YABADABADOO ADVERTISEMENT

[Yabadaba-doo Advertisement] - The new Marketplace of Malaysia. - Free Post Ads all around Malaysia & WorldWide

Monday, March 06, 2006

Islam universal.

Sejarah Islam membuktikan umat islam sebelum ini menghayati konsep keuniversalan dan persamaan ini secara yang amat mengagumkan.Pada zaman khalifah Omar al-Khattab,empayar islam menjadi begitu luas dan antara negara yang berjaya ditakluki oleh umat islam ialah Mesir.Sebelum itu Mesir dikuasai oleh empayar Rom.Salah satu benteng yang kuat di Mesir yang terpaksa ditakluki oleh tentera-tentera islam ialah Benteng Babilon di kota Memphis.Pada peringkat awalnya,tentera-tentera islam terpaksa mengepung benteng ini selama beberapa bulan sehingga pihak Rom menjadi lemah.Akhirnya pihak penguasa tempatan menghantar beberapa orang wakil supaya berbincang dengan penglima tentera islam.Wakil-wakil ini tinggal di dalam markas tentera islam selama lebih kurang dua hari dan apa yang sempat mereka saksikan ketika itu amat mengejutkan dan mengagumkan mereka.Selepas mereka kembali semula ke benteng Babilon,mereka melaporkan kepada pihak atasan pengalaman mereka bersama dengan tentera islam.Mereka berkata,"Kami melihat satu kaum yang cintakan mati.Sifat ramah mereka mengatasi keangkuhan mereka.Mereka duduk bersila di atas tanah dan pihak atasan tidak berbeza dengan golongan bawahan dalam pergaulan.Tidak ada perbezaan antara golongan mulia dan hina begitu juga antara tuan dan hamba sahaya dikalangan mereka.Apabila tiba masa menyembah Tuhan,tidak ada seorang pun yang tidak melaksanakanya.Mereka membasuh anggota tubuh mereka dengan air dan sangat tekun ketika mengerjakan sembahyang."
Sebagai tindakan susulan,Panglima Besar Amru ibn 'As memilih sepuluh orang wakil yang diketuai oleh Ubadah bin Samit supaya berbincang dengan pihak musuh.Ubadah bin Samit adalah seorang sahabat dari Habsyah yang berkulit hitam.Pemilihan seseorang yang berkulit hitam sebagai ketua delegasi tentera islam mengejutkan pihak musuh dan mereka pada mulanya enggan berbincang dengan beliau.Ketika itu,bangunlah seorang delegasi daripada pihak tentera islam dan beliau menegaskan,"Tokoh kulit hitam ini adalah tokoh kami.Beliau adalah seorang yang mulia dikalangan kami.Jesteru beliau telah di pilih supaya mengetuai delegasi ini oleh Panglima Besar kami.Kami menghormati ilmu dan buah fikiranya dan apa yang dikatakanya adalah pendirian kami semua."
Nyata sekali islam tidak membeza-bezakan umatnya kerana islam adalah pegangan cara hidup yang sejahtera dan harmoni.

No comments:

Can't find what are you looking for? Try Google search!

Google