YABADABADOO ADVERTISEMENT

[Yabadaba-doo Advertisement] - The new Marketplace of Malaysia. - Free Post Ads all around Malaysia & WorldWide

Sunday, July 16, 2006

31% pelajar IPTA sanggup terima rasuah???

(Bernama) -- Kira-kira 31 peratus pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) menyatakan kesanggupan untuk menerima rasuah sekiranya mereka mempunyai kuasa dan peluang, kata Presiden Institut Integriti Malaysia (IIM) Datuk Dr Sulaiman Mahbob.Beliau berkata maklumat itu diperolehi berdasarkan satu kajian persepsi awam terhadap rasuah di negara ini yang dibuat pada tahun 2002 di kalangan mahasiswa IPTA."Ini amat membimbangkan," katanya semasa membentangkan kemajuan pelaksanaan dan perancangan Pelan Integriti Nasional di sini sempena lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ke IIM.Turut serta dalam lawatan itu ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, menteri-menteri, timbalan-timbalan menteri dan anggota pentadbiran yang lain, serta wakil daripada pelbagai sektor termasuk dunia hiburan.Selain itu, Dr Sulaiman turut mendedahkan sebahagian besar aduan mengenai rasuah diterima membabitkan kumpulan penguatkuasa iaitu polis, kastam, penguatkuasa daripada pihak berkuasa tempatan, dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.Beliau juga memberitahu pemberita yang hanya 31 peratus kakitangan kerajaan bersedia untuk membuat laporan mengenai kegiatan rasuah.Bagaimanapun, secara keseluruhan kajian itu menunjukkan 85.1 peratus responden tidak ada pengalaman sama ada memberi mahupun menerima rasuah, manakala 87 peratus lagi tidak bersetuju menggunakan rasuah untuk memudah atau mendapatkan sesuatu, katanya.Beliau berkata, 82 peratus responden juga menyatakan kesediaan untuk menjadi pemberi maklumat kepada Badan Pencegah Rasuah, manakala 81 peratus bersedia menjadi saksi di mahkamah.Mengulas mengenai sambutan yang diberi oleh pelbagai sektor terhadap seminar anjuran IIM mengenai pelan Integriti Nasional, Dr Sulaiman berkata sambutan di kalangan sektor swasta tidak memuaskan."Jika kita jemput 100 orang, yang datang hanyalah dalam 30 orang. Jadi kita mengharapkan kerjasama yang lebih baik daripada sektor swasta," katanya.Pada sesi soal jawab selepas itu, Perdana Menteri bertanyakan mengenai sambutan sektor awam terhadap seminar yang diadakan oleh IIM dan Dr Sulaiman berkata setakat ini respons yang diberi adalah menggalakkan."Malah ada kementerian macam Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan baru-baru ini mengadakan seminar dalam tempoh beberapa hari," katanya.Beberapa menteri yang hadir turut menunjukkan minat dan memberikan pandangan mereka. Antaranya termasuklah Menteri Air, Tenaga dan Komunikasi Datuk Seri Dr Ling Keng Yaik yang mencadangkan supaya penerapan nilai-nilai baik dilakukan di peringkat sekolah lagi bagi memastikan integriti bangsa terjamin.Turut memberikan pandangan ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Datuk Azmi Khalid yang berpandangan sistem sekarang lebih berasaskan `siapa yang tahu siapa' dan ia mendorong kepada gejala rasuah.

No comments:

Can't find what are you looking for? Try Google search!

Google