YABADABADOO ADVERTISEMENT

[Yabadaba-doo Advertisement] - The new Marketplace of Malaysia. - Free Post Ads all around Malaysia & WorldWide

Wednesday, June 09, 2010

Rachel Corrie

Kapal misi kemanusiaan Rachel Corrie dinamakan sempena seorang aktivis wanita yang terbunuh semasa cuba menghalang tentera Israel dari merobohkan rumah sebuah keluarga warga Palestin di Gaza.

Rachel Aliene Corrie (April 10, 1979 – Mac 16, 2003) merupakan seorg pelajar kolej warga Amerika dan juga ahli International Solidarity Movement (ISM), sebuah pertubuhan yang diasas oleh beberapa orang aktivis yang menentang sekeras-kerasnya penjajahan serta keganasan Israel di sempadan Gaza. Pengasas ISM terdiri daripada Ghassan Andoni dan George N. Rishmawi (Palestin), Neta Golan (Israel), Huwaida Arraf (Amerika-Palestin), dan Adam Shapiro (Amerika).

Pada Mac 16, 2003, tentera Israel sedang melakukan operasi merobohkan rumah-rumah penduduk Palestin di kawasan Gaza secara besar-besaran. Alasan mereka ialah rumah-rumah tersebut merupakan tempat persembunyian gerila pengganas dan terowong penyeludupan senjata. Rachel Corrie, salah seorang aktivis yang berada di kawasan tersebut untuk menghalang operasi rejim Israel, berlari ke arah rumah yg diduduki sebuah keluarga. Rachel bertindak melindungi keluarga tersebut dengan berdiri di hadapan bulldozer yang dikawal oleh tentera Israel. Malangnya, rejim Israel laknatullah tidak mempedulikan Rachel, malah terus melanggarnya dengan bulldozer sehingga tubuhnya remuk. Rachel Corrie mati di tempat kejadian pd usia 23 tahun.

No comments:

Can't find what are you looking for? Try Google search!

Google