YABADABADOO ADVERTISEMENT

[Yabadaba-doo Advertisement] - The new Marketplace of Malaysia. - Free Post Ads all around Malaysia & WorldWide

Monday, November 19, 2007

KATA IBU...

Masih ku ingat kata-kata ibusambil memberi wang dan berpesan Sayang,'Pergilah ke kedai Pak Mamat beli sekati gula dan sekati tepung kalau tiada pergi ke kedai Maniamkalau tiada jua belilah di kedai Ah Chong'.

Sambil berlari girang dicelah-celah pepohon nyiur yang melambai indah dengan sarang-sarang tempua berhayunan bagaikan buaianaku membeli gula dan tepung di kedai Pak Mamat bertahun-tahun begitu sesekali aku ke kedai Maniam dan Ah Chong.

Kata Ibu:'Beli dikedai Pak Mamat kita dapat berkat Pak Mamat membayar zakat kalau beli di kedai Maniam dan Ah Chong siapa menanggung dosa kalau mereka jadi kaya raya wang tadi dibina patung-patung dewa kita terheret percuma masuk nerakahanya sedikit yang masuk syurga selainnya masuk neraka kerana subahat membina Muruga dan dewa'.

Kata Ibu:'Kalau mereka menjadi kaya raya nanti mereka menjadi ceti diberi Melayu pinjamnya wang habis dilelongnya tanah warisan kerana Melayu tak mampu bayar hutang'.

Kata Ibu:'Kalau mereka kaya raya habis dibelinya tanah dan bendang padi naik harga kerana Melayu hanya jadi kuli bukan tuan kilang bukan kita punyakedai juga bukan kita punya tengok tu minum kopi pun kata mereka sedap dikedai Cina'.

Kata Ibu:'Kalau mereka kaya raya habis dibelinya pekan dan kampung kita nantinya tinggal dipinggir sungai bakau dan berumah di bukit bukau tapi kini sungai juga dibeli dijadikan kolam udang bukit juga dibeli dibina kondo mewah Melayu mahu tinggal di mana dalam hutan belantara?'.

Kata Ibu:'Tanamlah kucai kita dapat berkat kerana makan sayur yang tidak subahat kucai di kedai Cina disiram najis babi kalau kita tanam kucai kita gemukkan kucai dengan tahi kambing

Kata Ibu:Jangan makan tokua kalau tak tahu siapa pembuatnya jangan makan mi kalau Ah Chai yang membuatnya kalau makan makanan subahat hati hilang sinarnya kerana memakan makanan subahat hati dipenuhi bintik - bintik hitam penuh noda dan dosa hati akhirnya mati kita nantinya semakin renggang dari kekasih tuhan kita nantinya menjauhkan diri yang Maha Pencipta dosa kita berganda-ganda lalu tuhan turunkan bala'..

Itulah, bila ibu berkata rupanya benar-benar belaka. Fikir-fikirkan...

1 comment:

hazeleyed lady said...

Salam maya
So True...
'Watch what you put into your mouth'...sebab ia akan jadi darah daging...akhirnya membentuk peribadi...

Can't find what are you looking for? Try Google search!

Google