
menyamankan seketika tidur mereka,
mengasyikan jiwa dalam kedamaian yang barang sekejap.
mimpi-mimpi mereka seringkali memilukan,
wajah-wajah penderitaan menghiasi setiap babak,
sujud syukur jika mimpi itu mengasyikan.
Kabus-kabus melenyapkan kedinginan,
kehangatan bahang semakin terasa,
bumi mereka subur dengan batas-batas peluru, bangkai-bangkai kereta perisai,
senjata, tidak ketinggalan jasad-jasad tidak bernyawa.
berbuih sudah mulut mereka meminta,
berair mata mereka bercerita, hanya mata-mata simpati tanpa suara memerhati dan terus memerhati,
episod demi episod,
tanpa mahu sesekali memahami.
Kehangatan matahari kini bersulam trajedi,
mimpi-mimpi kini jadi realiti,
giliran siapa yang akan mati?
peluru-peluru menembusi kereta, dinding, tembok dan dan tubuh sikecil tadi,
diam, kaku, sejuk,
remuk hati si ibu, sebentar tadi ku usap ubun-ubun rambutnya,
kukucup pipi gebunya berkali-kali.
bagai mengerti maksud illahi,
sikecil mendakap ibunya bagai tidak berjumpa lagi, lama sikecil begini,
sebelum bermain menanti mati.
Bumi anbiya menangis lagi,
bumi anbiya akan terus begini,
ibu ayah meratapi,
abang, kakak, dan adik mendendami,
janji Tuhan terus dinanti,
janji Tuhan itu hakiki,
mereka ini akan diadili.
posted by airaputera
No comments:
Post a Comment