YABADABADOO ADVERTISEMENT

[Yabadaba-doo Advertisement] - The new Marketplace of Malaysia. - Free Post Ads all around Malaysia & WorldWide

Tuesday, March 21, 2006

MANIFESTASI...( ii )

Machiavellianisme : Machiavellianisme mengikut Academic Press Dictionary of Science and Technology bermaksud 'perangai yang cenderung melakukan tipu daya dan putar belit demi mencapai cita-cita dan kehendak peribadi'.
Ia diasakan oleh seorang pemikir dari Florence,Itali yang bernama Niccolo Machiavellianisme (1469 - 1527).Beliau hidup pada zaman kebangkitan Barat atau Renaissance dan menjadi terkenal melalui bukunya The Prince yang ditulis pada tahun 1532.Buku itu secara dasarnya menekankan kehalalan seseorang pemerintah menggunanakan sebarang cara bagi mengekalkan kuasanya.Akhirnya Machiavellianisme menjadi suatu sistem nilai yang dihayati oleh masyarakat berasaskan konsep ;niat membersihkan cara' ataupun the end justifies the means.Sistem nilai ini memberi keutamaan kepada kehendak diri dan hawa nafsu dan sedikit pun tidak mementingkan landasan agama.Mengikut konsep ini,berpolitik secara licik dan zalim demi mengekalkan kuasa adalah halal dan demikian juga dalam aspek yang lain.Machiavellianisme amat bercanggah dengan islam kerana islam menekankan kesucian niat dan cara dalam setiap amalan.Allah berfirman :
"Bahkan sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah di samping melakukan kebaikan baginya ganjaran daripada sisi Tuhannya,tidak ada ketakutan ke atasnya dan dia tidak akan berdukacita."(Surah al-Baqarah ayat 112).

Wednesday, March 15, 2006

MANIFESTASI...( i )


Manifestasi jahiliah pada hari ini wujud dalam setiap bidang kehidupan manusia.Faktor kritikal yang menyebabkan jahiliah ini terus hidup dan berkembang adalah meledaknya isme dan falsafah hidup sesat yang mebdasari acuan pemikiran dan nilai hidup masyarakat pada hari ini.Antara isme yang banyak mempengaruhi manusia moden ilah teori Darwin dan konsep Machiavellianisme.

DARWINISME : Dasar-dasar Teori Evolusi diasaskan oleh seorang pakar biologi dari England yang bernama Charles Robert Darwin ( 1809 – 1882).Beliau mengutarakan pendapatnya melalui buku yang bertajuk The Origin Of Species by Means of Natural Selection pada tahun 1859.Darwin menegaskan,kesemua makhluk yang hidup sama ada manusia ataupun haiwan berasal daripada keturunan yang sama.Keturunan yang awal ini kemudianya berubah daripada satu tahap ke tahap yang lain demi menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran yang sentiasa berubah.Hasil daripada perubahan-perubahan itu yang memakan masa jutaan tahun,akhirnya lahirlah makhluk yang kompleks yang bernama manusia.

Jika teori ini benar kita pasti menemui banyak makhluk-makhluk pertengahan yang separuh binatang separuh manusia,separuh binatang laut dan separuh binantang darat,separuh burung dan separuh haiwan biasa kerana teori evolusi menuntut wujudnya makhluk seumpama itu sebagai bukti kebenarnya.Namun hingga hari ini mahkluk seumpama itu tidak ditemui sehingga pada suatu ketika Darwin sendiri meragui teorinya.Dalam bukunya The Origin of Species beliau berkata:”Jika makhluk- makhluk berubah daripada satu spesies pertengahan itu teratur (transitional forms) ? Mengapa kehidupan ini wujud dalam keadaan teratur dan tidak kelam kabut? Mengapa mahkluk penghubung antara satu sama lain tidak wujud? Perkara inilah yang memeningkan kepalaku selama ini!”
Bagi membuktikan kewujudan spesies pertengahan ini,penipuan dilakukan oleh pakar-pakar sains tertentu.Sebagai contoh,50 tahun dahulu pakar-pakar sains dalam bidang evolusi menggemparkan dunia dengan penemuan sejenis ikan jenis Coelacanth yang dikatakan telah hidup 410 juta tahun dahulu dan tidak wujud lagi pada hari ini.Bagi mereka ikan ini adalah bukti wujudnya spesies pertengahan berbentuk separuh ikan dan separuh haiwan darat kerana ia mempunyai paru-paru,otak,system penghadaman dan juga system yang membolehkannya berjalan di darat.Namun pada 22 Disember 1938 ikan jenis yang sama ditemui di Laut India di ikuti dengan 200 penemuan yang lain dalam jangka masa beberapa tahun sahaja.Hari ini tokoh-tokoh sains mengesahkan ikan Coelacanth adalah sejenis ikan asli yang tidak ada berkaitan sama sekali dengan spesies pertengahan yang disebutkan oleh pakar-pakar evolusi.Majalah Bilim ve teknik mendedahkan,dakwaan bahawa ikan Coelacanth mempunyai otak,paru-paru dan sebagainya sebenarnya adalah suatu pembohongan yang tidak bertanggungjawab.

Begitu juga dengan penemuan tulang rahang dan tempurung otak Piltdown Man yang dikatakan daripada spesies pertengahan anatara binatang dengan manusia.Tulang ini ditemui di Piltdown,England pada tahun 1912 oleh Charles Dawson.Selepas beberapa ujian dilakukan ke atasnya,akhirnya apada tahun 1953 di dedahkan bahawa tulang rahang itu diambil daripada seekor orang hutan yang baru meninggal dunia dan tempurung otaknya ialah tempurung otak manusia yang sebenar.

Kesimpulanya teori Darwin menafikan kewujudan Tuhan,Kuasa penetu dalam proses evolusi ialah natural selection atau ‘kuasa semulajadi’.Jesteru itu pengasas teori komunisme,Karl Max mengagumi Charles Darwin sehinggakan dalam bukunya Das Kapital beliau menganggap dirinya sebagai pengikut setia Charles Darwin.

Namun jelas sekali islam menentang semua teori yang mengingkari kewujudan kuasa Tuhan.Tambahan daripada itu Nabi SAW bersabda:” Manusia berasal daripada Adam dan Adam berasal dari tanah.”(Riwayat Termizi dan Abu Daud)

Tuesday, March 07, 2006

Dinamisme islam mengagumkan...

Ketika umat islam menghayati konsep persamaan dan ke universalan yang unggul ini,masyarakat dunia secara umumnya berada dalam kegelapan yang nyata.Di India,sebagai contoh ajaran agama Hindu melahirkan sistem kasta yang membahagikan manusia kepada Brahman(golongan sami dan ilmuwan),Kshatiya(golongan pentadbir dan pahlawan),Vaisya(golongan seni dan saudagar) serta golongan Sudras(golongan pekerja dan buruh).Manusia daripada kasta yang berbeza tidak boleh berkahwin antara satu sama lain.Lebih daripada itu,mereka yang berada pada kasta terendah,teruamanya golongan Paria dianggap kotor dan keji.Kerajaan India terpaksa mengharamkan sistem kasta ini pada tahun 1949 bagi menghindarkan kesan buruknya kepada masyarakat.
Di Amerika,hingga ke penghujung abad ke 19,golongan kulit hitam masih belum mendapat hak asasi mereka.Sebagai contoh,dalam kes mahkamah Plessy v.Ferguson pada tahun 1896,mahkamah membenarkan pembinaan kemudahan awam yang berbeza diantara golongan kulit hitam dengan kulit putih.Keadaan adalah lebih teruk di Afrika Selatan yang mengamalkan dasar apartheid sejak tahun 1948.Dasar ini mengagungkan golongan kulit putih berbanding kulit hitam walaupun peratus golongan kulit putih di Afrika Selatan hanyalah 13% berbanding kaum yang lain.Dasar ini mula diubah pada tahun 1991 dan perubahan ini hanya terlaksana secara rasminya pada tahun 1994 apabila Nelson Mandela dilantik menjadi Presiden Afrika Selatan.
Dunia moden hanya mengesahkan kepentingan hak asasi manusia secara tegas pada tahun 1948 melalui Deklarasi Bangsa-bangsa Bersatu.Dalam Encarta Encyclopedia disebutkan,'misi pertubuhan Amnesty International adalah berasaskan Deklarasi Hak Asasi Manusia yang diistiyharkan pada tahun 1948 oleh Bangsa-bangsa Bersatu.Doktrin ini mengiktiraf hak asasi manusia tanpa mengira bangsa,warna kulit,jantina,bahasa,agama,pegangan politik,asal usul dan keturunan seseorang.'
Konsep islam yang universal ini diperkukuhkan lagi melalui dinamisme yang terdapat dalam syariat islam.Syariat islam secara dasarnya sesuai ditegakkan dimana-mana sahaja kerana ia mengambil kira keperluan dan kebaikan manusia secara amnya disamping mempunyai fleksibiliti disesuaikan mengikut tempat dan keadaan.Lima maslahat asasi yang dikenali maslahat daruriyat yang dipelihara oleh syariat islam ialah agama,nyawa,akal,keturunan dan harta benda.Kesejahteraan kelima-lima aspek ini memang diperlukan oleh kesemua manusia dimana sahaja mereka berada.Disamping itu,syariat islam juga mempunyai kaedah-kaedah tertentu yang dapat diaplikasikan pada suasana dan keadaan yang berbeza,dinaungi oleh prinsip-prinsip yang sejahtera.Salah satu kaedah itu ialah:
"Perubahan fatwa dan perbezaan pendapat mengenainya boleh berlaku disebabkan oleh perubahan zaman,tempat,suasana,niat dan adat."
Dengan dinamisme ini,hukum hakam islam sesuai ditegakkan di mana-mana sahaja.Antara tokoh yang mengagumi dinamisme islam ialah George Bernard Shaw,seorang pemikir agung dari Barat.Beliau pernah berkata seperti yang disebutkan dalam The Genuine Islam,"Saya memandang tinggi agama yang dibawa Muhammad kerana dinamisme yang terdapat didalamnya.Bagi saya,(islam) adalah satu-satunya agama yang mampu hidup dalam setiap suasana dan hal ini menjadikanya menarik pada setiap zaman."

Monday, March 06, 2006

Islam universal.

Sejarah Islam membuktikan umat islam sebelum ini menghayati konsep keuniversalan dan persamaan ini secara yang amat mengagumkan.Pada zaman khalifah Omar al-Khattab,empayar islam menjadi begitu luas dan antara negara yang berjaya ditakluki oleh umat islam ialah Mesir.Sebelum itu Mesir dikuasai oleh empayar Rom.Salah satu benteng yang kuat di Mesir yang terpaksa ditakluki oleh tentera-tentera islam ialah Benteng Babilon di kota Memphis.Pada peringkat awalnya,tentera-tentera islam terpaksa mengepung benteng ini selama beberapa bulan sehingga pihak Rom menjadi lemah.Akhirnya pihak penguasa tempatan menghantar beberapa orang wakil supaya berbincang dengan penglima tentera islam.Wakil-wakil ini tinggal di dalam markas tentera islam selama lebih kurang dua hari dan apa yang sempat mereka saksikan ketika itu amat mengejutkan dan mengagumkan mereka.Selepas mereka kembali semula ke benteng Babilon,mereka melaporkan kepada pihak atasan pengalaman mereka bersama dengan tentera islam.Mereka berkata,"Kami melihat satu kaum yang cintakan mati.Sifat ramah mereka mengatasi keangkuhan mereka.Mereka duduk bersila di atas tanah dan pihak atasan tidak berbeza dengan golongan bawahan dalam pergaulan.Tidak ada perbezaan antara golongan mulia dan hina begitu juga antara tuan dan hamba sahaya dikalangan mereka.Apabila tiba masa menyembah Tuhan,tidak ada seorang pun yang tidak melaksanakanya.Mereka membasuh anggota tubuh mereka dengan air dan sangat tekun ketika mengerjakan sembahyang."
Sebagai tindakan susulan,Panglima Besar Amru ibn 'As memilih sepuluh orang wakil yang diketuai oleh Ubadah bin Samit supaya berbincang dengan pihak musuh.Ubadah bin Samit adalah seorang sahabat dari Habsyah yang berkulit hitam.Pemilihan seseorang yang berkulit hitam sebagai ketua delegasi tentera islam mengejutkan pihak musuh dan mereka pada mulanya enggan berbincang dengan beliau.Ketika itu,bangunlah seorang delegasi daripada pihak tentera islam dan beliau menegaskan,"Tokoh kulit hitam ini adalah tokoh kami.Beliau adalah seorang yang mulia dikalangan kami.Jesteru beliau telah di pilih supaya mengetuai delegasi ini oleh Panglima Besar kami.Kami menghormati ilmu dan buah fikiranya dan apa yang dikatakanya adalah pendirian kami semua."
Nyata sekali islam tidak membeza-bezakan umatnya kerana islam adalah pegangan cara hidup yang sejahtera dan harmoni.

Wednesday, March 01, 2006

TAMADUN BANGSA MELAYU DIBINA MENGIKUT ACUAN SENDIRI.

Oleh Dr Ratna Roshida Abd Razak

APABILA kita membicarakan mengenai kedudukan bahasa Melayu, adakah memadai peranannya hanya sebagai bahasa rasmi atau bahasa kebangsaan saja, tidak sebagai alat pembangunan atau kemajuan negara dalam sektor ekonomi dan perusahaan?
Persoalan ini sepatutnya diberi perhatian serius. Jika kita sebagai bangsa Melayu yang mewarisi bahasa Melayu tidak memelihara aset budaya penting ini, lama kelamaan bahasa itu akan hilang kehebatannya. Bahasa mempunyai kaitan rapat dengan budaya, sekali gus dengan daya kreativiti sesuatu bangsa. Dalam setiap bahasa terkandung nilai budaya watan penutur bahasa itu. Sejarah perkembangan Islam pada Alam Melayu tidak boleh dipisahkan daripada peranan bahasa Melayu. Bahasa Melayu bukan saja menjadi bahasa tulisan untuk kitab besar dan kesusasteraan, malah menjadi penghantar komunikasi perkembangan Alam Melayu.Pendakwah berdagang menggunakan bahasa Melayu sebagai wadah komunikasi di rantau itu. Berdasarkan perkembangan bahasa Melayu yang hebat itulah, dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.Sedar atau tidak, bangsa Melayu hari ini lebih mementingkan bahasa Inggeris sebagai alat kemajuan. Pada anggapan kita inilah bahasa kemajuan pada era globalisasi ini. Mungkin ada yang berhujah bahasa Inggeris sebagai bahasa global, jadi sesuailah ia digunakan oleh peniaga supaya Malaysia akan ‘berwajah global’ dan dapat menarik pelaburan asing. Ini suatu pandangan yang lemah dan sukar untuk diterima. Sebahagian daripada kita juga berpandangan bahasa Melayu tidak dapat menyediakan bahan rujukan yang banyak, terutama dalam bidang Sains dan Teknologi yang menjadi bidang terpenting untuk membangunkan negara. Alasan ini sebenarnya tidak berasas. Kita boleh menyingkap kegemilangan Tamadun Islam dalam bidang penguasaan ilmu yang berpusat di Baghdad, terutama dengan penubuhan Baitul Hikmah yang menjadi perpustakaan dan pusat terjemahan. Zaman awalnya iaitu sekitar 750M-900M, ialah zaman penterjemahan apabila ilmu pengetahuan yang didapati dari tamadun luar seperti Yunani, India dan China diterjemahkan terlebih dulu ke dalam bahasa Arab, sebelum ilmu itu disebarkan kepada masyarakat Arab ketika itu. Zaman berikutnya dikenali sebagai zaman keemasan sekitar 990M-1100M, apabila mereka terus mengkaji, mendalami dan memperkembangkan ilmu yang didapati. Metodologi sama digunakan bangsa Jepun dan Jerman untuk membentuk tamadun bangsa. Bidang terjemahan terus diperhebatkan dan bahasa terus diperkasakan. Namun, perkara ini tidak ketara di Malaysia. Punca masalahnya ialah kerana sejak awal lagi kita memberi nilai rendah pada bahasa Melayu. Kita tidak ada keyakinan dan tidak percaya keupayaan bahasa Melayu lantaran kejahilan kita.Fenomena inilah yang mengheret kita untuk terus melihat kehebatan hanya ada dalam bahasa Inggeris dan tidak dalam bahasa Melayu. Secara sedar atau tidak, kita sendiri yang memisah dan meminggirkan bahasa Melayu. Kali ini bukan melalui bentuk penjajahan tetapi melalui perkembangan ilmu, ekonomi dan desakan teknologi global yang dikatakan tidak dapat dielakkan dan menerusi dasar yang sering berubah.Jika diperhatikan bangsa yang tidak menganggap bahasa Inggeris penting untuk kemajuan negara atau penduduknya, kebanyakannya adalah bangsa yang tidak pernah dijajah oleh kuasa asing seperti Jepun, Jerman, Perancis dan Taiwan. Perlu diingatkan bahawa ini bukanlah bererti mereka menolak kepentingan bahasa Inggeris, tetapi bagi mereka bahasa Inggeris penting hanya sebagai bahasa perhubungan antarabangsa, tidak sebagai bahasa budaya bangsa atau bahasa untuk pembangunan atau kemajuan dalam negeri. Bagi mereka tamadun bangsa perlu didirikan di atas acuan dan identiti sendiri, bukannya meminjam hak orang lain. Kesimpulannya, kita perlu sedar bahawa kelestarian dan kehebatan bahasa Melayu terletak sepenuhnya di tangan kita sebagai umat Melayu yang berada di bawah kepemimpinan Melayu. Orang Melayu seharusnya mempunyai perasaan atau emosi yang kuat terhadap hak, budaya dan bahasa mereka. Selagi perasaan bangga dan hebat dengan bahasa yang dimiliki tidak ada dalam setiap individu Melayu, selagi itulah bahasa itu tidak dirasa kehebatan dan ketinggiannya.
Oleh Dr Ratna Roshida Abd Razak (Pensyarah Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang)

Can't find what are you looking for? Try Google search!

Google