AKAL DAN BUDI.
Akal umpama kalbu,
melahir fikir,mendendang zikir,
itu dia akal budi.
Kalbu itu mudriqah,
manampan inderawi,
jernih menguatkan nafs al mutmainnah,
keruh berkelodak nafs al amarah.
Fikir tanpa zikir bagai hilang roh insani,
budi tanpa daya bagai kembang bunga tak jadi.
ALAM.
Laut berombak desakan angin,
angin beralun kerana halwa,
halwa membahang dek mentari,
cahaya memancar nikmat sekalian alam,
tidak berhenti berombak sebelum waktunya,
tidak berhenti baralun sebelum tempohnya,
tidak berhenti memancar sebelum saatnya,
hari-hari tetap berubah dan akan tetap berubah,
sampai akhir terhenti selamanya.
PENARI ZAMAN.
Bunga berakar wangi berkulit suci,
merendah hati dalam berbudi,
penuh asuhan siraman bonda,
penuh jagaan awasan ayahanda,
menyusur bumi jangan lupa mendongak langit,
pandang ke tanah tika menapak,
sahsiah tulen pemikat jiwa,
bukan dia penari zaman.
PENCINTA.
Inginku bina mahligai setia,
buat penghargaan yang bercinta,
biar ramai yang merasa,
kelazatan dalam bercinta.
Akanku ukir kata-kata cinta,
buat menghiasi ruang mahligai,
akanku hampar permaidani indah,
biar selesa ketika bercanda.
Kata-kata Mu dirindu,
kata-kata Mu disebut berkali-kali,
biar puas jiwa tercinta.
Kadang-kadang kesedihan menjengah,
terlalu gembira kesudian Mu menerima,
dulu aku lalai dalam mencintai Mu,
aku gagal mendalami maksud indah kata-kata Mu,
sering juga terlepas mendampingi Mu,
percintaan ini tiada berpenghujung,
percintaan ini yang Maha Agung,
syukuran alhamdulillah aku dikejutkan.
No comments:
Post a Comment