YABADABADOO ADVERTISEMENT

[Yabadaba-doo Advertisement] - The new Marketplace of Malaysia. - Free Post Ads all around Malaysia & WorldWide

Tuesday, November 30, 2010

Armagedon 2012: Bencana Akhir Zaman

Penulis : Muhammad Alexander

Harga : RM31.50

Pada bulan November 2009, dunia dikejutkan dengan filem arahan Ronald Emmerich yang bertajuk 2012. Idea asal filem ini dipetik daripada kalendar kaum Maya yang mendakwa kitaran besar dunia tempoh ini akan berakhir pada tahun 2012 atau lebih tepat lagi pada 21 Disember 2012. Selain disokong oleh kalendar kaum Maya yang banyak didakwa berlaku secara 'kebetulan', mereka juga mendakwa pada 2012, sistem suria kita (Galaksi Bima Sakti) akan mengalami konfigurasi luar biasa, medan magnet bumi menjadi lemah dalam masa yang pantas, fenomena hubungan perubahan medan magnet bumi dan hubungan manusia berlaku dan lebih menarik lagi adalah perlanggaran planet Nibiru (Planet X) dengan bumi. Filem ini turut dibahas dan dikaji oleh ramai para intelek termasuk daripada NASA sendiri.

Muhammad Alexander mengkaji peristiwa kiamat ini sebelum filem 2012 ini ditayangkan. Kajian ini dimuatkan di dalam buku Armageddon: 2012 yang membahas kekeliruan para intelek dalam menghasilkan filem 2012 serta membahas fenomena kiamat yang disebut di dalam al-Quran dan hadis secara kronologikal. Turut dimuatkan gambar, carta dan hasil-hasil kajian mengenai kiamat yang dilakukan oleh para saintis. Ini menjadikan buku Armagedon 2012 sebagai buku yang membahaskan tentang kiamat yang terlengkap, tersusun dan gambaran yang mudah difahami.

Penulis adalah pesyarah di Universiti Brawijaya, Indonesia. Beliau kini dalam proses mendapatkan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Sejarah dan Peradaban. Beliau banyak menghasilkan kajian mengenai Yakjuj & Makjuj, Zulqarnain dan hari kiamat. Antara buku bestseller beliau adalah Yakjuj & Makjuj: Bencana di Sebalik Gunung (2009) dan Alexander adalah Zulqarnain (2010).

CLICK HERE!

1000 Amalan Sehari Semalam

Penulis : Khalid Al-Husainan

Harga : RM17.00

Sunnah tidak boleh dipisahkan dari Islam. Kerana Islam adalah sunnah dan Sunnah adalah Islam. Sebagaimana yang dikatakan oleh Imam al-Barbahari dalam Syarhus Sunnah: "Ketahuilah, bahwasanya Islam adalah sunnah dan Sunnah adalah Islam; dan tidak akan tegak salah satu dari keduanya, kecuali yang lainnya juga tegak". Bahkan , Imam Ahmad bin Hanbal berdo'a agar diwafatkan di atas Sunnah: "Ya Allah, wafatkanlah kami di atas Islam dan Sunnah". Sesungguhnya, derajat seorang Muslim tidak diukur dari banyaknya harta yang dikumpulkan dan keelokan parasnya. Akan tetapi , derajat seorang muslim diukur dari seberapa besar ia mengikuti Rasulullah.

CLICK HERE!

Palestin Kami Datang!


Penulis : Fatimah Syarha Mohd Noordin & Dr. Farhan Hadi Mohd. Taib

Harga : RM17.00

Wosh!!! Otak bersemburan keluar. Bertaburan di lantai. Seorang relawan Turki, Chevdet yang sedang merakam foto ditembak tepat di dahi di antara dua kening. Tembus ke belakang. Banyak lagi episod-episod ngeri di atas kapal Mavi Marmara ketika serangan Zionis ke atas kapal itu. Novel ini merakamkan semula peristiwa berdarah 31 Mei 2010 untuk menjadi tatapan generasi kini dan akan datang. Menjadi sejarah. Peristiwa ini begitu penting kerana ia meniup kencang gelombang kebangkitan seluruh dunia, bangun membantu Palestin, menerobos tembok kematian!

CLICK HERE!

Can't find what are you looking for? Try Google search!

Google