyak cabaran yang menunggu. Sekadar pertimbangan akal dan nafsu semata tidak ada jaminan jalur syarak dipatuhi. Sekadar ukuran logik dan rasional saja tidak memadai jalan syarak diikuti. Sekadar berpandukan orang ramai melakukan maka tiada salahnya remaja melakukannya belum ada jaminan ia selari dengan syarak.
Remaja harus yakin bahawa keyakinan kepada jalur syarak memberikan landasan keimanan yang teguh. Iman yang teguh menghubungkan remaja kepada Penciptanya dan Pengatur alam dan kehidupan ini. Ia bukan bermakna remaja tidak menggunakan pertimbangan akal. Akal hanya alat yang belum tentu sempurna apa yang difikir dan dibuat tanpa pedoman syarak. Pertimbangan akal mungkin boleh menyuluh remaja ke jalan yang betul dan belum tentu membimbing jalan yang benar. Kebenaran ada pada jalan syarak kerana darinya manusia melakukan sesuatu berasaskan huhum-hakam dan peraturan Allah.
Secara akal memang betul dijadikan lelaki dan perempuan dengan sifatnya berpasang-pasang. Secara akal fitrah teruna dan dara memiliki perasaan cinta dan sayang yang tinggi. Secara akal juga memang perempuan memiliki daya tarikan yang tinggi terhadap lelaki. Haiwan juga sedemikian. Jantan dan betina dijadikan berpasang-pasang. Naluri nafsu dan keinginan tidak mengira tempat dan keadaan. Kadang-kadang bunuh membunuh menjadi kelaziman.
Pada remaja Allah berikan akal bagi membolehkan proses berfikir berlaku. Pada remaja Allah kurniakan hati untuk memberikan timbangan yang baik terhadap salah benarnya sesuatu. Faktor manusiawi yang ada pada remaja membolehkan remaja mencontohi sesuatu daripada yang lebih dewasa dan lebih arif tentang hukum hakam. Faktor manusiawi juga membolehkan remaja mendapat pedoman dari ibu bapa dan guru tentang salah benarnya sesuatu. Dari situ jiwa keinsanan wujud dan pedoman keihsanan lahir.
Faktor syarak tidak harus dianggap sebagai sifatnya menghalang dan membelenggu. Sifat alam dan sifat manusia mempunyai batasan. Bintang-bintang dan planet, sistem solar dan bimasakti, perjalanan galaksi dan sistem radiasi mempunyai batasan dan landasan. Alam dan planet yang banyak diurus di bawah sunatullah atau ketentuan Allah. Manusia dan kehidupan sekitarnya diurus berasaskan fitrah. Sunatullah dan fitrah memiliki kesalingan. Mempelajari secara mendalam sunah Allah memberikan manusia pedoman tentang kehidupan yang fitrah.
Sifat alam dan isinya sentiasa patuh dan taat kepada sunatullah. Sifat manusia memiliki jiwa hamba yang tinggi yang juga patuh dan taat kepada Allah. Bila keadaan ini berlaku di bawah jalur syarak bayangkan tangan-tangan yang mentadbir rumah tangga berada di tahap yang amat fitrah. Suami akan merasakan para isterinya adalah amanah Allah dan amanah waris wala’nya. Anak-anak bakal berada di bawah didikan, asuhan dan lindungan ibu dan bapa yang pengasih dan penyayang. Mereka merasakan anak-anak adalah harta yang amat berharga. Nantinya anak-anak apabila menjadi insan soleh dan solehah, ia bakal menghubungkan yang pergi dengan yang tinggal.
Tangan-tangan yang memimpin jabatan dan pemerintahan akan merasakan bahawa kepimpinan dan urus tadbir adalah suatu amanah. Amanah itu tidak saja terhadap manusia yang dipimpin dan diurus tetapi yang lebih utama ialah terhadap Allah s.w.t..
Oleh sebab itu kedapatan hari ini anak-anak yang cicir disebabkan ibu bapa tidak merasakan anak itu sebagai harta atau aset. Harta yang bersifat benda dianggap paling utama. Sedangkan harta yang bersifat benda memang perlu dicari kerana ia rahmah dan nikmat Allah tetapi anak-anak itu sendiri adalah harta yang tidak ternilai yang menunggu kasih sayang dan perhatian untuk dididik dan diasuh dengan teladan dan ilmu.
Oleh sebab itulah kedapatan orang-orang terlibat dalam urus tadbir dan kepimpinan tidak bersifat amanah, terlibat dalam rasuah dan salah guna kuasa kerana tidak merasakan faktor syarak itu penting sebagai benteng menentukan hak dan batil, adil dan zalim serta fasad dan mungkar.
Bila ia berlaku keluarga akan pincang, masalah sosial di kalangan remaja akan berlaku, faham kebendaan akan subur, tempiasan nafsu nafsi berlaku tanpa batas akibat pupusnya rasa takwa terhadap Pencipta. Ketakutan manusia sesama manusia boleh dielakkan dan boleh dicari jalan keluar. Tetapi keimanan manusia kepada Allah menyebabkan manusia ada benteng. Benteng syarak inilah yang memandu manusia memilik jalan yang baik dan jalan yang sebaliknya.
Apabila remaja lazim dengan hidup berasaskan syarak, ia dapat menentukan batasan benar dan salah serta baik dan buruk akan sesuatu. Baik di rumah, mahupun di sekolah atau melalui pergaulan hidup sehari-hari, remaja yang beriman akan sentiasa menjadikan batas syarak sebagai pedoman. Perlanggaran kepada batas syarak berlaku boleh menyebabkan banyak akibat yang terjadi.
Bila remaja terlibat dalam amalan salah guna dadah, bermakna remaja ini sudah melampaui batas halal dan haram. Penglibatan sebahagian remaja dalam zina menunjukkan sempadan syarak dilanggar kerana tidak ada kesedaran dosa dan pahala. Bila remaja terlibat dalam kegiatan Mat Rempit menunjukkan batas undang-undang dilanggar dan batas malu hilang.
Sebab itu Islam memilih pendekatan pencegahan lebih baik daripada mengubati. Kaedah syarak terkandung kaedah mencegah. Bayangkan apa yang berlaku pada hari ini ibarat nasi sudah menjadi bubur. Kesedaran syarak, kepentingan iman dan takwa adalah asas-asas pencegahan supaya remaja sentiasa berada dalam keadaan fitrah. Tanpa keinsafan syarak remaja akan terus hanyut dan jalan kembali ke pantai hidup sukar sekali dan kerosakan generasi terus berlaku.


- PROF. DR. SIDEK BABA ialah pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak, Kuala Lumpur

Israel lakar semula Asia Barat

Oleh: ISMAIL HASHIM YAHAYA

BEDILAN tentera rejim haram Israel ke atas kawasan kejiranan Perdana Menteri Palestin Ismail Haniyeh (walaupun tidak ditujukan kepada pemimpin tersebut) adalah isyarat jelas menunjukkan bahawa pihak Yahudi Zionis menyasarkan kepimpinan politik Hamas.
Serangan bertubi-tubi di Gaza itu adalah sebahagian daripada usaha mereka untuk memusnahkan terus Hamas sebagai sebuah pertubuhan politik dan ketenteraan serta menggugat kestabilan kerajaan penyatuan kebangsaan Palestin yang sah itu.
Namun seperti biasa alasan rejim pengganas Yahudi dalam serangan udara tersebut ialah menyasarkan keupayaan Hamas melancarkan serangan roket Al Qassem di Sederot.
Sepanjang dua minggu ini lebih 50 orang telah mati manakala berdozen lagi mengalami kecederaan termasuk wanita dan kanak-kanak selain banyak bangunan dan infrastruktur musnah.
Kalau dahulu rejim pengganas Israel hanya menyasarkan sayap ketenteraan Hamas namun kenyataan Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert jelas menunjukkan usaha rejim Yahudi itu adalah untuk meranap, membubar dan menghancurkan organisasi dan kepimpinan Hamas.
Serangan udara melalui helikopter dan jet pejuang dengan menggunakan senjata yang mengena tepat kepada sasaran terhadap pejabat-pejabat kewangan dan perniagaan Hamas di Tebing Gaza.
Rejim pengganas ini mendakwa di sinilah tempat di mana wang diedarkan kepada kumpulan-kumpulan pengganas dan pertubuhan-pertubuhan militia di bawah pengaruh Hamas.
Di Tebing Barat, tentera Israel menahan ahli-ahli utama kerajaan Palestin termasuk menteri Kabinet Wasfi Kabaha. Khamis lalu sahaja 33 orang ahli politik Hamas, ahli perundangan, datuk bandar empat bandar di Tebing Barat termasuk Nablus dan Qalqilya dan ahli majlis tempatan ditahan dalam serbuan sebelah malam.
Menteri Penerangan Palestin, Mustafa Barghouti menyifatkan serangan udara bertubi-tubi Israel sebagai bencana kepada demokrasi Palestin dan masyarakat madaninya.
Bayangkanlah pada tahun lalu sahaja lebih 40 orang ahli politik Hamas ditahan termasuk beberapa orang menteri dan jurucakap Parlimen, Aziz Dweik berikutan penangkapan seorang koperal tentera Israel, Gilad Shalit.
Mereka adalah ahli-ahli dilantik dan memenangi pilihan raya sah yang diadakan di Palestin. Bukankah Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush menyatakan sebelum ini bahawa beliau mahu meniupkan angin demokrasi di Asia Barat? Selepas pilihan raya diadakan di Palestin dan Hamas telah memenanginya kenapa Israel masih menyerang Palestin? Ini kerana parti yang mereka mahukan menang dalam pilihan raya iaitu Fatah kalah dalam pilihan raya.
Serbuan
Dalam serbuan baru-baru ini, pegawai kanan Palestin yang juga Menteri Pendidikannya, Nasser Eddin al-Shaer yang bukan anggota Hamas pun telah ditahan. Beliau pernah ditahan dalam serbuan tahun lalu tetapi dibebaskan oleh mahkamah tentera kerana tiada bukti-bukti yang dapat menahan beliau.
Menteri Pertahanan Israel, Amir Peretz semasa temu bual radio berkata, bahawa Israel tidak akan membuat sebarang perbezaan antara ahli politik dan sayap ketenteraan Hamas.
Oleh itu dapatlah dikatakan Israel tidak akan mempedulikan siapakah pemimpin sama ada Ismail Haniyeh atau pemimpin-pemimpin lain. Mereka bukan sahaja boleh mengugut atau menggertak dengan serangan udara tetapi terus membunuh jika mahu.
Israel juga dikatakan turut campurtangan dalam perbalahan antara Fatah dan Hamas dengan memberikan bantuan secara tidak langsung kepada Fatah dengan membunuh sekurang-kurangnya 50 orang anggota dalam serangan udaranya.
Rejim ganas Israel juga cuba melumpuhkan organisasi Hamas dengan cubaan mencedera dan membunuh para pemimpinnya. Ia cuba memporak-perandakan kerajaan penyatuan sekarang.
Buktinya dapat dilihat kepada kenyataan Menteri Luar Kesatuan Eropah (EU), Javier Solana selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas pada Khamis lepas Katanya, beliau tidak tahu sama ada kerajaan penyatuan semasa Fatah-Hamas sudah sampai tahap ‘akhirnya’ tetapi baginya ia adalah kerajaan yang tidak berfungsi.
Apakah maksud kenyataan Solana yang jelas bagaikan terangnya cahaya matahari itu? Secara retorik adakah ini bermaksud bahawa permusuhan rejim pengganas Israel melalui serangan udara ke atas Gaza dan Tebing Barat sekarang bertujuan untuk melumpuh dan melemahkan kerajaan sedia ada.
Untuk survival Israel mesti terus merobohkan kerajaan sekarang dengan memporak-peranda dan mengacau-bilau keadaan di Palestin supaya kerajaan yang sah tidak dapat berfungsi lagi.

Tuesday, May 29, 2007

The 99 Beautiful Names of Allah


There is no God But ALLAH!!
This is a great video. We muslims need 2 be
knowledgable and know these things. Allah always is great!!

Mashallah it brings tears to my eyes.
Salam

Cat Stevens' transition to Yusuf Islam


In 1975, British singer-songwriter and international superstar Cat Stevens experienced a near death experience that led him to an unforeseen journey towards Islam. This interesting video reveals the reasons behind Cat's diappearance from stardom and his spiritual journey towards faith and Islam. It shows how and why Islam appealed to and inspired Cat and made him rethink life

MELAYU DI HINA


SALAH satu warisan kolonial yang masih kekal tinggalnya dalam sejarah bangsa Melayu di rantau ini, khususnya di Semenanjung Tanah Melayu, ialah kepercayaan bahawa tanah asal orang Melayu bukan di Semenanjung ini tetapi di kawasan lain. Ada yang mengatakan bahawa orang Melayu dari Funan. Walaupun `teori' ini sudah ditolak, atau sekurang-kurangnya tidak dipercayai lagi, namun masih ada orang yang tetap percaya bahawa orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu bukan penduduk asal tetapi ialah pendatang dari kawasan lain dari Sumatera, dari Jawa, dari Makasar dan entah dari mana lagi.
Maka berdasarkan kepercayaan ini, terciptalah sebuah puisi baru-baru ini, bertajuk Kingdom of Purplaya dikarang oleh orang yang bernama Cecil Rajendra dan diterbitkan dalam majalah Aliran, menghina orang Melayu dengan berkata bahawa orang Melayu yang berada di negara yang disebut `Tanah Melayu' itu bukan penduduk asal kawasan ini. Orang Melayu adalah kaum pendatang. Mereka datang merantau dari kawasan-kawasan lain, terutama dari Sumatera, lalu mendakwa inilah `tanah asal' mereka. Maka dikatakan bahawa orang Melayu itu mula menuntut hak sebagai kaum bumiputera Persekutuan Tanah Melayu, lalu akhirnya mereka menggubal perlembagaan yang menetapkan beberapa hak mereka.
Menurut puisi itu, orang Melayu menetapkan, dalam perlembagaan itu bahawa raja di negara ini ialah raja Melayu, agama rasminya ialah agama Islam, bahasa rasminya ialah bahasa Melayu. Selain ini, orang Melayu yang dianggap kaum pendatang ini, menuntut hak-hak istimewa yang lain lagi, misalnya dalam bidang pendidikan, dalam bidang ekonomi, dalam bidang pentadbiran, dan sebagainya.
Jikalau puisi ini dideklamasikan di seluruh negara, atau di RTM, misalnya, saya tidak tahu apakah reaksi orang Melayu, reaksi UMNO, reaksi Pas, reaksi raja-raja Melayu, reaksi para sarjana sejarah Melayu dan kumpulan-kumpulan lain lagi. Apa yang akan terjadi pada `kestabilan' perpaduan kaum di Malaysia jikalau ada pula puisi lain yang `menghina' kaum-kaum lain, dengan berkata merekalah yang sebenarnya kaum pendatang, yang datang dari kawasan di luar rantau tamadun Kepulauan Melayu ini (istilah yang diciptakan oleh orang Inggeris - Malay Archipelago), tetapi selepas kemerdekaan - kemerdekaan yang diperjuangkan oleh orang Melayu - kaum-kaum pendatang ini diterima oleh orang Melayu sebagai warga atau rakyat Malaysia, hidup bersama-sama mencari rezeki di bumi yang bertuah ini, walaupun sejak itu orang Melayu bukanlah kaum yang `istimewa', kaum kelas satu, kaum yang terkaya dan yang membolot semua kemudahan yang ada di negara ini, kemudahan yang dibina, dibangunkan oleh kerajaan yang boleh dikatakan didominasi oleh orang Melayu: Raja Melayu, Perdana Menteri Melayu, Menteri Besar Melayu, kebanyakan ketua pentadbiran awamnya orang Melayu. Perhatikan juga kaum minoriti pun diterima oleh orang Melayu untuk duduk dalam kabinet, menjadi menteri dan timbalan menteri, bersama-sama mentadbirkan negara ini.
Dan perhatikan juga, walaupun bahasa Melayu bahasa rasmi dan bahasa utama dalam sistem pendidikan negara, kaum Melayu tidak merupakan kaum yang paling maju dalam bidang pendidikan. Bahasa Inggeris masih tetap merupakan bahasa penting dalam pembangunan negara ini. Walaupun Islam agama rasmi, tempat-tempat sembahyang agama lain tumbuh merebak-rebak di serata negara, termasuk di kampung-kampung Melayu.
Tidak wujud di negara ini kumpulan-kumpulan rasis di kalangan orang Melayu, seperti yang terdapat di negara-negara lain, misalnya kumpulan rasis Skinhead di Britain, Klux Klan di Amerika Syarikat, kumpulan rasis Swastika di Jerman atau di Eropah. Kalaupun ada berlaku beberapa peristiwa `pergaduhan kaum' banyak orang berpendapat bahawa orang Melayu bukanlah pihak yang memulakan atau mencetuskannya. Ingat peristiwa `Bintang Tiga' yang mengganas semasa Jepun kalah perang dan sebelum tentera British masuk semula di kawasan yang mereka sebut `British Malaya' ini. Orang Melayu bertindak hanya setelah mereka diancam.
Maka terkenallah orang Melayu ini sebagai bangsa yang paling `toleran', bangsa lemah lembut, cukup bersopan santun. Maka aman damailah negara selama ini.
Sejarah tamadun bangsa Melayu di Tanah Melayu dan di seluruh rantau berbahasa Melayu ini telah ditenggelami oleh `acuan' sejarah menurut tafsiran Barat. Perlulah diketahui, terutama oleh pencipta puisi menghina Melayu itu - bahawa sebelum kedatangan kuasa penjajah Inggeris dan Belanda (sebelum itu Portugis), kawasan ini merupakan kawasan tamadun Melayu-Islam yang satu. Sejak tertubuhnya karajaan Melayu-Islam yang terawal di Sumatera, iaitu kerajaan Perlak, dalam abad kesembilan seluruh rantau ini mewarisi satu tradisi yang sama, dibentuk oleh dua alat pembentuk tamadun yang dominan, iaitu bahasa Melayu dan agama Islam.
Kerajaan Sriwijaya bukan kerajaan asing, tetapi kerajaan Melayu walaupun agama yang dianuti oleh raja dan para pembesarnya ialah agama Hindu-Buddha. Bahasa kerajaannya ialah bahasa Melayu, misalnya disebut oleh para sarjana Barat sebagai `Bahasa Melayu Kuno'. Dalam abad ke-12, semasa kerajaan Sriwijaya masih wujud bahasa Melayu sudah digunakan untuk menterjemahkan sebuah kitab ilmu dalam bahasa Arab bertajuk Bahr al-Lahut karangan Abdullah Arif, seorang syeikh dari tanah Arab, yang datang ke Acheh tahun 1177 untuk mengembangkan agama Islam di situ.
Selepas Perlak (yang ditakluk oleh kerajaan Melayu-Islam Acheh- wujud pula kerajaan Melayu-Islam di Samudera-Pasai (1250-1524) - waktu itu kerajaan Sriwijaya sudah lama tidak ada lagi di samping kerajaan Melayu-Islam Acheh, kemudian kerajaan Melayu-Islam Melaka, kemudian kerajaan Johor dan kerajaan Riau. Di sebelah timur Selat Melaka wujud pula beberapa kerajaan Melayu-Islam yang lain, misalnya di Ternate, di Kepulauan Muluku dan di Makasar.
Raja Ternate, Sultan Abu Hayat menulis dua pucuk surat kepada Raja Portugis, King John ke-III, dalam bahasa Melayu dalam tahun 1521 dan 1522 menunjukkan bahawa pada zaman itu bahasa Melayu sudah bertaraf bahasa tinggi, bahasa diplomatik. Sebelum itu, Hikayat Raja Pasai telah dikarang beberapa tahun selepas tahun 1326 (Hikayat ini telah diterbitkan oleh Yayasan Karyawan sebagai salah sebuah karya agung Melayu). Pulau Jawa diislamkan dan tertubuh kerajaan-kerajaan Islam di pulau itu sejak abad ke-16, setelah kerajaan Majapahit beragama Hindu runtuh.
Inilah secara ringkasnya, sejarah rantau ini menjadi sebuah kawasan tamadun berbahasa Melayu dan beragama Islam. Dalam kawasan ini sempadan geografi dan etnik tidak wujud. Warisan budaya atau tamadunnya sama. Orang Melayu-Sumatera yang datang ke Semenanjung Tanah Melayu untuk menginap di situ sebenarnya berpindah ke kawasan tamadun yang sama, bukan sebagai orang asing, walaupun mereka boleh jadi dianggap sebagai orang dagang, tetapi bukan sebagai pendatang atau imigran di Tanah Melayu. Karya agung Melayu, Sulalat al-Salatin atau Sejarah Melayu (1612) mengungkapkan konsep ini, secara simbolik, dengan mengulangi tradisi bahawa raja-raja Melayu baik di Melaka atau di tempat-tempat lain di kawasan yang sama, berasal dari Bukit (Gunung) Seguntang Mahameru di Sumatera. Konsep ketamadunan inilah yang perlu digunakan untuk membetulkan mitos tentang `bangsa Melayu' di Tanah Melayu ini. Konsep `bangsa Melayu', kerajaan Melayu, raja Melayu, bahasa Melayu dan agama Islam bukan ciptaan para nasionalis Melayu selepas kemerdekaan tetapi ialah proses dan hakikat yang dibentuk oleh sejarah ketamadunan Melayu di seluruh rantau ini sejak abad kesembilan lagi. Bahasa Melayu dan agama Islam merupakan dua `alat' yang cukup tahan dan berpengaruh sekali dalam proses pembentukan tamadun `bangsa Melayu' ini, merentas kawasan etnik dan sempadan daerah.
Maka tidaklah menghairankan jika pengkaji Eropah menamakan rantau ini sebagai The Malay Archipelago. Orang di Indonesia menamakannya kawasan Nusantara, walaupun mungkin konsep geopolitik ini tidak termasuk Malaysia, namun dari segi budaya atau ketamadunan istilah apa pun yang digunakan, kawasan ini tetap merupakan kawasan yang mewarisi tamadun yang sama.
Jikalau ada orang yang mengatakan bahawa konsep `Bangsa Melayu' di Malaysia atau The Malay Nation seperti yang digunakan oleh Stamford Raffles (lihat buku Lady Sophia, 830 Memoirs of the Life and Services of Sir Stamford Raffles, London halaman 15) ialah ciptaan orang Eropah atau ciptaan ilmu kolonial, saya kira mereka jahil. Barangkali mereka masih terperangkap dengan takrif `bangsa' atau race dari segi tradisi ilmu antropologi.
Keadaan mula berubah dan konsep ketamadunan bersama bangsa Melayu itu mula dimusnahkan apabila kuasa penjajah Inggeris dan Belanda memecahkan rantau ini kepada dua kawasan geopolitik untuk kepentingan politik dan ekonomi atau perdagangan mereka dengan menggunakan kekuatan tentera, iaitu kawasan kuasa Inggeris yang disebut `British Malaya' dan kawasan kuasa Belanda yang asalnya disebut kawasan Dutch East Indies.
Istilah `British Malaya' dalam tahun 1948 digantikan dengan istilah lain, iaitu Federation of Malaya, pada hal sepatutnya, Federation of Malay States atau `Persekutuan Negeri-Negeri Melayu'. Singapura dan Pulau Pinang yang masing-masing merupakan kawasan takluk kerajaan Johor dan kerajaan Kedah, diubah namanya kepada `Negeri Selat' atau Straits Settlements.
Maka sejak itulah kaum-kaum pendatang di Tanah Melayu dan juga di Singapura ghairah mengatakan bahawa Semenanjung Tanah Melayu dan Negeri-Negeri Selat itu bukan tanah asal orang Melayu (atau lebih tepat `bangsa Melayu').
Singapura dikatakan tidak mempunyai sejarah sebelum kedatangan Raffles, pada hal Raffles sendiri mengiktiraf bahawa pulau itu adalah takluk kerajaan Johor-Riau, maka itulah dia terpaksa membuat perjanjian dengan Temenggung Abdul Rahman yang berada di pulau itu sebagai waris kerajaan Johor, dalam tahun 1819, untuk mendapat izin mendirikan sebuah loji atau kilang perniagaan Syarikat Hindia Timur Inggeris.
Sejarah Melayu menamakan pulau itu sebagai Temasik sejak ratusan abad sebelum kedatangan Raffles. Maka timbullah mitos yang mengatakan bahawa Raffleslah orang yang menemui/membuka pulau itu. Saya tidak fikir Raffles sendiri mendakwa bahawa dialah the founder of Singapore. Ini dongeng yang diciptakan oleh ahli sejarah Inggeris dan para pengikut mereka kemudiannya.
Jadi, ahli-ahli sejarah bangsa Melayu hendaklah berusaha, secara ilmiah dan benar, untuk membetulkan mitos-mitos yang masih menyelaputi imej bangsa Melayu hari ini akibat sejarah ciptaan ilmu kolonial yang salah itu. Diharap penulis puisi yang menghina itu menyedari hakikat ini.

DATUK DR. HASSAN AHMAD ialah Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan.

sebuah cerita

Oleh: ZAINUDDIN MAIDIN (ZAM) Bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu

SAID ZAHARI, bekas pengarang Utusan Melayu mengemukakan karya teragungnya Meniti Lautan Gelora, sebuah memoir perjuangan panjang seorang wartawan yang terlibat dalam zaman awal kebangkitan nasionalisme Malaya, Malaysia, Nusantara dan Afro-Asia yang banyak didorongkan oleh euphoria kemenangan ideologi komunis dan sosialis di Rusia dan China.
Sekalipun jelas kecenderungan dan simpati politiknya tetapi dalam buku ini, Said Zahari lebih bersedia untuk melihat dan mengemukakan dirinya sebagai wartawan bebas yang tidak terikat dengan sesuatu ideologi atau mana-mana parti politik dalam perjuangannya itu.
Mungkin saya sekarang berada dalam keadaan yang sama, yang sekalipun telah dilihat sebagai seorang ahli politik tetapi masih merasakan diri sebagai seorang wartawan bebas dengan perwatakan dan nilai profesionalisme yang melampaui fahaman dan ikatan politik.
Saya lebih suka untuk mengingatkan Said Zahari sebagai seorang yang saya amat terhutang budi kepadanya. Beliaulah yang mengambil saya berkhidmat dengan Utusan Melayu pada tahun 1960 sebagai stringer di Alor Setar dengan bayaran $50 sebulan dan seterusnya melantik saya menjadi wakil tetap Utusan Melayu bagi Kedah dan Perlis dengan gaji tetap $120 sebulan tidak termasuk elaun dan lain-lain tuntutan perjalanan ketika saya berumur 21 tahun.
Saya dilantik menggantikan Azhari Taib (tan sri) yang menjadi ahli Dewan Undangan Negeri Kedah mewakili Perikatan di awal tahun 60-an.
Said Zahari juga tidak secara langsung mendorongkan saya ke dunia kewartawanan. Laporan Said Zahari sebagai wartawan Utusan Melayu mengenai perundingan damai pada tahun 1955 antara perwakilan Kerajaan Malaya yang diketuai oleh Ketua Menteri Tunku Abdul Rahman Putra dengan Parti Komunis Malaya yang diketuai oleh Chin Peng menyebabkan saya memandang dunia kewartawanan sebagai dunia yang penuh dengan excitement, dramatik, glamor, kuasa, populariti dan penghormatan.
Laporan anecdote mengenai pertemuan itu seperti jenis rokok yang dihisap oleh Rashid Maidin juga masih menjadi ingatan saya dan terus mengingatkan saya untuk memberikan sesuatu yang ringan dan menarik di samping hard news atau heavy stuff dalam laporan.
Adalah di luar perhitungan saya bahawa 34 tahun kemudiannya saya sendiri akan melaporkan dari Haadyai penandatanganan perjanjian damai antara Parti Komunis Malaya yang diwakili oleh Chin Peng, Rashid Maidin dan Abdullah C.D. dengan kerajaan Malaysia dan Thailand.
Bagaimanapun upacara itu tidaklah didramatikkan oleh suasana prasangka, ketidakpastian, kecemasan dan ketegangan yang membendung pertemuan Baling sebaliknya berlangsung di sebuah hotel yang tidak terkawal ketat di bandar Haadyai, majlis tidak teratur, bising dan kelam-kabut dengan jurugambar dan para wartawan yang tidak lagi menghormati protokol tetapi berdiri membelakangi para tetamu kehormat yang sepatutnya menyaksikan peristiwa itu.
Majlis itu berderai dengan ketawa apabila seorang dua jurugambar jatuh tersungkur kerana pasu bunga yang dipijak oleh mereka untuk membuat sudut penggambaran menarik telah pecah dan memecahkan suasana yang sepatutnya hening dan tenang.
Di dalam buku ini Said Zahari menulis bahawa perjanjian perdamaian di Haadyai itu boleh dianggap sebagai satu kemenangan besar kepada rakyat Malaysia seluruhnya. Ia mencerminkan kebijaksanaan dan keberanian serta visi politik yang jauh oleh kepimpinan Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad dan juga Setiausaha Agung PKM, Chin Peng.
Said Zahari juga mencatatkan perintah melarangnya memasuki Malaysia yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tunku Abdul Rahman telah dimansuhkan 28 tahun kemudiannya oleh Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad pada bulan Mei 1989 bersempena dengan Utusan Melayu merayakan ulang tahunnya yang ke-50 secara besar-besaran. Beliau terperanjat kerana diundang ke majlis itu.
Said Zahari merasakan undangannya ke perayaan ulang tahun ke-50 dan tawaran kepadanya untuk menulis rencana mengenai mogok Utusan Melayu dan kepimpinannya di Utusan Melayu adalah menunjukkan jiwa besar Utusan Melayu, mengakui dan menghormati sejarah.
Dalam hal ini Said Zahari telah mencatatkan prakata saya dalam buku Di Sebalik Jendela Utusan yang diterbitkan bersempena dengan 50 tahun Utusan Melayu bahawa, ``Utusan Melayu'' didukung oleh orang-orang yang berjiwa besar, orang-orang perjuangan yang tidak pernah takut dan gentar. Baik di kiri atau di kanan, mereka adalah anak-anak Utusan Melayu yang berani, penuh dedikasi dan mempunyai perasaan yang amat mendalam terhadap Utusan Melayu. Utusan Melayu lahir dengan semangat yang dibangunkan oleh kemiskinan dan keinsafan. Sesungguhnya Utusan Melayu adalah pusaka bangsa yang termulia yang terus mengharapkan kesetiaan, kejujuran, kemahiran, dedikasi dan ada kalanya pengorbanan yang besar dari pewarisnya sepertimana yang telah diberikan oleh orang-orang yang terdahulu.''
Dalam Utusan Melayu, wartawan tidak sekadar wartawan tetapi mereka adalah juga pejuang. Kebenaran ini tertegak sampai sekarang, keberaniannya tetap terserlah dan terus menempa satu demi satu sejarah dan terus menimbulkan kontroversi di luar dan di dalam parti. Ini jelas terlihat dari Yusoff Ishak, Samad Ismail, Said Zahari, Melan Abdullah, Mazlan Nordin, Zainuddin Maidin, Johan Jaffar dan di era Khalid Mohd.
Kalau sampai masanya Utusan Melayu tidak lagi menjadi kontroversi, maka itulah masanya Utusan Melayu telah kehilangan jati diri. Kerana jati dirinyalah maka Utusan Melayu terus menghantui mereka yang memusuhinya.
Kepada Said Zahari, pemogokan Utusan Melayu yang dikepalainya dari bulan Julai hingga Oktober 1961 bukan sahaja sebahagian daripada sejarah penting Utusan Melayu sendiri bahkan juga sejarah persuratkhabaran dan kewartawanan tanah air yang tidak boleh dipadamkan daripada lembaran sejarah. Demikian hakikatnya sama ada suka atau tidak.
Kepada saya, saya melihat pemogokan ini adalah merupakan puncak penglibatan para wartawan Utusan Melayu secara langsung dalam percaturan politik tanah air dan negara.
Dibandingkan dengan pengarang-pengarang sebelumnya dan pascanya, Said Zahari tidak sekadarkan melibatkan dirinya dalam perjuangan politik tetapi telah membawa seluruh organisasi Utusan Melayu daripada kewartawanan kepada pengilangan ke dalam kancah perjuangan politik untuk menegakkan konsep nasionalisme asal Utusan Melayu yang pada Said Zahari tidak boleh ditolakansurkan sekalipun realiti tanah air telah berubah.
Apakah pemogokan itu merupakan suatu perjuangan untuk pembebasan akhbar atau untuk ketahanan dan kebebasan nasionalisme, sosialisme dan komunisme yang menghadapi cabaran dan kemaraan daripada westernization dan kapitalisme Barat? Biarlah anda menjawab pertanyaan ini setelah selesai membaca Meniti Lautan Gelora.
Pemogokan ini yang gagal telah mendorongkan perjuangan politik Said Zahari dengan lebih kental di luar dunia kewartawanan sehingga menjerumuskannya ke dalam penjara selama 17 tahun di Singapura, suatu jangka masa tahanan yang tidak boleh diterima oleh akal dan pemikiran waras sebagai kewajaran dalam era masyarakat manusia dan kemanusiaan dunia bertamadun.
Said Zahari tidak mungkin akan menghadapi keadaan yang sama di Malaysia kerana apabila Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad mengambil alih kuasa pada tahun 1981, beliau dengan segera mengambil tindakan membebaskan 21 orang tahanan politik termasuk Pengerusi Parti Rakyat Malaysia, Kassim Ahmad dan dua orang anggota Parlimen DAP.
Saya merasa amat bangga di dalam keruncingan politik negara sekarang ini, Said Zahari adalah hanya di antara beberapa kerat pejuang antikolonialisme yang tidak hilang perspektif politiknya kerana prejudis politik, yang tidak menyekutukan dirinya dengan golongan reaksioner yang mahu menjadikan agama sebagai candu dan terlihat bersekongkol dan melangkah senada dengan agenda Barat dan media Barat dengan bertopengkan kebebasan dan globalisasi tetapi berorientasikan neokolonialisme.
Saya agak terpegun bila pada satu malam Said Zahari telah muncul di televisyen Malaysia menyeru media massa di negara ini agar bangun, serentak dan sederap untuk menentang agenda media Barat dengan teratur dan berkesan. Beliau disertai oleh Saudara Kassim Ahmad (bekas pemimpin Parti Rakyat Malaysia). Mereka adalah pemimpin yang teguh dengan jati diri. Pemimpin sejati!
Said Zahari mengagumi penentangan berani kepimpinan Malaysia terhadap oligarki Barat, Soros di Hong Kong sehingga akhirnya menggoncangkan dunia. Tidak banyak lagi orang yang jelas perspektif sepertinya yang tetap dapat melihat kebenaran di dalam kekaburan.
Secara ikhlas saya ingin menyatakan bahawa saya telah terperangkap apabila membaca buku Meniti Lautan Gelora.
Dengan bahasa kewartawanannya yang mudah, terang, bersahaja dan bertenaga, Said Zahari memerangkap dan mendorongkan kita untuk terus membaca dari satu bab ke satu bab tanpa jemu.
Said Zahari terikat dengan stail penulisan kewartawanan yang memilih hanya fakta yang menarik, penting dan mahu diketahui oleh pembaca untuk dipaparkan dalam buku ini. Beliau membuang fakta-fakta yang remeh-temeh dan terlalu melihat ke dalam diri seperti yang terdapat dalam beberapa buku memoir yang pernah saya baca.
Kata Said Zahari, ``saya menulis buku ini sebagai seorang wartawan yang menulis dan mengupas apa yang dilihat dan dialaminya, apa yang dirasakan menurut tanggapan dan pengamatan saya terhadap manusia, persekitarannya dan terhadap peristiwa tertentu pada zamannya.''
Setelah tamat membaca buku ini, saya tetap tidak dapat mengenali siapa Said Zahari yang sebenarnya sekalipun beliau berharap melalui buku memoirnya ini ``siapa aku sebenarnya dapat dijelaskan.''
Yang ternyata Said tidak senang dengan anggapan terhadapnya sebagai seorang komunis ``yang membayangi diriku dan menafikan kebebasanku selama 17 tahun,'' katanya.
Tetapi dalam epilog terakhir, saya melihat Said Zahari sebagai communist sympathiser apabila beliau menyesali kesilapan seorang ejen komunis The Plen yang termasuk dalam perangkap Lee Kuan Yew kerana mahu membuktikan bahawa dia seorang penting dan berpengaruh dalam PKM di Singapura apabila Lee Kuan Yew meminta berbuat demikian sebagai syarat untuk bekerjasama dengan PKM dalam ``Barisan Bersatu Antipenjajah British.'' Ini membolehkan Lee Kuan Yew melumpuhkan gerakan kiri di Singapura.
Said Zahari melihat ini sebagai satu pengkhianatan besar kepada pergerakan kiri di Singapura.
Apabila hal ini diadukan kepada Chin Peng oleh Said Zahari dalam pertemuan di Bangkok pada Mac 1999, bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya itu meminta supaya Said Zahari tidak meletakkan semua kesalahan sepenuhnya ke atas bahu Chuang Pi (The Plen) sebaliknya dia menerima tanggungjawab itu sebagai Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya.
Mungkin Said Zahari sendiri tidak dapat mengenali dirinya kerana dia tetap mengingati dirinya sebagai seorang wartawan Utusan Melayu.
Sama ada kita bersetuju atau tidak dengan penulisan Said Zahari, kita tidak dapat menafikan bahawa Said Zahari adalah sebahagian daripada sejarah Utusan dan Utusan adalah sebahagian daripada sejarah Malaysia. Sama ada mereka berhaluan kiri atau kanan, orang seperti Said Zahari menjadikan Utusan Melayu itu hebat.
Wartawan International Herald Tribune, Thomas Fuller telah bertanya kepada saya di hadapan Joseline Tan, wartawan Straits Times Singapura dalam satu pertemuan dengan wartawan-wartawan asing baru-baru ini, ``Kenapa Utusan kadang-kadang dilihat tidak senada dengan kerajaan?''
Saya menjawab itu adalah tradisi yang diwarisi, itu adalah jati diri.
Hari ini Utusan Melayu, khususnya Utusan Publications and Distributors dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia menerbitkan sebuah karya yang ditulis oleh orang yang melancarkan mogok Utusan Melayu, sebuah memoir yang mungkin dianggap merah, yang sikap pengarangnya akan terus menjadi persoalan dan kontroversi.
Dan orang tentu akan bertanya lagi, kenapa Utusan?
Jawabnya kerana itulah tradisi, itulah jati diri Utusan Melayu yang telah dibangunkan oleh Yusoff Ishak, Rahim Kajai, Samad Ismail, Melan Abdullah, Mazlan Nordin dan lain-lain dengan matlamat sama untuk menjadi ``suara keramat bangsa'' sekalipun cara dan fahaman mereka berbeza.

Monday, May 28, 2007

Evidence That Islam is Truth: The Existence of God

Who is the Creator?

Description: A logical refutation that matter is eternal, and why if there is a God, it must be the God depicted by Islam.

By
Dr. Jaafar Sheikh Idris

Can It Be Matter?
A very popular question among atheists is, ‘Granted that the existence of temporal things necessitates the existence of an eternal cause, why should that cause be the God of religion? Why can’t matter be eternal and be therefore in no need of an eternal creator?’ I shall argue, on an Islamic basis but at the same time also on a rational basis, that the attribute of eternity entails other attributes, which matter does not and cannot have, and cannot, in view of this, play the role of the original and ultimate cause of temporal things. Muslim theologians say that eternity of existence logically implies everlastingness. This is true because, if something is eternal then it does not depend for its existence on anything outside itself. If this is so then it can never pass away, because only those things pass away that lose some of the external conditions on which they depend for their existence. If the ultimate cause of temporal things is eternal and everlasting, it must of necessity be self-sufficient, [in Arabic] qayyoom and ghanee.

Can there be more than one such creator? The Quran tells us that this is impossible:


“God never had a child, nor have there been any gods beside him.
[Had there been any], each of them would have appropriated to himself what he
created, and some would have overcome others…” (Quran 23:91)
This Quranic argument was paraphrased by some Muslims theologians in a way somewhat like the following:

The assumption that there are gods beside the one true God leads to false consequences and must therefore be false. If there is more than one god, then:

(a) if every detail of everything in the world was the result of the action of one of the gods, it cannot at the same time be the result of the action of another god. But if,

(b) some things in the world were created by some gods, and others by other gods, then each god would rule independently over what he created, which means that nothing in his world can even in principle, be influenced by anything outside it. But this contradicts the observed unity and interdependence of the world. And if that is impossible, then

(c) some gods will overcome others, but if that happens then the ones who are vanquished cannot be true gods. There can, therefore, be no more than one creator.

How does this creator create? Since He is self-sufficient, He cannot be said to depend on anything outside Himself in any actions, and cannot therefore be said to produce His effects the way natural causes do. But if He is not a natural cause, He must be a volitional agent. And since intention implies knowledge, and knowledge and intention imply life, he must be a living being. Since He is an eternal and everlasting being, all His attributes must reflect this quality; thus He must be not only knowing, but all-knowing, not only powerful, but all-powerful, etc.

Since no matter in any form can answer to these attributes, and since all these attributes are implied by the two attributes of eternity and everlastingness, no form of matter can be either eternal or everlasting, and thus no matter of any form can play the role of that ultimate cause. This much of the attributes that an eternal and everlasting creator must have is enough, I suppose, to show that it cannot be matter.

But this conclusion can be further confirmed by what modern science tells us about the nature of matter.

Why should He be the God of Islam?

Some might say, ‘Granted that this god is a personal and living God, and that He has the attributes which you mentioned, why should He be the God of Islam and not, say the Christian or Jewish God?’ The God of Islam is the God of all true prophets of God from Adam down to Moses, Jesus and Muhammad. But it is a basic claim of the religion with which Muhammad came that previous religions (including Christianity and Judaism) have not been kept in their pristine form which those prophets advocated, but have been tampered with and distorted. The only religion whose book has taken upon itself to be preserved from any such distortions is the religion of the last of God’s prophets, namely Muhammad, may God praise him. This is not to say that everything in those religions is false or bad. No! There is much in them that is good and true; it is only those elements in them that contradict Islam which must be false or bad. But even if they were to be purged of everything that is not in consonance with Islam, they would still be less perfect than Islam is, especially in their conceptions of God, therefore unsuitable for being universal religions.

Having said this, let me give one example of a non-Islamic religious belief which the Quran considers to be a stupendous blasphemy against God, namely that He has children. At the time of the Prophet, some Arabs believed that the angels were the daughters of God, while some Christians believed that Jesus was the son of God, and some Jews believed that Ezra was the son of God. Just as the Quran gave arguments for the impossibility of there being any gods besides the one true God, it also gave elaborate arguments to show the impossibility of Him having a child, whether male or female. If the Creator is one and self-sufficient, then He is also unique, ahad:


“…Nothing is like Him...” (Quran 42:11)
But if so then:
“He
neither begets nor is He begotten.” (Quran 112:3)
“…How can He have a child
if He has no wife, and if He created everything?...” (Quran 6:101)

The Quran is here saying that the claim that God has children contradicts the facts (acknowledged by those who make this claim) that He is the Creator of everything, that He is self-sufficient, and that He has no spouse. Now if He is the creator of everything, this necessarily includes the one who is claimed to be His child. But if this is created by Him, it cannot be His child; it has to be one of His creations. One does not create one’s child; one begets it. If it is insisted that the child is actually begotten and not created by God, this will entail the following false consequences:

The begotten child must be of the same nature as its father, in which case God will not be unique or one.

~God will not be the creator of everything.

~God will have to have a spouse, who must of course be of the same nature as He is, otherwise they cannot beget anything.

~But in that case the number of beings who are of the same nature as God will be raised to three.

~If the child is begotten then it cannot be eternal, i.e. it cannot be of the same nature as the father.

It must therefore be temporal; but in that case it has to have a creator. But if the God who is its father cannot at the same time be its creator, then there must be its creator, then there must be another creator besides that God the father; but in that case, this other creator will be the one true creator because it was through his power that the first one was able to beget its son. This will raise the number of gods to four.

~No wonder than that the Quran said about those who claimed that God has a child:

“You have indeed come with something most monstrous, of which the
skies almost burst, the earth split asunder, and the mountains fall down in
utter ruin. All this because of their attributing a child to God.” (Quran
19:89-91)

From Jehovah's Witnesses to Islam


From Jehovah's Witnesses to Islam :
Dr. J Nicholson, from Scotland, has a PhD in Theology. He used to be part of the Jehovah's Witnesses and later reverted to Islam by the Mercy of Allah. He is going to share his story with us in this Video. Learn how he is active in the effort of Da'wah, and how his mother accepted Islam just before death at the age of 118!
Very inspirational - recommended watch!

Terrorists


Does Islam teach terrorism? Are true Muslims terrorists? Was Islam spread by the sword?

Thursday, May 24, 2007

Martabat Melayu menurut Hamka

Oleh:SIDDIQ FADZIL

HAMKA adalah putera besar Alam Melayu yang tampil pada saat umat mengalami kegawatan menangani pelbagai persoalan berat yang diakibatkan oleh penjajahan dan proses pembaratan. Sebagai ilmuwan, pemikir Hamka memberikan perhatian yang serius terhadap isu kemelayuan dan keislaman dalam konteks permasalahan tersebut.

Menyelami jiwa dan minda Hamka menerusi karya-karya tulisannya, kita dapat menemukan kesegaran roh keislamannya dan kekentalan semangat kemelayuannya. Kedua-dua unsur tersebut menyatu secara harmonis membentuk wataknya. Dengan ungkapan lain, Melayu Hamka adalah kemelayuan yang telah menyerap roh keislaman sepenuhnya.
Dalam menerima hakikat persempadanan politik yang memecahkan kepulauan Melayu kepada negara Indonesia dan Tanah Melayu (Malaysia), namun sebagai seorang yang mempunyai kesedaran sejarah dan budaya, serta semangat ukhuwah yang mendalam, Hamka tetap tidak dapat melepaskan dirinya daripada ikatan kemelayuan yang serumpun seagama, serantau sebudaya.

Sebagai seorang Melayu, Hamka mencintai seluruh bumi Melayu tanpa membezakan antara yang bernama Sumatera atau yang bernama Tanah Melayu.
Demikian mendalamnya cinta Hamka terhadap umat dan bumi Melayu sehingga ketika Tanah Melayu mencapai kemerdekaannya pada tahun 1957, beliau ikut menyambutnya dengan penuh rasa terharu.

Untuk memahami kepeloporan Hamka dalam perjuangan Melayu, kita perlu pula memahami definisinya tentang orang Melayu, Hamka tidak menanggapi Melayu dalam pengertian sempit etnik yang dicirikan oleh darah dan daerah. Menurutnya, sudah tidak ada lagi orang yang benar-benar berdarah Melayu murni. Untuk mendefinisikan Melayu, beliau mengambil kriteria yang digunakan oleh Rasulullah s.a.w ketika mendefinisikan Arab iaitu siapa sahaja yang berbahasa Arab. Demikian pulalah Hamka mentakrifkan Melayu, iaitu setiap orang yang berbahasa Melayu - berfikir, merasa, menangis dan ketawa, tidur dan bangun dalam bahasa Melayu. Pentakrifan bangsa berasaskan bahasa bertepatan pula dengan pepatah Melayu ``bahasa menunjukkan bangsa''. Memang bahasa adalah cerminan jiwa dan pancaran budi. Kerana itu terdapat pula ungkapan ``bahasa jiwa bangsa'' di samping rangkaian kata ``budi bahasa''.

Selain mencirikan bangsa, bahasa Melayu juga memainkan peranan utama sebagai pemersatu rumpun Melayu yang terpisah-pisah dalam ribuan pulau dan ratusan dialek bahasa.
Bahasa yang mampu menjadi wahana perpaduan itu menurut Hamka harus bahasa yang murni, iaitu bahasa Melayu yang tidak terlalu banyak menyerap kalimat-kalimat Jawa, Sanskrit atau yang selainnya. Meskipun namanya sudah menjadi bahasa Indonesia, tetapi pada hakikatnya ia adalah bahasa Melayu.

Bertolak daripada hakikat itulah Hamka memperjuangkan bahasa Melayu dan memelihara kemurniannya dengan penuh rasa cemburu. Bukan beliau tidak menyedari bahawa bahasa harus dinamik, maju dan berkembang, dan untuk itu ia harus bersedia meminjam dan menyerap kata-kata asing seperlunya. Yang beliau tentang ialah keinginan untuk mencabut bahasa Indonesia dari akarnya iaitu bahasa Melayu.

Sementara itu berlaku pula proses peminggiran tulisan jawi akibat himpitan tulisan rumi. Ini terjadi di Indonesia dan kemudian diikuti oleh Malaysia. Penggantian jawi dengan rumi adalah sebahagian daripada proses pembaratan dan pendangkalan Islam yang tentu sahaja didalangi oleh penjajah. Dalam konteks Malaysia ini dilakukan menerusi strategi pemberian citra yang segar kepada tulisan rumi sebagai lambang kecerdasan, dan citra sebaliknya untuk tulisan jawi.
Selain bahasa, ciri kemelayuan yang lebih penting lagi ialah Islam. Hamka menyedari adanya kelompok rumpun Melayu yang tidak beragama Islam, namun beliau tetap melihat bahawa nama Melayu memang tidak dapat dipisahkan daripada Islam berasaskan hakikat bahawa kebanyakan orang Melayu adalah Muslim. Keislaman umat Melayu Muslim itulah yang selamanya menjadi tumpuan perhatian dan keprihatinan Hamka. Baginya, Islamlah yang menjadi teras kekuatan mereka dan sekali gus menjadi faktor pemersatu yang mendasari semangat kebangsaan.

Hamka adalah ilmuwan-pemikir Melayu yang menyaksikan gelora kebangkitan umat menentang penjajahan, merebut kemerdekaan dan membangun kemajuan. Hamka jelas ikut terhimbau lalu berusaha menanganinya dalam konteks umat Melayu.
Antara yang diberikan perhatian oleh Hamka ialah masalah jiwa hamba dan pemikiran anak jajahan. Kerana itu dalam menghargai kemerdekaan tanah air, beliau memperingatkan kemerdekaan yang lebih asasi iaitu kemerdekaan jiwa. Kemerdekaan jiwa yang beliau maksudkan ialah kekuatan iman dan budi. Kerana itu kemerdekaan negara harus dimanfaatkan sebagai wahana mengangkat martabat umat.

Dalam rangka memperkasa umat dan membina jiwa merdeka itulah Hamka melihat Islam (ajaran tauhid) sebagai ``sumber tenaga kemerdekaan jiwa yang sebenarnya.'' Bagaimanapun, ada kekesalan yang disuarakan oleh Hamka apabila beliau menyatakan, ``Cuma sayang, kerana kesedaran di dalam menegakkan agamanya tidak tegas dan jelas, kaum Muslimin yang gagah berani itu kebanyakan hanya dipergunakan tenaganya guna membina kekuasaan orang lain. Setelah orang lain berkuasa, kaum Muslimin itu disingkirkan dan dilarang keras atau dihambat-hambat agar jangan sampai menuntut haknya yang suci'' (Hamka, 1971;205).

Hamka tidak cuma mengajak umat memerdekakan jiwa, tetapi beliau sendiri dilihat sebagai contoh watak manusia berjiwa merdeka. Pemikirannya yang kritis adalah manifestasi kemerdekaan jiwanya. Demikian juga sikap dan tindakan-tindakannya dalam pelbagai peristiwa. Sebagai eksponen faham pembaharuan, beliau memperlihatkan simpati dan dukungan terhadap ``Kaum Muda'', tetapi setelah menyaksikan perpecahan umat yang diakibatkan oleh konflik ``kaum Tua-kaum Muda'' itu beliau menyatakan ketidaksenangannya terhadap konflik seperti itu.

Sementara itu dapat pula dikesan rasa jijik dan mualnya apabila (sekitar pertengahan tahun-tahun 1960-an) beliau menyaksikan fenomena pengkhianatan kaum intelektual kerana merebut kepentingan peribadi. Fenomena ini diungkapkannya dengan kata-kata, ``Ada yang mengungkapkan dengan kata-kata yang lebih kasar, yaitu `kaum intelek yang melacurkan diri'' mengkhianati ilmu pengetahuan, lalu menjadi `badut-badut' yang setia, mengilmiahkan kebohongan.'' (Hamka, 1971: 244-246)

Demikianlah Islam sebagai pembangun jiwa merdeka. Dalam sejarah pembinaan semangat kebangsaan di rantau ini, Islam jugalah yang pertama berperanan menumbuhkan rasa kesatuan ummatik. Ternyata Hamka dapat menerima ``kebangsaan'' dengan catatan ia tidak bererti cauvinisme. Dalam polemik antara golongan nasionalis neutral agama dengan golongan yang sama sekali menolak konsep kebangsaan, tampaknya Hamka berusaha memahami kedua-dua pihak, lalu mengambil jalan menyerasikan nasionalisme dengan Islam. Untuk itu beliau mensyaratkan nasionalisme harus berlandaskan Islam. Jika tidak ia akan menjadi Cauvinisme, perkauman sempit yang bersikap angkuh dan degil, ``yang di awak segala benar, yang diorang segala bukan!'' Semangat semacam Hitlirisme itu pasti akan membawa kehancuran sebagaimana yang terjadi kepada Jerman. (Hamka, 1981:199).

Sebagai ulama, Hamka cukup memahami persoalan mengaplikasikan Islam dalam konteks sosiobudaya Melayu. tulisan-tulisnya tentang agama tidak sekadar pemaparan ajaran Islam dalam bentuk teks tanpa konteks. Beliau ternyata cukup peka dengan realiti zaman dan lingkungannya dan berusaha membuktikan bahawa Islam memang sesuai dengan setiap masa dan nusa. Tafsir al-Azhar yang menumental itu banyak sekali mengandungi bahan-bahan tempatan baik berupa sejarah mahupun budaya serantau. Dalam kaitan ini, beliau membahas masalah-masalah seperti pusaka tinggi dalam Adat perpatih dan isu raja-raja perempuan dalam sejarah kesultanan Aceh. Mungkin inilah yang disebut sebagai fikah Indonesia seperti yang digagaskan oleh rakan seangkatannya. Hasbi al-Siddiqi. Hamka tampaknya kecewa kebudayaan Islam rantau ini kurang diperkenalkan ke dunia luar.

Nyatalah Hamka memang tokoh istimewa yang bersifat multidimensi; sasterawan-sejarawan, ilmuwan-budayawan dan ulama pemikir yang terkenal sebagai singa podium dan pahlawan pena. Memang Hamka orang Indonesia, tetapi lebih daripada itu dia adalah seorang Muslim dan seorang Melayu yang sepanjang hayatnya berjuang demi memartabatkan umat yang serumpun seagama, serantau sebudaya. Cinta dan kebaktiannya tidak pernah mengenal persempadanan, baik politik mahupun geografi.

* PETIKAN sebahagian kertas kerja Prof. Madya Datuk Dr. Siddiq Fadzil di Seminar Pemikiran Hamka pada 28 April lalu di Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jadikan melayu HEBAT!


WACANA Datuk Dr. Hassan Ahmad bertajuk Jati diri Melayu pada Alaf Baru (Lihat Utusan Malaysia, 29 Mac) mengundang ulasan. Ia menarik dan penting, khususnya, dari dua segi: pemikirannya yang tidak ortodoks tentang negara-bangsa dan penekanan terhadap bahasa kebangsaan sebagai alat penciptaan tamadun.

Saya bersetuju bahawa jati diri bangsa itu sesuatu yang asas dan bersifat alamiah. Manusia dilahirkan sebagai anggota sesuatu kaum atau bangsa, bukan ke dalam dunia manusia yang abstrak, yang mewarisi cara hidup mereka, termasuk bahasa turun-temurun. Kaum dan bangsa ini hanya boleh dibangunkan tamadunnya melalui bahasa bangsa itu sendiri, kerana inilah kebiasaan dan cara hidup mereka. Ini tidak bermakna kita tidak perlu mempelajari bahasa-bahasa ilmu yang lain.

Kita jangan lupa bahawa empayar dan tamadun Arab-Islam itu telah jatuh sejak abad keempat belas, walaupun mereka tetap berpegang kepada jati diri, bahasa dan agama Islam mereka. Apakah yang menyebabkan kejatuhan mereka, itu yang menjadi persoalan yang ditinggalkan tidak terjawab dalam wacana itu.

Contoh, Amerika Syarikat menunjukkan tertubuhnya suatu bangsa baru daripada pelbagai kumpulan etnik Eropah dengan bahasa Inggeris diterima sebagai bahasa rasmi tetapi tanpa satu agama rasmi, walaupun mereka tetap mempunyai pandangan hidup.

Saya bersetuju juga dengan Datuk Hassan bahawa globalisasi, satu jenis proses internasionalisme, bukan perkara baru. Dunia memulakan proses internasionalisme ini lebih 1,400 tahun dulu dengan kebangkitan Nabi Muhammad s.a.w di Semenanjung Arab, yang dibangkitkan untuk seluruh manusia. Sebelum ini, semua nabi dan rasul dibangkitkan untuk sesuatu kaum dan bangsa saja.

Empayar Romawi mungkin dianggap sebuah empayar yang bersifat pelbagai bangsa, tetapi kita tidak dapat nafikan bahawa tamadun moden, atau lebih tepat dipanggil tamadun Eropah moden, bersifat paksi-Eropah (Eurocentric) dan dilahirkan daripada pokok tamadun Yunani-Romawi-Yahudi-Kristian, atau Eropah Lama. Sikap kolonial bangsa-bangsa Eropah yang telah terbukti dalam sejarah, mungkin berasal daripada pandangan hidup paksi-Eropah ini.

Seperti yang telah kita lihat, tiap perkembangan sains dan teknologi moden ada baik dan buruknya. Tenaga atom boleh digunakan untuk menjadikan dunia ini sebuah taman yang indah, tetapi boleh juga digunakan untuk memusnahkan, seperti dalam contoh kemusnahan di Hiroshima dan Nagasaki.

Semuanya bergantung kepada kumpulan mana yang mempengaruhi dan menguasai proses evolusi pada sesuatu zaman, kumpulan mukmin, kumpulan kafir atau munafik.
Sekarang kita tiba kepada soalan akhir dalam wacana itu: peranan Islam dalam tamadun Melayu. Datuk Hassan mendakwa orang Melayu masih kekal dalam satu sejarah yang agak lama, sudah 1,400 tahun, mengira dari zaman Kerajaan Melayu Sri Wijaya.

Ini kerana kita tetap berpegang teguh kepada bahasa kita dan agama Islam. Tetapi bagaimana dengan bangsa-bangsa besar yang lain, seperti China, India, Eropah dan Rusia. Bangsa-bangsa ini membangunkan tamadun-tamadun mereka, betul melalui bahasa-bahasa mereka, tetapi agama mereka berlainan.

Bagaimanapun, kita tidak harus melupakan contoh kebangkitan tamadun Arab-Islam, yang bangkit begitu cepat dan mengagumkam bangsa-bangsa yang sezaman dengan mereka. Contoh ini membuktikan pentingnya peranan agama Islam sebagai penggerak tamadun Islam yang pertama.

Nyatalah agama Islam, pada peringkat awal, telah memainkan peranan yang dinamik dalam pembangunan tamadun Arab, tetapi peranan ini telah merosot bersama kejatuhan tamadun itu. Bangsa-bangsa lain yang menganut agama yang berlainan (Buddha, Hindu atau Kristian) juga telah membangunkan tamadun-tamadun yang besar. Mengapakah Islam dahulu membawa bangsa Arab ke mercu tamadun, tetapi bangsa-bangsa yang menganut agama Islam sekarang, seperti Arab, Indonesia, Iran dan Pakistan, mundur dan duduk pada anak tangga bawah dalam skala tamadun?

Mungkinkah Islam pada zaman awal itu lebih hampir kepada ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w dalam Quran daripada Islam sekarang yang diwarisi dari kaum teologi-fukaha seribu tahun dulu?

Agak nyata bahawa agama sekarang sudah menjadi sesuatu yang bersifat tradisional yang diwarisi turun-temurun bagi semua bangsa. Fungsinya sebagai penggerak bangsa sudah hilang. Apa yang lebih penting sebagai pedoman hidup kita ialah pandangan hidup atau budaya hidup. Inilah yang mendorong sesetengah pemimpin kita memperkenalkan konsep Melayu Baru dengan budaya baru yang lebih dinamik dan kreatif daripada budaya lama. Tetapi kebanyakan orang Melayu, tidak seperti orang-orang Eropah yang beragama Kristian, lebih 'selesa' dengan agama Islam tradisional mereka, walaupun pandangan hidup golongan elit mereka diambil daripada pelbagai aliran falsafah moden Eropah, seperti liberalisme, eksistensialisme, pragmatisme, positivisme dan komunisme.

Saya fikir inilah punca perpecahan dalam masyarakat Melayu sekarang dengan Pas menjuarai aliran Islam tradisional (dibantu oleh kaum penjajah baru Inggeris-Amerika yang mahu menghapuskan kaum nasionalis dalam UMNO), dan UMNO, khasnya Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad, mempelopori aliran moden, yang lebih hampir kepada jiwa Islam.

Tamadun Melayu Baru perlu dibina melalui bahasa mereka sendiri dan ini pun sedang dilakukan. Penyelewengan dari dasar ini perlu dibetulkan, tanpa menghalang pelbagai suku kaum mempelajari bahasa ibunda mereka. Pandangan hidup kita tidak dapat tidak mestilah diambil daripada pandangan hidup yang paling benar di antara pandangan-pandangan hidup yang wujud di dunia sekarang. Jadi, bagi orang Melayu dan bangsa Malaysia sekarang, satu gabungan jati diri yang kuat dengan falsafah hidup yang progresif merupakan satu-satunya jalan keluar yang selamat.
- KASSIM AHMAD, Pulau Pinang.

Wednesday, May 23, 2007

Fahami sejarah untuk masa depan...

BARU-baru ini Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad kembali mengingatkan kepada kita perlunya membaca, mempelajari dan meneladani sejarah bangsa masa lampau. Prinsip sejarah yang paling mudah difahami ialah `teladan' dan `keputusan'.
`Teladan' mungkin dipandang enteng oleh sesetengah individu kerana peristiwa arnab dan kura-kura juga mengandungi unsur teladan.

Namun teladan peristiwa sejarah itu mengandungi elemen yang harus difikirkan secara teliti dan difahami dalam konteks yang lebih mendalam bukan setakat cerita penglipur lara atau sekadar bahan kenang-kenangan tetapi hakikatnya sejarah itu membawa manusia mengenal akan alam jati dirinya.

Agak sukar menjadikan sejarah itu sesuatu yang menarik jika perspektif khalayak tentang kepentingan sejarah yang jauh dari nilai komersialnya itu tidak difahami seawalnya. Teks-teks sejarah yang lampau seperti Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah, Hikayat Merong Mahawangsa sekadar menyatakan beberapa sahaja, mengandungi unsur mitos, legenda dan dongeng.

Generasi hari ini pula cenderung untuk menilai sastera-sejarah sebegini sebagai menyesatkan lantaran cubaan memahami konsep sastera-sejarah dan sejarah tidak digarapi dan difahami dengan sebaik mungkin.

Lantas wujudlah pula permasalahan meletakkan sejarah dalam arus pemikiran generasi muda hari ini yang memanifestasi kebimbangan generasi pemimpin tentang fahaman sejarah oleh anak-anak wawasan.

Di peringkat pengajian tinggi , sejarah dikupas dengan begitu analitikal dan harus tepat fakta dan sumbernya tanpa menimbulkan sebarang keraguan tentang kesahihan peristiwa. Aliran peristiwa pula digarapi dengan beratus malah beribu sumber agar peristiwa yang ditonjolkan itu benar-benar realiti dan menggambarkan ketulusan penulis.

Itu yang berlaku di kalangan intelektual, namun bagaimana pula untuk memaslahatkan sejarah kepada 22 juta rakyat Malaysia yang berbilang bangsa, agama dan keturunan.
Piawai mana pula harus diikuti dalam masa setiap bangsa ini mempunyai sejarah bangsanya sendiri. Apakah ingatan Perdana Menteri itu sekadar untuk bangsa Melayu sahaja atau ia suatu ingatan kepada kita semua tentang penghampiran kewujudan bangsa Malaysia pada alaf baru ini. Persoalan sejarah dalam konteks perpaduan nasional bagaimana pula?
Nampaknya isu mendabikkan sejarah ini suatu isu yang kompleks yang perlu penyelesaian konkrit bukan sekadar sukatan pelajaran di sekolah, institusi pengajian tinggi (IPT) atau secebis ruangan Hari Ini Dalam Sejarah terbitan Arkib Negara dan RTM.

Dalam era globalisasi hari ini, pembentukan jati diri semakin menjadi elemen penting lantaran kewujudan k-ekonomi, k-pekerja, e-dagang dan banyak lagi.

Ketiadaaan sempadan yang membatasi mobiliti faktor-faktor pengeluaran memangkin persoalan bagaimana negara atau ketuanan bangsa harus dipertahankan.
Era ICT menonjolkan imej kehidupan yang baru dan membawa masyarakat Malaysia kepada tahap lepas take-off menuju pembangunan negara maju masa depan. Dunia dan manusia serta masyarakat sentiasa berubah. Kehidupan tidak statik, malah kehidupan yang dinamik merangsang manusia mencapai kemajuan. Dalam konteks pembangunan, manusia sentiasa berada dalam situasi hendakkan kemajuan.

Di tengah-tengah kepesatan pembangunan ini, kita diingatkan agar kembali kepada sejarah. Bangsa Melayu bangga dengan keagungan zaman Hang Tuah yang hingga kini menjadi tiupan semangat orang Melayu menerokai dunia Takkan Melayu Hilang Di Dunia. Itu yang berlaku 500 tahun dahulu, bagaimana pula dengan sejarah bangsa Melayu kurun ke-18, 19 dan 20.
Adakah setelah menikmati sedikit kemajuan dan nikmat Allah ini kita lupa diri? Apakah tidak terfikir bagaimana masyarakat Cina juga memperjuangkan bahasa, budaya dan pendidikan mereka sejak sekian lama hingga menduduki tahap pada hari ini. Bagaimana pula masyarakat India bangkit dari kepompong estet hingga berusaha memperoleh gaji minimum dan tuntutan kuota pendidikan?

Adakah mereka cepat melupai sejarah atau sejarah menukil semangat perjuangan mereka? Bukan cuba bersifat chauvanist, tetapi melihat realiti yang berlaku rentetan sejarah-sejarah negara.
Lantaran itu keperluan mengungkap keteladanan sejarah harus dilakukan dengan teliti. Peristiwa sejarah sewajarnya merangsang akal fikir melihat bagaimana masyarakat pada masa dahulu membuat keputusan berdasarkan ilmu dan persekitaran mereka.
Benar atau tidak sejarah tidak berulang bergantung kepada konteks dan galur waktu sesuatu perkara itu berlaku.

Kemungkinan masyarakat agak sukar untuk menafsirkan sejarah dalam beberapa konteks atau subkonteks tertentu kesan kekurangan pengalaman, ilmu atau asas pembacaan bahan ilmiah yang kurang.

Ditambah pula ketidakarifan memahami sejarah di samping tuan guru yang menyesatkan fakta sejarah. Hal ini pula menjadi kebimbangan sosial, apabila sejarah dipolitikkan atas kepentingan pihak tertentu tidak dapat dinafikan.

Individu yang tidak bertanggungjawab dan alpa tugasnya sebagai khalifah mungkin hipokrit dalam menafsirkan sejarah dari satu sudut berkepentingan. Hal ini memang tidak dapat dinafikan bukan setakat ilmu sejarah bahkan ilmu-ilmu Allah yang lain juga.
Sejarah mengajak kita membuat sesuatu keputusan itu dengan menilai kekesanan terdahulu apa yang baik atau apa yang buruk telah berlaku sebelumnya.
Sejarah tidak harus dikelompok dalam bidang kemanusiaan atau kemasyarakatan sahaja malahan dalam era ICT sejarah harus difokuskan sebagai aspek pembina jati diri yang dijana keperluannya pada setiap masa.

Justeru dalam persoalan mengangkat ketuanan bangsa menerusi pendabikan sejarah, kita harus memikirkan segala segi.

Janganlah terlalu pesimis dengan ilmu sejarah dan juga bersifat oportunis dengan keasyikan menjana masyarakat celik sejarah dan masyarakat yang menghargai sejarah bangsanya.
Persoalan asas seperti pelaksanaan masyarakat kritis terhadap sejarah bangsa Malaysia harus menjadi perhatian penting. Sistem pendidikan kini bertambah maju yang menjadikan masyarakat bertambah kompleks yang memerlukan kepakaran sejarawan untuk menyuntik semangat cintakan sejarah di kalangan bangsa Malaysia.

- ABDUL GHANI ABU, Johor Bahru, Johor.

Bintang enam???

SEJAK November 1998, saya agak tersentak dengan ucapan bekas Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Al Gore dengan terang menyokong gerakan reformasi yang secara langsung telah mengambil bahagian dalam politik negara kita.
Persoalan yang timbul kenapa Barat yang diketuai oleh AS tidak suka dengan kita? Pada hal negara lain yang langsung tidak mempedulikan suara rakyat telah menjadi sahabat karib mereka.

Malaysia bertegas sejak awal lagi tidak akan mengiktiraf Israel melainkan setelah ia mematuhi resolusi Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Soalnya apakah kaitannya pula AS dengan Israel dalam soal ini?
Saya ingin memetik tulisan Henry Ford dalam bukunya The International Jew. Pada muka surat 5, perenggan yang amat menarik ialah katanya ``Orang kulit putih sekalipun mendapati sukar hendak bertemu dan berbincang sesama mereka kecuali menerusi telinga dan mata orang Yahudi.''

Begitu sekali kuat pengaruh Yahudi ke atas AS dan dunia Barat. Dengan pandangan Henry Ford ini mungkin agak jelas kenapa kita tidak disukai oleh AS ialah kerana kita tidak disukai oleh Israel.

Saya merasa begitu jelak dan kecewa kerana golongan proreformasi bukan sahaja memekakkan telinga dan membutai mata dan akal fikiran mereka tentang kesejahteraan yang dikecapi oleh rakyat malah mereka turut membutai mata hati dan fikiran mereka mengenai apa yang dilakukan oleh AS ke atas negara Islam seperti Libya, Iran, Iraq dan Sudan yang mengakibatkan jutaan umat Islam terbunuh dan menderita.

Apa yang dilakukan oleh AS samalah seperti yang dilakukan oleh Israel. Apakah yang telah berlaku di negara Islam yang lain tidak wajar diambil perhatian serta keinsafan?
Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) diperkenalkan oleh British untuk menyekat dalaman komunis yang akhirnya runtuhlah ideologi Komunis hingga beberapa jajahan takluknya telah bebas. Tetapi tidak siapa pun menentang ISA waktu itu kerana ia buatan Inggeris dan Barat.
Dalam abad ini, kita menghadapi ancaman lebih besar bukannya daripada Bintang Tiga tetapi yang lebih besar dan lebih berkuasa lagi daripada itu ialah Bintang Enam yang hampir menguasai bukan sahaja negara Islam tetapi seluruh dunia.

Tidakkah cukup apa yang berlaku di Baitulmaqdis, Bosnia, Sudan, Libya, Iran dan Iraq untuk menjadi teladan? Apakah kebebasan individu mengikut istilah Barat itu boleh mengatasi keamanan, kestabilan dan kemakmuran negara.

Suruhanjaya Hak Asasi (Suhakam) seharusnya memiliki kefahaman yang lebih saksama terhadap semua insan. Ia tidak harus melindungi hak individu sahaja kelak dikhuatiri ia akan menjadi alat Bintang Enam. Jangan menjadi adil kepada setitik nila yang boleh merosakkan susu sebelanga.

Yang harus dinilai ialah sistem demokrasi itu sendiri supaya setiap individu dapat bersuara dan bergerak dengan bebas tetapi jangan hingga memusnahkan masyarakat. Faktor budaya pelbagai kaum harus diambil kira. Orang Asia pada sifat asalnya lebih emosi daripada orang Barat.

Mereka dengan mudah boleh menimbulkan perbalahan yang sukar dikawal jika hasutan yang berapi-api ditiupkan kepada mereka baik dari sudut spiritual atau perkauman.
Lantaran itu sistem Barat haruslah disesuaikan dengan budaya dan peraturan kita. Siapa pun tidak meminta Suhakam menjadi alat perhiasan. Apa yang diharapkan supaya ia tidak menjadi alat Bintang Enam secara disedari atau tidak.

Demokrasi di Malaysia tidak berbeza dengan demokrasi di Britain jika lihat daripada hasil pilihan raya umum yang lalu. Daripada jumlah 659 kerusi di Parlimen Britain, parti pemerintah menang 492, pembangkang 167 iaitu 25 peratus.
Di Malaysia jumlah kerusi Parlimen 193, parti pemerintah menguasai 148, pembangkang 45 iaitu 23 peratus. Keputusan ini telah melenyapkan tuduhan di Malaysia tidak ada kebebasan berpolitik atau bersuara.

Bagaimanapun angkara Bintang Enam akan terus mengancam kebebasan kita bukanlah kerana mereka bersimpati dengan tahanan ISA tetapi motifnya di sebalik itu.

Kalau tidak masakan negara yang tidak ada pilihan raya pun dilindungi sepenuhnya dengan begitu cekap dan pantas. Apa yang saya khuatir dan bimbang, adakah rakyat Malaysia yang telah berjaya bernafas dalam sebuah negara merdeka dan berdaulat selama 44 tahun akan kembali bernafas di sebuah negara merdeka tetapi tidak berdaulat? Akibatnya lenyaplah kehormatan dan kemuliaan bangsa selamanya. -

TAN SRI KHALID ABDULLAH, Alor Setar, Kedah.

1 Minit mengingati Allah

1 MINIT UNTUK MENGINGAT ALLAH:Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih:SUBHANA'LLAHALHAMDULI'LLAHLAA I LAAHA ILLA'LLAHALLAHU AKBARASTAGHFIRU'LLAHLAA ILAAHA ILLA'LLAH, MUHAMMADUR RASULU'LLAHALLAHUMMA SALLI WA SALLIM WABARIK 'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WAAALIHIWA SAHBIHI AJMA'EEN

Adolf Hitler

Oleh : Mohamed Yosri Mohamed Yong

Adolf Hitler telah dilahirkan disebuah rumah tumpangan "Braunau am" di Austria dan merupakan dari berketurunan Jerman. Ayah Adolf Hitler merupakan seorang pegawai kastam sementara ibunya pula sangat memanjakannya. Hitler tidak begitu cermelang dari segi pelajaran dan tidak begitu menggemari bandar Vienna tempat dia dilahirkan. Hitler sebaliknya lebih mengemari bandar Munich, tempat dia tinggal semenjak 1912. Hitler mempunyai sikap suka termenung, tidak ramah dan mudah mengikut perasaan. Sifatnya ini mungkin terbentuk akibat kekecewaan ketika Hitler menjadi seorang artis di Vienna.

Apabila peperangan Dunia Pertama meletus, Hitler turut serta sebagai penghantar perutusan dalam pasukan Infantari Regimen Bavaria ke 16. Hitler turut terbabit dalam 48 pertempuran dan pernah tercedera dan juga terkena gas beracun. Ketika perletakan senjata 'Armistice' ditandatangani pada 11 November 1918, Hitler sedang dirawat di hospital. Ketika itu Hitler memangku jawatan sebagai lance-koperal.

Hitler pernah menjadi seorang pegawai penyiasat tentera di Munich dan terlibat dengan penyiasatan tentang aktiviti Parti Pekerja German.Disitu Hitler mula berkecimpung dalam politik secara tidak langsung. Hitler kemudiannya berkecimpung secara langsung dalam politik dan menjadi pengerusi kepada Parti Pekerja German pada bulan Julai 1921. Hitler kemudiannya menukar nama Parti Pekerja German kepada Nationalist Socialist German Workers Party (NSDAP) ataupun parti Nazi. Perlahan-lahan parti Nazi terbentuk dengan logo swastika, membenruk pasukan penguatkuasa yang dikenali sebagai 'storm troopers' dan anti Yahudi. Hitler mengecam secara mutlak Perjanjian Perdamaian Versailles dan mereka yang terlibat dengannya. Pada bulan November 1923, Hitler melancarkan 'putsch' percubaan rampasan kuasa di Munich tetapi gagal. Akibat dari itu, Hitler telah dipenjarakan di penjara Landesburg dan apabila dia keluar, Hitler menjadi lebih arif dalam selok belok politik. Hitler masih mengamalkan taktik kekerasan tetapi pada masa yang sama Hitler menjalin hubungan erat dengan pihak konservatif yang ingin menggunakannya sebagai alat menentang ancaman komunis.

Hitler kemudiannya menggunakan kebolehan berpidatonya untuk menjadi ketua parti, dan menukar nama parti kepada parti Nazi 'National Socialist German Labour Party'. Hitler membentuk dasar anti yahudi, anti demokrasi dan kepercayaan kepada kuasa mutlak. Hitler menjalankan dasar memberi sedikit keistimewaan kepada mereka yang menyokong, mengancam mereka yang menentang dan propaganda bersifat patriotik kepada orang awam. Hanya pada tahun 1929 parti Nazi memenangi majoriti dalam pengundian bandar Coburg, dan kemudiannya memenangi pengundian daerah Thuringia. Bagaimanapun semenjak 1928, Nazi memenangi daerah demi daerah secara berterusan. Dalam pengundian parlimen Reichstag 1928, parti Nazi memenangi 809,000 undian. Pada tahun 1930, parti Nazi memenangi 6,401,016 undi untuk perwakilan Nazi, sementara tahun 1932 sebanyak 13,732,779. Walaupun tidak mendapat majoriti, ini merupakan bukti keberkesanan pengaruh Hitler. Selain itu, sokongan kepada Hitler disebabkan banyak perkara lain termasuk kemelesetan ekonomi yang tenat akibat pembayaran pampasan perang, penghinaan oleh Perjanjian Perdamaian Versailles, dan keinginan oleh rakyat Jerman untuk mempunyai seorang pemimpin yang dapat membawa mereka mencapai kembali kegemilangan yang lampau.

Ekonomi Jerman yang musnah akibat inflasi 1929 - 1934 dan kadar pengangguran sehingga 7,000,000 menyebabkan seluruh industri berhadapan dengan kegagalan dan menjadi muflis. Sepanjang 1930 dan sehingga 30 Januari 1933, undian parti Nazi meningkat secara berterusan dan Presiden Paul von Hindenburg akhirnya melantik Hitler sebagai Perdana Menteri 'Chancellor'. Hitler menggunakan kedudukannya sebagai Chancellor untuk menghapuskan penentang-penentangnya. Pada malam yang dikenali sebagai Malam Pisau Panjang "The Night of the Long Knives" Hitler membunuh semua penentangnya dalam parti Nazi. Hitler juga menyalahkan Komunis dan Yahudi atas kelembapan ekonomi dan berjaya meraih sokongan angkatan tentera dengan melaksanakan polisi melengkapkan peralatan senjata Jerman.
Dia menyelesaikan pengangguran dengan melancarkan projek pembangunan umum dan perlengkapan senjata yang pesat, termasuk pembentukan tentera tetap baru yang besar. Dia menubuhkan Jabatan Buruh Negara Jerman 'German Labour Corps' dan memaksa musuh politik, Yahudi, Komunis, dan Sosialis untuk bekerja keras di kemah tahanan sehingga mati. Hitler berjaya mengobarkan semangat rakyat Jerman yang selama ini muram akibat kalah perang. Hitler kini mendapat sokong penuh semangat oleh kebanyakan rakyat Jerman. Di bawah pemerintahan diktaktor Hitler dan parti Nazi, rakyat Jerman bersatu. Hitler membakar semangat rakyat Jerman dengan pencapaian hebatnya. Parti Nazi terus menerima sokongan umum walaupun Komunis menolak dakwaan parti Nazi bahawa ia merupakan parti yang mementingkan orang ramai 'sosialis'. Parti Nazi telah membina lebuhraya sepanjang 1,500 batu, menjanjikan rancangan kereta murah untuk rakyat, kemudahan untuk pekerja, termasuk rancangan pembangunan bandar Jerman yang hebat. Setelah mengalami masalah pengangguran dan kesempitan ekonomi, pencapaian dan janji Hitler menyebabkan rakyat biasa Jerman menjadi bangga dan menguatkan lagi sokongan kepada Hitler.

Polisi negara asing Hitler memukau rakyat Jerman dan negara asing. Dengan mempamirkan kekuatan ketenteraan Jerman, Hitler merampas daerah Saar, Rhineland, Austria and Sudetenland and Memel. Hitler berazam untuk mendirikan Reich Ketiga 'Persekutuan Ketiga' seperti yang pernah didirikan oleh Reich Pertama Empire Roman Suci 962 - 1806, Reich Kedua 1817 - 1918. Dengan itu, dalam satu perjumpaan 29 September 1938 di Fuhrerhaus, Munich, Jerman, dengan Perdana Menteri Neville Chamberlain dari Great Britain; Premier Edouard Daladier dari France; and Diktator Benito Mussolini dari Italy, Hitler memansuhkan Perjanjian Versailles.

Hitler kemudiannya menakluk Austria dan pada musim panas dan awal musim luruh Hitler bertindak mengancam Czechoslovakia, memaksa Czechoslovakia untuk menyerah tanpa pertumpahan darah dan menjadikan bekas presiden Czechoslovakia, Eduoard Bones sebagai orangan buangan daripada negara yang pernah dibentuk olehnya sendiri. Czechoslovakia menjadi negara yang tunduk kepada Jerman. Hitler berjaya berbuat sesuka hatinya di Eropah Barat disebabkan oleh keakuran British dan kemudiannya Perancis untuk memenuhi keinginannya dengan harapan Hitler akan berhenti setelah mencapai segala maksudnya. Ini disebabkan pihak British dan Perancis sudah serik dengan peperangan Dunia Pertama dan ingin mengelakkan peperangan sekali lagi. Pada akhir 1938, ternyata polisi keamanan dengan maruah "peace with honor" yang diamalkan oleh Perdana Menteri Neville Chamberlain dari Great Britain gagal. Ramai rakyat British, diketuai oleh Churchill mempersoal dan memberi amaran akibat buruk tentang polisi memuaskan hati Hitler. Dikalangan rakyat Perancis juga timbul perasaan bahawa Premier Edouard Daladier telah menjadikan Perancis sebagai kuasa kelas kedua dengan hanya menandatangani perjanjian Munich.

Adolf Hitler mengancam seluruh Eropah dengan kekuatan ketenteraan Jerman dan pada akhir tahun 1938, Hitler telah menguasai tambahan 10,500,000 orang (7,000,000 Austrian, 3,500,000 Sudeten) di bawah pemerintahannya, menjadikannya sebagai pemerintah mutlak yang paling merbahaya diseluruh dunia pada masa itu. Pengaruh Hitler melampaui sempadan Jerman dan negara-negara jiran yang kecil seperti Denmark, Norway, Czechoslovakia, Lithuania, Negara-negara Balkan, Luxembourg, Belanda 'Netherland' bimbang untuk membantah perbuatannya. Parti Nazi terlibat terang-terangan di Sepanyol, memulatak pemberontakan di Brazil, dan membantu kebangkitan di Romania, Hungary, Poland dan Lithuania. Aktiviti Hitler mendapat tentangan hebat oleh pencinta kebebasan dan parti Nazi mendapati ianya merbahaya kepada keselamatan mereka. Menteri propoganda Hitler, Paul Joseph Goebbels melancarkan peperangan terhadap kebebasan bersuara dengan menuduh mereka sebagai komunis dan melancarkan propaganda hancurkan komunis "Down with Communism!". Pendidikan di Jerman hanyalah pelajaran wajib tentang parti Nazi. Kesemua tekanan ini menjadikan semakin ramai yang tidak tahan dengan tindak-tanduk Nazi bertindak meninggalkan Jerman. Mereka termasuk puak Yahudi, liberal, konservatif, Khatolik, dan Protestan. Jerman menjadi negara ketenteraan di mana kanak-kanak belajar melontar bom tangan, wanita dianggap hanya sebagai alat untuk beranak.

Pada permulaan kebangkitan Hitler menjadi Chancellor, dia mendapat sokongan dari kapitalis Jerman dan ahli perniagaan menyokong parti Nazi sebagai satu cara menyelamatkan perniagaan mereka yang tenat. Tetapi apabila mereka berjaya mereka mendapati kepercayaan Nazi bahawa individual kepunyaan negara mula dikenakan kepada perniagaan. Sesetengah perniagaan dirampas sementara yang lain dikenakan cukai modal dan keuntungan dikawal dengan tegas. Untuk memberi gambaran jelas tentang kawalan kerajaan keatas perindustrian Jerman pada tahun 1938, dianggarkan 80% daripada semua bangunan dan 50% dari permintaan industri di Jerman datangnya daripada kerajaan.

Apabila Jerman menguasai Austria, ia terpaksa menampung pertambahan penduduk seramai 7,000,000 orang dan apabila Jerman menguasai Sudeten yang berada di sempadan Jermany dan Czechoslovakia, terdapat tambahan 3,500,000 orang perlu dijaga. Jerman tertekan untuk membekalkan makanan dan duit, oleh itu regim Nazi merampas tanah ladang dan melaksanakan pertanian kongsi menyerupai yang dilaksanakan oleh parti komunis Russia. Pada akhir 1938 terdapat banyak tanda bahawa ekonomi Nazi berasaskan sistem barter, kawalan pertukaran asing, taraf hidup yang lebih rendah, dan berdikari sepenuhnya telah menemui gagal. Hitler cuba mengalih perhatian rakyat Jerman daripada masalah tersebut dengan menyuruh menteri propagandanya Paul Joseph Goebbels untuk menyerang musuh yang sebenar atau khayalan. Sungguhpun begitu, dalam tempoh lima tahun, Hitler berjaya meningkatkan Jerman sebagai salah satu kuasa besar ketenteraan dunia. Ini termasuk membina senjata moden seperti angkatan kereta kebal, angkatan kapal selam, konsep serangan kilat (blitzkrieg), dan pakatan ketenteraan dengan Jepun dan Turki.

Pada September 1939, Hitler menyerang Poland dengan serangan taktik blitzkrieg (serangan darat, udara yang melampau dan mengejut) mencapai kejayaan yang memeranjatkan musuh dan generalnya sendiri. Serangan terhadap Poland bagaimanapun menyebabkan musuh-musuhnya kini bertindak balas dan pihak British dan Perancis mengumumkan perang terhadap Jerman. Kejayaan awal Hitler menjadikannya terlalu yakin dan mengambil alih pemerintahan tentera Jerman pada Disember 1941. Hitler mengganggu cara para jeneralnya merancang peperangan dan terlalu mempercayai kepada keberkesanaan senjata sulit, dan kepada ramalan kaji bintang. Setelah lama berperang dan setelah mengalami kekalahan di setiap medan pertempuran, Hitler menyedari bahawa kekalahan sudah tidak dapat dielakkan. Hitler kemudiannya mengahwini wanita simpanannya Eve, dan kemudiannya membunuh diri bersama-sama pada 30 April 1945. Mayatnya dibakar untuk mengelak daripada jatuh ketangan musuh.

Monday, May 21, 2007

Kata Saya: Peniaga Melayu wajar contohi usahawan Cina


Oleh Rasid Rahaman

MINGGU lalu penulis menulis keluhan mengenai sikap usahawan Bumiputera yang kurang cekap mengambil kesempatan daripada keperluan pelanggan sehingga boleh menjejaskan perniagaan masing-masing.

Tulisan itu berdasarkan pengalaman penulis sendiri selepas kereta penulis kemek kedua-dua pintu di sebelah kiri berikutan bergesel dengan sebuah lori. Pengalaman dilalui apabila terpaksa meredah dari satu bengkel ke satu bengkel (kebanyakan bengkel peniaga Melayu) jelas menunjukkan usahawan Bumiputera mempunyai banyak kelemahan ter-utama sikap, kecekapan dan kelemahan strategi pemasaran.Sebaik coretan itu disiarkan, penulis menerima banyak e-mel daripada pembaca. Satu daripadanya, coretan seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya, Ng Teck Kuang menarik perhatian penulis. Saya bukan Bumiputera. Memang betul apa saudara katakan dalam kolum Kata Saya yang disiarkan minggu lalu. Berani saya katakan di sini sikap usahawan Bumiputera memang begitu. Mereka yang menjejaskan perniagaan mereka sendiri. Ia bukan disebabkan gagal bersaing tetapi kerana sikap mereka yang tidak tahu menilai yang mana kaca dan yang mana permata. Sikap itu menyebabkan mereka dengan mudah kehilangan pelanggan yang saban hari tidak sabar mendapatkan khidmat dengan cekap dan cepat.Mereka juga lupa bahawa pelanggan itu adalah emas tulen yang datang menjenguk setiap hari ke bengkel mereka. Pada pendapat saya, apa dikatakan oleh pekerja bengkel tidak boleh membuat anggaran kos mengetuk dan mengecat kereta kerana pemilik ada urusan luar, tidak dapat diterima. Sepatutnya, jika pemilik bengkel menjalankan urusan luar, pekerja bengkel boleh diberi amanah untuk menjalankan tanggungjawab itu.Kalau tidak berkemampuan, pemilik bengkel sepatutnya melantik pekerja lebih cekap. Ia penting kerana pelanggan datang tidak mengira masa, jika gagal memberi khidmat, pasti mereka lari ke tempat lain dan secara tidak langsung kita akan kehilangan rezeki pada hari itu.Banyak lagi alternatif lain boleh dilakukan oleh pemilik bengkel. Soalnya bukan saja perlu cekap bekerja, berfikir juga mesti cekap.Tuhan memberi manusia otak untuk berfikir, mencari idea untuk meningkatkan pendapatan setiap hari. Kalau rezeki yang datang dengan mudah kita mengabaikannya, saya percaya perniagaan kita tidak akan ke mana. Sampai tua, ia tidak akan berkembang.Berbanding orang Cina, mereka boleh memberi perkhidmatan bukan saja untuk kaumnya, malah kepada pelanggan yang terdiri daripada orang Melayu.Saya yang bekerja di Trumpf TOP 100 Cutting Laser sering mendengar keluhan pelanggan yang menghadapi masalah ketika berurusan dengan usahawan Bumiputera. Antaranya mereka sering tiada di bengkel, tidak dapat menyiapkan kerja mengikut masa dijanjikan, kos terlalu tinggi dan enggan berurusan pada waktu rehat. Masalah ini yang perlu diberi perhatian usahawan Bumiputera.Biasanya seperti bengkel ketuk-mengetuk kenderaan, pelanggan datang pada waktu rehat iaitu dari jam 12 hingga 1 tengah hari. Mereka tiada pilihan lain kerana kongkongan tugas. Usahawan Cina jarang mengecewakan pelanggan mereka pada waktu itu dan akan menyelesaikan masalah dihadapi pelanggan mereka secepat mungkin.Usahawan Cina akan ketepikan soal makan tengah hari dan sanggup ikat perut. Dia atau pekerjanya akan makan pada jam 3 petang sebagai ganti rehat mereka atau dia akan meminta pekerjanya yang keluar membelikan makanan. Oleh itu, saya berharap usahawan Bumiputera perlu mengubah sikap dan berusaha untuk mencapai kejayaan. Mereka boleh mempelajari cara bekerja yang diamalkan peniaga bukan Bumiputera. Setiap detik adalah emas dan sebagai peniaga kita tidak boleh membiarkan pelanggan kecewa kerana ia secara tidak langsung boleh menjejaskan pendapatan kita. Ng Teck Kuang, pembaca setia akhbar Berita Harian.

Sunday, May 20, 2007

YAHUDI!

Bersama Johan Jaaffar

Hartawan Yahudi Australia kuasai hampir semua media massa utama

ANTARA stesen televisyen (TV) yang paling kuat menyokong Presiden George W Bush di Amerika Syarikat (AS) ialah Fox TV. Banyak pemerhati dan pengkritik media percaya saluran berita stesen TV itu membuang semua prinsip kewartawanan ke tepi bagi memungkinkan liputan yang jelas bias dan berat sebelah baik dalam mewajarkan tindakan Bush selepas September 11, 2001 atau ketika melancarkan serangan ke atas Afghanistan dan Iraq.Fox TV dimiliki oleh Rupert Murdoch, 76, yang kini menguasai hampir semua jenis perniagaan membabitkan media – dari buku hingga TV, dari akhbar hingga rangkaian sosial ‘My Space’ di alam siber. Murdoch menguasai bukan saja langit terbuka dengan stesen TVnya yang membawakan hiburan, berita dan sukan tetapi dunia penerbitan buku dan akhbar. Kini beliau pemilik empayar media yang paling besar dan berpengaruh di dunia. Satu ketika dulu beliau meramalkan, dalam waktu yang terdekat hanya tiga syarikat media akan menguasai dunia – News Corp milik beliau salah sebuah daripadanya. Pada 1980-an, ada lebih 50 syarikat utama menguasai media. Hari ini media global dikuasai oleh beberapa orang saja, termasuk Murdoch.Media global berubah dengan hebatnya sejak 20 tahun lalu. Satu ketika dulu, secara tradisionalnya pemilik akhbar akan menumpukan perhatian pada penerbitan dalam bentuk cetakan sedangkan orang lain menguasai TV. Tetapi kelonggaran peraturan dalam kawalan ke atas media di banyak negara maju mengubah semua itu. Hari ini orang seperti Murdoch boleh menguasai semua cabang media.Murdoch berkelulusan Universiti Oxford di United Kingdom (UK) kembali ke Australia untuk membantu ayahnya Keith yang memiliki kepentingan dalam beberapa akhbar kecil. Pada 1956 beliau memulakan majalah TV yang berjaya, TV Week. Beliau juga mengukuhkan New Idea, majalah wanita paling tua dan paling popular di negara itu. Pengalaman mengendalikan The News, sebuah akhbar kecil di Adelaide mengajarnya mengenai pentingnya kuasa media.Pada 1968 Murdoch mencuba nasibnya di UK. Dunia media negara itu berpusat di Fleet Street dan menjadi milik eksklusif kelompok elit. Beliau bermula dengan menguasai The News of The World, akhbar tabloid sensasi yang ketika itu mempunyai edaran lebih enam juta naskhah sehari. Murdoch kemudian membeli sebuah lagi akhbar sensasi UK, The Sun pada 1969, hari ini akhbar itu mempunyai edaran melebihi tiga juta naskhah. Murdoch tidak mahu namanya dikaitkan hanya dengan penerbitan murahan dan sensasi. Tidak lama kemudian beliau mengambil alih The Times (London), akhbar yang sangat dihormati di UK. Pembelian akhbar itu menarik perhatian orang ramai terhadap motif sebenar beliau.Satu lagi perkara yang dilakukan oleh Murdoch ialah memecahkan kekuatan kesatuan pekerja akhbar di Fleet Street dengan memindahkan operasinya ke Wapping di mana kilang cetak akhbar elektronik pertama ditempatkan. Dengan cara itu beliau dapat mengurangkan kos dan mengatasi masalah kesatuan sekerja. Murdoch memulakan ‘perang harga’ di London yang menjejaskan pengedaran akhbar lain di UK. Murdoch dibantu Margaret Thatcher Perdana Menteri Britain ketika itu. Thatcher sendiri sedang memerangi kesatuan sekerja yang memberikan banyak masalah kepada ekonomi UK dan kerajaan beliau.Walaupun The Times bukan akhbar arus perdana yang terbesar edarannya di UK, ia mengangkat imej Murdoch. Hari ini Daily Telegraph mempunyai edaran melebihi 900,000 naskhah sehari, 220,000 naskhah lebih tinggi edarannya daripada The Times. Kejayaan di UK menggerakkan beliau untuk melangkah ke AS pada 1973 dengan membeli akhbar San Antonio Express-News. Tidak lama selepas itu beliau memulakan tabloid pasar raya The Star dan kemudian mengambil alih The New York Post. Pada waktu sama Murdoch melihat potensi TV berbayar. Beliau memulakan TV setelit Sky Television di UK yang menyebabkan kerugian yang banyak pada syarikatnya. Sky TV kemudian digabungkan dengan British Satellite Broadcasting menjadi BskyB yang menguasai TV berbayar UK hingga kini.Pada 1986, beliau memulakan Fox News Channel di AS, stesen kabel TV 24 jam. Hari ini juga Murdoch menguasai Sky TV, stesen TV paling besar rangkaiannya di Asia. Baru-baru ini beliau menyatakan hasrat mengambil alih syarikat Dow Jones and Co yang menerbitkan The Wall Street Journal, akhbar perniagaan yang berpengaruh. Tawaran yang diberikan pada keluarga Bancroft yang menguasai syarikat itu ialah RM18.5 bilion. Ramai bertanya mengapa Murdoch sanggup mengeluarkan wang sebanyak itu untuk penerbitan tradisional yang mulai hilang tarikannya akibat asakan internet? The Wall Street Journal nadi utama kuasa ekonomi dan bisnes dalam media.Tidak ramai tahu pembabitan Murdoch dalam dunia perbukuan. HarperCollins adalah salah sebuah syarikat penerbitan milik beliau. Syarikat ini menjadi penerbit tokoh politik yang pernah membantu Murdoch ketika beliau memulakan kariernya. Syarikat itu misalnya memberikan pendahuluan lumayan kepada Thatcher untuk memoir beliau. Apa lagi yang diidamkan oleh pemilik media keturunan Yahudi dari Australia ini? Kita semua tahu beliau ialah orang yang paling berpengaruh dalam dunia TV yang stesen TVnya tumpuan 110 juta penonton di empat benua. Beliau kini menguasai 175 akhbar dan majalah di tiga benua. Setiap minggu 40 juta naskhah akhbarnya beredar di UK, Australia, AS dan New Zealand.Apa yang jelas ialah Murdoch berkawan baik dengan bekas Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon. Tidak hairanlah beliau menjadi penyokong dasar Israel yang paling kuat. Seorang wartawan The Times, Sam Kiley menceritakan bagaimana apabila beliau berjaya mengesan unit tentera Israel yang menembak mati Mohamad Al-Durrah, 12 tahun di Palestin tidak lama dulu. Bagaimanapun beliau diminta oleh ketuanya jangan mengaitkannya dengan budak yang terbunuh itu. Kiley meletak jawatan. Kita semua tahu pengaruh media hari ini. Maklumat ialah kuasa dan siapa yang memiliki maklumat sebenarnya berkuasa. Pemilik media mempunyai kuasa yang luar biasa di dunia hari ini. Menguasai media bermakna mengawal minda dan perasaan penonton dan pembaca. Ia menjadi keperluan dalam mencorakkan nilai dan tanggapan terhadap sesuatu isu. Atau dalam mengemukakan sebarang agenda tersembunyi.Murdoch sentiasa percaya bahawa menguasai wacana umum amat penting. Beliau mahu suara beliau terdengar lantang. Beliau berasakan stesen TV AS terlalu bebas, liberal dan terbuka. Tiga stesen TV utama – ABC, CBS dan NBC – terlalu kritikal terhadap pemerintah. Malah, stesen berita TV 24 jam, CNN juga memberikan banyak masalah pada pimpinan politik AS. Fox TV mengubah semua itu. Dalam era neo-konservatif dan kelompok konservatif menguasai Rumah Putih, Fox TV menjadi corong pembesar suara utama mereka.Media juga adalah perniagaan yang menguntungkan. Tahun lalu News Corp membuat keuntungan RM8.5 bilion dari pendapatan melebihi RM93.6 bilion. Ia jumlah yang bukan kecil. Tetapi bagi orang seperti Murdoch, bukan wang ringgit yang menjadi ukuran. Beliau mempunyai agenda lebih besar: Menguasai anda. Baik ESPN yang sangat popular di kalangan penonton negara ini atau filem dari Twentieth Century Fox (yang menjadi sebahagian daripadaFox Entertainment Group), Murdoch menguasai dunia sukan dan hiburan secara menyeluruh. Berita TV hanya tambahan kepada penguasaan itu.Setiap kali anda menonton rancangan kegemaran anda di TV, ingatlah siapa di belakang stesen itu.

Wolfowitz, Shaha Riza dan Anwar

Oleh: ZIN MAHMUD

AKHIRNYA Jumaat lalu, Presiden Bank Dunia, Paul Wolfowitz mengumumkan pelepasan jawatannya berkuat kuasa 30 Jun ini. Keputusan itu dibuat atas tekanan dan beliau mengumumkannya setelah Lembaga Pengarah menyifatkan tindak-tanduk Wolfowitz yang kontroversi melibatkan kenaikan gaji rakan wanitanya, Shaha Riza dibuat dengan etika dan niat baik.
Walaupun Selasa lalu, panel khas lembaga pengarah bank itu membuat kesimpulan bahawa Wolfowitz melanggar peraturan dan melakukan perbuatan konflik kepentingan, tetapi dalam kenyataan Jumaat lalu, pihak bank tidak menyalahkan sesiapa.
Kenyataan bahawa kesilapan berlaku tanpa menyatakan sesiapa merupakan langkah menyelamatkan air muka Wolfowitz yang sebelum ini enggan melepaskan jawatan. Wolfowitz berulang kali menyatakan keengganannya untuk melepaskan jawatan di mana kedudukannya disokong oleh Presiden George W. Bush. Dalam dia mengaku membuat kesilapan, beliau menegaskan perlunya misinya di Bank Dunia diselesaikan demi menyelamatkan orang miskin, khususnya di pinggiran Sahara Afrika.
Tetapi dengan pihak Bank Dunia tidak meletakkan kesalahan pada beliau, maka tindakan itu boleh dianggap sebagai menyelamatkan air muka apabila ternyata akhirnya tokoh neokonservatif itu mengundurkan diri.
Kontroversi Wolfowitz secara permukaan kelihatan seperti kes nepotisme biasa di mana seorang yang berpengaruh menyalahgunakan kuasanya untuk kepentingan rakan wanitanya. Tetapi yang berlaku lebih daripada itu. Sebagai tokoh neokonservatif, fahaman yang memperjuangkan hegemoni Amerika Syarikat (AS) dengan menggunakan kekuatan tentera, Wolfowitz juga dikenali sebagai penggerak kepada Perang Iraq. Sebagai bekas timbalan setiausaha pertahanan AS, beliau menjadi penasihat Bush dalam menggerakkan perang menentang keganasan termasuk di Afghanistan dan Iraq.
Sudah tentu, di AS dan Eropah, Wolfowitz melahirkan banyak musuh khususnya di kalangan kiri, baik dari Parti Demokratik, mahupun di negara-negara Eropah yang mempunyai komuniti politik kiri berpengaruh.
Walaupun mereka terpaksa akur terhadap pilihan Bush supaya Wolfowitz menjadi Presiden Bank Dunia, tetapi golongan ini dikatakan sentiasa menanti peluang untuk menyingkirkan Wolfowitz kerana penolakan mereka terhadap neokonservatisme.
Maka kontroversi Shaha Riza ini merupakan peluang yang dinanti-nantikan. Di AS dan Eropah Barat, media politik, baik dalam bentuk cetakan mahupun Internet menyiarkan pelbagai laporan dan komen untuk mencari kesalahan dan kelemahan Wolfowitz. Antaranya ialah majalah mingguan politik tertua di AS, The Nation. Majalah yang bebas daripada sebarang politik ini diterbitkan sejak 1865 dan membawa tulisan-tulisan kritikal terhadap perkembangan politik di AS. Ia juga menyediakan laman web dan blog yang berwibawa.
Pengarang The Nation bagi Washington, David Corn dalam blognya mengikuti perkembangan Wolfowitz dari awal kontroversi ini tercetus. Dengan bantuan penyelidikan oleh pemberitanya, Stephanie Cordon, Corn memaparkan bagaimana konflik kepentingan berlaku.
Shaha Riza sedang bekerja dengan Bank Dunia sebagai pegawai komunikasi bahagian Timur Tengah semasa Wolfowitz dilantik presiden pada tahun 2005. Melihat apa yang beliau sebut sebagai ‘‘potensi konflik kepentingan’' kerana Wolfowitz akan menjadi bos kepada teman wanitanya itu, maka diaturkan supaya Shaha terus menjadi kakitangan bank tetapi dipindahkan daripada bank itu. Bermakna walaupun gajinya dibayar oleh bank itu tetapi dia tidak bekerja di bawah Wolfowitz.
Dari segi ini, Wolfowitz bertindak secara beretika bagi mengelak nepotisme dan konflik kepentingan. Masalahnya ialah perpindahan itu menyebabkan kenaikan gajinya sebanyak 36 peratus iaitu daripada AS$132,660 kepada AS$180,000 setahun dengan jaminan kenaikan sebanyak lapan peratus. Kenaikan ini pula dibuat di atas tekanan dan pengaruh Wolfowitz.
Bagaimana kenaikan gaji ini berlaku melibatkan pelbagai hujah, yang dikesan menerima campur tangan daripada Wolfowitz. Corn memaparkan tahap-tahap hujah ini dalam blog beliau.
Pada September 2005, pakej gaji Shaha selesai diputuskan. Bank Dunia dan Jabatan Negara (Kementerian Luar bagi AS) setuju meletakkannya dalam Biro Hal Ehwal Timur Dekat. Kalau Timur Tengah merujuk pada Asia Barat, Timur Dekat membabitkan negara-negara Asia dan Afrika di pesisiran Laut Mediterranean.
Shaha diberi tanggungjawab membangun yayasan yang fokus kepada reformasi di Timur Tengah dan Afrika Utara. Pada masa itu, yang menyelaras inisiatif Timur Tengah ialah anak Naib Presiden AS, Dick Cheney bernama Elizabeth atau Liz Cheney sebagai ketua timbalan penolong setiausaha biro tersebut.
Yayasan itu dinamakan Foundation for the Future, atau Yayasan bagi Masa Depan yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Melihat kepada laman web yayasan itu, pernyataan misinya ialah menyokong pertubuhan masyarakat sivil dalam usahanya untuk menyemai demokrasi dan kebebasan di Timur Tengah dan Afrika Utara.
Mandatnya menumpukan perhatian kepada menyokong pilihan raya yang bebas, adil dan benar-benar kompetitif, peraturan undang-undang, akses kepada ketelusan maklumat, kebebasan berpersatuan, kebebasan media, akses kepada pendidikan sivik, pemerkasaan wanita dan hak asasi manusia seperti termaktub dalam konvensyen dan persetujuan antarabangsa.
Selain daripada Anwar sebagai pengerusi, lain-lain anggota lembaga pengarah ialah Rahma Bourqia dari Maghribi, Kamel Abu Jaber dari Jordan, Laila al-Hamad dari Kuwait, Bakhtiar Amin dari Iraq, Andreu Claret Serra dari Sepanyol, Burhan Ghalioun dari Syria, Jamil Mroue dari Lebanon, Sandra Day O‘Conor dari AS, Abdul Rahman al Rashed dari Arab Saudi, Naguib Sawiris dari Mesir dan Dr. Cornelio Sommaruga dari Switzerland.
Yayasan ini berbentuk multilateral, tidak membuat keuntungan dan fokus pada memberi geran sebagai pembiayaan kepada pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bekerja untuk kebebasan dan demokrasi di Afghanistan, Algeria, Bahrain, Mesir, Iran, Iraq, Jordan, Kuwait, Lebanon, Libya, Maghribi, Oman, Pakistan, Palestin, Qatar, Arab Saudi, Syria, Tunisia, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan Yemen.
Menurut laman web yayasan itu, setakat ini negara-ne- gara yang telah berjanji untuk menyumbang biaya ialah Bahrain, Denmark, Suruhanjaya Eropah, Greece, Hungary, Itali, Jordan, Belanda, Qatar, Sepanyol, Switzerland, Turki, United Kingdom dan AS.
Corn dalam blognya yang tersiar di laman web The Nation itu menyatakan bahawa pada 1 Oktober lalu, Anwar telah menulis kepada seorang pembantu kanan Wolfowitz di Bank Dunia, Robin Cleveland meminta supaya dipindahkan Shaha dari Jabatan Negara kepada Foundation for the Future. Dua bulan kemudian, bank itu menyatakan persetujuannya.
Pengarang itu selanjutnya menceritakan bagaimana Wolfowitz berkenalan dengan Anwar pada tahun-tahun 1980-an ketika beliau menjadi duta AS di Indonesia. Maklumat ini, menurut Corn diperoleh daripada Aasil Ahmad yang dikatakan seorang penasihat kepada Anwar.
Sepanjang Anwar dalam penjara, menurut Corn, Wolfowitz adalah orang yang kuat membela beliau. Sejurus selepas Peristiwa 11 September, katanya, Anwar yang masih di penjara menulis satu esei mengecam serangan itu dan menyeru umat Islam menangani soal ‘‘penderitaan yang ditanggung oleh umat Islam di Iraq akibat diktatornya” iaitu merujuk kepada Saddam Hussein.
Selepas Anwar dibebaskan daripada penjara pada tahun 2004, Wolfowitz, menurut Corn terbang ke Jerman untuk bertemu beliau. Pada tahun berikutnya, Anwar menyatakan sokongannya ke atas pelantikan Wolfowitz sebagai presiden Bank Dunia tetapi menegaskan bahawa beliau tidak berkongsi pandangan Wolfowitz mengenai perang Iraq.
Menurut Corn, memetik kata-kata Aasil, ketika berusaha menubuhkan Foundation for the Future itu, Shaha melantik Anwar untuk menjadi penasihat awalnya. Kedua-duanya kemudian memilih ahli-ahli lembaga pengarah dan menggubal mandat yayasan itu.
Foundation for the Future walaupun bukan sebuah agensi kerajaan AS telah menerima komitmen AS$35 juta dari AS dan kira-kira $20 juta diikrar oleh kerajaan-kerajaan lain.
Memetik kata-kata Aasil, Corn menulis bahawa presiden pertama yayasan itu ialah Bakhtiar Amin, seorang Iraq yang pernah menjadi menteri kerajaan sementara pertama Iraq di bawah AS. Bagaimanapun dia meninggalkan jawatannya kerana dikatakan tidak berkemampuan dengan memetik seorang sumber yang pernah bekerja dengan yayasan itu.
Yayasan itu dikatakan tidak mempunyai ketua pegawai kewangan dan ketua pegawai operasi. Tahun lalu, ia membuat keputusan membuka pejabat di Beirut sebelum perang berlaku. Ia juga tidak mempunyai pejabat tetap di Washington. Permintaan maklumat melalui e-mel tidak dijawab dan laman webnya itu tidak membekalkan nombor telefon.
Operasi harian dikatakan dilakukan oleh Shaha. Aasil, menurut Corn memberitahu bahawa geran akan mula diberikan pada awal Jun. Tetapi maklumat yang diperoleh dari blog di laman-laman web lain di AS lebih menarik mengenai Shaha Riza. Oleh kerana komuniti yang menentang Perang Iraq, justeru bermakna anti- Wolfowitz adalah ramai, maka ia terserlah dalam ruang siber.
Antaranya ialah Moon of Alabama yang memetik laman web Daily Kos dan The Washington Note.
Tulisan Bernhard bertarikh 16 April lalu di Moon of Alabama dengan tajuk ‘‘Wolfowitz, CIA, Lebanon – Get the picture’' menyebut bahawa sebelum bekerja dengan Bank Dunia pada tahun 1997, Shaha Riza bekerja untuk National Endowment for Democrasy (NED), sebuah NGO yang ditubuhkan melalui pentadbiran Presiden Ronald Reagan, yang beroperasi membiayai usaha mengubah kerajaan dan membantu parti-parti politik asing yang pro-AS.
Dengan memetik Rightweb, sebuah laman web yang kerjanya mendedahkan rangkaian dan agensi golongan kanan di AS untuk melihat kaitan mereka bagi melancarkan perang menentang keganasan, termasuk Perang Iraq, dinyatakan bahawa NED dipengerusikan oleh Vin Weber dengan ahli lembaga Francis Fukuyama, bekas ahli lembaga Paula Dobriansky dan Paul Wolfowitz menandatangani pernyataan pengasas Projek bagi Abad Baru Amerika.
Pernyataan Projek bagi Abad Baru Amerika kini dikenali sebagai manifesto neokonservatisme.
Dobriansky dan Wolfowitz menyertai pentadibran Presiden George W. Bush pada tahun 2001. Fukuyama yang menulis buku-buku memperjuangkan neokonservatisme kini sudah meninggalkan fahaman itu.
Laman web Moon of Alabama itu juga memetik satu laporan dari Arab News, akhbar harian bahasa Inggeris di Timur Tengah paling terkemuka bertarikh 16 November 2006 yang mamaparkan tentang kehadiran Setiausaha Negara AS, Condoleeza Rice dan Liz Cheney di Forum of the Future (Forum Masa Depan) di Bahrain.
Mereka menyaksikan pelancaran dua institusi iaitu Fund of the Future (Dana bagi Masa Depan) bernilai AS$100 juta bagi menyediakan modal untuk perniagaan kecil dan sederhana. Institusi kedua ialah Foundation for the Future bernilai AS$55 juta yang ditubuhkan untuk menyokong NGO bagi melaksanakan projek-projek bagi menggalakkan kebebasan akhbar dan demokrasi.

Can't find what are you looking for? Try Google search!

Google