YABADABADOO ADVERTISEMENT

[Yabadaba-doo Advertisement] - The new Marketplace of Malaysia. - Free Post Ads all around Malaysia & WorldWide

Sunday, August 13, 2006

Perlembagaan malaysia tergugat?

Kedudukan agama Islam dalam perlembagaan perlu diperjelas

BANGI: Peruntukan Perlembagaan Persekutuan berhubung kedudukan dan kedaulatan agama Islam perlu diperjelaskan kepada rakyat supaya pertikaian mengenainya tidak berbangkit dan permasalahan seperti isu murtad dapat ditangani dengan baik.
Antara peruntukan itu ialah Artikel 11 (4) yang melarang bukan Islam menyebar ajaran agama lain kepada masyarakat Islam dan Artikel 121 (1A) yang menetapkan mahkamah sivil tidak mempunyai bidang kuasa dalam perkara yang dalam bidang kuasa mahkamah syariah.
Itu adalah antara resolusi yang diputuskan di akhir Seminar Kebangsaan Kedaulatan Islam di Malaysia: Erti Dan Realiti yang dihadiri kira-kira 1,000 ilmuan, profesional dan aktivis Islam, di sini semalam.
Semua pihak yang bertanggungjawab dengan Islam hendaklah menjelaskannya kepada warga Malaysia,? kata resolusi itu.
Ahli panel forum itu termasuk Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria; Pengerusi Persatuan Peguambela Islam, Zainur Zakaria; pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Abdul Aziz Bari; peguam Sulaiman Abdullah; peguam syarie, Kamar Ainiah Kamaruzaman dan Presiden Majlis Peguam Syarie Malaysia, Zainul Rijal Abu Bakar.
Turut berucap pada seminar anjuran Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah) itu ialah Presidennya, Datuk Dr Siddiq Fadhil. Seminar itu menggesa Parlimen dan semua Dewan Undangan Negeri segera menggubal dan melaksanakan akta dan enakmen yang menghalang gerakan penyebaran agama lain kepada umat Islam seperti yang dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan.
(Kami) menyeru kepada semua Raja-Raja Melayu supaya prihatin dan tegas terhadap bidang kuasa yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan untuk mempertahankan kedaulatan Islam supaya tidak dimanipulasikan mana-mana pihak,? kata resolusi itu.
Harussani dalam pembentangannya, meminta pihak berkuasa supaya memantau gerakan kumpulan bukan Islam di negara ini terhadap masyarakat Islam yang jelas bertentangan dengan undang-undang negara.
Zainur pula berkata, Artikel 74 dan 77 Perlembagaan Persekutuan jelas memperuntukkan kuasa kepada Badan Perundangan Negeri berkuasa membuat undang-undang berkaitan.?Kita akan desak kerajaan negeri melaksanakan perkara itu,katanya.Prof Abdul Aziz pula menarik perhatian hadirin kepada Artikel 11 yang menyatakan setiap rakyat berhak menganuti dan mengamalkan agamanya.
Maknanya, orang Islam tidak boleh murtad...Perlembagaan Persekutuan mesti dijelaskan secara adil,katanya.Pandangan beliau turut dikongsi Kamar Ainiah yang menjelaskan maksud itu dinyatakan Perlembagaan Persekutuan menerusi perkataannya dalam agamanya?.Artikel 11 menyatakan seseorang itu bebas mengamalkan agamanya, bukan mana-mana agama, katanya sambil menambah Artikel 3 pula jelas menyatakan Islam adalah agama Persekutuan.

Tuesday, July 18, 2006

Barat terus menjajah...

Peraturan Barat menjajah dunia
Oleh HASSAN AHMAD

PERATURAN dunia sejak tahun 1492 ialah: Bangsa yang kuat berhak menjajah bangsa yang lemah. Dalam tahun itu kuasa Islam di Sepanyol tamat setelah berada di kawasan itu selama lebih 700 tahun. Dalam tahun itulah bermula sejarah penjajahan dunia Barat terhadap kawasan-kawasan di luar Eropah.
Dalam tahun itu juga Christopher Columbus meminta restu dan bantuan Raja Ferdinand dan Ratu Isabella dari Sepanyol untuk berlayar merentas Lautan Pasifik untuk mencari kawasan baru. Dia memberitahu raja dan ratunya bahawa kawasan yang hendak dicarinya itu ‘kaya dengan emas dan rempah’. Maka Columbus pun belayarlah bagi kali kedua setelah pelayarannya yang pertama gagal apabila kapal induknya bernama Santa Maria rosak di tengah lautan sehingga dia dan angkatannya terpaksa patah balik ke Sepanyol.
Akhirnya sampailah angkatan Columbus itu di sebuah kawasan yang disebut San Salvador (penduduk asli di situ menyebutnya “Guanahai”) di Kepulauan Bahamas. Itulah peristiwa yang menandakan bermulanya penjajahan dunia Barat atau Eropah di kawasan-kawasan bukan Eropah di Amerika (Utara dan Selatan), Asia dan Afrika.
Kisah pemusnahan etnik yang dilakukan oleh para kolonis yang datang mencurah-curah di Amerika selepas Columbus dikatakan menemui ‘Dunia Baru’ yang disebut ‘Amerika’ itu, sangat dahsyat, buas dan kejam. Kisah ini dirakamkan dalam sebuah buku bertajuk A Short Account of The Destruction of the Indies (terjemahan dari bahasa Sepanyol oleh Nigel Griffin (Penguin Books, 1992).
Buku ini ialah cerita yang disampaikan oleh seorang paderi muda Sepanyol bernama Bartolome De Las Casas, yang pernah mengikuti rombongan para kolonis Sepanyol ke Amerika dalam tahun 1484 dan menyaksikan kekejaman dahsyat yang dilakukan oleh orang-orang Sepanyol terhadap penduduk pribumi Cuba dan kawasan lain di Amerika.
Selepas itu, bangsa Sepanyol dan Portugis yang pernah diperintah oleh kerajaan Islam Andalusia (di Sepanyol) mulai memburu orang-orang Islam di mana sahaja mereka berada, sampailah mereka ke kawasan Dunia Melayu Islam awal abad ke-16, iaitu di Melaka dan di Filipina. Pada tahun 1511 kerajaan Melayu Melaka diserang dan ditawan oleh bangsa Portugis. Tentera Sepanyol memerangi dan menawan kerajaan Melayu-Islam di Manila. Penjajahan bangsa Portugis dan Sepanyol di Dunia Melayu Islam itu diikuti oleh bangsa Belanda dan Inggeris.
Sampailah kita ke zaman selepas Perang Dunia. Sebagaimana kita tahu, Perang Dunia I dan II dicetuskan di Eropah. Pertubuhan Antarabangsa yang disebut Pakatan Bangsa-Bangsa atau League of Nations ditubuhkan oleh bangsa-bangsa Barat selepas Perang Dunia Pertama, kononnya bertujuan untuk mengelakkan berlakunya perang dunia lagi.
Tetapi projek ini gagal. Perang Dunia Kedua dicetuskan, juga di Eropah dan merebak ke kawasan-kawasan lain. Salah satu punca yang menyebabkan tercetusnya Perang Dunia Kedua itu ialah Hitler pemimpin ultra nasionalis Jerman. Dia mengidamkan wujudnya sebuah negara bangsa Jerman yang ‘tulen’, bersih daripada kaum-kaum atau bangsa-bangsa bukan Jerman. Maka dia melancarkan tindakan menghapuskan semua kaum Yahudi dan kaum Gipsi yang berada di Jerman.
Amerika dan negara-negara Eropah Barat yang lain menentang tindakan itu - tentunya gerakan Zionis memainkan peranan penting dalam usaha untuk mempengaruhi Britain dan negara-negara Eropah yang lain (kemudiannya termasuk Amerika Syarikat) supaya mencegah tindakan Jerman itu.
Setelah tamat Perang Dunia II, pihak yang menang mulai menciptakan peraturan baru lagi, kali ini bukan sahaja untuk dunia Barat atau Eropah tetapi untuk seluruh dunia, termasuk negara dan bangsa-bangsa yang menjadi mangsa perang Barat itu, dan tentunya tidak ketinggalan ‘Dunia Islam’. Pertubuhan antarabangsa baru, menggantikan League of Nations yang gagal itu, ialah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations).
Tetapi belum lagi kering segala luka dan kecederaan umat manusia seluruh dunia akibat Perang Dunia II itu, negara-negara Barat menciptakan punca krisis yang baru pula. Mereka berpakat untuk menubuhkan sebuah negara Yahudi di tengah-tengah dunia Arab Islam di Timur Tengah. Mungkin roh Hitler terseksa mendengar berita buruk ini. Kalau sebelum itu kaum-kaum Yahudi menjadi masalah di Eropah kali ini masalah itu dipindahkan ke tempat lain.
Kalau dahulu orang Eropah, termasuk orang Rusia, dan tidak sahaja Hitler, sering membenci kaum Yahudi sehingga mereka melancarkan tindakan pogrom (misalnya di Rusia) untuk menghapuskan kaum ini daripada negara masing-masing, kali ini kaum Yahudi dikumpulkan dan disatukan dalam sebuah negara yang disebut Israel itu, dan dibenarkan membina senjata sekuat-kuatnya supaya kaum Yahudi dapat menjadi wakil tentera Amerika atau Barat untuk mencegah perkembangan kuasa Arab-Islam di sekeliling Israel itu.
Jadi, peraturan baru dunia yang dibina oleh dunia Barat selepas Perang Dunia II jelas. Peraturan itu ialah peraturan penjajahan yang bermula sejak tahun 1492 itu. Peraturan ini dapat kita rumuskan kepada empat sub-peraturan yang asas, iaitu:
* Pihak musuh atau pihak yang dianggap sebagai musuh (ini termasuk pihak yang ‘kalah’ dalam Perang Dunia II) hendaklah disekat daripada usaha dan percubaannya untuk membina senjata yang kira-kira dapat digunakan untuk mengugut kepentingan ‘kita’ - kepentingan ‘kita’ baik dalam negara ‘kita’ sendiri mahupun kepentingan ‘kita’ di kawasan dan negara orang lain, dan kepentingan ‘kita’ di negara musuh itu sendiri;
* Peraturan perdagangan dunia hendaklah menurut peraturan ‘kita’ atau untuk kepentingan ‘kita’. Pertubuhan seperti WTO (Pertubuhan Perdagangan Dunia), Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia hendaklah mengembangkan dan melaksanakan peraturan ‘pasaran bebas’ menurut kehendak kita. Persaingan hendaklah menggantikan ‘kerjasama’ dalam bidang perdagangan menurut kehendak ekonomi pasaran bebas itu, tidak kira sama ada negara anggota WTO itu mampu bersaing atau tidak, kaya atau miskin, sudah maju atau ‘sedang membangun’;
* Media massa dunia hendaklah mempromosi nilai dan pandangan ‘kita’; dan
* Budaya negara bukan Barat hendaklah diglobalisasikan supaya budaya tempatan, budaya pribumi - dan ini termasuk kepercayaan agama mereka, khususnya agama Islam - dapat ‘dicairkan’ melalui budaya dan nilai konsumerisme global itu.
Contoh bagaimana sub-peraturan (a) dilaksanakan oleh Amerika dan rakannya di Eropah, termasuk Israel, ialah peraturan ‘lucut senjata’ yang menjadi peraturan PBB selepas Perang Dunia II (peraturan PBB ini bererti, peraturan Baratlah). Bangsa yang kalah perang menentang Barat atau menentang negara yang disokong oleh Barat dilarang membina semula senjata mereka. Anehnya, peraturan ini tidak dikenakan kepada pihak yang ‘menang’ perang walaupun pihak itulah yang agresif, yang menceroboh dan menyerang pihak yang kalah perang itu.
Palestin, misalnya, tidak dibenarkan mengadakan kelengkapan tentera, membina senjata, untuk mempertahankan dirinya daripada musuhnya, iaitu Israel. Akibatnya, Israel boleh dengan bebas dan sesuka hatinya mengebom kawasan Palestin, memusnahkan harta dan membunuh rakyat Palestin, dan menangkap beberapa orang menteri Palestin (atau Hamas) semata-mata kerana seorang askar Israel ditawan oleh pejuang Hamas. Mereka tahu Palestin tidak dapat mempertahankan dirinya apatah lagi menyerang balas serangan Israel itu dengan jet-jet pejuang dan peluru berpandu. Inilah peraturan dunia yang dibuat oleh Amerika.
Orang Islam berkata, tindakan Israel itu ganas, kejam, tidak berperikemanusiaan. Tetapi dunia lain - dan ini termasuk PBB - tidak berkata begitu. Israel dan dunia Barat menanggap bahawa tindakan itu ‘patut’ dan ‘tidak salah’. Sebabnya ialah, pejuang Hamas yang memulakan tindakan ‘agresif’ dengan menawan seorang askar Israel! Bayangkan! Mereka marah kerana Hamas tidak mengakui kewujudan Israel. Israel dan Amerika - dua negara jaguh demokrasi - tidak menganggap Parti Hamas itu sah walaupun parti itu dipilih oleh rakyat Palestin melalui proses demokrasi bebas.
Jadi, inilah peraturan dunia hari ini. Yang berkuasa bukan kebenaran tetapi ialah kekuatan: Kekuatan senjata. Israel tidak mempedulikan kritikan dunia lain kerana, menurut peraturan dunia yang ada sekarang, mereka tahu dunia lain tidak dapat berbuat apa-apa untuk mencegah keganasan Israel itu. Cuba, kalau Palestin dan negara-negara Arab yang lain mempunyai kekuatan senjata - mempunyai peluru berpandu, jet-jet pejuang yang hebat dan canggih buatan sendiri (bukan buatan Amerika atau buatan musuh Islam) dan bom-bom nuklear, beranikah negara Yahudi itu mengkotak-katikkan Palestin, Lebanon dan negara Arab yang lain dengan begitu bebas dan liar?
Mereka tahu bahawa Iraq sedang kucarkacir dan sudah lemah senjata. Mereka juga tahu Iran sedang dihalang daripada meneruskan rancangan pembinaan kuasa nuklearnya dan mereka juga tahu bahawa orang Arab ‘Suni’ dan orang Iran ‘Syiah’ tidak bersatu - mereka sudah bermusuh sejak lebih seribu tahun dahulu. Jadi, kalau Palestin dimusnahkan oleh tentera Israel sampai ranap, tiada siapa yang dapat menyelamatkan negara itu. Orang yang lemah boleh terus menjerit, terpekik terlolong, mengadakan demonstrasi, dan sebagainya, tetapi orang yang kuat tidak mengindahkan jeritan itu. Inilah peraturan dunia hari ini.
Dalam pada itu Korea Utara tidak diserang oleh tentera Amerika, padahal negara itu dikatakan mempunyai senjata nuklear yang boleh menggugat sahabat atau negara klien Amerika, Korea Selatan. Amerika masih bersedia berunding dengan Korea Utara. Mengapa? Sebabnya ialah Korea Selatan bukan negara Islam dan letaknya jauh daripada Israel. Jadi, dari segi pengaruh ‘ideologinya’ Korea Utara tidaklah lebih ‘berpengaruh’ atau lebih ‘berbahaya’ daripada Islam. Ini tentunya pandangan orang seperti Hungtington yang menganggap Islam sebagai ‘ancaman’ terhadap tamadun dan ‘ideologi’ Barat. Inilah peraturan dunia hari ini.
‘Berkuasa’
Tentang sub-peraturan (b) dan (c), tidak usahlah dijelaskan di sini. Pembaca umum pun sudah dapat melihat dan memahami betapa sistem perdagangan dunia hari ini makin lama makin ‘berkuasa’ untuk terus memperkayakan dan memajukan ekonomi negara yang sudah kaya dan maju dan terus memiskinkan negara yang miskin, yang sedang membangun. Cuma hal yang perlu diberikan perhatian oleh para perancangan dan pelaksana pembangunan ekonomi kita ialah: Janganlah kita menggunakan peraturan penjajahan itu di Malaysia; kita terlalu ghairah atau taksub atau takjub dengan ‘kuasa’ pasaran bebas, sehingga ada kalanya untuk kepentingan ‘perdagangan bebas’ kita sanggup membiarkan harta negara - termasuk aset strategik - dijual kepada syarikat asing, syarikat luar negeri.
Kita perlu juga ingat bahawa dalam zaman globalisasi hari ini, perdagangan bukan lagi semata-mata merupakan kegiatan komersial atau ekonomi sahaja tetapi juga merupakan perusahaan strategik, seperti juga perusahaan membina senjata. Negara boleh jahanam jikalau sebahagian besar harta dan ekonomi negara berada dalam tangan syarikat-syarikat asing. Jangan lupa sejarah. Bangsa Inggeris dan Belanda dahulu menguasai dan memiliki kawasan kita - menjadikannya koloni mereka - melalui Syarikat Hindia Timur atau ‘East-India Company’ masing-masing. Raffles, misalnya, bertugas atau mewakili syarikat East-India Company Inggeris. Kalau sejarah berulang besar kemungkinan syarikat-syarikat global atau asing boleh menjadi alat penjajahan baru di negara ini.
Peraturan (d) penting kita berikan perhatian sebab kerosakan yang boleh dilakukan melalui proses globalisasi budaya terhadap minda bangsa kita, budaya dan agama bangsa kita, sering kali kita tidak nampak. Serangan tentera tidak dapat memusnahkan budaya atau kesedaran jati diri sesuatu bangsa, tetapi kesedaran ini boleh dimusnahkan melalui cara lain yang lebih halus.
Dalam hal ini bangsa Melayu-Islam di negara ini harus menyedari bahawa tiga menyelamat bangsa Melayu dalam sejarahnya menghadapi proses globalisasi di dunia Melayu dari tahun 1511 hingga tahun 1957 ialah (i) bahasa Melayu, (ii) budaya Melayu, dan (iii) agama Islam. Walaupun tiga kuasa Barat, iaitu Portugis, Belanda dan Inggeris, akhirnya berjaya menjadi pemerintah di kawasan kita, mereka tidak berjaya memusnahkan bahasa Melayu, budaya Melayu dan agama Islam. Tiga alat inilah yang terus menjadi asas kekalnya kerajaan-kerajaan Melayu-Islam di Semenanjung Tanah Melayu dan di beberapa banyak kawasan lain di Indonesia sebelum institusi raja dihapuskan oleh pemerintah Republik Indonesia selepas tahun 1945.
Hari ini, jikalau tiga alat pembentukan jati diri, alat kekuatan dan ketahanan tamadun bangsa Melayu-Islam itu musnah melalui proses globalisasi moden yang lebih agresif lagi, alamat bangsa Melayu akan musnah, akan tinggal tanpa apa-apa alat kuasa yang dapat menyelamatkan mereka lagi. Kemajuan ekonomi orang Melayu, kalau pun ada, belum tentu dapat menjamin ketahanan Melayu jikalau tiga alat tadi lemah atau tidak dijadikan asas atau acuan kemajuan Melayu itu dalam bidang-bidang lain.
Aliran fikiran ‘Islam liberal’ mulai merebak di negara ini. Seperti kata seorang pengembang agama (bukan Islam), cara yang paling baik untuk memusnahkan Islam ialah dengan mengubah kepercayaan atau akidah penganutnya, atau menjadikan penganut Islam, terutama dalam kalangan kaum muda mereka, ‘makin lama makin tidak yakin’ atau ‘ragu-ragu’ sama ada agama mereka itu ‘benar’ atau ‘tidak benar’. Masa yang paling baik untuk melakukan kempen ini, menurut pengembang agama itu, ialah sekarang ini, semasa seluruh dunia Islam sedang mengalami serangan kuasa-kuasa bukan Islam, tetapi nampaknya ‘Tuhan tidak campur tangan untuk menyelamatkan umat yang beriman menentang kaum yang tidak beriman, yakni kaum kafir’.
Teorinya ialah, jikalau sebahagian besar orang Islam di dunia ini ‘tidak lagi yakin bahawa Tuhan boleh menolong orang Islam yang kena bunuh, kena bom, kena seksa, dicabuli dan sebagainya’, maka iman dan amalan orang Islam terhadap agamanya makin lama pasti akan musnah, dan pada waktu itu Islam tidak lagi akan menjadi kuasa tamadun yang berpengaruh. Itulah teori orang yang merancang untuk memerangi Islam melalui penyebaran ‘budaya global’ dan melalui ideologi ‘Islam liberal’ dan ‘Islam pluralisme’. Teori ini boleh jadi salah, dan boleh judi benar. Salah kalau dilihat bahawa jumlah umat Islam di seluruh dunia dikatakan makin bertambah - sekarang melebihi 1.2 juta orang. Benar kalau dilihat dari segi merosotnya iman dan rosaknya akidah orang Islam terhadap agamanya. Jumlah atau kuantiti tidak penting. Yang penting ialah mutu dan kekuatan. Dari sekian banyak umat Islam itu berapa peratuskah yang benar-benar mengamalkan ajaran Islam atau mereka hanya ‘orang Islam pada nama sahaja’. Kita tidak tahu apakah peratusnya, tetapi kalau orang hendak ‘melemahkan’ Islam sebagai suatu kuasa tamadun yang kuat dan berpengaruh caranya ialah dengan ‘melemahkan’ iman orang Islam terhadap agamanya.
Menyogokkan orang Melayu-Islam dengan pelbagai jenis hiburan secara bertalu-talu adalah salah satu cara yang mereka anggap berkesan untuk mengkhayalkan orang Melayu yang dikatakan suka ‘berseronok, berpoya-poya dan berpesta’. Saya dengar sudah ada beberapa pihak yang prihatin yang percaya bahawa di sebalik program-program hiburan khayal tertentu itu ada niat atau agenda ‘anti-Melayu-Islam’. Mereka menggesa pihak berkuasa supaya peka terhadap ancaman ini dan mengambil tindakan segera untuk 'menyelamatkan keadaan'.
Tambahan, sudah ada pula cadangan meminta kerajaan membenarkan tauke-tauke hiburan membuka kelab malam, karaoke dan disko di kawasan perumahan, yakni dekat dengan rumah-rumah kita, dan membenarkan tempat-tempat hiburan itu dibuka sampai jam 5 pagi. Kononnya dengan cara ini Malaysia akan dapat menarik pelancong untuk mencari hiburan di Malaysia, menggantikan kawasan lucah seperti Pat Pong di Bangkok, atau Pigalle di Paris, atau kawasan 'Lampu Merah" ('Red Light Dsitrict') di Amsterdam, dan di tempat lain. Saya berharap ini bukan kehendak 'Islam Hadhari' atau bukan kehendak Perdana Menteri kita.
Apakah kita di Malaysia juga terpaksa mengikuti peraturan dunia baru itu dari segi peraturan moralnya atau dari segi peraturan ekonomi pasarannya, atau adakah kita akan menjadi mangsa peraturan dunia baru yang diciptakan oleh dunia luar itu? Saya berharap tidak. Sama-samalah kita perhatikan perkembangan seterusnya.

Monday, July 17, 2006

Kekejaman zionis tiada noktah,

Kekejaman terhadap umat Islam uji persaudaraan
Oleh Mohd Zamri Shafie

CUBIT paha kanan, paha kiri terasa - itulah ungkapan yang paling tepat bagi menggambarkan kisah sedih dan pilu yang terpaksa ditanggung oleh umat Islam di Palestin, Iraq, Afghanistan dan umat Islam seluruh dunia amnya.

Perasaan sedih dan pilu mengenang nasib umat Islam yang lain adalah fitrah yang sudah tertanam dalam diri setiap individu Muslim yang mengucapkan kalimah syahadah yang agung iaitu kalimah yang membezakan seseorang itu beriman dengan Allah dan rasul-Nya atau sebaliknya. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Diumpamakan orang mukmin dalam hal kasih mengasihi, sayang menyayangi, hubung menghubungi di antara mereka mereka laksana satu jasad. Apabila mengadu sakit salah satu anggotanya, maka ikut terasa kesakitan kesakitan itu keseluruhan badan dan berjaga malam.” (Hadis riwayat Muslim).
Sebagai umat Islam, kita diajar untuk berusaha dan bertawakal serta iringinya dengan doa. Kita disyariatkan berdoa untuk kebaikan diri, keluarga, sahabat, sesama Islam hatta kepada bukan Islam sekalipun supaya mereka diberi taufik dan hidayah oleh Allah.Doa ialah pengharapan seseorang untuk mendapatkan kebaikan daripada Allah dengan memohon secara langsung kepada-Nya. Setiap individu mempunyai keperluan dan keinginan masing-masing sama ada secara positif atau negatif. Ini kerana mereka terpaksa menghadapi pelbagai ragam hidup yang berupa cabaran, halangan, dugaan dan sebagainya. Justeru, mereka berdoa kepada Allah memohon limpah perkenan dan rahmat-Nya supaya hajat mereka terkabul.Menurut pandangan Islam, doa adalah suatu cara yang perlu digunakan oleh orang Islam bagi mendapat pertolongan daripada Allah. Kita hendaklah berdoa setelah didahului dengan usaha dan ikhtiar yang gigih, seterusnya doa digunakan untuk kebaikan dan kemaslahatan ummah seluruhnya.
Firman Allah bermaksud: “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintah-Ku), dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi baik serta betul.” – (Surah al-Baqarah, ayat 186).
Usaha jitu perlu digerakkan dengan memberi kesedaran supaya setiap mukmin menyumbang sesuatu bagi membantu saudara seagama yang tidak bernasib baik. Setiap mukmin perlu memberi sumbangan yang berupa material atau sumbangan dengan berdoa kepada Yang Maha Kuasa mohon pertolongan kerana orang mukmin saling memerlukan di antara satu sama lain.
Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Sesungguhnya seorang mukmin bagi seorang mukmin yang lain seperti sebuah bangunan. Sokong menyokong di antara satu sama lain. Dan Rasulullah SAW mengisyaratkan dengan menyilangkan di antara jari-jemar Baginda.” (Hadis Riwayat Bukhari).
Hari ini mereka diuji dengan pelbagai cabaran dan halangan. Ia juga menguji orang Islam yang lain agar dapat mempersiapkan diri dengan melakukan jihad sama ada dalam bidang ekonomi, politik, sosial dan sebagainya. Kita juga perlu menyedari bahawa kehidupan adalah ujian Yang Maha Esa, untuk melihat sejauh mana hamba-Nya yang berlegar mencari kehidupan yang diredai dan diberkati-Nya.Ada yang diuji dengan nikmat kesenangan dan ada yang diuji dengan kesengsaraan. Allah menjanjikan balasan syurga setelah mendatangkan ujian untuk hamba-Nya. Mukmin yang tabah menghadapi ujian akan dekat dirinya dengan Allah dan pertolongan Allah akan hadir memayungi kehidupannya.
Firman-Nya bermaksud: “Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).” – (Surah al-Baqarah, ayat 214).
Oleh Mohd Zamri
Imam Masjid Putrajaya, Putrajaya

Sunday, July 16, 2006

Fikiran bercapah pelajar melayu kini...


Oleh WAHID HASHIM

KAJIAN menunjukkan pelajar Melayu berfikir secara bercapah (divergent thinkers) dan penyerap (assimilator) yang lebih banyak menggunakan cara belajar pemerhatian dan renungan. Sementara pelajar Cina pula mempunyai fikiran tertumpu (converger) dan lebih banyak menggunakan strategi belajar pengeksperimanan aktif dan pengalaman konkrit. Kata Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Abdul Samad Hadi, banyak yang telah dikaji mengenai punca kelemahan yang menyumbang kepada pencapaian yang tidak memberangsangkan pelajar Melayu. Beliau yang memetik kajian seorang penyelidik, Amiruddin Mohd Yusof yang membuat kajian itu pada 1997, mendapati, pelajar Melayu mempunyai falsafah jangan menyusahkan orang tua (autoriti). ``Dalam kes di universiti, `orang tua' merujuk kepada pensyarah,'' katanya ketika membentangkan kertas kerja semasa Kolokium Pemajuan Akademik Pelajar Melayu Di Institusi Pengajian Tinggi di Genting Highlands, Pahang baru-baru ini. Kertas kerja beliau bertajuk Senario Semasa Pelajar Melayu Di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Menyentuh mengenai pencapaian pelajar Melayu, Dr. Abdul Samad mengakui ia adalah isu duri dalam daging hampir di setiap universiti. Katanya, kelemahan yang sering diperkatakan ialah sikap yang tidak mengutamakan kecemerlangan, sekadar lulus cukup makan, malas berfikir, teknik pembelajaran lemah, kurang daya inisiatif, kurang pengetahuan am dan isu-isu, serta mengamalkan budaya last-minute. Selain itu, katanya, pelajar Melayu dilihat mudah jatuh cinta sejak di peringkat awal lagi. ``Mereka lebih suka bergaul dengan kelompok sendiri, kelompok Melayu, dan di kalangan anak negeri sendiri,'' katanya. Senario masa kini menunjukkan wujudnya persaingan yang sengit di antara IPTA dengan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) dalam mendapatkan calon atau pelajar. Secara umumnya, kata beliau, kebanyakan pelajar Melayu telah diterima masuk ke IPTA sementara pelajar bukan Melayu memasuki IPTS. Sejak tiga tahun yang lalu, kerajaan menetapkan pengambilan prasiswazah mengikut nisbah sains dan bukan sains ialah 60:40. Bagaimanapun sehingga kini, nisbah berkenaan belum dicapai sepenuhnya. Didapati IPTA dan IPTS masih menghadapi kekangan memandangkan kedua-dua IPTA dan IPTS itu masih bergantung kepada penawaran yang terhad. ``Selain itu, terdapat juga pelajar yang cemerlang di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah dihantar ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran,'' ujarnya. Mengikut statistik, pengambilan pelajar perempuan mengatasi pelajar lelaki. ``Mungkinkah trend ini akan berpanjangan?,'' ujarnya. Sebagai contoh, di UKM, kira-kira 63 peratus pelajar perempuan telah diterima masuk semasa pengambilan sesi 2001/2002 berbanding 37 peratus pelajar lelaki. Namun kertas kerja beliau lebih berfokus kepada senario semasa pelajar Melayu. Beliau mengupas isu pelajar Melayu itu kepada aspek politik (politik pelajar), kebudayaan, keagamaan, hubungan antara etnik, gaya berfikir, pencapaian akademik, sosial, kecergasan atau kesihatan, sosio ekonomi (latar belakang keluarga), keupayaan bahasa Inggeris dan kemampuan atau penguasaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Menurut beliau, secara keseluruhannya, ramai mahasiswa belum mempunyai ideologi yang mantap. Golongan ini, kata beliau, mewakili 60 peratus pelajar di kampus. Sebaliknya, wujud segelintir pelajar yang mempunyai idealisme perjuangan dan terheret ke kancah politik, dan golongan ini tidak melebihi 30 peratus, kata Dr. Abdul Samad. ``Selebihnya tidak memikirkan apa-apa dan kebanyakannya adalah bukan bumiputera,'' katanya. Dalam kelompok 60 peratus ini, beliau berpendapat mereka boleh dikatakan berkecuali. ``Mereka ini memihak kepada parti-parti dan calon-calon berdasarkan penilaian peribadi,'' ujarnya. Faktor perkauman, persahabatan, kenegerian dan kempen juga diambil kira di samping rekod kepimpinan kedua-dua pihak. Kata beliau, para pelajar juga berkecenderungan untuk memihak berdasarkan kepada isu. ``Dalam isu tertentu, mereka seperti menyokong pihak A, dan dalam isu yang lain pula, mereka seolah-olah menyokong pihak B,'' katanya. Menyentuh mengenai hubungan etnik, beliau berkata, pandangan umum mengenai hubungan antara kaum di kampus ialah kebanyakan mereka - atau 80 peratus - mengaku menyimpan perasaan perkauman yang menebal. Perasaan ini ditunjukkan dengan adanya polarisasi kaum, perasaan curiga-mencurigai, pandangan pelajar yang sempit dan persatuan-persatuan pelajar yang berteraskan etnik. Mereka menyatakan perasaan kaum ini berlaku kerana pengaruh masyarakat luar, pemimpin-pemimpin parti politik, ibu bapa dan pemimpin-pemimpin persatuan pelajar. Kata Dr. Abdul Samad, walaupun secara zahirnya hubungan pelajar-pelajar Melayu dengan bukan Melayu adalah baik, tetapi mereka masih belum menerima untuk tinggal bersama dalam satu bilik di kolej kediaman, belajar secara berkumpulan, makan di kantin secara bersama-sama. Mereka juga masih belum menerima persatuan yang dipelopori oleh pelajar bukan bumiputera dan sukan yang dikuasai oleh bukan bumiputera. Gaya berfikir pelajar Melayu dan bukan Melayu juga berbeza, kata Dr. Abdul Samad. ``Jelas nampak perbezaan antara pelajar bumiputera dan bukan bumiputera,'' ujarnya. Antaranya, kata beliau ialah pelajar Melayu tidak mempunyai matlamat hidup yang jelas sekiranya ibu bapa atau orang lain tidak melakukannya untuk mereka.

31% pelajar IPTA sanggup terima rasuah???

(Bernama) -- Kira-kira 31 peratus pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) menyatakan kesanggupan untuk menerima rasuah sekiranya mereka mempunyai kuasa dan peluang, kata Presiden Institut Integriti Malaysia (IIM) Datuk Dr Sulaiman Mahbob.Beliau berkata maklumat itu diperolehi berdasarkan satu kajian persepsi awam terhadap rasuah di negara ini yang dibuat pada tahun 2002 di kalangan mahasiswa IPTA."Ini amat membimbangkan," katanya semasa membentangkan kemajuan pelaksanaan dan perancangan Pelan Integriti Nasional di sini sempena lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ke IIM.Turut serta dalam lawatan itu ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, menteri-menteri, timbalan-timbalan menteri dan anggota pentadbiran yang lain, serta wakil daripada pelbagai sektor termasuk dunia hiburan.Selain itu, Dr Sulaiman turut mendedahkan sebahagian besar aduan mengenai rasuah diterima membabitkan kumpulan penguatkuasa iaitu polis, kastam, penguatkuasa daripada pihak berkuasa tempatan, dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.Beliau juga memberitahu pemberita yang hanya 31 peratus kakitangan kerajaan bersedia untuk membuat laporan mengenai kegiatan rasuah.Bagaimanapun, secara keseluruhan kajian itu menunjukkan 85.1 peratus responden tidak ada pengalaman sama ada memberi mahupun menerima rasuah, manakala 87 peratus lagi tidak bersetuju menggunakan rasuah untuk memudah atau mendapatkan sesuatu, katanya.Beliau berkata, 82 peratus responden juga menyatakan kesediaan untuk menjadi pemberi maklumat kepada Badan Pencegah Rasuah, manakala 81 peratus bersedia menjadi saksi di mahkamah.Mengulas mengenai sambutan yang diberi oleh pelbagai sektor terhadap seminar anjuran IIM mengenai pelan Integriti Nasional, Dr Sulaiman berkata sambutan di kalangan sektor swasta tidak memuaskan."Jika kita jemput 100 orang, yang datang hanyalah dalam 30 orang. Jadi kita mengharapkan kerjasama yang lebih baik daripada sektor swasta," katanya.Pada sesi soal jawab selepas itu, Perdana Menteri bertanyakan mengenai sambutan sektor awam terhadap seminar yang diadakan oleh IIM dan Dr Sulaiman berkata setakat ini respons yang diberi adalah menggalakkan."Malah ada kementerian macam Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan baru-baru ini mengadakan seminar dalam tempoh beberapa hari," katanya.Beberapa menteri yang hadir turut menunjukkan minat dan memberikan pandangan mereka. Antaranya termasuklah Menteri Air, Tenaga dan Komunikasi Datuk Seri Dr Ling Keng Yaik yang mencadangkan supaya penerapan nilai-nilai baik dilakukan di peringkat sekolah lagi bagi memastikan integriti bangsa terjamin.Turut memberikan pandangan ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Datuk Azmi Khalid yang berpandangan sistem sekarang lebih berasaskan `siapa yang tahu siapa' dan ia mendorong kepada gejala rasuah.

mereka terus bertindak kejam ke atas umat islam,
sampai bila???

11/9 sejarah@....

Sebuah pertubuhan dari Amerika Syarikat (AS) meminta bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad membantu mereka mendapatkan sokongan masyarakat antarabangsa terhadap kempen membuka semula siasatan ke atas kejadian serangan 11 September 2001. Pertubuhan dikenali sebagai ReOpen911 itu menyatakan perkara tersebut kepada Dr. Mahathir dalam pertemuan antara pengasas pertubuhan itu, Jimmy Walter, mangsa kejadian di World Trade Center (WTC), New York, William Rodriguez serta wartawan dan bekas tahanan perang Taliban, Yvonne Ridley dengan beliau di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, hari ini. Bercakap pada sidang akhbar selepas pertemuan itu, Walter berkata, Dr. Mahathir menyatakan bahawa beliau akan menimbangkan permintaan tersebut.Menurut Walter, matlamat ReOpen911 (www.reopen911.org) ditubuhkan adalah bertujuan memberi kesedaran selain memperjelaskan mengenai konspirasi yang dilakukan Presiden AS, George W. Bush yang mengaitkan orang Islam dengan kejadian serangan berkenaan. Kata beliau, semua penipuan dan manipulasi yang dilakukan oleh Bush perlu dibongkarkan kerana ‘orang’ itu adalah seseorang yang berbahaya. ‘‘Itulah orang (Bush) yang sama menyatakan bahawa Saddam Hussein mempunyai kaitan dengan 9/11, dia juga menyatakan Saddam Hussein memiliki senjata pemusnah dan mencipta propaganda bahawa Iran memiliki senjata nuklear menyebabkan lebih 65 peratus daripada rakyat AS mempercayai bahawa Iran adalah ancaman besar kepada mereka,” katanya. Walter berkata, dalam usaha menjayakan kempen ReOpen911, beliau telah menawarkan hadiah RM3.8 juta (AS$1 juta) kepada orang ramai yang berani menyatakan bahawa kejadian itu bukan satu konspirasi, namun malangnya jurutera dan arkitek yang bekerja dengan kerajaan AS tidak berani menyahut cabaran itu. Selain Malaysia, katanya, pertubuhan itu akan ke Jepun, Indonesia, Chile, Brazil, Afrika Selatan dan Los Angeles untuk memperjuangkan matlamat mendapatkan sokongan antarabangsa untuk kempen tersebut. Sementara itu, salah seorang mangsa yang terselamat dalam kejadian berkenaan, Rodriguez ketika mengulas mengenai kempen membuka semula siasatan itu berkata biarpun selama ini beliau diangkat sebagai hero kerana berjaya menyelamatkan mangsa lain, namun ia tidak bererti apabila fakta sebenar dilindungi. Rodriguez berasal dari Puerto Rico dan bekerja di bahagian penyenggaraan WTC sejak 20 tahun lalu memberitahu, apa yang berlaku selama ini telah diputar belit oleh media utama AS malah kenyataannya mengenai kebenaran langsung tidak disiarkan. ‘‘Saya berada di tempat kejadian dan saya tidak akan melupakan letupan pertama di bahagian bawah tanah WTC yang sangat kuat dan panas. Letupan itu berlaku dalam tempoh beberapa saat sebelum sebuah kapal terbang melanggar WTC. ‘‘Namun kebenaran mengenai letupan di bahagian bawah tanah itu langsung tidak dibangkitkan malah fakta yang meragui mengenai kejadian itu tidak dihuraikan. Saya tahu ada sesuatu yang tidak kena dalam kejadian itu kerana testimoni saya diambil dalam keadaan tertutup,” katanya. Dalam kejadian itu, Rodriguez telah menyelamatkan 15 orang dan merupakan satu-satunya orang di bangunan berkenaan yang mempunyai kunci utama ke bahagian tangga North Tower WTC dan telah membantu pasukan bomba untuk menuju ke tangga serta membuka pintu ketika kejadian itu.
Petikan dari laman web REOPEN 9/11.ORGPassionately committed to democracy, Jimmy Walter, a philanthropist, announced that he would spend an extra one million dollars on advertising to promote the campaign to Reopen the 911 Investigation. Walter first turned to advertising two years ago when he saw the mainstream press self-censoring in support of the impending Iraqi quagmire. Alarmed at the critical omission of vital information in America's leading publications, he felt he had to get the word out that Colin Powell and the George H. W. Bush administration had lied to the American people, the Congress, and the United Nations to justify the first Gulf War; was now lying again to start an unjustified war which would increase terrorism, create a 'new Vietnam,' and cause an economic disaster for America. Presciently, his predictions have all come true: the war has increased terrorism against the American people, jobs are scarce, oil is running out, and the world economy is being wrecked by Bush's fanatical actions.In Mid-September, 2004, Walter funded the jam-packed "Confronting the Evidence - a call to reopen the 9/11 investigation." The mandate was twofold: First, to expose a complete accounting of the facts and circumstances surrounding the 9/11 attacks; second, like the Independent Commission, to make recommendations. In this made-for-broadcast forum, presenters had the task of laying out a compelling case for their evidence. The panel, composed of 9/11 victims, environmental experts, researchers, scientists, journalists and first responders, challenged some of the key data that had been the basis of the 9/11 Commission's investigations and pointed our many serious omissions and incongruities.This event had paramount importance because earlier recommendations based on an incomplete accounting of the facts is not making us any safer, and will not protect us from a recurrence. The Victims Family Steering Committee filed close to 400 questions with the 9/11 Commission. Initially welcomed by the commissioners as a "road map" for their inquiry, the Commission ignored the majority of these questions, opting only to explore system failures, miscommunications and incompetence. The victims' families most incisive issues remain un-addressed to this day. Their queries cut to the heart of 9/11 crimes and accountability. They raised the central issues of motive, means and cui bono (who profited?). The Omission Commission was created to lift the shroud of secrecy and unanswered questions surrounding the largest homeland tragedy in American history. Core EvidenceThe WTC buildings collapsed at free the fall speed of gravity, 8.4 seconds (10 floors per second). To collapse at "Free fall" speed means that the falling building pieces had to crush concrete, shear steel bolts, and brake welds and fall just as fast as a rock dropped off the side of the building that hit nothing but air. Impossible without explosives. Each floor hit would have significantly slowed the fall! The South Tower (Building #2) fell after 1 hour; the North Tower (Building #1) fell after 2 hours. The Meridian Plaza burned fiercely for 19 hours and never collapsed. Yet Scientific American, October 2001 said "The WTC was probably one of the more resistant tall buildings..they just don't build them as tough as the World Trade Center. The specifics of the fires in WTC 7 and how they caused the building to collapse remain unknown at this time."- Federal Emergency Management Agency. Chapter 5, Page 31, May 2002. All of the important evidence from the disaster was destroyed, illegally, and before the investigation was even concluded, some before it began! - Fire Engineering.Building 7 at the WTC, 47 floors, steel, and constructed differently from the twin towers, fell at 5:30 but it was never hit by an airplane, had no significant fire! The fires were not long enough (only 1-2 hours) to harm the steel. Yet days later, there were "hot spots" in the building that still exceeded the maximum temperature possible from jet fuel - but not from explosives.Both impacts and fires in the Twin Towers did not hit the center of the buildings. That means that only two sides of the building were harmed at most and two sides were structurally sound. Building 7 had no impact or significant fires. Yet all three collapses are perfectly straight down. Only the tops of the Towers should have fallen over, not the entire building all straight down, just like a controlled demolition.NATIONAL COMMISSION ON TERRORIST ATTACKS UPON THE UNITED STATES, Public Hearing, Friday, May 23, 2003 : Mr. Mineta: "There was a young man who had come in and said to the vice president, "The plane [Flight 77] is 50 miles out...30 miles... 10 miles out" - Cheney knew this plane was coming at Washington and the Pentagon and yet no planes had been scrambled to protect Washington after over 1 hour since the WTC was attacked. Even at 400 miles per hour, it takes over 7 minutes to travel 50 miles, more since the plane was at altitude. Cheney knew the plane was coming when it was even farther away since Mr. Mineta had not been present when Flight 77 was first reported to Mr. Cheney. They had known this flight was missing for over an hour after the first plane crashed into the North Tower. There should have been an umbrella of F-16 and other aircraft over Washington, DC. An F-16 fighter can travel 50 miles and destroy a target in less than 2 minutes. Moreover, pictures released by the Pentagon show anti-aircraft missiles firing at an aircraft much smaller than a 757. Everything failed! Incompetence, if not guilt.NORAD successfully intercepted off course and suspected hijackings 100% of 67 times during the year prior to 9/11 (AP, 8/13/02), each time in under 20 minutes. An Air Force F-15 "scrambles" to 29,000 feet in 2.5 minutes, normally intercepting in 15 minutes. Yet on 9/11 they were four failures for over an hour each -- three after they knew the planes were high-jacked and intended mass murder. Please read, "Crossing the Rubicon", by Michael Ruppert, which indicts Richard Cheney for his involvement in the war games that diverted our interceptors from stopping the high-jacked airplanes. Contrast this to Condoleezza Rice's statement from her May 16, 2002 press briefing, "I don't think anybody could have predicted that these people would try to use an airplane as a missile, a hijacked airplane as a missile". (See Fox TV broadcast plot 6 months earlier) "Condoleezza Rice was the top National Security official with President Bush at the July 2001 G-8 summit in on Genoa. This was where U.S. officials were warned that Islamic terrorists might attempt to crash an airliner into the summit, which prompted officials to close the airspace over Genoa and station anti-aircraft guns at the city's airport".A Zogby Poll reported that 66% of New Yorkers want the 9/11 investigation re-opened and 49% believe government VIP's knew ahead of time and did nothing to stop it. The New York Times thought it NOT "news fit to print".

Tuesday, July 04, 2006

MELAYU OH MELAYU ! (i)

Tun Dr Mahathir pernah dulu mengingatkan kita bahawa perlunya membaca,mempelajari dan meneladani sejarah bangsa masa lampau.Ini kerana terdapat moral dan keputusan yang baik sekiranya perkara tersebut dapat difikirkan dan difahami sedalam-dalamnya yang kesanya dapat di lihat kepada corak pemikiran generasi akan datang.

Pada masa sekarang,sejarah hanya dikupas di pusat-pusat pengajian tinggi ataupun tidak kurang beberapa sekolah-sekolah yang wujud di Malaysia ini.Namun bagaimana pula dengan rakyat-rakyat Malaysia yang tidak berpeluang melanjutkan pelajaran mahupun yang telah tercicir terlalu awal dalam era persekolahan dalam memahami sejarah untuk kebaikan bangsa melayu itu sendiri.

Jangan kita mendabik dada terhadap isu sejarah kerana sejarah telah mengajar dan menunjukkan kita kesan mengabaikan nilai sejarah dalam membangunkan nilai bangsa.Terlalu banyak contoh yang boleh kita senaraikan kerana memang sejarah melayu
Tidak lari daripada kesilapan bangsa melayu itu sendiri.

Hanya setelah menikmati sedikit kemajuan melayu moden kembali melupai sejarah mereka.Tidak terpikir kita bahawa bangsa cina yang yang terdapat di Malaysia amat mengingati sejarah bangsa mereka dan kerana itu juga mereka ini berusaha memperjuangkan bahasa,budaya dan pendidikan mereka sejak dari dulu lagi sehingga tanpa disedari mereka kini menguasai ekonomi Malaysia.Begitu juga bangsa India yang bangkit dari jenama ‘estet’ kepada jenama yang lebih bermutu dan berjaya memperoleh gaji yang jauh dari dulu serta berjaya menaikan taraf pendidikan mereka.

Mengapa mereka ini yang amat mengingati sejarah bangsa mereka tetapi tidak bangsa melayu itu sendiri. Walhal mereka itu hanya pendatang asing yang dihalalkan penjajah negara dan golongan-golongan raja dahulu kala yang hanya tahu mengaut keuntungan tanpa mengerti kesan yang akan diterima oleh generasi seterusnya.Dan kini bangsa melayu moden pula mengambil alih corak pemikiran melayu kuno dengan bersenang-senang walaupun sekarang bukan lagi waktunya.

Jika disorot kembali sejarah,bermula dengan kejatuhan kerajaan Melaka pada tahun 1511,
Sebab-sebab kejatuhan bangsa melayu tetap sama tidak berubah atau mungkin tidak akan berubah sampai bila-bila jika bangsa melayu itu sendiri tidak sedar tentang keperluan mereka untuk berubah menjadi bangsa yang menepati ciri-ciri bangsa-bangsa yang berjaya.Akibat daripada tindakan raja-raja melayu yang mementing diri dan terlupa bahawa kuasa yang ada adalah ‘amanah’ bangsa melayu yang ada tidak ubah seperti ‘itik mati kehausan di tepi air,ayam mati kelaparan di tepi kepuk’.

Namun begitu,masih ada peristiwa penting yang mungkin boleh dijadikan tonik oleh bangsa melayu jika mereka ini mahu bangkit kerana sejarah membuktikan melayu juga bangsa yang berjaya.Bagaimana seketika dahulu ketika Dato Onn Jaafar bangun memimpin bangsa melayu bersatu menerusi 41 buah Persatuan Melayu menentang raja yang lupa dunia hasil hasutan dan tawaran penjajah mahu menyerahkan harta melayu kepada Inggeris.Bangsa melayu yang ketika itu bagai terdesak telah membuang segala keraguan mereka terhadap sesama manusia dengan bersatu menentang musuh dalam selimut dan juga musuh hakiki’penjajah’ supaya bangsa kita dapat keluar daripada penyeksaan dijajah dan hidup melarat di bumi kita sendiri.Hasil penyatuan yang amat bermakna itu maka terbubarlah Malayan Union dan ketika itu juga bangsa melayu sedar bahawa musuh yang dianggap mustahil ditewaskan telah dipijak-pijak kerana adanya penyatuan sesama bangsa.

Harus di ingat,sejarah akan berulang jika kita tidak mempelajari dan meneladani moral sesuatu peristiwa itu.Jika diperhatikan sekarang bangsa Melayu sudah mula menunjukkan tanda-tanda era kejatuhan.Melalui sejarah,dapat dilihat dengan jelas pemerintahan melayu berjaya dihapuskan akibat sikap orang yang berkuasa dan kroni-kroni mereka yang berkuasa seperti cerita Sultan Mahmud mangkat dijulang hanya kerana dek fitnah sanggup membelah perut isteri pahlawanya,Laksamana Bentan dengan alasan memakan seulas nangka tanaman Sultan.Sikap-sikap seperti inilah yang menjatuhkan nilai bangsa melayu itu sendiri,perpecahan dikalangan orang Melayu yang korupsi,hasad dengki,terlalu tamak dan haloba,kurang pendidikan dan mahu cepat kaya untuk terus hidup dalam keadaan selesa menyebabkan ia digunakan sebagai senjata untuk menamatkan riwayat bangsa melayu di Malaysia mahupun di Singapura.

Perkara ini sebenarnya jelas berlaku dalam masyarakat melayu moden sekarang kerana beberapa parti-parti politik sesama bangsa saling fitnah menfitnah dan cuba untuk menjatuhkan antara satu sama lain tanpa sedar bahawa lawan mereka adalah bangsa kita sendiri.Bahkan kini semangat berpuak-puak mula wujud dalam parti yang kononya merupakan Pertubuhan Melayu terbesar dan terkuat di Malaysia dalam mengagihkan keistimewaan yang sepatutnya dinikmati oleh semua orang melayu dan bukan sahaja untuk mereka yang berkuasa dan kroni-kroni pengampu mereka ini.

Mengapa ketika melayu bersatu menentang Malayan Union,semua para pemimpin berjaya mengepikan ego,semangat kenegerian,kedaerahan,puak,idealogi dan fahaman masing-masing dan sama-sama meletakan masa depan bangsa melayu sebagai asas perjuangan mereka dalam erti kata lain bersatu hati menundukkan penjajah dan mengalahkan raja dan sultan kerana rakyat itu itulah raja yang sebenarnya.Hanya kita sahaja yang berhak menentukan hala tuju bangsa kita dan bukanya orang-orang yang hanya tahu mengaut keuntungan dengan meneguk darah bangsa mereka sendiri.

Sudah tiba masanya bangsa Melayu mencari jalan penyelesaian yang konkrit supaya kata-kata Hang Tuah akan terus menjadi kenyataan sehingga kurun berapa pun dunia ini berfungsi.Setiap bangsa mempunyai anutan agama mereka sendiri,begitu juga Melayu yang mempunyai anutan agama islam.Jika kita benar-benar berazam menjadikan Melayu satu bangsa yang berjaya kembalilah kepada ajaran islam kerana dengan islam kita dapat bersatu dan menjadi satu,Tuhan kita juga satu.Jadi untuk apa perlu kita berperang sesama sendiri padahal kita menganuti agama yang sama.Marilah kita sama bersatu diri dengan Tuhan,menjadi orang yang bertaqwa,jujur,ikhlas dan berusaha bersama-sama menaikkan kembali martabat bangsa Melayu ke tahap yang sepatutnya.Jangan kita biarkan nasib Melayu Malaysia menjadi seperti nasib melayu-melayu di selatan Thai atau di Filiphina.
Kehidupan selesa yang kita nikmati sekarang sebenarnya boleh hilang bila-bila masa sahaja jika melayu-melyu terus lupa tentang sejarah.Terdapat banyak perkara yang boleh ditelandani dan diambil perhatian dalam sejarah lampau dan kerana itu juga bangsa-bangsa lain berusaha memartabatkan bangsa mereka kerana mereka itu amat memahami sejarah.Sejarah jugalah yang membuatkan Lee Kuan Yew ahkirnya berjaya ‘mencinakan’ Singapura sehingga melayu-melayu di pulau tersebut pun tidak diri meletakan diri mereka terasing dari rumpun melayu yang ada.Walaupun mereka sebenarnya telah menjadi kuli dibumi sendiri,cukup jelik bukan?

Sejarah ialah warisan zaman berzaman sesuatu bangsa.Dengan sejarahlah Melayu tersedar dan menjadi faktor utama penyatuan indentiti bangsa itu hingga kini.Tetapi sejarah jugalah yang menunjukkan tentang kesilapan-kesilapan besar yang dilakukan oleh mereka-mereka yang berkuasa yang tidak ‘amanah’,’tidak jujur’,’tidak ikhlas’,’tidak ada tanggungjawab’dan ‘mementingkan diri sendiri’ kepada rakyat pimpinan sehingga meletakan hala tuju bangsa melayu kini semakin tersasar dari agenda utamanya.Bangsa Melayu tuan punya tanah melayu,jangan nanti melayu hidup melarat dibumi yang bertuah ini!

Monday, May 01, 2006

bangsa melayu..

bangun lah bangsa melayu,
bangsa-bangsa lain telah mengatasi kamu semua.
kini apa yang tinggal dengan kamu semua.
kini kian terhakis harta pusaka melayu.
kini bangsa-bangsa celaka ingin menidas kamu.
sedarlah melayu.

Tuesday, March 21, 2006

MANIFESTASI...( ii )

Machiavellianisme : Machiavellianisme mengikut Academic Press Dictionary of Science and Technology bermaksud 'perangai yang cenderung melakukan tipu daya dan putar belit demi mencapai cita-cita dan kehendak peribadi'.
Ia diasakan oleh seorang pemikir dari Florence,Itali yang bernama Niccolo Machiavellianisme (1469 - 1527).Beliau hidup pada zaman kebangkitan Barat atau Renaissance dan menjadi terkenal melalui bukunya The Prince yang ditulis pada tahun 1532.Buku itu secara dasarnya menekankan kehalalan seseorang pemerintah menggunanakan sebarang cara bagi mengekalkan kuasanya.Akhirnya Machiavellianisme menjadi suatu sistem nilai yang dihayati oleh masyarakat berasaskan konsep ;niat membersihkan cara' ataupun the end justifies the means.Sistem nilai ini memberi keutamaan kepada kehendak diri dan hawa nafsu dan sedikit pun tidak mementingkan landasan agama.Mengikut konsep ini,berpolitik secara licik dan zalim demi mengekalkan kuasa adalah halal dan demikian juga dalam aspek yang lain.Machiavellianisme amat bercanggah dengan islam kerana islam menekankan kesucian niat dan cara dalam setiap amalan.Allah berfirman :
"Bahkan sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah di samping melakukan kebaikan baginya ganjaran daripada sisi Tuhannya,tidak ada ketakutan ke atasnya dan dia tidak akan berdukacita."(Surah al-Baqarah ayat 112).

Wednesday, March 15, 2006

MANIFESTASI...( i )


Manifestasi jahiliah pada hari ini wujud dalam setiap bidang kehidupan manusia.Faktor kritikal yang menyebabkan jahiliah ini terus hidup dan berkembang adalah meledaknya isme dan falsafah hidup sesat yang mebdasari acuan pemikiran dan nilai hidup masyarakat pada hari ini.Antara isme yang banyak mempengaruhi manusia moden ilah teori Darwin dan konsep Machiavellianisme.

DARWINISME : Dasar-dasar Teori Evolusi diasaskan oleh seorang pakar biologi dari England yang bernama Charles Robert Darwin ( 1809 – 1882).Beliau mengutarakan pendapatnya melalui buku yang bertajuk The Origin Of Species by Means of Natural Selection pada tahun 1859.Darwin menegaskan,kesemua makhluk yang hidup sama ada manusia ataupun haiwan berasal daripada keturunan yang sama.Keturunan yang awal ini kemudianya berubah daripada satu tahap ke tahap yang lain demi menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran yang sentiasa berubah.Hasil daripada perubahan-perubahan itu yang memakan masa jutaan tahun,akhirnya lahirlah makhluk yang kompleks yang bernama manusia.

Jika teori ini benar kita pasti menemui banyak makhluk-makhluk pertengahan yang separuh binatang separuh manusia,separuh binatang laut dan separuh binantang darat,separuh burung dan separuh haiwan biasa kerana teori evolusi menuntut wujudnya makhluk seumpama itu sebagai bukti kebenarnya.Namun hingga hari ini mahkluk seumpama itu tidak ditemui sehingga pada suatu ketika Darwin sendiri meragui teorinya.Dalam bukunya The Origin of Species beliau berkata:”Jika makhluk- makhluk berubah daripada satu spesies pertengahan itu teratur (transitional forms) ? Mengapa kehidupan ini wujud dalam keadaan teratur dan tidak kelam kabut? Mengapa mahkluk penghubung antara satu sama lain tidak wujud? Perkara inilah yang memeningkan kepalaku selama ini!”
Bagi membuktikan kewujudan spesies pertengahan ini,penipuan dilakukan oleh pakar-pakar sains tertentu.Sebagai contoh,50 tahun dahulu pakar-pakar sains dalam bidang evolusi menggemparkan dunia dengan penemuan sejenis ikan jenis Coelacanth yang dikatakan telah hidup 410 juta tahun dahulu dan tidak wujud lagi pada hari ini.Bagi mereka ikan ini adalah bukti wujudnya spesies pertengahan berbentuk separuh ikan dan separuh haiwan darat kerana ia mempunyai paru-paru,otak,system penghadaman dan juga system yang membolehkannya berjalan di darat.Namun pada 22 Disember 1938 ikan jenis yang sama ditemui di Laut India di ikuti dengan 200 penemuan yang lain dalam jangka masa beberapa tahun sahaja.Hari ini tokoh-tokoh sains mengesahkan ikan Coelacanth adalah sejenis ikan asli yang tidak ada berkaitan sama sekali dengan spesies pertengahan yang disebutkan oleh pakar-pakar evolusi.Majalah Bilim ve teknik mendedahkan,dakwaan bahawa ikan Coelacanth mempunyai otak,paru-paru dan sebagainya sebenarnya adalah suatu pembohongan yang tidak bertanggungjawab.

Begitu juga dengan penemuan tulang rahang dan tempurung otak Piltdown Man yang dikatakan daripada spesies pertengahan anatara binatang dengan manusia.Tulang ini ditemui di Piltdown,England pada tahun 1912 oleh Charles Dawson.Selepas beberapa ujian dilakukan ke atasnya,akhirnya apada tahun 1953 di dedahkan bahawa tulang rahang itu diambil daripada seekor orang hutan yang baru meninggal dunia dan tempurung otaknya ialah tempurung otak manusia yang sebenar.

Kesimpulanya teori Darwin menafikan kewujudan Tuhan,Kuasa penetu dalam proses evolusi ialah natural selection atau ‘kuasa semulajadi’.Jesteru itu pengasas teori komunisme,Karl Max mengagumi Charles Darwin sehinggakan dalam bukunya Das Kapital beliau menganggap dirinya sebagai pengikut setia Charles Darwin.

Namun jelas sekali islam menentang semua teori yang mengingkari kewujudan kuasa Tuhan.Tambahan daripada itu Nabi SAW bersabda:” Manusia berasal daripada Adam dan Adam berasal dari tanah.”(Riwayat Termizi dan Abu Daud)

Tuesday, March 07, 2006

Dinamisme islam mengagumkan...

Ketika umat islam menghayati konsep persamaan dan ke universalan yang unggul ini,masyarakat dunia secara umumnya berada dalam kegelapan yang nyata.Di India,sebagai contoh ajaran agama Hindu melahirkan sistem kasta yang membahagikan manusia kepada Brahman(golongan sami dan ilmuwan),Kshatiya(golongan pentadbir dan pahlawan),Vaisya(golongan seni dan saudagar) serta golongan Sudras(golongan pekerja dan buruh).Manusia daripada kasta yang berbeza tidak boleh berkahwin antara satu sama lain.Lebih daripada itu,mereka yang berada pada kasta terendah,teruamanya golongan Paria dianggap kotor dan keji.Kerajaan India terpaksa mengharamkan sistem kasta ini pada tahun 1949 bagi menghindarkan kesan buruknya kepada masyarakat.
Di Amerika,hingga ke penghujung abad ke 19,golongan kulit hitam masih belum mendapat hak asasi mereka.Sebagai contoh,dalam kes mahkamah Plessy v.Ferguson pada tahun 1896,mahkamah membenarkan pembinaan kemudahan awam yang berbeza diantara golongan kulit hitam dengan kulit putih.Keadaan adalah lebih teruk di Afrika Selatan yang mengamalkan dasar apartheid sejak tahun 1948.Dasar ini mengagungkan golongan kulit putih berbanding kulit hitam walaupun peratus golongan kulit putih di Afrika Selatan hanyalah 13% berbanding kaum yang lain.Dasar ini mula diubah pada tahun 1991 dan perubahan ini hanya terlaksana secara rasminya pada tahun 1994 apabila Nelson Mandela dilantik menjadi Presiden Afrika Selatan.
Dunia moden hanya mengesahkan kepentingan hak asasi manusia secara tegas pada tahun 1948 melalui Deklarasi Bangsa-bangsa Bersatu.Dalam Encarta Encyclopedia disebutkan,'misi pertubuhan Amnesty International adalah berasaskan Deklarasi Hak Asasi Manusia yang diistiyharkan pada tahun 1948 oleh Bangsa-bangsa Bersatu.Doktrin ini mengiktiraf hak asasi manusia tanpa mengira bangsa,warna kulit,jantina,bahasa,agama,pegangan politik,asal usul dan keturunan seseorang.'
Konsep islam yang universal ini diperkukuhkan lagi melalui dinamisme yang terdapat dalam syariat islam.Syariat islam secara dasarnya sesuai ditegakkan dimana-mana sahaja kerana ia mengambil kira keperluan dan kebaikan manusia secara amnya disamping mempunyai fleksibiliti disesuaikan mengikut tempat dan keadaan.Lima maslahat asasi yang dikenali maslahat daruriyat yang dipelihara oleh syariat islam ialah agama,nyawa,akal,keturunan dan harta benda.Kesejahteraan kelima-lima aspek ini memang diperlukan oleh kesemua manusia dimana sahaja mereka berada.Disamping itu,syariat islam juga mempunyai kaedah-kaedah tertentu yang dapat diaplikasikan pada suasana dan keadaan yang berbeza,dinaungi oleh prinsip-prinsip yang sejahtera.Salah satu kaedah itu ialah:
"Perubahan fatwa dan perbezaan pendapat mengenainya boleh berlaku disebabkan oleh perubahan zaman,tempat,suasana,niat dan adat."
Dengan dinamisme ini,hukum hakam islam sesuai ditegakkan di mana-mana sahaja.Antara tokoh yang mengagumi dinamisme islam ialah George Bernard Shaw,seorang pemikir agung dari Barat.Beliau pernah berkata seperti yang disebutkan dalam The Genuine Islam,"Saya memandang tinggi agama yang dibawa Muhammad kerana dinamisme yang terdapat didalamnya.Bagi saya,(islam) adalah satu-satunya agama yang mampu hidup dalam setiap suasana dan hal ini menjadikanya menarik pada setiap zaman."

Monday, March 06, 2006

Islam universal.

Sejarah Islam membuktikan umat islam sebelum ini menghayati konsep keuniversalan dan persamaan ini secara yang amat mengagumkan.Pada zaman khalifah Omar al-Khattab,empayar islam menjadi begitu luas dan antara negara yang berjaya ditakluki oleh umat islam ialah Mesir.Sebelum itu Mesir dikuasai oleh empayar Rom.Salah satu benteng yang kuat di Mesir yang terpaksa ditakluki oleh tentera-tentera islam ialah Benteng Babilon di kota Memphis.Pada peringkat awalnya,tentera-tentera islam terpaksa mengepung benteng ini selama beberapa bulan sehingga pihak Rom menjadi lemah.Akhirnya pihak penguasa tempatan menghantar beberapa orang wakil supaya berbincang dengan penglima tentera islam.Wakil-wakil ini tinggal di dalam markas tentera islam selama lebih kurang dua hari dan apa yang sempat mereka saksikan ketika itu amat mengejutkan dan mengagumkan mereka.Selepas mereka kembali semula ke benteng Babilon,mereka melaporkan kepada pihak atasan pengalaman mereka bersama dengan tentera islam.Mereka berkata,"Kami melihat satu kaum yang cintakan mati.Sifat ramah mereka mengatasi keangkuhan mereka.Mereka duduk bersila di atas tanah dan pihak atasan tidak berbeza dengan golongan bawahan dalam pergaulan.Tidak ada perbezaan antara golongan mulia dan hina begitu juga antara tuan dan hamba sahaya dikalangan mereka.Apabila tiba masa menyembah Tuhan,tidak ada seorang pun yang tidak melaksanakanya.Mereka membasuh anggota tubuh mereka dengan air dan sangat tekun ketika mengerjakan sembahyang."
Sebagai tindakan susulan,Panglima Besar Amru ibn 'As memilih sepuluh orang wakil yang diketuai oleh Ubadah bin Samit supaya berbincang dengan pihak musuh.Ubadah bin Samit adalah seorang sahabat dari Habsyah yang berkulit hitam.Pemilihan seseorang yang berkulit hitam sebagai ketua delegasi tentera islam mengejutkan pihak musuh dan mereka pada mulanya enggan berbincang dengan beliau.Ketika itu,bangunlah seorang delegasi daripada pihak tentera islam dan beliau menegaskan,"Tokoh kulit hitam ini adalah tokoh kami.Beliau adalah seorang yang mulia dikalangan kami.Jesteru beliau telah di pilih supaya mengetuai delegasi ini oleh Panglima Besar kami.Kami menghormati ilmu dan buah fikiranya dan apa yang dikatakanya adalah pendirian kami semua."
Nyata sekali islam tidak membeza-bezakan umatnya kerana islam adalah pegangan cara hidup yang sejahtera dan harmoni.

Wednesday, March 01, 2006

TAMADUN BANGSA MELAYU DIBINA MENGIKUT ACUAN SENDIRI.

Oleh Dr Ratna Roshida Abd Razak

APABILA kita membicarakan mengenai kedudukan bahasa Melayu, adakah memadai peranannya hanya sebagai bahasa rasmi atau bahasa kebangsaan saja, tidak sebagai alat pembangunan atau kemajuan negara dalam sektor ekonomi dan perusahaan?
Persoalan ini sepatutnya diberi perhatian serius. Jika kita sebagai bangsa Melayu yang mewarisi bahasa Melayu tidak memelihara aset budaya penting ini, lama kelamaan bahasa itu akan hilang kehebatannya. Bahasa mempunyai kaitan rapat dengan budaya, sekali gus dengan daya kreativiti sesuatu bangsa. Dalam setiap bahasa terkandung nilai budaya watan penutur bahasa itu. Sejarah perkembangan Islam pada Alam Melayu tidak boleh dipisahkan daripada peranan bahasa Melayu. Bahasa Melayu bukan saja menjadi bahasa tulisan untuk kitab besar dan kesusasteraan, malah menjadi penghantar komunikasi perkembangan Alam Melayu.Pendakwah berdagang menggunakan bahasa Melayu sebagai wadah komunikasi di rantau itu. Berdasarkan perkembangan bahasa Melayu yang hebat itulah, dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.Sedar atau tidak, bangsa Melayu hari ini lebih mementingkan bahasa Inggeris sebagai alat kemajuan. Pada anggapan kita inilah bahasa kemajuan pada era globalisasi ini. Mungkin ada yang berhujah bahasa Inggeris sebagai bahasa global, jadi sesuailah ia digunakan oleh peniaga supaya Malaysia akan ‘berwajah global’ dan dapat menarik pelaburan asing. Ini suatu pandangan yang lemah dan sukar untuk diterima. Sebahagian daripada kita juga berpandangan bahasa Melayu tidak dapat menyediakan bahan rujukan yang banyak, terutama dalam bidang Sains dan Teknologi yang menjadi bidang terpenting untuk membangunkan negara. Alasan ini sebenarnya tidak berasas. Kita boleh menyingkap kegemilangan Tamadun Islam dalam bidang penguasaan ilmu yang berpusat di Baghdad, terutama dengan penubuhan Baitul Hikmah yang menjadi perpustakaan dan pusat terjemahan. Zaman awalnya iaitu sekitar 750M-900M, ialah zaman penterjemahan apabila ilmu pengetahuan yang didapati dari tamadun luar seperti Yunani, India dan China diterjemahkan terlebih dulu ke dalam bahasa Arab, sebelum ilmu itu disebarkan kepada masyarakat Arab ketika itu. Zaman berikutnya dikenali sebagai zaman keemasan sekitar 990M-1100M, apabila mereka terus mengkaji, mendalami dan memperkembangkan ilmu yang didapati. Metodologi sama digunakan bangsa Jepun dan Jerman untuk membentuk tamadun bangsa. Bidang terjemahan terus diperhebatkan dan bahasa terus diperkasakan. Namun, perkara ini tidak ketara di Malaysia. Punca masalahnya ialah kerana sejak awal lagi kita memberi nilai rendah pada bahasa Melayu. Kita tidak ada keyakinan dan tidak percaya keupayaan bahasa Melayu lantaran kejahilan kita.Fenomena inilah yang mengheret kita untuk terus melihat kehebatan hanya ada dalam bahasa Inggeris dan tidak dalam bahasa Melayu. Secara sedar atau tidak, kita sendiri yang memisah dan meminggirkan bahasa Melayu. Kali ini bukan melalui bentuk penjajahan tetapi melalui perkembangan ilmu, ekonomi dan desakan teknologi global yang dikatakan tidak dapat dielakkan dan menerusi dasar yang sering berubah.Jika diperhatikan bangsa yang tidak menganggap bahasa Inggeris penting untuk kemajuan negara atau penduduknya, kebanyakannya adalah bangsa yang tidak pernah dijajah oleh kuasa asing seperti Jepun, Jerman, Perancis dan Taiwan. Perlu diingatkan bahawa ini bukanlah bererti mereka menolak kepentingan bahasa Inggeris, tetapi bagi mereka bahasa Inggeris penting hanya sebagai bahasa perhubungan antarabangsa, tidak sebagai bahasa budaya bangsa atau bahasa untuk pembangunan atau kemajuan dalam negeri. Bagi mereka tamadun bangsa perlu didirikan di atas acuan dan identiti sendiri, bukannya meminjam hak orang lain. Kesimpulannya, kita perlu sedar bahawa kelestarian dan kehebatan bahasa Melayu terletak sepenuhnya di tangan kita sebagai umat Melayu yang berada di bawah kepemimpinan Melayu. Orang Melayu seharusnya mempunyai perasaan atau emosi yang kuat terhadap hak, budaya dan bahasa mereka. Selagi perasaan bangga dan hebat dengan bahasa yang dimiliki tidak ada dalam setiap individu Melayu, selagi itulah bahasa itu tidak dirasa kehebatan dan ketinggiannya.
Oleh Dr Ratna Roshida Abd Razak (Pensyarah Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang)

Tuesday, February 28, 2006

Syaitan akan sentiasa menyesatkan umat islam,kisah benar...

Barsisa seorang yang terkenal sebagai ahli ibadah pada zaman Bani Israel.Mengikut Abdullah ibn Abbas "Barsisa telah beribadah kepada Allah selama tujuh puluh tahun.Untuk menyesatkan Barsisa,Iblis mengutuskan syaitan yang menyamar sebagai seorang ahli ibadah supaya mendampingi Barsisa.Kesungguhan dan ketekunan syaitan ini amat mengagumkan Barsisa dan sebelum berpisah,syaitan mengajar Barsisa satu doa yang dapat menyembuhkan segala penyakit.Sejak hari itu,Barsisa menjadi terkenal kerana kemampuannya mengubati segala penyakit sehingga pada suatu hari syaitan merasuk seorang wanita yang amat jelita dan wanita itu akhirnya terpaksa dirawat oleh Barsisa.Beliau terpegun melihat kejelitaan wanita itu dan ketika itulah syaitan memujuk Barsisa melakukan zina.Lebih dari itu syaitan menasihati Barsisa bahawa pintu taubat sentiasa terbuka dan jika beliau berzina beliau boleh terus bertaubat selepas itu.Pujukan ini mempengaruhi jiwa Barsisa lantas beliau akhirnya melakukan zina sehingga wanita itu mengandung.Syaitan kemudiannya datang menemui Barsisa dan berkata; "Celaka kamu.Jika perkara ini dibiarkan,kamu akan mendapat malu.Aku mencadangkan supaya kamu membunuh wanita itu,kemudian kamu bertaubat kepada Allah.Jika keluarganya bertanya mengenainya,katakan,syaitan merasuknya dan dia melarikan diri".Wanita itu pun dibunuh oleh Barsisa.Syaitan begitu gembira dan terus menemui Barsisa dengan cadangan supaya wanita itu ditanam di tepi bukit.Tidak berlama lama selepas itu,keluarga wanita itu datang menziarahinya dan mereka berasa terkejut selepas diberitahu wanita itu dirasuk syaitan dan melarikan diri ke dalam hutan.Syaitan terus memainkan perananya dengan menjelmakan dirinya ke dalam mimpi-mimpi saudara wanita tersebut dan menceritakan kepada mereka perbuatan Barsisa dan menunjukkan kepada mereka tempat saudara perempuan mereka ditanam.Akhirnya mayat wanita itu ditemui dan Barsisa didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman bunuh.Sebelum hukuman dijalankan,syaitan datang sekali lagi kepada Barsisa dan berkata; "Tidakkah kamu mengenali aku.Akulah ahli ibadah yang mendampingimu sebelum ini.Perbuatan kamu amat terkutuk dan kamu tidak akan dapat menyelematkan diri melainkan jika kamu mematuhi arahanku yang terakhir,iaitu sujud kepada ku".Barsisa terus sujud kepada syaitan maka matilah beliau dalam kekufuran.

Sunday, February 26, 2006

Alhamdulillah

TOO PHAT - Alhamdulillah II
Dian Sastro:
Disaat waktu berhenti...kosong Dimensi membutakan mata,memekakkan telinga Lalu diri menjadi hampa Saat paradigma dunia tak lagi digunakan untuk menerka* Sadarku akan hadirmu,mematahkan sendi2 yang biasanya tegak berdiri
Yassin:
Ult li albi bissaraha (I'm opening up my heart with honesty)
Hayya nab'idil karaha (Let's avoid the hated and hatred)
Syakkireena a' kulli ni'ma (Let's remain thankful with what we have)
Ba' ideena anil fattana (Let's avoid all lies and sins)
Malique:
Merenungi luar jendela,mengagumi kebesaran yang Maha Esa Ku menilai kehidupan dari sudut berbeza Tak memadai hanya kecapi rasa selesa Maukan harta yang mampu beli 1 semesta Berpesta ke pagi botol bergelimpangan Kekasih muda bukan takat berpegang tangan Harta dan jamuan nafsu tidak berkekalan Bila menjelang tua bukan itu jadi bekalan Dan jangan puisi ini disalah tafsir pula Bukan berkhutbah cuma betuli diri jua Ingin hidup sempurna aset nilai berjuta, saling tukar wanita,senyum dan mati tua Bakat dikurnia jangan disalah guna Jangan kufur nikmat yang diberi percuma Guna kelebihan untuk hikmah bersama Jagalah nama hidup penuh pementasan dan drama Ada berisi ada yang kurus,ada melencong ada yang lurus bukan semuanya tulus ada sempuna ada kurang upaya ada yang jadi buta hanya bila sudah kaya Sebesar rumah bermula dengan sekecil bata,boleh hilang dalam sekelip mata Ucaplah alhamdulillah bukannya sukar, kerna semua nak kaya atau besar Tetap Allahuakbar!!!
Joe Flizzow:
Jadikanlah ku tentera Fisabilillah yang tertera di kalimah harap memanduilah Entah apabila persimpangan tiba,hidup penuh rintangan harus kuhadapinya Harapku tidak terlupa diri bila gembira,dan cuma mula mencari kau disaat hiba Ku cuma manusia penuh dengan kesilapan tapi bisa membezakan cahaya dan kegelapan Tabah bila dihalangan duri onak dan cobaan Teguh bila dicobakan keruh kuasa dan perempuan Sentiasa legar diminda,dikejar dan dipinta dari zaman bermula hingga ke akhirnya Ku mengerti siapa ku tanpamu disisi dan apa guna posesi juga posisi Sementara ini cuma hanya puisi,nukilan tulisan dan bisikan isi hati Mencari keterangan,menjiwai peranan menepati pesanan janji juga saranan Alhamdulillah atas kurniaan rezeki,moga tidak terleka dalam perjalanan ini
Ahli Fiqir:
Aku yang memandang di dalam lubuk hati,mencari-cari zat rahsia yang katanya tersembunyi Aku yang melihat alam meliputi wujud menyertai lalu ku pindahkan alam ke dalam mata hati Aku hakiki,aku mengerti segala yang terjadi di langit dan di bumi Gunanya tiada fantasi, pelik dan benar,qada' dan qadar kau berilah ku kekuatan Agar dapat ku hindarkan segala kesesatan Usah kau biar nafsuku terliur dari pandangan majazi ini, aku yang hodoh lagi hina amat benar merindui Moga cahaya lailatul tak membutakan mataku,semoga segala puji tak ku meninggi diri Moga segala janji dapat juga ku penuhi,moga dapatku hadapi tikaman dari belakang Lidah setajam pisau, ku tidak akan risau dengan cabaran sepanjang perjalanan Ku pasrah ku akur 7,8,6 Alhamdulillah Syukur...
Dian Sastro:
Sujudku pun takkan memuaskan inginku 'tuk hanturkan* sembah sedalam kalbu Adapun kusembahkan syukur padamu ya Allah Untuk nama,harta dan keluarga yang mencinta Dan perjalanan yang sejauh ini tertempa Alhamdulillah pilihan dan kesempatan Yang membuat hamba mengerti lebih baik makna diri Semua lebih berarti akan mudah dihayati

Thursday, February 16, 2006

BERSAMA:MOHD FARID RAVI ABDULLAH.

1. Apakah hukum umat Islam turut menyambut Hari Valentine pada 14 Februari lalu dan bagaimana hendak menyedarkan golongan tersebut agar menghentikan perbuatan itu yang menjadi amalan kebanyakan remaja yang bercinta?

JAWAPAN: Menyambut Valentine Day (Hari Kekasih) hukumnya haram. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, “Dan janganlah kamu menghampiri zina sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan keji dan satu jalan yang jahat.’’ (al-Isra: 32)

Mafhumnya, Allah s.w.t. tidak mengharamkan zina semata-mata malahan apa-apa yang boleh membawa kepada zina juga hukumnya haram.
Apa yang jelas dalam sambutan Valentine Day ialah pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan. Justeru, bagi menzahirkan rasa cinta, pelbagai aktiviti dilakukan yang jelas haram dan bertentangan dengan Islam. Apa yang pasti ialah pasangan kekasih akan mengadakan pertemuan demi melahirkan perasaan cinta. Pada waktu itu yang ketiga ialah syaitan yang menghasut mereka supaya melakukan perkara-perkara terkutuk.
Nabi telah menegah kita daripada meniru budaya Yahudi dan Nasrani dengan sabdanya yang bermaksud, “Nescaya kamu akan turut jejak langkah mereka (Yahudi dan Nasrani ) sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga kamu akan turuti mereka walaupun mereka masuk ke dalam lubang biawak. Lantaran sahabat bertanya: Adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani? Baginda menjawab: Siapa lagi kalau bukan mereka.’’
Islam mengharamkan sambutan seperti itu bagi menghalang berlakunya perkara yang lebih buruk. Islam menghalang demi membatasi perhubungan lelaki dan perempuan supaya masing-masing dapat memelihara kehormatan diri.
Menyambut Valentine Day adalah bertentangan dengan syiar dan norma-norma budaya masyarakat Islam Melayu. Malah budaya itu diimport dari Eropah yang menghalalkan perhubungan lelaki dan perempuan atas dasar suka sama suka.
Perlu difahami bahawa Islam bukan satu agama yang rigid atau ekstrem tetapi Islam bermatlamat membawa kesejahteraan demi memelihara nama baik umat Islam supaya menjadi umat contoh.
2. Apakah cara atau kaedah untuk menyedarkan anak perempuan saya yang terlibat dalam Black Metal agar kembali mematuhi perintah Allah. Lebih sukar lagi, suami saya pula tidak mahu membantu kerana, katanya, anak kami sudah besar. Biarlah dia pilih jalan sendiri. Anak saya ini sebelum ini bernikah tanpa pengetahuan kami di negara jiran selepas terpengaruh dengan ajaran Black Metal semasa menuntut di UIA.
JAWAPAN: Mendidik anak-anak perlukan kesabaran yang berpanjangan apatah lagi apabila mendidik anak yang telah dewasa. Sudah semestinya ia perlukan teknik dan kaedah yang berkesan supaya didikan tersebut benar-benar berhasil.
Cara menasihati anak perempuan yang terlibat dengan Black Metal, pertamanya kita perlu mengajak mereka kepada beriman kepada Allah s.w.t., mencintai Allah dan Rasul-Nya serta kembali mengamalkan segala suruhan Allah.
Mendidik atau menjaga anak yang bermasalah adalah seperti menjaga orang yang berpenyakit kronik. Sudah pasti ia memerlukan rawatan yang rapi.
Jangan dibuang mereka, jangan dipulau, jangan diungkit dan tunjukkan kasih sayang. Mungkin gadis itu terlibat kerana tidak ada perhatian daripada ibu bapa. Dalam hal ini ibu bapa perlu banyak berkorban dan mendampingkan diri dengan anak-anak. Ibu bapa perlu merancang aktiviti-aktiviti yang boleh mengisi masa lapang anak-anak supaya mereka tidak rasa bosan dan membuang masa di rumah. Ibu bapa perlu kreatif dalam mendekati dan memenangi jiwa anak-anak
Jangan lupa banyakkan solat hajat dan berdoa untuk keselamatan dan kesejahteraan mereka. Banyakkan membaca doa yang berikut: “Wahai Tuhan, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati kami melihatnya dan jadikanlah kami imam (pemimpin) ikutan bagi orang-orang yang bertakwa.” (al-Furqan: 74)
3. Apakah cara terbaik untuk kita memohon maaf kepada ibu bapa selepas kita bertengkar dengan mereka sehingga mengguris perasaan terutama ibu sedangkan kita tidak berniat sedemikian?
JAWAPAN: Wajib bersegera memohon maaf daripada ibu bapa apabila kita berdosa kepada mereka. Firman Allah dalam surah al-Israk, “Dan Tuhanmu telah menetapkan janganlah kamu menyembah selain Allah dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa... dan janganlah kami katakan kepada kedua-dua mereka perkataan ‘ah’.” (al-Israk: 23)
Jika ada sesuatu perkara yang ingin dijelaskan, cari masa dan ketika yang sesuai dengan menggunakan bahasa yang tidak menyinggung perasaan mereka. Kita perlu risau jika kita atau mereka meninggal dunia ketika kita tidak sempat memohon ampun maaf daripada mereka.
Cara terbaik untuk meminta maaf ialah dengan mengakui kesalahan kita dan memohon maaf dengan ikhlas. Kita perlu menghormati ibu bapa dalam perbualan dengan tidak mengangkat suara atau tidak mendahului mereka dalam sesuatu perkara sebelum meminta izin. Kita juga hendaklah sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka di dunia mahupun di akhirat.

Tuesday, February 14, 2006

Ingati Allah ketika ditimpa musibah.

Oleh Ahmad Redzuwan Mohd Yunus

DALAM Islam, apabila seseorang itu ditimpa sesuatu musibah, mereka dituntut untuk mengingati Allah. Hal ini dijelaskan dalam firman Allah bermaksud: “Iaitu orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan inna lillahi wa inna ilaihi rajiun (sesungguhnya kami adalah milik Allah dan hanya kepada-Nya kami kembali.” (Surah al-Baqarah, ayat 156)

Ulama mengingatkan kita, dengan menyebut ucapan itu. Hati kita menjadi tenang dan terhibur dengan musibah yang menimpa kerana menyedari bahawa semua yang ada di atas muka bumi ini adalah milik Allah.Justeru, sekiranya berlaku sesuatu musibah menandakan kembalinya makhluk itu kepada Allah. Allah memperlakukan makhluknya sesuai dengan kehendak-Nya.Mereka yang mengucapkan doa itu ketika ditimpa musibah akan diberi pahala oleh Allah.Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad daripada Ummu Salamah, beliau bercerita:Pada suatu hari Abu Salamah datang kepada aku dari tempat Rasulullah SAW, lalu dia menceritakan, aku mendengar ucapan baginda yang membuatkan aku berasa senang. Baginda bersabda bermaksud: “Tidaklah seseorang daripada kaum Muslimin ditimpa musibah, lalu dia membaca inna lillahi wa inna ilaihi rajiun, kemudian mengucapkan (Ya Allah, berikanlah pahala dalam musibahku ini dan berilah ganti kepadaku yang lebih baik daripadanya), melainkan akan dimakbulkan doanya itu.”Ummul Salamah kemudian menghafal doa itu dan ketika Abu Salamah meninggal dunia, beliau mengucapkan inna lillahi wa inna ilaihi rajiun dan membacakan doa selepasnya iaitu “Ya Allah, berikanlah pahala dalam musibahku ini dan berilah ganti kepadaku yang lebih baik daripadanya.”Kemudian beliau berasa hairan, bagaimana boleh mendapatkan yang lebih baik daripada Abu Salamah.Kehairanan Ummul Salamah terjawab. Selepas edahnya berakhir, maka beliau dilamar oleh Rasulullah SAW.Ketika dilamar, beliau memberitahu kepada Rasulullah SAW: “Ya Rasulullah SAW kedudukanku akan membuat kamu tidak berminat. Aku ini seorang wanita yang sangat kuat cemburu, aku sendiri sudah tua dan mempunyai ramai anak.”Selepas mendengar keluhan Ummul Salamah, Baginda bersabda bermaksud: “Mengenai cemburumu yang engkau sebutkan, semoga Allah akan melenyapkannya daripada dirimu. Usia tua yang engkau sebutkan, maka aku pun mengalami apa yang engkau alami dan mengenai keluarga yang engkau sebutkan itu, maka sesungguhnya keluargamu adalah keluargaku juga.”Selepas mendengar penjelasan Rasulullah SAW, Ummul Salamah menyerahkan segala keputusan kepada Baginda. Kemudian Baginda menikahinya.Ummul Salamah pun berkata: “Allah memberikan ganti kepadaku yang lebih baik daripada Abu Salamah, iaitu Rasulullah SAW.”Waktu untuk menyebut doa itu pula tidaklah terhad ketika musibah itu menimpa seseorang, sebaliknya boleh disebut juga walaupun musibah itu telah lama berlaku. Diriwayatkan oleh Imam Ahmad daripada Fatimah binti Husain, daripada ayahnya Husain bin Ali, daripada Nabi Muhammad SAW, Baginda bersabda bermaksud: “Tidaklah seorang Muslim daripada lelaki mahupun perempuan ditimpa suatu musibah, lalu dia mengingatinya, meskipun waktunya sudah lama berlalu, kemudian dia membaca inna lillahi wa inna ilaihi rajiun, melainkan Allah akan memperbaharui pahala baginya pada saat itu, seperti pahala yang diberikan-Nya pada hari musibah itu menimpa.”Selain memperoleh pahala, dengan menyebut doa itu juga, seseorang itu akan diberi ganjaran berbentuk rumah di syurga kelak yang diberi nama dengan Baitul Hamdi. Diriwayatkan juga oleh Imam Ahmad daripada Abu Sinan, beliau menceritakan: “Aku sedang mengebumikan anakku. Ketika itu aku masih berada di liang kubur, tiba-tiba tanganku ditarik oleh Abu Talhah dan mengeluarkan diriku dari liang itu sambil berkata: Mahukah aku sampaikan berita gembira untukmu? Mahu, jawab Abu Sinan. Abu Talhah berkata, al-Dahhak bin Abdul Rahman telah mengkhabarkan kepadaku daripada Abu Musa, katanya Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa Allah berfirman: “Wahai Malaikat Maut, apakah engkau sudah mencabut nyawa anak hamba-Ku? Apakah engkau mencabut nyawa anak kesayangannya dan buah hatinya? Ya, jawab malaikat. Lalu apa yang diucapkan? Tanya Allah. Malaikat pun menjawab, dia memuji-Mu dan mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun. Maka, Allah berfirman (kepada malaikat): buatkan untuknya sebuah rumah di syurga dan namakanlah rumah itu dengan Baitul Hamdi (rumah pujian).”Itulah janji Allah kepada hamba-Nya yang mengucapkan ‘inna lillahi wa inna ilaihi rajiun’ dan kemudian mengucapkan doa ‘Ya Allah, berikanlah pahala dalam musibahku ini dan berilah ganti kepadaku yang lebih baik daripadanya’ atau hanya menyebut ‘inna lillahi wa inna ilaihi rajiun’ apabila ditimpa musibah.

Sunday, February 12, 2006

mencari.

hidup menongkah langit,
bagai berpijak di tanah jerlus.
perlahan-lahan meresapi badan,
tenggelam sedikit-dikit,
lemas.

hidup menongkah langit,
bagai gelap dalam cahaya,
semuanya kabur,
samar-samar,
lemas.

hidup menongkah langit,
bagai tanpa jiwa dan rasa,
yang berlaku tiada erti,
tiada makna apa-apa.
lemas.

Thursday, February 09, 2006

5 matlamat syariat Islam.

1.Memelihara agama.
- Matlamat yg utama dlm syariat islam iaitu menjamin pegangan hidup manusia terhadap islam tetap kukuh,mantap dan berlangsung dengan sejahtera.Dalam masa yg sama,islam mengharamkan segala bentuk perbuatan yg membawa kepada syirik terhadap Allah seperti menilik nasib,sihir,perkara khurafat dan sebagainya.Oleh iu,setiap Muslim hendaklah berhati-hati semasa menjalani kehidupan ini agar tidak tersasar daripada landasan akidah islam.
2.Memelihara jiwa dan nyawa.
- Mengharamkan segala bentuk perbuatan yg boleh memudaratkan dan membahyakan nyawa sendiri dan orang lain.Oleh sebab itu,islam mengharamkan perbuatan membunuh,bunuh diri,pengeboman dan sebagainya kecuali atas sebab-sebab yg telah ditetapkan Allah didalam Al-Quran seperti hukum qisas,hudud dan ketika perang.Selain itu,memelihara anak dalam kandungan juga termasuk dalam matlamat diatas.Islam menegaskan bahawa anak dalam kandungan adalah satu nyawa yg telah diciptakan Allah sebaik-baik kejadian.Maka,islam mengharamkan pengguguran anak kerana ia dianaggap sebagai membunuh,namun jika didapati oleh doktor pakar bahawa kandungan tersebut boleh membahayakan nyawa si ibu,maka pengguguran diharuskan.Begitu juga islam mengharamkan segala amalan tidak sihat yg boleh mengancam nyawa dan kesihatan manusia seperti merokok,menagih dadah,minum arak dan sebagainya.Perlu diinsafi bahawa amalan tersebut bukan sahaja memudaratkan kesihatan dan nyawa manusia malah ia menyebabkan kerosakan diatas muka bumi Allah ini.
3.Memelihara akal fikiran.
- Islam amat menitik beratkan aspek kewarasan akal fikiran kerana akal merupakan potensi anugerah Ilahi yg tiada ternilai kepada manusia sehingga dapat membezakan antara yg hak dan yg batil.Islam menggalakkan umatnya agar menyeburkan potensi akal dengan ilmu pengetahuan dan takwa kerana ilmu dan takwa sahajalah perisai utama yg menyelamatkan manusia daripada kancah kesesatan dan kebinasaan.Selain itu,kerana pentinganya kedudukan akal dalam kehidupan manusia,maka islam mengharamkan segala unsur yg boleh meroskkan fungsi akal iaitu meminum arak dan segala benda yg memabukkan.Islam juga mengharamkan pengisian minda dengan sesuatu yg tidak bermanfaat seperti membaca bahan2 lucah,melihat laman sesawang yg menyeleweng dan sebaginya.Pembinaan modal insan hanya akan berjaya jika dilandasi dengan pengisian minda yg bersifat intelektual dan kreatif.
4.Memelihara harta.
- Harta kekayaan merupakan erzeki kurniaan Ilahi kepada setiap makhluk yg menghuni alam semesta ini.Harta boleh memberi manfaat dan juga mudarat kerana harta jika digunakan menurut kehendak syarak,maka harta tersebut memberi manfaat kepada tuannya.Sebaliknya jika harta disalah gunakan pada jalan yg dilarang syarak,maka harta tersebut akan membawa mudarat dan becana kepada tuannya.Islam telah menetapkan garis panduan berkaitan mencari harta yg diwajibkan aiatu harta mestilah diperolehi melalui jalan atau cara yg halal.Kedua,harta tidak boleh digunakan atau dibelanjakan pada perkara yg haram.Ketiga,harta wajib dikeluarkan zakat apabila cukup nisab dan haulnya.Berdasarkan garis panduan tersebut,seorang wanita dilarang sama sekali menjual dirinya atau melacurkan dirinya dengan alasan untuk menyara kehidpuan keluarganya,begitu juga seorang yg berjudi dan merompak demi mencari rezeki untuk keluarganya.Kesemua harta tersebut tidak diredhai oleh Allah kerana bercanggah dengan kehendak syarak.Kaedah fikah ada menegaskan "matlamat tidak menghalalkan cara".
5.Memelihara keturunan.
- Islam mengharamkan zina dari awal lagi kerana ia boleh merosakkan keturunan yg baik hasil daripada kelahiran anak luar nikah.Bukan sekadar itu sahaja,islam turut mengharamkan setiap perbuatan yg membawa kepada perzinaan yg terlarang seperti melihat gambar lucah,melihat aurat wanita,berdua-duaan,berkhalwat dan sebagainya.
Demikianlah 5 matlamat utama syariat yang menjadi tonggak utama ajaran Islam,sekaligus menjadi pedoman yang mendasari setiap detik kehidupan umat demi meraih kesejahteraan hidup dunia akhirat.

Wednesday, February 08, 2006

14 PERKARA YG SUNAT DILAKUKAN PADA HARI ASYURA.

1. Melapangkan masa / belanja anak isteri
fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin
fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
3. Menahan marah
fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha.
4. Menunjukkan orang sesat
fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.
6. Bersedekah
fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti darikecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri
fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi Sunat
fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itulafaz niat : "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala"
9. Bercelak
fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu.
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.
11. Sembahyang sunat empat rakaat
fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.lafaz niat : "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala"Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
12. Membaca"hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru"
fadhilat - Tidak mati pada tahun ini .
13. Menjamu orang berbuka puasa
fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14. PuasaNiat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala"
fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

PERISTIWA 10 MUHARAM

Peristiwa 10 Muharam - dipetik dari Berita Harian
Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari bahteranya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
Allah memulihkan penglihatan Nabi Yaakob yang kabur.
Nabi Isa diangkat ke langit
Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulitnya
Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan nun, selepas berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
Allah mengampunkan kesalahan Nabi Daud.
Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
Hari pertama Allah menciptakan alam.
Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
Hari pertama Allah menurunkan hujan.
Allah menjadikan Arasy.
Allah menjadikan Luh Mahfuz.
Allah menjadikan alam.
Allah menjadikan Malaikat Jibril.

Monday, February 06, 2006

RINDU...

Rindu tak bersuara
hati mengerti
amat memahami
lantas ia menyepi.

Senyap merasuk jiwa
berbalam-balam jadinya
yang terindah berawang-awangan
mengangkat rasa ke angkasa.

Yang dirindu nun
dia tetap satu
menjadi racun kepada kalbu
menjadi penawar kemudianya.

Rindu ini takkan hilang
mujur hati tetap mengerti
akan terus memahami
kemudian menyepi.

Tuesday, January 24, 2006

meow...meow...meow...

meow! meow! meow!
salakan mu membingitkan ku,
meow! meow! meow!
terliuk-liuk kepala mu dikaki ku,
minta dimanja.
"nah,menganggu saja"
kau melayang bagai kertas.
seketika,kau kembali.
minta dikasihani,
aku berang,kali ini hayunan amarah amat sangat.
tubuhmu terhempas ke dinding,"mampus kau"dengus ku.
seketika kau datang lagi,
meow! meow! meow!
suara mu sedikit kesayuan,
minta,minta disayangi.
sedih hadir.
kau setia walaupun layanan sebaliknya,
kau disini walaupun dibenci,
nyata,Tuhan menjadikan mu peneman manusia,
peneman hati.

Wednesday, January 18, 2006

YANG TERNAMA DAN TERPOPULAR.

Yang ternama dan terpopular,
izinkan aku menulis,
menulis tentang apa sahaja,
tentang apa-apa yang bermain-main,
tentang apa yang bergelut di otak fikirku.

Yang ternama dan terpopular,
jangan disergah kencingku di kaki lima,
nanti rosak pundi-pundi ku,
nanti bertaburan najis-najis ku.

Yang ternama dan terpopular,
biarku dengan corak lukisan ku,
biarmu dengan corak warna mu,
mana mungkin kita bergelut,
kerana aku adalah aku,
kamu adalah kamu.

Yang ternama dan terpopular,
berikanku sedikit ruang,
ruang yang pernah membuka jalanmu,
menjadi yang ternama dan terpopular,
menjadi yang berjaya lagi berjasa.

Yang ternama lagi terpopular,
pintaku satu dalam seribu,
bantuku dengan ilmu mu,
kapan nanti kita dapat duduk bersama,
bergaya seperti yang ternama dan terpopular.

Tuesday, January 17, 2006

Bunga.

i
Bunga itu,
cantik,harum baunya.
Kembang kelopak mekar,
kulihat,kucium harumnya.

ii.
Bunga itu,
masih cantik,
harum sedikit pudar,
barangkali selalu berjemur.
kelopak seakan layu,
namun masih puas kulihat dan kucium baunya.

iii.
Bunga itu,
layu,hilang serinya.
lenyap sudah keayuanya,
lenyap juga keharumanya,
nyata bunga itu dibatasi,
hanya aku memandang,
bunga itu layu.

Bumi anbiya menangis lagi.

Kabus-kabus mendinginkan kehangatan,
menyamankan seketika tidur mereka,
mengasyikan jiwa dalam kedamaian yang barang sekejap.
mimpi-mimpi mereka sering kali memilukan,
wajah-wajah penderitaan menghiasi setiap babak,
sujud syukur jika mimpi itu mengasyikan.

Kabus-kabus menlenyapkan kedinginan,
kehangatan bahang semakin terasa,
bumi mereka subur dengan batas-batas peluru,bangkai-bangkai kereta perisai,
senjata, tidak ketinggalan jasad-jasad tidak bernyawa.
berbuih sudah mulut mereka meminta,
berair mata mereka bercerita,hanya mata-mata simpati tanpa suara memerhati dan terus memerhati,
episod demi episod,
tanpa mahu sesekali memahami.

Kehangatan matahari kini bersulam trajedi,
mimpi-mimpi kini jadi realiti,
giliran siapa yang akan mati?
peluru-peluru menembusi kereta,dinding,tembok dan dan tubuh sikecil tadi,
diam,kaku,sejuk tubuh sikecil tadi,
remuk hati si ibu,sebentar tadi ku usap ubun-ubun rambutnya,
kukucup pipi gebunya berkali-kali.
bagai mengerti maksud illahi,
sikecil mendakap ibunya bagai tidak berjumpa lagi,lama sikecil begini,
sebelum bermain menanti mati.

Bumi anbiya menangis lagi,
bumi anbiya akan terus begini,
ibu ayah meratapi,
abang,kakak, dan adik mendendami,
janji Tuhan terus dinanti,
janji Tuhan itu hakiki,
mereka ini akan diadili.

Can't find what are you looking for? Try Google search!

Google