YABADABADOO ADVERTISEMENT

[Yabadaba-doo Advertisement] - The new Marketplace of Malaysia. - Free Post Ads all around Malaysia & WorldWide

Tuesday, January 24, 2006

meow...meow...meow...

meow! meow! meow!
salakan mu membingitkan ku,
meow! meow! meow!
terliuk-liuk kepala mu dikaki ku,
minta dimanja.
"nah,menganggu saja"
kau melayang bagai kertas.
seketika,kau kembali.
minta dikasihani,
aku berang,kali ini hayunan amarah amat sangat.
tubuhmu terhempas ke dinding,"mampus kau"dengus ku.
seketika kau datang lagi,
meow! meow! meow!
suara mu sedikit kesayuan,
minta,minta disayangi.
sedih hadir.
kau setia walaupun layanan sebaliknya,
kau disini walaupun dibenci,
nyata,Tuhan menjadikan mu peneman manusia,
peneman hati.

Wednesday, January 18, 2006

YANG TERNAMA DAN TERPOPULAR.

Yang ternama dan terpopular,
izinkan aku menulis,
menulis tentang apa sahaja,
tentang apa-apa yang bermain-main,
tentang apa yang bergelut di otak fikirku.

Yang ternama dan terpopular,
jangan disergah kencingku di kaki lima,
nanti rosak pundi-pundi ku,
nanti bertaburan najis-najis ku.

Yang ternama dan terpopular,
biarku dengan corak lukisan ku,
biarmu dengan corak warna mu,
mana mungkin kita bergelut,
kerana aku adalah aku,
kamu adalah kamu.

Yang ternama dan terpopular,
berikanku sedikit ruang,
ruang yang pernah membuka jalanmu,
menjadi yang ternama dan terpopular,
menjadi yang berjaya lagi berjasa.

Yang ternama lagi terpopular,
pintaku satu dalam seribu,
bantuku dengan ilmu mu,
kapan nanti kita dapat duduk bersama,
bergaya seperti yang ternama dan terpopular.

Tuesday, January 17, 2006

Bunga.

i
Bunga itu,
cantik,harum baunya.
Kembang kelopak mekar,
kulihat,kucium harumnya.

ii.
Bunga itu,
masih cantik,
harum sedikit pudar,
barangkali selalu berjemur.
kelopak seakan layu,
namun masih puas kulihat dan kucium baunya.

iii.
Bunga itu,
layu,hilang serinya.
lenyap sudah keayuanya,
lenyap juga keharumanya,
nyata bunga itu dibatasi,
hanya aku memandang,
bunga itu layu.

Bumi anbiya menangis lagi.

Kabus-kabus mendinginkan kehangatan,
menyamankan seketika tidur mereka,
mengasyikan jiwa dalam kedamaian yang barang sekejap.
mimpi-mimpi mereka sering kali memilukan,
wajah-wajah penderitaan menghiasi setiap babak,
sujud syukur jika mimpi itu mengasyikan.

Kabus-kabus menlenyapkan kedinginan,
kehangatan bahang semakin terasa,
bumi mereka subur dengan batas-batas peluru,bangkai-bangkai kereta perisai,
senjata, tidak ketinggalan jasad-jasad tidak bernyawa.
berbuih sudah mulut mereka meminta,
berair mata mereka bercerita,hanya mata-mata simpati tanpa suara memerhati dan terus memerhati,
episod demi episod,
tanpa mahu sesekali memahami.

Kehangatan matahari kini bersulam trajedi,
mimpi-mimpi kini jadi realiti,
giliran siapa yang akan mati?
peluru-peluru menembusi kereta,dinding,tembok dan dan tubuh sikecil tadi,
diam,kaku,sejuk tubuh sikecil tadi,
remuk hati si ibu,sebentar tadi ku usap ubun-ubun rambutnya,
kukucup pipi gebunya berkali-kali.
bagai mengerti maksud illahi,
sikecil mendakap ibunya bagai tidak berjumpa lagi,lama sikecil begini,
sebelum bermain menanti mati.

Bumi anbiya menangis lagi,
bumi anbiya akan terus begini,
ibu ayah meratapi,
abang,kakak, dan adik mendendami,
janji Tuhan terus dinanti,
janji Tuhan itu hakiki,
mereka ini akan diadili.

Monday, January 16, 2006

Cerita dari sebuah asrama...

Disini terdapat satu kisah bagaimana iblis dan syaitan menggoda umat Islam supaya meninggalkan sembahyang.Kisah ini berlaku disebuah asrama di suatu daerah.Para pelajarnya datang menuntut ilmu,dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh.Mereka rajin menunaikan sembahyang secara berjemaah serta rajin ke masjid mendengar kuliah agama.Tidak cukup dengan itu,setiap daripada mereka saling ingat mengingati antara satu sama lain.Siapa yang lemah akan dikuatkan dan siapa yang kuat akan dibantu supaya menjadi lebih kuat.Pada suatu hari Jumaat,seperti biasa mereka bersiap-siap menuju ke rumah Allah bagi menunaikan solat Jumaat.

Pada hari itu sekitar jam 11.00 pagi,datang beberapa orang wanita.Kedatangan mereka disambut dengan baik.Mereka berbual-bual dan berkenal-kenalan antara satu sama lain.Waktu berlalu dengan begitu cepat.Jam sudah menunjukkan waktu sembahyang sudah hampir,sudah pukul 1.00 tengah hari.Tetamu yang berkunjung diminta berehat,kerana pemuda-pemuda itu ingin ke masjid.Namun,kerana merasa kurang selesa tetamu mereka memohon pulang.

Hari berlalu seperti biasa.Kedatangan tetamu ke asrama pemuda yang taat beribadat itu tidak membawa pengaruh apa-apa.Namun begitu,keadaan itu tidak bertahan lama.Hari Jumaat yang berikutnya,wanita-wanita itu datang lagi.Suasana pada hari Jumaat sebelumnya berbeza dengan Jumaat hari ini.Tetamu wanita yang sebenarnya sudah dilupai datang semula.Mereka datang pada waktu yang berbeza dengan hari sebelumnya.Kali ini mereka datang pada pukul 12.00 tengah hari.Kedatangan mereka diterima tanpa sebarang syak wasangka.Tepat jam 12.30 tengah hari,tetamu dipohon supaya berehat kerana pemuda-pemuda ini ingin ke masjid.Tetamu wanita terus memohon diri.

Pada Jumaat seterusnya,tetamu wanita ini datang lagi.Kali ini mereka datang pada waktu yang lebih lewat,12.30 tengah hari.Mereka seperti biasa,disambut dengan tangan terbuka.Mereka berbual-bual sehingga akhirnya para pemuda ini sedar mereka sudah terlewat untuk ke masjid.Masing-masing bergegas menuju ke masjid.Sebaik sahaja mereka tiba di masjid,Khatib sudah pun membaca khutbah ke dua.Namun,mereka masih sempat menunaikan sembahyang.

Masa terus berlalu.Jumaat berikutnya menyusul.Tetamu wanita itu datang lagi.Tetapi kali ini betul-betul tepat jam 1.00 tengah hari.Namun,tetamu ini masih dipersilakan masuk.Mereka berbual dengan asyiknya.Semua yang dibual menjadi indah sehingga para pemuda ini lupa segala-galanya.Pemuda-pemuda ini sudah terperangkap dengan rayuan syaitan yang menyesatkan.Kali ini mereka benar-benar sudah terlewat kerana semua orang sudah selesai menunaikan sembahyang Jumaat.Mereka berasa malu.Tetamu dikutuk kerana menjadi punca mereka terlewat.Oleh sebab tidak ada yang memberikan ingatan,mereka terlalai kembali.Kali ini syaitan dan iblis mendapat kemenangan kerana berjaya juga melalaikan para pemuda yang sebelum ini taat beribadah kepada Tuhan.

Kisah ini biasa berlaku dalam masyarakat kita.Syaitan menggunakan pelbagai cara bagi memastikan kita lupa dan malas untuk menunaikan sembahyang.Apabila sembahyang sudah dilupakan,segala gangguan lain akan mudah ditiup ke dalam jiwa manusia.Oleh itu,kita hendaklah berusaha dan berdoa supaya kita tidak mudah terpengaruh dengan ajakan syaitan dan iblis yang menyesatkan.

Belajar daripada alam...

Manusia perlu belajar daripada alam sekeliling.Mereka sering melihat anai-anai dan semut bekerja membuat sarang.Saiz makhluk ini kecil.Walaubagaimanapun berkat bersatu padu mereka dapat membina sarang yang sungguh cantik dalam masa yang singkat.

Cuba pula kita lihat burung.Seekor burung yang membela anak-anaknya tidak membawa pulang beberapa ekor belalang sekali gus untuk diberikan kepada anak-anaknya serentak.Dari sini kita dapat ketahui bahawa burung juga mengajar anaknya mengikut fitrah kehidupan.Seorang anak ditentukan pengajaran oleh ibubapanya.Jika ibubapa hanya menurut sahaja kemahuan si anak,nescaya si anak akan binasa apabila dewasa kelak.

Hadis muslim...

Nabi Muhammad pernah berkata,"Sesungguhnya Dajal itu akan keluar bersama-sama air dan api.Adapun yang dilihat oleh orang ramai sebagai air,sebenarnya ia adalah api yang membakar.Dan yang dilihat oleh orang ramai sebagai api,ia sebenarnya adalah air yang sejuk lagi tawar."

Ternyata,fitnah Dajal lahir dicelah-celah manusia yang keliru antara kebenaran dan kebatilan.Yang batil dipertontonkan sebagai benar dan yang benar dipertontonkan sebagai batil.Fitnah Dajal berada dimana-mana terutama hidup pada akhir zaman ini.Justeru itu,dengan membaca surah ini,mudah-mudahan kita diawasi oleh tuhan daripada fitnah Dajal.

aku...

aku berjalan di pantai
membenam setiap langkah ke pasir
merungkai setiap perasaan diri

dalam usia meniti
perasaan malu menyempit diri
harga diri masih belum ditebus

aku tatap riak-riak laut
seakan mencerminkan kedukaan
betapa besarnya kuasamu Al-Khaaliq
tuhan kejadian alam.

Baitul Maqdis menjadi rebutan...

Baitul Maqdis mjadi rebutan 3 buah agama iaitu islam,kristian dan yahudi kerana masing2 mpunyai nilai2 sentimental dan nilai kudus pd kota tsebut.

Bg YAHUDI - mdakwa tuhan Yahweh telah mjanjikn kota itu dan mjd temp bakal munculnya Messiah pd akhir zaman(nabi isa bg umat islam)

Bg KRISTIAN - tempat klahiran Jesus(Nabi Isa A.S) dan mnurut aqidah mrk Jesus telah dsalib d situ.

Bg ISLAM - kota suci bg umat islam kerana disanalah temp klahiran para nabi sblm Muhammad S.A.W dilahirkn,hidup mahupun disemadikn.
- Slain itu,kota tsebut mrupakn kota bg Masjid Al-Aqsa yg mrupakn
temp Nabi Muhammad S.A.W telah di Isra'kn dan dr sana jugalah
baginda di Mi'rajkn ke langit.
- temp itu juga mrupakn kiblat pertama dan juga terletaknya masjid
ketiga suci bg umat islam iaitu Masjid Al-Aqsa.
- kota suci itu juga mrupakn tanah wakaf bg kaum muslimin dan
disana jugalah bakal brlakunya peristiwa akhir zaman.

SEKADAR BERBAHASA..

HUJAN.

Titik memenuhi cermin,
kukilas,
hilang,
titik kembali memenuhi cermin,
kukilas lagi,hilang lagi,
titik semakin banyak memenuhi cermin,
kali ini kukilas dengan pantas,
titik hilang sesaat sebelum muncul semula,
kali ini dengan lebih agresif,
kilasan tahap tertinggi,
titik bertukar rupa,
bagai air dicurah-curah,
kali ini kilasan aku tidak upaya,
hanya sekadar menepis-nepis,
titik itu kecil,
keupayaanya disatukan,
nyata beskala besar.


USIA.

Sungai usia hampir penuh,
menengelamkan hampir semua serita,
cerita duka,
cerita gembira,
dari sungai itu aku mendengar,melihat dan melakonkanya,
dibantu pendengar,penonoton dan pelakon yang lain,
watakku kian hambar,
muncul pula hero baru,
gagah,tampan namun sedikit kebaratan,
ceritaku hampir dipenghujung,
giliran hero seterusnya,
tampak agak kejahilan,
adegan sumbang seperti kebiasaan,
mungkin tajuk saja sama,
jalan cerita mengikut semasa,
lebih kebaratan dari ketimuran,
lambang kemajuan yang disalah ertikan,
penamat sisa zaman.


PERJUANGAN.

Agamaku takkan lenyap,
bangsaku takkan hilang,
sakinah dalam ketidaktentuan,
sunnah Rasulullah dalam kiasan kitabullah,
meluruskan jalan yang bengkok,
meratakan pendakian,
menyenangkan mereka yang mencari cahaya,
cahaya yang hilang dalam kecerahan,
itu mungkin aku,mungkin juga keluargaku,
mungkin sahabatku,mungkin juga saudara seagamaku,
sama-sama mengucap mu'ahadah,
dalam perjuangan hidup yang dijanjikan,
sebelum tirai dunia dilabuhkan.

KATA-KATA SESEORANG...

Dirimu umpama bunga,
Disiram dan dibaja,
Sekali sekala dibelai tanpa membatasinya,
Supaya mekar menawan sesiapa.

Harum sibunga amat mengoda,
Meruntun jiwa para pencinta,
Ada yang melihat saja,
Ada yang cuba mendapatkanya,
Jelas sibunga amat berharga,
Membuat pencinta gundah gelana.

Diriku ini pencinta,
Cuba setia pada sibunga,
Kapan nanti mungkin diterima,
Tidak mustahil dibuang saja,
Tuhan saja tempat kupinta,
Agar cita dan cintaku diterima.

bicara seseorang..

AKAL DAN BUDI.

Akal umpama kalbu,
melahir fikir,mendendang zikir,
itu dia akal budi.

Kalbu itu mudriqah,
manampan inderawi,
jernih menguatkan nafs al mutmainnah,
keruh berkelodak nafs al amarah.

Fikir tanpa zikir bagai hilang roh insani,
budi tanpa daya bagai kembang bunga tak jadi.


ALAM.

Laut berombak desakan angin,
angin beralun kerana halwa,
halwa membahang dek mentari,
cahaya memancar nikmat sekalian alam,
tidak berhenti berombak sebelum waktunya,
tidak berhenti baralun sebelum tempohnya,
tidak berhenti memancar sebelum saatnya,
hari-hari tetap berubah dan akan tetap berubah,
sampai akhir terhenti selamanya.


PENARI ZAMAN.

Bunga berakar wangi berkulit suci,
merendah hati dalam berbudi,
penuh asuhan siraman bonda,
penuh jagaan awasan ayahanda,
menyusur bumi jangan lupa mendongak langit,
pandang ke tanah tika menapak,
sahsiah tulen pemikat jiwa,
bukan dia penari zaman.


PENCINTA.

Inginku bina mahligai setia,
buat penghargaan yang bercinta,
biar ramai yang merasa,
kelazatan dalam bercinta.

Akanku ukir kata-kata cinta,
buat menghiasi ruang mahligai,
akanku hampar permaidani indah,
biar selesa ketika bercanda.

Kata-kata Mu dirindu,
kata-kata Mu disebut berkali-kali,
biar puas jiwa tercinta.

Kadang-kadang kesedihan menjengah,
terlalu gembira kesudian Mu menerima,
dulu aku lalai dalam mencintai Mu,
aku gagal mendalami maksud indah kata-kata Mu,
sering juga terlepas mendampingi Mu,
percintaan ini tiada berpenghujung,
percintaan ini yang Maha Agung,
syukuran alhamdulillah aku dikejutkan.

Sunday, January 15, 2006

Doa Muhammad...

Sebagai orang yg beriman,kita sentiasa meminta Tuhan memelihara kita.Bukan sekadar kita menjaga perintah Allah,malah kita berdoa supaya Tuhan tetap memelihara kita.Sebagai contoh,kita baca doa yang diajarkan oleh Muhammad seperti yang dilaporkan oleh Ibnu Umar, "Wahai Tuhanku,sesungguhnya aku meminta kepada mu sihat walafiat di dunia dan di akhirat.Wahai Tuhanku,sesungguhnya aku meminta kepadamu keampunan dan kesejahteraan buat agamaku dan duniaku,buat kaum keluargaku dan harta bendaku.Wahai Tuhanku,tutuplah keaibanku dan amankanlah kebimbanganku,peliharalah dari hadapanku dan belakangku,kanan dan kiriku dan dari sebelah atasku,aku berlindung pada kebesaranmu daripada dibinasakan dari bawahku."

Penyembah Anak Lembu

"Wahai bani Israel,ingatlah kamu akan nikmatku bagimu dan sesungguhnya aku pernah melebihkan kamu daripada kaum lain di alam ini."(surah Al-Baqarah ayat 122)

Sememangnya Tuhan melebih-lebihkan mereka dengan mengutuskan nabi-nagi yang terdiri daripada bangsa mereka sendiri.Bermula dengan Yaakub,kebanyakan nabi selepas itu terdiri daripada bangsa Yahudi.Kerana itu,mereka tidak mengakui Muhammad sebagai nabi.

Tuhan mengurniakan kebijaksanaan kepada mereka,Kerana itu,mereka dapat menguasai pelbagai akiviti di dunia hingga kini.Merekalah yang sebenarnya menentukan siapa presiden Amerika.Malah mereka menguasai ekonomi Amerika sendiri.Mereka menguasai ekonomi dunia dan kepelbagaian sistem ekonomi dunia.Sistem yang mereka cipta adalah sistem yang sedang digunapakai dalam dunia ekonomi dunia sekarang.Ertinya,mereka memang mempunyai kebijaksanaan duniawi yang hebat.Kerana itu,orang Yahudi menjadi bangsa yang angkuh dan sombong.Banyak kali al-Quran menceritakan keangkuhan mereka dan mengingatkan mereka supaya bersyukur dengan nikmat Tuhan.

Tuhan pernah menyelamatkan mereka daripada seksaan Firaun supaya mereka bersyukur kepadaNya.Sebaliknya mereka terus mengingkari ajaran Musa.Mereka sesat di tengah-tengah padang pasir,lalu Tuhan turunkan makanan manna dan salwa.Mereka tidak bersyukur,malah meminta Tuhan memberikan lebih banyak jenis makanan.

Sikap angkuh dan tidak puas hati seolah-olah menjadi tabiat turun temurun bangsa Yahudi.Mereka bangsa yang tidak boleh berpegang pada janji.Mereka sering mungkir janji.Mereka pernah berjanji kepada Musa mahu menyembah Tuhan,tetapi mereka menjadikan anak lembu sebagai sembahan.

Tuhan menyebut kisah ini dalam surah al-Baqarah ayat 51 yang bermaksud,"Dan ingatlah,ketika Kami berjanji kepada Musa,untuk memberi kitab Taurat kepadanya sesudah ia bersiap selama empat puluh malam.Kemudian,selepas Musa pergi,kamu menyembah patung anak lembu.Kamu sebenarnya orang-orang yang zalim kepada diri sendiri."

Bukan itu sahaja,bangsa Yahudi mendakwa mereka adalah anak-anak Tuhan.Mereka manusia yang terpilih.Bangsa lain tidak mempunyai apa-apa keistimewaan.Mereka angkuh dan sombong dengan orang lain yang mereka anggap bertaraf rendah.Sikap saling memandang rendah ini akhirnya menimbulkan polemik dengan orang Kristian zaman itu sehingga berlaku saling tuduh menuduh.Tuhan menceritakan sikap ini dalam surah al-Baqarah ayat 13,"Orang Yahudi berkata,"Orang Nasrani tidak punya apa-apa."Orang Nasrani pula menuduh orang Yahudi tidak ada apa-apa kedudukan di sisi Tuhan.Sedangkan kedua-duanya membaca kitab Tuhan."

Ternyata sikap angkuh,ego,sombong dan menentang ajaran agama yang sebenar menyebabkan bangsa Yahudi menjadi ancaman kepada Islam.Dalam kata lain,orang-orang Yahudi dan Kristian terus membuat pakatan menentang Islam.Bagi mereka agama Islam adalah satu ancaman.Kerana sikap mereka itu,Tuhan mengingatkan umat Islam mengenai sikap dan tingkah laku bangsa Yahudi dalam surah al-Baqarah ayat 120,"Orang-orang Yahudi dan Nasrani sekali-kali tidak akan reda sehingga kamu mahu mengikut jejak langkah mereka."

Ini bermakna,selagi seluruh manusia sama ada penganut Islam,Buddha,Hindu ataupun Toisme dan lain-lain tidak mengikut telunjuk orang-orang Yahudi dan Kristian,mereka akan terus menerus berusaha,berikhtiar supaya semua orang tunduk kepada cara dan kaedah mereka.

Yahudi dan Kristian mahu menjadi raja dunia.Mereka mahu menjadi polis dunia.Mereka mahu menjadi pakar perundangan dunia.Mereka mahu memastikan musuh-musuh mereka terus bercakaran dan bermusuh-musuhan.Mereka mencipta pelbagai kepercayaan dan ideologi lalu dipaksakan ke atas semua orang,termasuk umat Islam.Akhirnya,semua orang termasuk umat Islam keliru sesama mereka,maka berlakulah pertarungan yang tak berkesudahan.

Bangsa Yahudi inilah yang menubuhkan negara haram Israel,di atas tapak negara Arab Islam.Akhirnya,mangsa yang sedang menderita ialah umat Islam Palestin,umat Islam di Iraq dan umat Islam Afghanistan.

Dr.Yussuf Al-Qardhawi bersyair...

"Aku nampak bunga api dalam sekam
Hampir-hampir menjadi unggun api
Apabila tidak ada yang bijak memadamnya
Maka bahan bakarnya bangkai dan arang
Sesungguhnya api membesar dengan bahan bakar
Dan perang dimulai dengan perkataan"

Komprehensif

Islam adalah agama yg lengkap dan sempurna.Setiap bidang dan aspek yg berkaitan dengan khidupan difokuskan oleh islam.Ia adalah agama kerohanian dan material,dunia dan akhirat,roh dan jasad,hidup dan mati,ibadah dan politik serta manusia dan alam.
Allah SWT berfirman:

"Pada hari ini Aku sempurnakan agamamu untuk kamu dan Aku sempurnakan nikmatKu ke atasmu dan Aku redai Islam menjadi agamamu"(Surah al-Maidah ayat 3)

Imam ibn Kathir dalam Tafsir al-Quran al-Azim berkata,"ini adalah nikmat yg paling agung yg dikurniakan Allah SWT kp umat ini.Apabila Allah menyempurnakan agama ini,umat Islam tidak memerlukan agama lain selain Islam dan mereka juga tidak memerlukan Nabi lain(selepas Nabi Muhammad).Tidak ada perkara yg halal melainkan apa yg dihalalkan oleh agama Islam dan tidak ada perkara yg haram melainkan yg diharamkan agama,tidak ada cara hidup lain melainkan yg berlandaskan syariat yg diturunkan Allah..."

Pada zaman Rasullullah SAW ada golongan yg terkejut apabila mendapat tahu baginda mendidik umat Islam berhubung setiap perkara termasuk cara membasuh najis.Abdul Rahman bin Yazid berkata:
Seorang lelaki bertanya kepada Salman al-Farisi,"Adakah Nabi kamu mengajar kamu setiap perkara termasuk yg berkaitan dengan adab membuang air besar?"Salman menjawab,"Benar,Baginda melarang kami menghadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil,melarang kami menggunakan tangan kanan ketika beristinjak(iaitu bersuci selepas buang air),melarang kami menggunakan kurang daripada 3biji batu ketika beristinjak dan melarang kami menggunakan najis dan tulang ketika beristinjak."(Riwayat Tirmizi-Hassan Sahih)

Friday, January 13, 2006

CERMIN DIRI.

CERMIN DIRI.

Pasti datang nanti,
insan,bibirnya basah dengan kalamullah,
namun hatinya tandus.

Pasti datang nanti,
insan,lagaknya dengan kalamullah,
namun sifatnya menghampakan Mu.

Pasti nanti,
insan itu,diawasi Malik.

Thursday, January 12, 2006

KEDUKAAN DUNIA.

Anak itu,
pantas berlari,
menahan kepedihan,
menahan kesakitan,
di panah si Azazil.

Ibu itu,
pantas mendapatkanya,
merawat luka nyata,
menenang jiwa si muda,
supaya kental perkasa.

Ibu curiga,
"Dimana pewira kedua?"
"Dimana dia?"
"Dimana?"
sayup dalam tangisan,
anak berbahasa,
"pewira tepat di panah Azazil,ibu".

SUATU PINJAMAN.

Kesihatanku,Tubuh Mu.
Pendengaranku,Telinga Mu.
Penglihatanku,Mata Mu.
Kepetahanku,Bicara Mu.
Perasaanku,Hati Mu.
Sentuhanku,Belai Mu.
Kudratku,Tenaga Mu.
Amalanku,Perintah Mu.
Hartaku,Pinjaman Mu.

Can't find what are you looking for? Try Google search!

Google