1.Memelihara agama.
- Matlamat yg utama dlm syariat islam iaitu menjamin pegangan hidup manusia terhadap islam tetap kukuh,mantap dan berlangsung dengan sejahtera.Dalam masa yg sama,islam mengharamkan segala bentuk perbuatan yg membawa kepada syirik terhadap Allah seperti menilik nasib,sihir,perkara khurafat dan sebagainya.Oleh iu,setiap Muslim hendaklah berhati-hati semasa menjalani kehidupan ini agar tidak tersasar daripada landasan akidah islam.
2.Memelihara jiwa dan nyawa.
- Mengharamkan segala bentuk perbuatan yg boleh memudaratkan dan membahyakan nyawa sendiri dan orang lain.Oleh sebab itu,islam mengharamkan perbuatan membunuh,bunuh diri,pengeboman dan sebagainya kecuali atas sebab-sebab yg telah ditetapkan Allah didalam Al-Quran seperti hukum qisas,hudud dan ketika perang.Selain itu,memelihara anak dalam kandungan juga termasuk dalam matlamat diatas.Islam menegaskan bahawa anak dalam kandungan adalah satu nyawa yg telah diciptakan Allah sebaik-baik kejadian.Maka,islam mengharamkan pengguguran anak kerana ia dianaggap sebagai membunuh,namun jika didapati oleh doktor pakar bahawa kandungan tersebut boleh membahayakan nyawa si ibu,maka pengguguran diharuskan.Begitu juga islam mengharamkan segala amalan tidak sihat yg boleh mengancam nyawa dan kesihatan manusia seperti merokok,menagih dadah,minum arak dan sebagainya.Perlu diinsafi bahawa amalan tersebut bukan sahaja memudaratkan kesihatan dan nyawa manusia malah ia menyebabkan kerosakan diatas muka bumi Allah ini.
3.Memelihara akal fikiran.
- Islam amat menitik beratkan aspek kewarasan akal fikiran kerana akal merupakan potensi anugerah Ilahi yg tiada ternilai kepada manusia sehingga dapat membezakan antara yg hak dan yg batil.Islam menggalakkan umatnya agar menyeburkan potensi akal dengan ilmu pengetahuan dan takwa kerana ilmu dan takwa sahajalah perisai utama yg menyelamatkan manusia daripada kancah kesesatan dan kebinasaan.Selain itu,kerana pentinganya kedudukan akal dalam kehidupan manusia,maka islam mengharamkan segala unsur yg boleh meroskkan fungsi akal iaitu meminum arak dan segala benda yg memabukkan.Islam juga mengharamkan pengisian minda dengan sesuatu yg tidak bermanfaat seperti membaca bahan2 lucah,melihat laman sesawang yg menyeleweng dan sebaginya.Pembinaan modal insan hanya akan berjaya jika dilandasi dengan pengisian minda yg bersifat intelektual dan kreatif.
4.Memelihara harta.
- Harta kekayaan merupakan erzeki kurniaan Ilahi kepada setiap makhluk yg menghuni alam semesta ini.Harta boleh memberi manfaat dan juga mudarat kerana harta jika digunakan menurut kehendak syarak,maka harta tersebut memberi manfaat kepada tuannya.Sebaliknya jika harta disalah gunakan pada jalan yg dilarang syarak,maka harta tersebut akan membawa mudarat dan becana kepada tuannya.Islam telah menetapkan garis panduan berkaitan mencari harta yg diwajibkan aiatu harta mestilah diperolehi melalui jalan atau cara yg halal.Kedua,harta tidak boleh digunakan atau dibelanjakan pada perkara yg haram.Ketiga,harta wajib dikeluarkan zakat apabila cukup nisab dan haulnya.Berdasarkan garis panduan tersebut,seorang wanita dilarang sama sekali menjual dirinya atau melacurkan dirinya dengan alasan untuk menyara kehidpuan keluarganya,begitu juga seorang yg berjudi dan merompak demi mencari rezeki untuk keluarganya.Kesemua harta tersebut tidak diredhai oleh Allah kerana bercanggah dengan kehendak syarak.Kaedah fikah ada menegaskan "matlamat tidak menghalalkan cara".
5.Memelihara keturunan.
- Islam mengharamkan zina dari awal lagi kerana ia boleh merosakkan keturunan yg baik hasil daripada kelahiran anak luar nikah.Bukan sekadar itu sahaja,islam turut mengharamkan setiap perbuatan yg membawa kepada perzinaan yg terlarang seperti melihat gambar lucah,melihat aurat wanita,berdua-duaan,berkhalwat dan sebagainya.
Demikianlah 5 matlamat utama syariat yang menjadi tonggak utama ajaran Islam,sekaligus menjadi pedoman yang mendasari setiap detik kehidupan umat demi meraih kesejahteraan hidup dunia akhirat.
No comments:
Post a Comment