YABADABADOO ADVERTISEMENT

[Yabadaba-doo Advertisement] - The new Marketplace of Malaysia. - Free Post Ads all around Malaysia & WorldWide

Sunday, January 15, 2006

Komprehensif

Islam adalah agama yg lengkap dan sempurna.Setiap bidang dan aspek yg berkaitan dengan khidupan difokuskan oleh islam.Ia adalah agama kerohanian dan material,dunia dan akhirat,roh dan jasad,hidup dan mati,ibadah dan politik serta manusia dan alam.
Allah SWT berfirman:

"Pada hari ini Aku sempurnakan agamamu untuk kamu dan Aku sempurnakan nikmatKu ke atasmu dan Aku redai Islam menjadi agamamu"(Surah al-Maidah ayat 3)

Imam ibn Kathir dalam Tafsir al-Quran al-Azim berkata,"ini adalah nikmat yg paling agung yg dikurniakan Allah SWT kp umat ini.Apabila Allah menyempurnakan agama ini,umat Islam tidak memerlukan agama lain selain Islam dan mereka juga tidak memerlukan Nabi lain(selepas Nabi Muhammad).Tidak ada perkara yg halal melainkan apa yg dihalalkan oleh agama Islam dan tidak ada perkara yg haram melainkan yg diharamkan agama,tidak ada cara hidup lain melainkan yg berlandaskan syariat yg diturunkan Allah..."

Pada zaman Rasullullah SAW ada golongan yg terkejut apabila mendapat tahu baginda mendidik umat Islam berhubung setiap perkara termasuk cara membasuh najis.Abdul Rahman bin Yazid berkata:
Seorang lelaki bertanya kepada Salman al-Farisi,"Adakah Nabi kamu mengajar kamu setiap perkara termasuk yg berkaitan dengan adab membuang air besar?"Salman menjawab,"Benar,Baginda melarang kami menghadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil,melarang kami menggunakan tangan kanan ketika beristinjak(iaitu bersuci selepas buang air),melarang kami menggunakan kurang daripada 3biji batu ketika beristinjak dan melarang kami menggunakan najis dan tulang ketika beristinjak."(Riwayat Tirmizi-Hassan Sahih)

1 comment:

Anonymous said...

Yeahhh... menurut prinsip Islam pun, semua perintah, tanggungjawab dan bebanan adalah dibuat dan dilaksanakan mengikut keupayaan manusia... Allah tidak membebankan hambaNya melainkan dalam lingkungan kemampuan manusia. Ini ditegaskan oleh Allah S.W.T. dalam surah Al-Baqarah; ayat 280 yang bermaksud : "Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakan, dan juga menanggung dosa kejahatan apa yang diusahakannya."

Can't find what are you looking for? Try Google search!

Google