YABADABADOO ADVERTISEMENT

[Yabadaba-doo Advertisement] - The new Marketplace of Malaysia. - Free Post Ads all around Malaysia & WorldWide

Wednesday, March 23, 2011

Salahudin - Penakluk Jerusalem


"Lihat di puncak Bukit Hittin. Salib besar diturunkan dan panji-panji Islam ditegakkan!” teriak Panglima Taqiyudin.

Mereka menoleh ke arah Bukit Hittin apabila mendengar teriakan itu. Tentera Islam kelihatan gembira dan bersyukur. Mereka melaungkan takbir dan mengucapkan syukur kepada Allah. Sultan Salahudin bin Ayubi yang ketika itu berada di atas kuda segera turun ke tanah lalu melakukan sujud syukur.

"Kami bersyukur kepada-Mu kerana mengurniakan kejayaan yang paling manis ini,” ucap Sultan Salahudin bin Ayubi.

Tentera Salib pula terpinga-pinga. Mereka seolah-olah tidak percaya dengan apa yang mereka lihat. Lambang salib yang selama ini terpacak di puncak Bukit Hittin dan kemegahan mereka diganti dengan bendera Islam.

“Sungguh malang nasib kita kerana salib itu dirampas oleh tentera Islam,” kata tentera Salib.

“Salib besar itu diperbuat datipada sepotong kayu yang digunakan bagi menyalib Isa. Apabila salib itu berjaya dirampas oleh musuh, ia membawa alamat yang tidak baik kepada kita,"kata mereka lagi.
"Tiada gunanya kita berperang apabila nasib malang menyebelahi kita.” Mereka terus meratap hiba.

Tentera Salib berasa kecewa dan putus asa lalu menyerah kalah.Sultan Salahudin bin Ayubi menyuruh tenteranya menghentikan pertempuran.

“Musuh yang menyerah kalah tidak boleh diperangi lagi,"katanya.

Perintah itu segera dipatuhi walaupun ada antara tentera yang mahu membunuh tentera Salib itu.

"Kita pasti dibunuh apabila menyerah kalah, namun mereka dilayan baik apabila menyerah kalah,"kata mereka tidak berpuas hati.

"Kita berperang mengikut cara Rasulullah dan mereka berperang ikut cara syaitan!"kata Sultan Salahudin bin Ayubi

No comments:

Can't find what are you looking for? Try Google search!

Google